Ayah suruh aku kahwin dgn lelaki yg aku tak kenal. Aku nekad nak buat majlis mewah walaupun kami miskin

Aku nak sambung belajar sampai PHD, jadi hidup aku dengan buku je. Bila sampai tahun akhir, ayah terima lamaran seorang lelaki untuk aku sedangkan lamaran sebelum ni ayah semua tolak. Aku berjaya buat majlis mewah besar – besaran siap ada pelamin cantik. Sekali seminggu lepas majlis, tiba2 ini yang berlaku. Tak sangka ayah tinggalkan aku dengan lelaki macam ni..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi buat semua pembaca setia di page ni. Kali ni giliran aku pulak nak berkongsi kisah insan tersayang, hero aku. Terima kasih admin kalau sudi siarkan cerita aku ni, ringkas je.

Hari ni genap 7 bulan arw4h ayah aku pergi meninggaIkan kami semua. Aku orang miskin, bukan bermaksud aku rendahkan usaha titik peluh ibubapa aku. Cuma adik beradik aku ramai, pendapatan ayah mencukupi yang perlu sahaja, tak ada duit lebih.

Masa adik beradik aku kahwin, majlis pun buat yang simple je, walimah makan laksa je. Dalam ramai – ramai, aku seorang je anak yang nak belajar sampai ke PHD. Jadi hidup aku memang dengan buku je. Tapi bila sampai tahun akhir aku di kampus, ayah terima lamaran seorang lelaki untuk aku sedangkan lamaran sebelum ni semua ayah tolak.

Aku ikut kata mak ayah, sebab aku yakin, tak ada mak ayah nak anak gadis dia hidup dengan lelaki durj4na. Pilihan mak ayah mesti yang terbaik untuk jaga puteri mereka. Ayah juga yang pilih tarikh nikah kami tapi aku berjanji dengan diri aku, kalau aku kahwin aku nak buat majlis besar – besar, nak buat mewah sebab mak ayah aku selalu happy tengok anak orang lain kahwin dengan besar – besar.

Mewah dan besar – besaran tu jangan la korang bayangkan macam artis – artis kahwin. Maksud aku, mewah sebab ada pelamin, ada khemah untuk tetamu, makan lauk kenduri yang sedap – sedap, ada lauk nasi minyak, ayam merah, daging, dan sayur.

Selama ni mak ayah aku org susah dari kecik (mak cerita), sebab tu aku dah berjanji dengan diri aku nak bagi mak ayah rasa mewah walaupun hanya sehari di hari perkahwinan aku. Ayah minta aku supaya nanti ada pelamin, segala benda yang family aku tak pernah rasa.

Untuk pengetahuan korang, semua belanja perkahwinan aku yang tanggung sendirian walaupun bakal suami aku orang kaya, lebih dari mampu nak buat semua tu. Aku tak minta satu sen pun dari dia. Aku bukan jenis yang suka berg4ntung dengan duit orang.

Apa aku buat untuk cukupkan duit kahwin, aku jual laptop, handphone aku untuk preparation perkahwinan. Aku buat handwritting note kemudian aku jual. Alhamdulillah, aku ada bakat sikit nak melukis. Duit aku kumpul untuk buat mak ayah aku dapat rasa lebih dari biasa bukan sebab aku nak kahwin dengan mewah, nak tunjuk dekat orang aku kahwin dengan orang kaya.

Alhamdulillah, aku tak tahu dari mana datangnya duit, majlis berlangsung dengan mewah. Waktu tu aku nampak, ayah aku lah orang paling happy. Seronok betul dia dapat duduk atas pelamin dengan mak. Ayah aku ni tipikal lelaki melayu zaman dulu yang tak suka bergambar tapi masa hari  perkahwinan aku, semua gambar ada gambar ayah dan mak.

Aku menangis tengok adik beradik dengan mak ayah dapat rasa semua tu, dapat makan mewah sikit dari biasa. Tapi keseronokan, dan rasa bahagia tu tak lama sebab seminggu lepas aku kahwin, ayah aku pergi mengadap Ilahi.

Bayangkan bahang keseronokan, masa hari kahwin tu masih lagi terasa tapi terhenti sebab ayah pergi tiba – tiba. Ayah tinggalkan aku pada suami yang sangat memahami dan bertanggungjawab macam ayah. Tapi sekurang – kurangnya, aku rasa puas dan tak terkilan sebab sempat penuhi ape yang ayah aku nak rasa.

Dia nak merasa anak kahwin duduk atas pelamin dan sedikit hidup senang sebelum dia pergi selamanya. Kini, setiap kali aku tengok gambar kahwin, aku tengok wajah ayah.  Aku ingat semula kenangan waktu kecik, setiap kali nak tidur, ayah selalu datang usap kepala aku.

Sekarang kalau aku demam, ayah selalu datang bawa senyuman dalam mimpi aku. Sekarang, aku di sem terakhir, langkah aku lesu tanpa semangat dan dorongan dari ayah. Walaupun kami miskin, kami tak pernah miskin dari kasih sayang dan dorongan dari mak ayah.

Anak – anak ayah sudah berjaya sekarang, kakak – kakak aku pun sama – sama nak sambung belajar ambil PHD, abang aku dah kerja senang. Tinggalah mak sorang yang akan kami tatang bagai raja hingga akhir hayat.

Sedikit pengajaran atau pandangan aku nak bagi, korang jangan fikir orang yang buat kenduri kahwin mewah tu semata – mata nak menunjuk dekat orang lain. Mungkin ada tujuan lain seperti aku untuk bahagiakan family supaya dapat rasa ‘lebih’ sikit dari biasa walaupun diri sendiri derita untuk cari duit.

Lebih dari biasa je, jangan sampai melebih dan membazir. Semoga usaha aku ikhlas untuk bahagiakan mak ayah dapat ganjaran di sisi Allah. Aku rindu sangat dekat ayah. – mai

Komen Warganet :

Aishah Katman :  Pertama kali baca terus sebak rasa sebak. Ayah TT seakan – akan tahu yang dia akan pergi jadi dia tinggalkan TT bersama seorang lelaki yang bertanggungjawab untuk jaga TT gantikan dia. Boleh nampak macam mana ayah dan mak TT didik korang semua adik beradik sampai berjaya.

Kadang – kadang bukan kemewahan harta yang boleh bagi kebahagiaan tapi mewah dengan kasih sayang, perhatian lebih penting. Saya doakan TT sekeluarga akan bersatu dengan ayah di syurga nanti.

Mazwin Maddy : Selalunya orang yang pernah merasa susah masa kecil tapi dalam masa yang sama ada ik4tan kekeluargaan yang kuat lebih menghargai antara satu sama lain. Saya paham sebab saya pun orang susah dan ada ramai adik beradik.

Tapi mak abah tak pernah mengeluh dan tetap bagi perhatian dan kasih sayang sampai tak rasa sikit pun kurang walaupun takde makanan mewah macam ayam, ketam, daging. Kami bahagia dapat makan bubur dengan sayur kutip tepi rumah, kami makan bertambah bila mak buat nasi panas dengan telur pecah – pecah.

Itu kebahagiaan kami. Alhamdulillah, semua dah berjaya mampu beri nafkah untuk mak ayah dan diorang dah tak perlu kerja pun. Hanya goyang kaki bergilir – gilir duduk rumah anak – anak je.

Azlan Ibrahim : Hampir menangis dekat gym, nasib takde orang nampak. Miskin harta takpe dik, asalkan jangan miskin per4ngai baik. Sebab ramai anak – anak orang ‘miskin’ jadi kurang berakhlak punca dari ibubapa yang abaikan mereka.

Semua tu dari bagi alasan kemiskinan, sibuk bekerja, str3ss cari duit sampai anak – anak terabai. Ternyata mak dan arw4h ayah sis kaya dengan kasih sayang, yang berjaya didik anak – anak jadi macam sis. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis dunia akhir4t. Dan semoga bertemu kembali dengan ayah sis kelak di Syurga. Allahumma ameen..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.