Suami selalu pert4hankan mak mertua, sehinggalah saya tunjuk bukti buku novel yg ditulis oleh mertua

Pernah saya terbaca wassap suami dan mak mertua. Dia kutuk dan tuduh saya hantar j1n dekat dia. Bila saya tanya suami, dia marah suruh saya bersangka baik dengan mak dia. Saya dah tak tahan, saya bagi suami baca novel milik mak mertua. Suami terk3jut dan jijik..

#Foto sekadar hiasan.. Assalammualaikum semua. Saya ingin mendapatkan sokongan dan komen positif dari pembaca semua. Oleh sebab saya bakal czer minggu depan, doktor psiki4tri risau saya akan mengalami post p4rthem depr3ssion.

Doktor sahkan saya mempunyai MDD, PTSD dan ANX1ETY. Kisahnya bermula saya nikah dengan suami. Sebelum nikah, suami kata mak mertua beri syarat calon isteri seorang yang jaga solat, tutup aur4t. Alhamdulillah saya lepas semua tu.

Awalnya mak mertua seolah restu kami bernikah. Saya anggap mak mertua saya sebagai seorang ibu dan gembira apabila wataknya seolah pentingkan agama. Suami ada 5 adik beradik lelaki dan 1 kakak. Dan masih ada ayah mertua.

Awal nikah suami mengadu takde duit sebab mak mertua minta duit yang sepatutnya jadi duit hantaran saya. Kira saya takde duit hantaran. Pakai cek palsu. Awal nikah saya dan suami pergi rumah sed4ra mara untuk berkenalan.

Tapi mak mertua call untuk ajak pergi majlis di kawasan jirannya. Mak mertua kata nak pergi ke Perak untuk jumpa abangnya. Saya pun turut saja. Walaupun suami tiada duit. Saya guna duit saya. Bagi saya tiada apa nak berkira sebab angap emak sendiri kan.

Bermula pelik apabila saya suruh suami singgah masjid untuk jamak qasar. Masa tu sudah pukuI 6.15. Tiba – tiba mak mertua suruh suami teruskan jangan berhenti masjid. Saya dah mula pelik tapi saya diamkan. Alhamdulillah suami singgah masjid.

Sejak tu bermula kisah saya makan hati dengan suami dan mak mertua. Suami pernah kata nak bawa mak mertua sekali duduk serumah dengan kami sebab mak mertua nak cerai dengan ayah mertua. Mak mertua kata dia hidup susah.

Mak mertua kerja pembawa teksi. Saya tanya berapa nafkah yang ayah mertua beri. Katanya sehari RM20. Saya terdiam. Bagi saya sehari RM20 sudah cukup banyak. Sebulan dah RM600. Belum campur duit yang anak – anak beri.

Setiap kali saya balik rumah mak mertua. Ayah saya akan kirimkan duit untuk family suami RM100. Kadang – kadang RM150. Kadang – kadang RM200. Kadang – kadang RM300. Mungkin ayah saya nak mak mertua layan saya dengan baik.

Mak mertua tak pernah beritahu pada suami dan anak – anaknya yang ayah saya beri duit. Tapi dia masih nangis – nangis kata hidup susah. Dari awal nikah mak mertua selalu buruk – burukkan suaminya dan anak perempuannya.

Tapi depan suami dan anak perempuannya mak mertua seolah ibu dan isteri solehah. Mak mertua akan mesej suami mengadu dia s4kit, dia disih1r, dia susah. Semua cerita – cerita yang menyedihkan. Tapi saya tahu semua tu drama untuk tak nak suami beri perhatian pada saya.

Mak mertua  seolah tak nak ada perempuan lain dalam hidupnya. Seolah anggap semua perempuan saingan. Satu hari, mak mertua mengadu s4kit sampai tak boleh bangun. Suami risau. Perjalanan dari rumah saya ke rumah mak mertua ambil masa 1 jam.

Saya suruh suami bawa mak mertua pergi hospitaI. Suami teman mak mertua. Macam yang saya jangka. Doktor sendiri kata tiada s4kit apa. Saya ajak pergi darusyifa. Tiada apa kesan juga. Bila balik rumah, mak mertua bergerak macam biasa. Drama sangat.

Selama 3 tahun saya seolah hidup bermadu. Suami lebihkan emak nya. Yela syurga dia. Sibuk bermesej – mesej macam orang bercinta. Isteri sendiri seperti tidak wujud. Pernah saya terbaca wassap suami dan mak mertua. Mak mertua kutuk saya.

Dia tuduh saya punca j1n agr3sif ser4ng dia. Mak mertua suruh suami delete mesej tak nak saya baca. Saya mengadu pada suami kenapa mak dia kata camtu pada saya. Suami marah pada saya. Katanya saya kena fikir positif pada mak dia.

Bermula saya jadi benci pada suami sendiri. Tidak tahu berapa banyak lagi mak mertua mesej kutuk – kutuk saya. Bila kami balik rumah mak mertua. Mak mertua akan ganggu privacy kami. Seolah tak nak kami bersama.

Mak mertua seolah mempunyai 2 watak. Depan suami mak mertua tunjuk sifat naif, lovely, lemah, selalu drama air mata. Tapi di belakang suami dia tunjuk kebencian dan sinis pada saya. Mak mertua cakap anak – anak laki dia ikut kehendak dia dan dia akan tahu semua yang terjadi dalam rumah tangga saya.

Saya jadi tak percaya pada suami sendiri. Seolah suami tidak amanah simpan rahsia rumah tangga. Saya hidup dalam was – was pada suami. Setelah 3 tahun nikah saya hamil. Tapi keguguran ketika 3 bulan hamil. Saya masuk bilik bedah kena d&c.

Masuk ward semua ibu hamil pakai baju pink. Saya sorang pakai baju biru belang putih. Saya down dan menangis. Doktor pujuk saya di ward. Waktu pantang mak mertua buat novel post di group saud4ra maranya. Kisah seorang ibu yang nak beromantik berduaan di tempat istimewa dengan anak lelaki tanpa menantu dan cucu.

Dalam keluarganya suami saya saja sudah nikah. Saya tahu itu luahan hatinya yang nak beromantik berduaan dengan suami saya. Waktu pantang tu saya sudah nekad untuk bercerai. Pulangkan balik suami saya kepada emaknya.

Ayat “tanpa cucu” tu betol – betol beri kesan pada mentaI saya yang baru kehilangan anak. Nenek lain gembira ada cucu. Nenek ni taknak ada cucu demi nak romantik dengan anak kandung sendiri. Kelakar. Saya tanye pendapat ustazah.

Katanya mak mertua saya ada bunga – bunga sumbang m4hram. Saya pendam semua tu berbulan. Saya tak boleh tengok suami kerana jijik anggap nikah dengan laki yang sumbang m4hram. Dan tak boleh anggap mak mertua seorang ibu dah.

Saya anggap madu. Saya hamil kembali selepas 5 bulan gugur. Saya nekad cerai dan terus terang pasal mak dia. Saya dah tak kisah suami nak marah saya. Lagi elok dia marah dan ceraikan saya terus. Suami baca novel jijik tu dan terk3jut.

Seorang ibu yang bertudung labuh nampak naif ada nafsu nak berduaan romantik dengan anak sendiri. Suami kata dia tak baca novel tu sebelum ni. Dia tak tahu apa – apa. Bila saya luah semua. Baru saya tahu mak mertua banyak reka cerita untuk lagakan saya dan suami.

Sepanjang hamil saya tak boleh tidur dan tak boleh makan. Hari – hari mimpi perbuatan mak mertua. Sampai hb drop teruk. Nurse tanya masalah saya sebab dia nampak saya tak terurus. Saya cerita pada nurse. Nurse rujuk pada doktor psiki4tri.

Saya disahkan MDD dan PTSD. Pernah smpai 1 tahap saya nak tik4m perut sendiri. Rasa jijik pada anak dalam kandungan. Saya tahu anak tak bersalah. Tapi kadang – kadang saya dah lost. Saya sendiri ringan nak t3rjun bangunan.

Paling saya nak buat. Saya nak pukuI mak mertua. Doktor bagi saya ubat. Saya makan hari – hari demi anak dalam kandungan. Yang kelakarnya doktor – doktor psiki4tri pun terk3jut dengar kes saya. 6 doktor psiki4tri saya jumpa. Terk3jut semua.

Ada yang mata terbeliak. Ada yang muka geli. Doktor sendiri kata mak mertua saya tu tak normal. Doktor psiki4tri lelaki pun marah bila saya kena macam ni. Kes saya dibawa ke ketua doktor pakar di hospitaI. Doktor – doktor risau saya jadi post p4rthem depr3ssion.

Boleh sampai tahap bvnvh diri dan bvnvh anak jika tidak terkawal. Kadang – kadang saya rasa anak yang keguguran tu masih ada di sisi walaupun hakik4tnya sudah tiada. Walaupun makan ubat membantu saya kawal tr1gger. Tapi sedikit sebanyak masih teringat. Tolong doakan saya kuat. Saya takut saya lost. – Insan TerIuka (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ejue Mohd Amin : Kahwin ni kan. Biar satu dunia tak suka kita asalkan suami sentiasa support kita. Tapi kalau suami pun tak support, your effort is nothing sis. Kalau saya jadi awak pun itula saya akan buat, angkat kaki. Sebab berjuang sorang diri takde makna. Hanya akan merosakkan hati dan diri sendiri. You deserve to be happy. Choose what makes you happy sis.

Nur Hairunniesha : Sis… sis kena bagitau ayah dan mak sis.. Pls.. Demi kesihatan sis dan juga anak dalam kandungan. Sokongan mereka yang menyayangi sis amat – amat diperIukan. Semoga sis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan terutama sepanjang mengandung, proses melahirkan, berpantang dan membesarkan anak nanti ya. Sis kena kuat.

Zarbanu Nasir : Biasa sangat dengar hal mak mertua yang begini per4ngai. Last – last bercerai juga anak dan menantu. Baru dia puas hati. Anak lelaki itu hak mutlak diaaaa.. Sehingga anak lelakinya buta hati. Isteri teriani4ya. Nauzubillahiminzalik. Terus kuat dik demi anak dalam kandunganmu itu. Banyakkan berzikir. ALLAH dengar doa h4mbanya yang dalam kesusahan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.