Nafkah tak bagi tp dekat keluarga mertua suami tabur duit. Tak sangka dlm diam suami rancang sesuatu

Aku menangis dan minta ampun kat ibu mertua. Aku minta untuk berpindah dari rumah tu. Beliau setuju dan aku suruh suami beli rumah kecil untuk kami duduk bersama. Tapi jawapan suami buat aku terk3jut. Aku menangis lagi, aku banyak berd0sa dengan suami…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama ku Izzah (bukan nama sebenar). Aku seorang account executives di sebuah syarik4t swasta. Aku jenis pendiam tak banyak cakap, senyum je banyak. Mempunyai seorang anak berumur 6 tahun.

Suamiku Fazli (bukan nama sebenar) pula engineer yang bergaji besar, maaf bukan niat ingin berbangga – bangga atau menunjuk, aku cerita hal yang sebenar. Selepas berkahwin, kami tinggal dengan orang tua suami aku memandangkan rumah keluarganya besar dan permintaan bapa mertuaku.

Adik beradik Fazli ramai tapi tinggal di luar negeri. Fazli anak kesayangan bapanya. Aku ikutkan saja walaupun dalam hati member0ntak taknak tinggal dengan mertua. Korang tahu la kan, kita selalu dengar benda – benda negatif bila menantu tinggal dengan mertua, itu yg aku sangat takut.

Kedua – dua mertuaku pegawai kerajaan pencen. Tahun pertama kahwin, Allah bagi rezeki aku mengandung, memang alahan teruk. Nak masuk dapur pun tak dapat, tapi yang buat aku tambah tertekan bila bapa dan ibu mertua aku suka complain kata aku tak jaga makan minum Fazli.

Katanya nanti Fazli tak sayang, berubah hati. Hati aku tambah geram, bila balik kerja dengan penatnya mereka suruh aku sediakan makanan untuk Fazli, sedangkan Fazli suruh aku rehat saja. Aku hanya buatkan air dan bagi Fazli minum tiap kali balik kerja, kemudian aku pesan jika Fazli lapar just bagitau aku akan masak.

Tapi aku sendiri tak selera makan. Aku tau Fazli suami yang baik dan cepat kesiankan aku, aku pregnant. Pakaian kotor dia hantar dobi saja tak bagi aku basuh dan jemur sendiri. Lepas isyak aku selalu tertidur, Fazli pula kerap keluar dengan kawan pada waktu malam atas urusan kerja, memang dia sangat busy siang malam memandangkan dia kerja bidang construction, malam pun ada work discussion even outside office / site.

Ada waktu Fazli bawa aku makan kat restoran saja. Hari demi hari berlalu begitu pantas, aku pekakkan telinga dengar apa saja sindiran mertua aku, katanya aku tahu tidur saja tak jaga makan minum suami, orang lain kerja jugak tapi sempat jaga makan pakai suami.

Ya, aku tau aku memang jarang masak, tapi aku tak makan masakan ibu mertuaku, aku tak jadikan dia h4mba. Aku balik rumah dengan perut kenyang, kalau lapar pun aku makan roti je. Selepas 9 bulan, Alhamdulillah aku selamat melahirkan baby kami.

Bermula lah episod super str3ss aku, selepas 2 bulan aku kembali kerja, aku tak dapat control em0si aku sebab baby kami kuat menangis siang dan malam. Hantar kat taska pun, taska selalu call tak dapat handle. Aku tak dapat fokus kerja, selalu kena marah dengan bos.

Datang lewat dan banyak kerja office yang tak siap – siap. Ibu mertua aku pula sangat cerewet, aku tau dia nak yang terbaik untuk cucu dia. Dari susu, pakaian, dan semua – semua pasal baby aku ada je yang tak kena. Bebel je kerja dia.

Aku ni pulak jenis tak boleh ditegur, terus muncung dan selalu cari salah dengan Fazli. Fazli marah – marah kat aku bila baby kami nangis. Aku jadi lebih str3ss! Aku cakap kat dia yang ibu dia buat aku jadi str3ss. Aku nangis tiap – tiap malam sampai b3ngkak mata, tak dapat tidur sebab anak nangis lagi, em0si aku terganggu teruk.

Jika anak nangis, Fazli ambik anak dan bawa kepada ibunya untuk ditenangkan. Fazli marah – marah aku tiap kali anak nangis. Fazli berubah dan jarang bagi nafkah kat aku dah, tapi untuk anak dia apa saja dia belikan. Gaji Fazli besar, dia mampu bayarkan bil – bil rumah ibubapanya, beli barang dapur.

Pendek kata parent Fazli boleh rilek – rilek saja tanpa perlu pikir bil – bil rumah. Habis aku ni sape? Fazli start abaikan nafkah aku, sedangkan itu kwajipan dia dan aku berk0rban lahirkan anak dia! Aku tak pernah cerita perkara ni kepada parent aku di kampung, bagi diorang, aku anak yang pandai berdikari walau tinggal di mana – mana pun.

Aku minta wang pada Fazli untuk beli baju – baju anak, Fazli janji nak bagi tapi tak bagi – bagi. Aku diam, aku guna duit gaji aku, 100% gaji aku untuk ‘sara’ hidup aku sendiri termasuk bayar bil henfon, kereta dan yuran taska anak.

Aku malas nak g4duh panjang – panjang, aku banyak diam sepanjang membesarkan anak kami. Fazli cuma belikan susu, pampers dan yuran taska anak saja, duit nafkah aku dia terus lupa. Baju aku tak berganti, apatah lagi nak bermekap, berskin care mahal walaupun aku mampu.

Mertua aku pula anggap Fazli mewahkan aku dan anak, setiap bulan Fazli wajib belanja parent dia makan mahal – mahal cecah ratus – ratus bil sekali makan. Aku dah mula tawar hati pada Fazli. Bila umur anak mencecah setahun lebih, aku dah mula balik kampung ibu aku bersama anak je, ambil masa 45 minit saja untuk aku drive pulang ke kampung aku, tapi aku minta izin Fazli.

Aku keluar lepak – lepak dengan kawan – kawan lama, aku bawa anak aku bersama. Fazli dengan life dia dan kawan – kawan dia. Kami tak pernah bercuti dengan alasan Fazli katanya susah anak masih kecil. Fazli jika ada cuti, dia melancong ke Indon atau Thai dengan kawan – kawannya, jauh sekali nak bawa aku dengan anak dia ni.

Dalam diam aku hilang sabar, aku minta dia lepaskan aku. Aku rasa aku mampu jaga anak aku sorang diri dah. Dia marah tengking – tengking aku kata aku tak w4ras, dekat 2 minggu tak bercakap. Aku minta izin dari Fazli untuk balik ke rumah orang tuaku seminggu, aku ambil cuti nk tenangkan diri.

Fazli izinkan, dia nak hantar tapi aku nak drive sendiri. Aku bagitau ibuku Fazli kena outstation. Ibu mertuaku pula call ibuku dan bagitau aku tak patut abaikan suami aku, tinggalkan dia begitu dan abaikan makan pakai dia.

Ibuku faham situasi aku dan beliau tak marah, ibu bagi nasihat kepada aku, balik lah ke rumah mertua dan cerita hal sebenar. Aku pun balik ke rumah mertua selepas seminggu, Fazli langsung tak tanya kabar aku. Aku luahkan perasaanku kepada ibu mertuaku, beliau diam sahaja.

Beliau cakap yang beliau terlalu sayangkan Fazli, jadi beliau nak kehidupan Fazli sempurna. Aku menangis dan minta ampun kat ibu mertuaku. Aku minta untuk berpindah dari rumah tu, mula – mula ibu mertuaku tidak setuju tapi selepas kami berbincang panjang, beliau setuju untuk melepaskan kami 3 beranak tinggal berasingan.

Fazli juga diam saja dan aku mohon pada Fazli untuk belikan 1 rumah untuk keluarga kecil kami. Fazli cakap tak perlu sebab rumah dia dah siap beli tanpa pengetahuan aku. Aku terk3jut, katanya dia dah minta untuk tinggal berasingan dari orang tuanya tapi dibantah sebelum ni.

Sekali lagi airmata aku menitis, aku banyak berd0sa dengan Fazli, aku tuduh macam – macam kat dia, rupanya dia tak cukup duit sebab bayar ansuran rumah. Fazli menangis memeluk aku sambil memohon maaf pada aku kerana mengabaikan aku, Fazli sayangkan aku dalam masa sama Fazli taknak derh4ka pada orang tuanya.

Sekarang kami dah berpindah ke rumah sendiri dah 5 tahun. Aku jaga makan pakai minum Fazli dan anak 100% tanpa bantuan dia. Ya ALLAH, aku rasa urusan aku mudah sangat walaupun aku working mom. Fazli sem4kin sayang kat aku, dia dah tak abaikan nafkah untuk aku dan anak, malah dia sem4kin mewahkan aku.

Tapi Fazli selalu nak makan masakan aku, aku siapkan bekal pagi untuk Fazli setiap hari. Katanya nak makan masakan air tangan aku saja, walaupn aku masak tak sedap. Ibu mertua aku sem4kin sayang kat aku, apa saja makanan dia kirim pada aku.

Katanya teringat kat aku. Alhamdulillah, moga Iuka di hati sem4kin pulih. Rezeki Fazli bertambah – tambah, gaji sem4kin besar dan dapat belikan sebiji lagi rumah untuk masa depan kami. Kewangan kami sangat – sangat kukuh sekarang, tapi kami tak lupa Allah, selalu sembahyang berjemaah dan bersedekah.

Sekarang aku dapat berita gembira, aku disahkan mengandung lagi selepas 6 tahun. Syukur, Fazli dan mertua aku terlalu ambil berat akan diriku, apa saja aku mengidam diorang anak beranak usahakan cari sampai dapat, tapi aku tak demand pun. ada rezeki ada la.

Aku takde alahan teruk pregnant kali ni, pening – pening lalat saja dan after work dapat buat kerja rumah dan masak seperti biasa. So, conclusionnya dari cerita aku ni, kita sebagai isteri jangan abaikan tanggungjawab, jaga makan minum suami, jaga pakaian dia.

Allah akan bagi kebahagian dan ketenangan jika kita menjalankan tugas sebagai isteri dengan sempurna. Jangan terlalu demand dengan kemewahan walaupun suami bergaji besar. Hidup bersederhana memadai. Jangan d3ndam dan meIawan kata – kata ibu mertua.

Ibu mertua bukan musvh kita. Sentiasa berfikiran positif, jangan mudah ikutkan em0si. Syurga isteri ada pada suami, syurga suami ada pada ibunya. Betul kata mertuaku, bila jaga makan pakai suami, suami m4kin sayang, hidup pun bahagia.

To all working moms, jangan terlalu mengejar urusan kerja sampai abaikan makan minum suami, kerana setiap titik peluh kita untuk suami dan anak dapat pahala berlipat kali ganda. Aku yang mula sedar.. – Izzah

Komen Warganet :

Cik Puan Minn : Jika ada pilihan, lebih baik tinggal berasingan. Lain orang lain ragamnya, yang berfikiran terbuka takpe, kalau yang berfikiran dia je betul, masalah juga pada kita. Moga terus berbahagia confessor.

Farah Nabilah : The key is kene hidup berdikari kalau tak memang takkan pernah belajar erti hidup rumahtangga dan tanggungjawap sebenar suami isteri. Jangan tinggal dengan mertua atau pon mak ayah sendiri kalau nak bahagia.

Mizzez Fairuz : Ape pun, betul la tu, duduk asing dengan mertua lebih baik. Hatta ibubapa sendiri a.k.a mak ayah awak. Cara kita besarkan anak, jaga family kita, berlainan dari cara mereka dulu. Semua akan jadi masalah. Semua akan makan hati nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.