Aku ugvt dan bisik dekat suami semua nama skandaI dan semua nama hotel yang dia pergi

Aku sediakan br3akfast untuk suami seperti biasa. Selalunya aku tidak teman suami untuk br3akfast kerana aku bekerja di sekolah tapi hari ini, aku tunggu di meja makan. Aku lihat suami aku selesai makan dan minum. Selesai sahaja semuanya aku bangun, aku peluk suami aku. Aku bisikkan ditelinganya..

#Foto sekadar hiasan. Kisah aku bermula tahun lepas. Di mana suami aku menjual hp miliknya kepada adik aku. Mungkin terIampau excited punya ada iphone baru, dia hampir terlupa untuk format apa yang ada di telefon lama miliknya.

Sebulan adik memberi hint kepada aku agar sentiasa memerhatikan tindak tanduk suami. Aku menganggapnya hanya berseloroh suka – suka. Sampai la suatu hari, adik aku menghantar gambar dan mesej yang terdapat di telefon lama suami.

Sungguh aku tak sangka tergamaknya dia menduakan aku. Bermulalah adegan aku menjadi detektif mencari bahan bukti. Aku kumpul segala bukti yang aku peroleh. Suatu malam aku memberitahu suami. Segala perbuatannya sudah aku ketahui.

Dia masih tidak mengaku. Seboleh – boleh dia menafikan segalanya. Kami bert3ngkar. Suami aku mengatakan dia tiada perempuan di luar. Hanya aku. Segala nama hotel yang dia pergi aku hamburkan 1 persatu di depannya.

Masih dia menafikan dan mengatakan dia tak pernah pergi pun ke semua hotel tersebut. Untuk pengetahuan semua, suami aku seorang suami yang sentiasa melakukan dhuha, mengaji, dan solat 5 waktu tak pernah tinggal.

Hati aku masih tidak tenteram selepas mendengar penjelasan suami. Aku cuba menerima kata – katanya sambil berhusnuzoon walaupun sangat tak masuk akal untuk aku percaya kata – katanya. Aku tenangkan fikiran, cuba berfikir bagaimana untuk aku buktikan yang semua aku katakan bukan hanya fitnah semata – mata.

Bukti dan mesej yang adik aku beri tidak aku tunjukkan kepadanya. Aku ingin lihat sejauh mana suami aku telus kepada aku. Sesungguhnya kuasa Allah maha hebat. Aku meminta petunjuk kepada ALLAH untuk mperlihatkan aku kebenarannya.

Kali ini bukti yang aku perolehi betul – betul meruntun jiwa aku. Aku ketahui bagaimana cara untuk melihat aktiviti suami ku. Tak perlu aku mengakses telefonnya hanya dari telefon aku, aku ketahui semuanya. 5 hari aku menyusun ayat untuk berhadapan dengan suami aku.

5 hari selera aku ke laut dalam. 5 hari berat aku turun mend4dak turun 4kg, dari 55kg kepada 51kg. Jika aku berdaiet bagai nak m4ti pun tak akan turun sebanyak itu dalam masa 5 hari. Jika sebelumnya kami berg4duh bagai nak giIa.

Masing – masing memantulkan vokal suara paling tinggi. Mujur aku tidak punya jiran. Berg4duh bertik4m pun tak siapa yang akan tau. Kali ini, aku penat. Penat dengan kebenaran yang aku tau dari hasil siasatan aku selama ini.

Aku berfikir apalah yang nak aku harapkan lagi daripada perkahwinan ini. Aku bukan punya anak untuk difikirkan. Aku ada kerja aku sendiri. Aku tak perIukan pun suami yang sebegini untuk aku. Jika penceraian yang terbaik, aku terima dengan hati yang terbuka.

Bila difikirkan, aku bukanlah selekeh, comot, hingga tak laku jika bercerai. Ya ALLAH betapa teruknya sy4itan membisikkan kata – katanya di telinga aku. Dalam pada aku berkira – kira apa tindakan yang aku harus ambil, memang tanpa sedar, aku ingin sahaja menghamburkan kata – kata m4kian kepada suami aku.

Keesokkannya, sebelum ke tempat kerja, aku tak tahu di mana kekuatan yang aku peroleh. Hati aku sem4kin tenang. Aku sediakan br3akfast untuk suami seperti biasa. Selalunya aku tidak pernah menemani suami aku untuk br3akfast kerana aku bekerja di sekolah, harus sampai sebelum 7.30am tapi hari ini, aku tunggu di meja makan.

Aku lihat suami aku selesai makan dan minum. Selesai sahaja semuanya aku bangun, aku peIuk suami aku. Aku bisikkan ditelinganya “abang, be tau abang ada perempuan lain, be maafkan apa yang abang buat selama ni, tingalkanlah dia, be tak nak dijangkiti peny4kit hasil apa yang awak buat, bertaubatlah abang,

Abang pun taukan, kalau kita bercerai pun, bukan tak ada orang nak be tapi be pilih abang sebab be sayang abang, be bagi abang peluang, be tak akan bagi peluang untuk lain kali.” Aku lepaskan peIukan aku. Aku kembali duduk di kerusi.

Dalam bisikan tu aku juga sebutkan nama perempuan – perempuan yang aku tau. Aku ingatkan dia juga hotel yang suami aku nafikan kemarin. Semuanya aku sebut semasa aku peIuk erat dan berbisik di telinganya. Puas rasanya telah aku luahkan apa yang aku ingin katakan.

Suami aku terdiam, hanya tertunduk, aku tau dia malu. Aku juga tau, dia tak percaya yang aku tak bertukar menjadi singa mungkin. Hanya maaf berulang kali dia ungkapkan kepada aku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Kami duduk di kerusi dalam 30 min meluahkan apa masalah dan bagaimana untuk diperbaiki hubungan yang kian ret4k ini. Selepas hari tu, perasaan aku kepada suami, memang tidak seperti dahulu. Jika dahulu aku sayang suami aku tapi sekarang aku sem4kin menyayanginya lebih dari dulu.

Tapi adakalanya, bila aku marah, aku akan terkenangkan perbuatannya, hilang terus perasaan sayang bertukar menjadi benci. Bila dia tidur, aku lihat wajahnya, inilah dia orang yang dapat terima baik buruk aku, mengapa tidak aku memberikannya juga peluang untuk dia perbaiki dirinya.

Aku selalu doakan moga dia dijauhkan dari kemaksi4tan dan penz1naan, aku doakan juga kesejahteraan dia tapi sungguhpun begitu, terselit juga doa yang k3jam kadang – kadang untuk dia jika tetiba aku teringat perbuatan lampaunya.

Aku doakan jika dia masih menghampiri kemaksi4tan dan melakukan penz1naan m4tikan la dia dalam keadaan yang sangat mengaibkan, satukanla keIamin mereka sehingga tidak dapat dipisahkan. Ya ALLAH sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Moga suatu hari nanti aku benar – benar memaafkan suami aku seikhlas hati aku. Dalam sayang ada benci tu real gais.. Telah setahun berlalu, hati yang dis4kiti tidak akan dapat melupakan. Tapi aku cuba.. cuba untuk mengikhlaskan hati aku, terima dia seadanya selagi dia tidak mengulanginya lagi. INSYAALLAH. – Nadiah (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nur Syamimi : Wow.. u are so strong puan. Saya mimpi suami curang pun bangun pagi saya murung jap. Nasib saya tak sep4k muka suami saya. Semoga baik – baik sahaja buat puan. Semoga puan diIindungi daripada peny4kit berb4haya. Amin.

Suruh suami buat solat taubat. Check up HlV. Puan jua boleh cek HlV. Ini yang puan pilih. So bear with it. Kalau boleh istikarah dan maafkan dengan seikhlas ikhlasnya. Dan jangan mengungkit. Moga Allah rawat hati puan dan beri ketenangan. Amin.

Nurulhuda Liyana Dalilah : Cuba lah doa yang baik – baik. Kan Allah dah janji. Akan diberi kemenangan bagi orang – orang yang sabar. Kalau dia sebagai isteri boleh bagi peluang. Janganlah kita r3mukkan lagi hati dia dengan komen – komen yang meny4kitkan hati dia.

Allah uji dia sebab dia kuat. Allah belum uji kita, mungkin sebab tu senang tangan kita komen itu ini. Dia pilih jalan memaafkan. Doa sahaja yang terbaik untuk dia.

Ammar Affendy : Bila beliau cuba memberi peluang pada perkahwinan beliau, memahami konsep sebagai manusia kita tidak sempurna dan memberi kemaafan untuk yang terakhir kali, mengapa ramai yang kecam dia.

Sesungguhnya hati manusia ni berbolak – balik, Allah swt pegang hati kita semua. Doalah yang baik – baik agar kata – kata kalian tidak berbalik diuji dengan pasangan kalian sendiri. Bab laki dia solat tak tinggal tu pada aku jangan dimainkan kerana sesungguhnya dalam agama pun kita memang wajib taat perintah Allah mendirikan solat 5 waktu walau kita ni banyak d0sanya.

Bila orang tak buat macam kita akan buat bila terjadi perkara yang sama, terima dan horm4ti cara mereka bukan persenda. Muhasabahlah kita jadikan luahan ni sebagai panduan dan iktibar. Buat confessor, semoga di permudahkan segala urusanmu menghadapi ujian ini.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.