Depan ayah, mak tiri berlakon baik tapi diam2 dia hasut ayah jual rumah yang aku duduk

Mak baik sangat, bukan setakat rela ayah kahwin lain malah setuju untuk bagi mak tiri aku tinggal sebumbung dengan kami. Depan ayah, semuanya baik. Bila ayah dan mak keluar bercuti, mak tiri akan pergi keluar shopiing habis beribu dan semua barang – barang tu akan disorok. Sebulan dia berhabis 10k..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku hanya berkongsi cerita. Mak seorang isteri yang baik sangat baik. Ayah nak kahwin lagi, mak bagi dengan rela hati walaupun aku tahu hatinya h4ncur. Mak baik, bagi isteri ayah tinggal sebumbung dengan kami semua sampai sekarang.

Waktu aku kecik, aku tak faham sangat tapi aku memang perasan per4ngai isteri ayah yang baru ni memang semacam. Dia baik la, takdela pukuI aku cuma dia macam ‘plastik’ depan ayah macam malaik4t, belakang ayah macam apa saja gayanya.

Dia suka memerhati apa aku dan adik beradik buat di social media ke apa ke kemudian dia akan mengadu kat ayah. Tup – tup ayah marah kami. Ayah memang dengar cakap dia berbanding dengan mak aku. Tah mandrem apa dia guna.

Memang teruk la per4ngainya macam nak memecah beIahkan kami. Dia sorang saja nak duduk dengan ayah. Ayah memang baik. Kalau dia nampak ayah macam lebihkan mak atau layan mak lebih dan belikan mak barang mula la mukanya muncung macam siput sedut.

Dia lupa yang dia tu hanya isteri kedua yang menumpang. Ditakdirkan isteri kedua ni ada anak laki laki, jadi semenjak tu ayah banyak luangkan masa dengan isteri ni atas alasan melayan anak ni tadi. Sekarang dah besar dah budak tu, manja giIa per4ngai macam anak raja, meluat aku.

Anak dia tak boleh dimarah dan tak boleh ditegur ya. Tapi kalau anak orang, laju plak dia komen semua tak ok semua buruk. Lagi satu dia ni kedekut t4ik hidung masin tak payah cakap la, memang giIa kedekut punya kalau boleh semua nak guna duit ayah saja sedangkan ayah dah bagi dia belambak duit.

Isteri kedua ni nampak gaya memang tamak haloba jahat sikit la macam tu. Ayah bagi aku rumah tapi biasala muka dia meluat macam tak puas hati. Aku dah duduk rumah tu dah tiba – tiba ayah kata nak jual. GiIa ke apa dah bagi aku pastu nak jual.

Mak aku puas pujuk ayah supaya jangan jual sebab aku dah duduk sana. Tapi dia berkeras nak jual, aku syak minah kedua ni tadilah punya angkara kan dengki t4ik. Ok fine aku macam lantak kau lah harta kau kan. Pastu beli rumah baru untuk kita adik beradik sekali dengan anak baru dia tu.

Paling ketara, antara kita semua adik beradik, anak yang baru tu dapat rumah paling besar sedangkan budak tu kecik lagi konfem takkan duduk sana sedangkan aku dah berkeluarga. Bila tanya ayah kenapa, alasannya nanti tua dia akan duduk sana dengan bini kedua dengan anak dia tu.

Ko nampak tak permainan tu. GiIa harta lantak aku dah tak kisah sebab aku pun mampu ada rumah sendiri. Cuma aku harap satu hari nanti ayah aku bukak mata seluas – luasnya dan nampak yang isteri kedua tu bukanlah sebaik malaik4t yang dia nampak.

Terlalu banyak bende untuk diceritakan tapi meny4kitkan hati so cukuplah sekadar ini. Kerana duit, sanggup jadi konon – konon manusia suci sedangkan hatinya teruknya jahat dan tamak harta.

Sambungan… Hi. Sekadar sambungan, berdasarkan komen – komen pada cerita aku sebelum ni.. Ada yang persoalkan pasal dua – dua mak duduk serumah. Sebenarnya dua – dua ni kalau depan – depan memang nampak baik saja tak pernah berg4duh mungkin sebab hormatkan ayah.

Mereka semua setuju tinggal serumah dah berpuluh tahun pun. Rumah ayah tu pun besar sangat sampaikan ada bahagian isteri pertama dan kedua. Kalau jerit pun tak akan dengar (rumah besar sangat). Jadi takda isu semua tinggal sekali.

Pasal rumah yang ayah beli untuk anak – anak tu. Ayah memang beli untuk anak – anak rumah tu. Setiap anak dapat satu rumah di kawasan perumahan sini. Katakan ada 5 anak, 4 anak dari isteri pertama semua dah besar dah kahwin.

1 anak dari mak tiri ni kira bongsu lah. Yang tak ok nya pasal anak mak tiri ni yang paling kecik ni tadi dapat rumah paling besar. Sepatutnya anak bini pertama yang sulong la dapat rumah besar sekali. Yang bongsu ni sekolah rendah pun tak habis lagi.

Semua pun tahu yang mak tiri ni hasut ayah supaya bagi anak bongsu dia tu rumah besar. Terlalu banyak kalau nak cakap. Bukan pasal aku hadap rumah yang ayah aku beli tapi pasal terang – terang tak adil kan. Pasal duit takdala masalah sebab kami semua kaya, ayah kaya nak m4mpus.

Jadi sekarang kita adik beradik nak tunggu saja kalau lah ayah meninggaI dulu nak tengok per4ngai mak tiri ni sebenar macam mana. Mak tiri ni banyak saik0 ayah untuk bagi macam – macam atas alasan untuk anak dia nak tadi lah.

Hidup mewah nak m4mpus. Pakaian jenama segala bende nak jenama. Buat baju setiap bulan tak kurang RM10k. Kereta nak cantik, mahal – mahal, lepas tu tak jaga. Bila rosak mintak ayah beli baru. Kereta pun nak harga 1 juta.

Beg tangan mewah tak payah cerita penuh dalam bilik dia macam galeri tapi depan mak acah acah suci. Tak katanya, tak banyak beg, tak suka shopping tapi bila ayah dengan mak keluar negara, ha time tu lah dia shopping macam h4ntu lepas tu sorok semua.

Apolah per4ngai. Dia tak boleh tengok mak dapat lebih dari ayah mesti dia akan semacam. Mungkin ayah faham per4ngai buruk isteri kedua dia tapi kerana semua dah tua dan ayah pun baik sangat so mungkin dia abaikan saja.. – Aku (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norliza Rahayu Ishak : Eerrr dek oi.. cara pembahagian harta ikut islam bukan kira yang paling tua dpaat paling byk. Sila tengok kiraan faraid. Lain la kalau ayah tu hibahkan harta tu. Bab ni kalau ayah dah bagi yang bongsu paling besor tak boleh nak cakap apa lah.

Lagi satu kalau confessor satu keluarga dah kaya nak m4mpos kenapa nak pertikaikan apa yang mak tua dapat apa yang mak muda dapat. Masing – masing dah ada bahagian kan. Cuba bersyukur dengan redha sebab rezeki tu datang dari Allah. Kita tak tau esok lusa bertambah lagi rezeki. So chill aja.. my two cents.

Cik Shezlynn : Ingat orang tak berduit je yang resah bab harta dan duit ni. Rupanya orang kaya seketurunan duit tak habis makan pun gelisah bab sapa dapat lebih, sapa dapat sikit. Kesian ayah tu. Hidup lagi, tapi anak – anak dah sibuk mengira harta tu dapat sorang berapa.

Nur Liyana Abdul Rahimi : Confessor suruh la ayah buat pew4risan harta semasa masih hidup ni supaya tak de isu berbaIah pasal harta bila ayah confessor meninggaI nanti. Hibahkan siap – siap segala aset yang ade pada setiap sorang supaya masing – masing akan dapat bahagian masing – masing lepas ayah tu meninggaI.

Awak pun pakat la dengan adik beradik yang lain untuk minta lebih dari apa yang mak tiri tu dapat kalau memang tak puas hati sangat tindakan mak tiri tetapi sebenarnya bahagia tu datang dari dalam hati sendiri.

Sebenarnya bahagia yang macam mana yang awak nak? Rezeki bukan dalam bentuk harta benda semata – mata. Duduk la dalam banglo sebesar istana tapi kalau isinya kosong pun useless. Akhir kata, segalanya bermula dari hati.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.