Mak aku dah macam orang gaji jaga anak kakak2 aku 5 orang

Mak aku terp4ksa jaga anak kakak – kakak aku. Apa yang lagi meny4kitkan hati bila tengah hari je, mereka akan balik makan rumah mak. Jadi mak memang kena masak. Sedih bila mak cakap mak tak sempat makan sebab layan karenah cucu – cucu. Yang kakak dan abang ipar pegang handphone je..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan kisah aku ni.Nama di beri Minah (Bukan nama sebenar), berumur 20 tahun dan masih bujang. Aku mulakan lah ye. Aku mempunyai 4 adik beradik. 3 orang perempuan (termasuk aku) dan 1 lelaki (bongsu).

Masih ada mak dan ayah, berusia dalam lingkungan 50-an. Dan aku tak ada lah dalam kategori br0ken family. Cerita dia macam ni, 2 orang kakak aku tu dah kahwin duduk pun dekat – dekat area rumah aku. Yang sulung dah ada 2 orang anak dan yang nombor 2 pulak dah ada 3 orang anak.

Advertisements

Masing – masing umur dah masuk 30 an. Duduk di rumah mak mertua. Mak aku ni berhenti kerja dalam lingkungan umur 40-an atas sebab kesihatan. Semua cucu (5 orang), mak aku yang jaga. Korang boleh bayangkan mak kita yang dah tua jaga budak dalam lingkungan 1 – 5 tahun?

Advertisements

Dalam umur macam ni, budak – budak sangatlah aktif. Suka explore sana sini dan mak aku juga kena kejar nak masak untuk anak – anak dia nak makan tengahari. Nak di jadikan cerita, kakak – kakak aku ni bila tengah hari je, makan kat rumah aku.

Hari – hari ye, tanpa menghulurkan duit sesen pun. Bila aku balik nak makan, anak – anak mereka aku yang jagakan, sebab mereka balik nak makan je. Hati aku sedih bila mak aku cakap “mak tak sempat nak makan lagi” sebab sibuk jaga cucu – cucu dia buat hal, mana sempat dia nak masak lagi.

Advertisements

Lepas aku bising – bising suruh hulur beras pun jadi lah. Baru kakak – kakak aku hulur, tu pun kadang – kadang tak bagi. Suami masing – masing, macam dayus pun ada. Buat tak kisah bini buat ape. Ni part aku plak, aku balik keje 5.30 petang.

Sampai – sampai rumah je, kakak – kakak aku suruh aku mandikan anak – anak mereka. Sedangkan mereka dah sampai rumah pukuI 5.00 petang lagi. Aku pun mandikan sebab kalau aku tolak, mak aku yang kena mandikan.

Advertisements

Mereka sibuk sangat dengan telefon. Anak – anak terbiar, mak dengan ayah sama je biarkan aku dengan mak yang berhemp4s pulas mandikan suap makan dekat anak – anak mereka. Ayah aku memang tak nak masuk campur, dia kena dar4h tinggi sebab kes budak – budak menangis.

Dia tak tahan. Sepatutnya, usia – usia mereka macam ni dah stop dengar bunyi budak menangis. Dah jaga anak sampai umur 20 tahun, cukup – cukuplah menyusahkan mereka lagi. Kakak – kakak aku jenis tak makan saman.

Aku pernah je tanya elok, dimarahnya balik. Aku dah macam mak – mak dah, sibuk uruskan anak – anak. Kakak – kakak aku ni selagi mak aku ada, selagi tu nak menyusahkan. Aku ada bagi idea dekat ayah, suruh bawa mak balik kampung dia di Pahang.

Biarkan kakak – kakak aku pening kepala fikir nak makan tengahari macam mana, siapa nak jaga anak mereka. Dahlah makan kat rumah aku tanpa hulur sesen, lepas tu ada hati request nak itu nak ini. Mak aku pun ikutkan juga tapi guna duit ayah aku, sebab mak aku memang tak ada duit.

Kakak – kakak aku mana ada hulur duit jagakan anak mereka. Mana tak ayah aku marah, sepatutnya itu tanggungjawab suami mereka hulur duit. Bukan jadi tanggungjawab ayah aku lagi nak tanggung. Dahlah dia sudah serahkan anak dar4 dia kepada lelaki untuk menjaga anak dia, tup tup dia kena jaga balik.

Bukan nak berkira, please have some resp0nsibility. (Perempuan kalau marah mesti nak speaking) Mak aku kesian dekat yang no 2, sebab dia tekanan sikit akibat ekonomi sekarang tinggi. Suami kakak aku no 2 ni, sangat malas berkerja.

Bila penat sikit tak nak kerja, bila str3ss sikit halfday. Majikan mana yang nak pekerja macam ni? Itulah peng0rbanan seorang ayah, penat s4kit macam mana pun gagahkan diri juga cari rezeki untuk anak – anak dan isteri.

Ini tak, biar beban isteri yang tanggung. Sebab tu kakak aku manja – manja dengan mak aku, sebab lelaki ada macam tak ada. Hati mak mana yang sanggup tengok anak dia terIuka. Aku kadang – kadang nak lari dari rumah, nak kahwin, sebab aku str3ss dengan situasi dalam rumah ni.

Aku ringankan beban mak aku dengan bangun pagi – pagi, basuh baju lepas tu sidai sebelum pergi kerja. Tengah hari aku tak balik rumah untuk makan sebab aku sedih tengok mak aku. Aku lipatkan kain, basuh pinggan.

Ada suatu hari tu, mak aku demam. Mak aku mengadu kat aku badan dia lenguh – lenguh minta aku urutkan. Dia tak larat, tapi esok kena jaga cucu. Aku cakap kat mak aku “Mak tak payah masak tengahari nanti, orang dah masakkan nasi.

Balik nanti orang belikan lauk”. Aku balik – balik mak aku masak jugak, katanya takut tak cukup untuk makan kakak – kakak, abang ipar dan ayah aku. Kakak aku boleh tanya, kenapa beli lauk sedangkan mak dah masak. Aku cakap lah mak tengah s4kit tak larat.

Mereka boleh jawab “oh”. Tak ada rasa kesian ke dekat mak? Ambil lah cuti halfday, jaga anak. Anak sendiri kan! Kadang  -kadang ayah aku tak merasa lauk mak aku masak, sebab cucu anak – anak dan menantu dah habiskan.

Kakak – kakak aku selalu cakap tiada duit. Mereka tinggal di rumah mak mentua, duit rumah tak payah bayar, hutang kereta? Pakai kereta biasa – biasa yang bulan-bulan bayar RM 400 lebih. Bahagi suami isteri dalam RM 200 seorang.

Aku rasa salah satu punca rezeki sempit sebab mereka banyak susahkan orang tua aku dan mereka suami isteri juga manusia angkuh sebab tak solat. Banyak je lagi, tapi aku rasa cukup – cukup lah sampai sini sahaja. Moralnya;

1. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarga.

2. Kita sebagai anak, silalah berjasa kepada ibu bapa selagi mereka masih ada. Jangan sampai ibu bapa dah masuk wad, baru nak belajar berdikari.

3. Adik – beradik dah tolong sehabis baik, tapi tolong ubah diri sendiri ke arah lebih baik. Terima Kasih, Min. – Minah

Situasi sebegini bukanlah satu perkara baru. Ramai ibu bapa yang sudah tua terp4ksa ‘bekerja’ menjaga cucu – cucu. Salah satu punca kerana anak – anak tidak mampu membayar pengasuh tambah lagi jika mempunyai anak yang ramai.

Seharusnya dalam usia yang hampir separuh abad ini, ibu bapa kita boleh duduk berehat sambil dimanjakan oleh anak – anak. Namun sebaliknya yang berlaku.

Komen Warganet :

Junita Haji Abd Karim : Bagi yang boleh terima teguran, ok la senang cerita. Ini kalau adik beradik tegur, kita pulak yang dijadikan musvh dan tak terima teguran. Itu yang payah.

Marina Ibrahim : Kita sendiri kena pikir, kita jaga anak sendiri pun kadang – kadang penat. Lepastu lagi serah kat mak bapak. Terimalah hak1kat mak bapak tu kadang – kadang tak sampai hati nak tolak, sebab tak nak kita kecik hati. Kita ni dah dewasa tuhan kurniakan akal, jadi fikirlah.

Pernah ada seorang makcik ni jaga cucu dia, dia datang rumah aku tanya aku nak tak jaga budak, dia bayar aku. Aku cakap lah ‘tak makcik sebab saya pun nak kena jaga anak sendiri, tak berani jaga anak orang ni’.

Makcik ni mengadu dah tak Iarat jaga cucu tapi kena lah jaga juga sebab tak sampai hati nak tolak permintaan anak. Jadi kita yang dewasa ni pikirlah berkali – kali. Sendiri nak uruskan anak tak mampu, tak larat, diserahkan pula pada orang tua.

Aiman Mahfoz : Aku cuma harap isu ni jadi viraI dan menyentap ramai hati – hati anak – anak yang dah jadi mak bapak budak. Jangan sibukkan selfie, berjalan ke sana ke mari poco poco join macam – macam kelab. Dekat IG, FB hidup diorang ni memang meriah tapi realitinya, sedih dan menyedihkan orang lain.. cukup.

Nurien Madeeha : Mak tu nak cakap ‘tak nak’ tak sampai hati tapi fikirlah anak – anak bila kamu dah tua nanti. Muda penat bekerja, dah tua masih penat lagi. Berilah peluang untuk mereka tumpu kepada ibadah atau pergi mana – mana mereka suka.

Anum Dang : Ada tu yang ambil mak ayah tinggal serumah, niat tu dah baik konon – konon nak jaga parents, tapi diperh4mbanya orang tua yang s4kit tu jaga anak – anak. Lepas tu bangga diri cakap anak mithali sebab jaga mak ayah. Dalam dunia ni ramai orang macam ni, parasit. Tak pun kutu b4bi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.