Sangat h1na aku di mata mak, membuatkan aku terfikir adakah aku ini anak dari hasil z1na sesiapa? Sehingga seh1na ini ibu aku buat aku. Kenapa perlu rebut nafkah anak – anak itu, siap boleh pergi bercuti lagi..
#Foto sekadar hiasan. Hai. Aku pernah membuat pengakuan di sini dahulu, artikel >> Mak fitnah suami aku b0mohkan aku. Aku termakan hasutan mak kononnya suami bagi aku makan d4rah cik Ponti
Hari ini aku rasa ingin membuat pengakuan lagi sebab aku dah berada di tahap mental yang k0yak rabak. Aku rasa sekejap lagi aku akan terjun bangunan atau telan Panadol, aku dah tidak tahan lagi dengan keadaan mental aku.
Dalam pengakuan yang lepas, aku menyatakan bagaimana aku berusaha memuaskan hati ibu aku, yang rasanya memang sukar untuk dipuaskan. Untuk pengakuan kali ini, sekarang aku sudah bergelar seorang isteri semula, setelah tujuh tahun aku menjadi ibu tunggal.
Aku telah cuba beberapa kali untuk berpindah selepas aku bernikah. Tetapi masih tidak dibenarkan. Sehinggakan ibu aku menghantar mesej kepada suami aku, mengatakan kami ini anak menantu yang kurang ajar, sebab ingin berpindah dari rumahnya, membawa cucu – cucunya (anak – anak aku) dan setelah lama dia menjaga aku.
Suami aku dianggap sebagai kurang ajar kerana ingin membawa kami bertiga keluar. Allahu… kau sebenarnya mahu apa? Kau d3ra mental aku sepanjang aku tinggal dengan kau dan tidak membenarkan aku keluar. Kini, suami aku tinggal di tempat lain dan aku masih perlu pulang ke rumah ibu aku.
Setiap kali aku pulang ke situ dan meminta izin untuk pulang ke rumah suami aku, mulalah pelbagai drama yang muncul. Untuk kes aku hari ini, aku rasa seperti ingin menjerit sekuat hati. Alkisahnya, selepas dua minggu aku membiarkan suami aku tidur seorang diri, aku pun meminta izin dari ibu aku untuk menemani suami aku di rumahnya.
Jarak dari rumah kami tidak jauh pun, aku di Kajang, dia di Bangi. Dan aku pun pergi selepas aku telah memasak untuk anak – anak aku makan, menyediakan tempat tidur mereka semua. Anak – anak aku sudah besar, sudah masuk remaja, tetapi dia masih lagi memaksa aku tidur bersama – sama dengan anak – anak aku dalam satu bilik, di atas satu katil, di rumahnya.
Baiklah, aku pun meminta izinnya untuk pulang ke rumah suami aku. Aku sampai di rumah suami aku sekitar jam 10 malam dan tiba – tiba anak bongsu aku menelefon sambil menangis, memberitahu dia dimarahi kerana tidak menyusun buku di dalam beg.
Sedangkan, sebelum itu aku sudah bertanya, “Dah kemas buku atau belum?” Anak – anak aku berdua memberitahu mereka akan kemas pada pagi esok, memang itu rutin mereka. Tiba – tiba, apabila anak aku yang paling berdikari menelefon dan menangis sekuat hati memberitahu dia belum menyusun buku lagi dan mengharapkan aku menyusunnya, aku sudah dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena.
Ini bermakna, ada seseorang yang memprov0kasi dia untuk memaksa aku pulang. Semata – mata untuk menyusun buku sekolah dia. Semata – mata, ya. Aku sudah tahu itu permainan siapa. Jadi, aku memberitahu anak – anak aku, “Tidak mengapa, esok boleh susun.”
Kemudian, pagi ini, biasanya setiap 15 haribulan bekas suami aku akan memasukkan duit nafkah untuk anak – anak aku. Jadi, aku menghantar mesej kepadanya, memberitahu kalau duit itu sudah masuk, beritahu aku, sebab aku tidak mendapat notifikasi apa – apa.
Tiba – tiba dia mengatakan, “Tak apalah, saya masukkan dalam akaun ibu kamu.” Aku terfikir, eh, selama ini aku yang membayar semua benda, mendahuIukan wang aku sendiri, dan sudah tentu aku mengharapkan duit nafkah itu untuk menggantikan duit aku.
Dia berm4ti – m4tian tidak mahu memasukkan duit dalam akaun aku dan berkata kalau tidak boleh masukkan dalam akaun ibu aku, dia akan beri dalam akaun ayah aku. Lagi kuat jangkaan aku bahawa ibu dan ayah aku ada berkomunikasi dengan dia dan memberikan nombor akaun mereka.
Perlu diingatkan pada pengakuan lepas, ibu aku juga yang beria – ia membawa aku pergi berjumpa b0moh, mahu menceraikan aku dengan suami aku tujuh tahun yang lalu. Baiklah, kembali kepada cerita. Tiba – tiba bekas suami aku berkata… “Kamu bukan jaga anak pun, malam – malam kamu keluar, tinggalkan anak.” Lihat, kenyataan ini sudah cukup kuat untuk aku mengagak apa yang terjadi.
Aku pun berkata, “Baiklah, kalau kamu nak teruskan dengan bank in kepada penjaga kononnya itu, saya akan berhenti membayar semua benda mulai hari ini. Kalau mereka nak apa – apa, minta terus dari kamu, ya. Saya tak akan dahuIukan sesen duit saya lagi.”
Dan mesej yang sama aku hantar kepada ibu aku, supaya dia alert bahawa apa – apa bayaran awal selepas ini yang melibatkan cucunya, bukan dari aku. Sebab selama ini, setiap kali aku mendapat gaji, aku terus membayar upah dia menjaga anak RM600, aku bayar duit Unifi, aku bahagi – bahagikan duit belanja sekolah jadi seringgit – seringgit, seminggu RM100 untuk dua anak, dan duit – duit lain.
Ibu aku pula, sesuka hati memberikan arahan supaya aku menghantar anak – anak aku ke kelas itu dan ini, dan dia yang mendaftar tetapi semua bil aku yang perlu jelaskan. Cuma untuk bulan Ogos ini, aku masih belum dapat bayar duit elektrik rumah itu dan duit kami bertiga untuk sewa bilik.
Itulah yang menyebabkan dia marah sehingga kecoh kepada keluarga mertua aku. Yang dia nampak, aku ada gaji; yang dia tak nampak, komitmen aku yang tinggi. Aku sambung belajar, tetapi bantuan dari MARA belum keluar lagi, jadi aku perlu menggunakan duit sendiri terlebih dahulu.
Dan mestilah aku ada kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya. Semua benda aku perlu bayar. Bila dia buat macam ini, bagaimana aku nak dapat balik duit yang aku dah dahuIukan untuk anak – anak aku?
Sedangkan selama ini apabila tiba 15 haribulan, aku merasa sedikit lega sebab ada bayaran tersebut. Jadi aku pun marah la dia. Aku cakap, dia tak sepatutnya campur tangan dalam urusan nafkah kami anak beranak. Semua kau nak kaut, agak – agaklah.
Ingat aku ini apa? Alasan dia, aku sudah ada suami, boleh minta suami aku bantu. Come on la, aku jenis berdikari sendiri, tak tahu nak minta suami aku bayar semua itu. Berpada – padalah. Kemudian, seperti biasa… Dia menghantar mesej semua keburukan aku kepada keluarga mertua aku.
Dah la sebelum ini dia juga yang beri macam – macam rakaman suara kepada kakak ipar aku, burukkan anak dia sendiri. Menceritakan kembali kisah semasa aku muda dulu… Kisah 16 tahun lepas… Kisah 10 tahun lepas, zaman sebelum aku bergelar isteri dulu dan zaman sebelum aku ada keluarga… Seh1na itu… H1na sangat anak dia yang seorang ini.
Sangat h1na di matanya, membuatkan aku terfikir adakah aku ini anak dari hasil z1na sesiapa? Sehingga seh1na ini ibu aku buat aku. Sekarang suami aku dah nak bawa aku keluar dari rumah itu, dia tetap tidak membenarkan aku bawa anak – anak aku sekali. Keadaan tidak akan berubah selagi anak – anak aku ada di situ.
Penatlah hidup dengan sumpahan ini, sumpah penat. Anak – anak itu, hak aku, walaupun itu cucu kamu. Itu hak aku, tolonglah jangan siksa aku hanya kerana kamu tidak mahu berpisah dengan cucu kamu. Kamu banyak lagi cucu, pergiIah kepada yang lain.
Yelah, sebab menjaga cucu lain tidak mendapat duit, menjaga cucu yang ini dapat duit, kan? Walaupun mulut kamu nafikan, tapi kenapa perlu rebut nafkah anak – anak itu? Walaupun kamu kata duit itu untuk membesarkan cucu – cucu, selama ini aku bagi tidak pernah putus.
Sampai terlebih – lebih, siap boleh pergi bercuti lagi. Apa lagi yang tidak cukup? Selagi aku tak m4ti, tak dapat hibah, macam itu ke? Aku dah m4ti, dah dapat hibah, baru cukup ke duit? – Mental Rosak (Bukan nama sebenar)
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.