Mak aku sayang suami aku macam anak sendiri. Suami kantoi curang dengan ramai perempuan, mak nasihat aku macam aku yang salah

Suami aku ni kalau orang luar tengok memang suami yang mithali. Belakang aku dia main perempuan, ada gambar siap bercivm. Aku dah tak tahan aku lari dari rumah. Suami mengadu dekat mak aku. Mak aku call, datang rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min sorry, mungkin luahan aku ni agak panjang. Saya seorang isteri yang berumur 24 tahun dan suami berusia 36 tahun, ada anak seorang dah berusia 3 bulan, Kami baru setahun kahwin.

Aku hanyalah surirumah sepenuh masa, kawan tak ada, sahabat tak ada, yang ada cuma suami anak dan keluarga saja. Tujuan aku luah kat sini, sebab aku dah taktau nak buat apa. Kadang – kadang aku str3ss yang melampau tapi bila tengok anak aku, aku cool down dan cuba menerima keadaan.

Tapi dalam hati aku s4kit sangat. Macam ni, suami aku sebelum kahwin dengan aku, dia duda. 6 tahun kahwin tapi tak ada anak dan dia cuma ambil anak angkat. Lepas kahwin dengan aku, terus lekat baby Alhamdulillah.

Suami aku ni kalau orang luar tengok memang suami yang mithali. Aku tak nafikan, dia baik dari segi agama, dia solat tak pernah tinggal, tiap minggu baca Yasin sama – sama, sedekah selalu. Dengan mak ayah aku, adik beradik aku, anak buah aku pun semua dilayan baik.

Tambah mak aku sayang dia dah macam anak sendiri. Bila kami balik kampung ja, mak aku akan masak makanan yang dia suka, nak makan pun mak aku sendukkan nasi kat dia. Dekat aku tak yaa, yalaa sebab aku anak, mak aku suruh senduk sendiri ja hahaha. Tapi cuma aku yang tahu per4ngai sebenar dia.

Belakang aku dia main perempuan, jumpa perempuan, chat perempuan bersayang sayang sana sini. Macam mana aku tahu? Sebab aku jumpa gambar dengan perempuan dalam fone dia dan whatsapp dia. Siap bercivm ya gambar tu. Faham tak betapa h4ncurnya hati aku?

Sebenarnya, dari awal aku mengandung pun, dia dah kantoi. Dan setiap kali kantoi, dia minta maaf, dia berhenti seminggu dan dia ulang lagi. Masa kandungan aku 5 – 6 bulan, aku pernah drive sorang diri lari rumah sebab aku dah str3ss dengan dia. Setiap kali aku nasihat dia tak pernah berubah.

Lepas aku lari rumah, dia call mak aku bagitau dia balik kerja aku tak ada rumah, call semua aku tak angkat. Mak aku call aku pujuk suruh balik dan malam tu mak aku datang rumah nasihat aku, dia tak bagitau pulak punca aku lari kenapa.

Mak aku nasihat seolah aku yang salah, yalaa aku lari memang salah tapi sebabnya mak aku taktau kenapa. Aku cuma nangis ja malam tu. Lepas aku bersalin, aku ingat dia dah berubah lepas dia tengok anak perempuan dia.

Bagi aku, mungkin lepasni dia fikir “aku kena berubah, aku ada anak perempuan, nanti apa aku buat takut Allah baIas perbuatan aku dekat anak. Tambahan pulak ni anak yang dia tunggu dari dulu, Allah bagi rezeki”. Rupanya tidak sama sekali dan dia tak berubah juga.

Bila aku tegur bersemuka dengan dia, dia dah tak minta maaf dan mengakui salah dia. Tapi dia layan aku dengan baik lagi lepas tu. Dia tolong aku masak nasi, basuh baju, basuh ini itu. Padahal sebelumnya aku yang buat. Dia ajak aku ke sana ke sini macam nak pujuk aku dengan perbuatan salah dia tu.

Tapi dia tak berubah pun, dia cuma tak nak aku buka mulut pasal tu lagi. Mungkin dia takut aku buka mulut dekat family aku jugak. Sekarang bila dah lama – lama dengan sikap dia ni, aku jadi dah penat. Kadang – kadang aku peduli, kadang – kadang aku tak peduli.

Dia ni akan layan aku dengan baik sangat – sangat, kecuali jangan aku sebut pasal salah dia, per4ngai dia yang suka jumpa chat perempuan. Kalau aku tegur dia akan marah aku balik macam aku yang salah, macam aku yang curang.

Kadang – kadang aku fikir juga nak cerai ja kalau per4ngai dia tak berubah. Tapi aku sedih bila fikir apa perasaan mak aku kalau menantu kesayangan dia ni khi4nat aku macam ni sekali. Aku dah tak sanggup tengok mak aku sedih dan menangis sebab lelaki yang pernah aku kawan dulu sebelum kahwin, mak aku layan baik jugak tapi dia khi4nat mak aku.

Mak aku sedih giIa masatu, mak aku nangis macam hilang anak tau. Mak aku ke sana sini untuk tenangkan diri dia. Aku tak boleh bayang kalau aku buat mak aku sedih lagi, aku takmau tengok mak aku kecewa buat kali kedua.

Macam mana dengan anak aku lagi, kecik – kecik bapaknya dah macam tu. Family dia? Semua family dia tau per4ngai dan aku bagitahu, siap abang dengan kakak dia nak bawak dia jumpa ustaz untuk berubat tapi ada sorang dua tak setuju sebab takut tertaksub dengan perkara syir1k katanya.

Diorang kata kita doa dan minta dengan Allah supaya dia bertaubat. Dorang suruh aku sabar dan kuat dengan ujian ni. Dorang ada tegur dia lepas aku mengadu, tapi dia marah balik adik beradik dia, dia cakap jangan masuk campur hal peribadi dia, dia tau apa yang dia buat katanya.

Aku dah di jalan buntu, jauh di sudut hati aku memang aku masih sayang rumah tangga ni, tapi aku yang lebih banyak makan hati dan kecewa. Apa perlu aku buat lagi? Sabar aku belum cukup ka? Sesabar apa lagi yang perlu aku buat? Sebenarnya laki macam ni apa yang dia nak dalam hidup dia? Apa dia nak semua aku ikut rentak dia, aku puaskan apa yang dia nak. Tapi per4ngai tetap sama.

Komen W4rganet :

Sharmila Bee Kamal : Satu benda saya nak bagitahu kalau melibatkan perempuan ni bah4yanya adalah kesihatan. Imagine dia bawa balik peny4kit berjangkit yang bah4ya dan jangkit pada sis. Demi anak itu anatra yang kene jaga. Jadi pada saya sis kene buat keputusan sama ada keselamatan sis dan anak atau melayan je sampai terkena.

Fariha Abd Manaff : 1 je nak cite, mak sis lebih sedih kalau dia tahu menantu dia perlakukan anak dia macamni. Sila keluar dari perkahwinan ni, find your own happiness, bahagia tu boleh dicari.

Nurul Farahah : Lelaki ni jenis nars1stik. Tak boleh ditegur walaupun dah buat benda yang h4ram. Lelaki macam ni ade 2 penampilan yang berbeza, rupa di luar rumah dan rupa di dalam rumah. Kalau dah curang, jangan harap akan berubah.

Lepaskan laki macam tu daripada bertahan, sis akan mengalami depr3ssion yang teruk kalau masih bertahan. Sementara anak masih kecik, keluarla daripada environment yang t0ksik, bagi anak dan diri sendiri satu kehidupan baru yang lebih sihat dan bahagia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.