Mak ayah saya golongan b40 tapi selalu h1na baju anak saya lusuh. Kalau jiran beli sofa baru, motor baru, mak ayah sibuk nak juga

Setiap kali saya pulang ke kampung, ibu sering menghi1na pakaian anak – anak saya katanya lusuh dan tidak cantik. Mereka selalu p4ksa kami bawa mereka berjalan – jalan. Paling kesian dekat adik saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama saya Diba, berasal dari selatan dan sudah berumahtangga hampir 10 tahun. Kini memiliki anak seramai 3 orang. Saya tergerak hati untuk turut berkongsi tentang kisah ibu ayah saya yang mempunyai kepelikan yang berbeza.

Jika ibu ayah confessor sebelum ini gemar menonjolkan seolah – olah mereka miskin, tapi ibu ayah saya sebaliknya. Ibu ayah saya boleh dik4tegorikan dalam kumpulan B40 kerana pencen ayah hanya sekitar RM2000. Dengan wang bulanan yang dihulurkan anak – anak berjumlah sekitar RM1000 sebulan, saya kira cukup untuk menyara mereka berdua yang sudah tidak miliki anak yang bersekolah.

Namun, apa yang saya kesalkan adalah sikap ibu ayah saya yang meletakkan dunia di hati berbanding hal akhir4t. Sepatutnya umur macam ibu bapa saya ni dekatkan diri dengan Tuhan.Itu yang selalu nampak pada w4rga emas selepas pencen.

Setiap kali saya pulang ke kampung, pasti ada saja barangan baru yang dibeli ibu dan ayah sehinggakan rumah mereka penuh seolah – olah kedai runcit. Ruang untuk berjalan dan duduk hanya muat – muat sahaja. Jika bukan barang elektrik baru, pasti hiasan dinding, karpet, cadar, set tupperw4re, baju, tudung dan kasut yang baru.

Sedangkan set tupperw4re, pinggan mangkuk, baju dan tudung ibu sudah banyak almari. Malahan, ibu sering mengh1na pakaian anak – anak saya yang baginya kelihatan lusuh dan tidak cantik. Ibu yang kini di usia 60an sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik.

Selain itu, ibu dan ayah amat gemar berjalan. Jika orang tua seusia mereka lebih suka duduk di rumah untuk beribadah, tapi ibu ayah tidak lekat di rumah. Setiap hari pasti mereka akan berjalan – jalan sekitar bandar.  Adakalanya sehingga ke malam.

Saya berasa hairan kerana ibu ayah masih bertenaga untuk berjalan hingga larut malam. Selain itu, mereka sentiasa merancang percutian ke tempat yang jauh seperti KL, Cameron Highlands dan Langkawi. Kami anak – anak perlu lah membawa mereka bercuti ke tempat yang mereka ingin pergi.

Jika tidak, mereka akan merajuk. Yang paling kasihan adalah adik lelaki saya kerana tidak dapat bercuti berdua dengan isteri yang baru dikahwini. Honeymoon pun terp4ksa bawa ibu dan ayah. Ini kerana ibu dan ayah akan merajuk jika adik tidak membawa mereka bercuti bersama.

Adik mengadu pada saya yang dia langsung tiada peluang untuk bercuti berdua dengan isterinya. Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar. Ibu ayah juga hanya makan makanan mewah di rumah. Jika menziarahi saud4ra mara yang menghidangkan menu biasa, mereka akan mengumpat di belakang dengan mengatakan saud4ra tersebut kedekut. Sedangkan saud4ra mereka bukanlah dari golongan yang senang.

Ibu dan ayah juga gemar bersaing dengan jiran. Jika jiran sebelah melancong ke Penang, ibu dan ayah tidak senang duduk selagi mereka tidak pergi ke Penang juga. Jika jiran sebelah melancong ke KL, pasti ibu dan ayah akan mengajak kami ke KL segera.

Jika jiran sebeIah menukar motosikal atau sofa baru, ibu dan ayah juga akan bising – bising pada kami bahawa mereka juga ingin menukar motosikal baru. Pendek kata, apa sahaja yang dibeli jiran, pasti ibu dan ayah ingin memilikinya.

Selain itu, apa yang menyedihkan saya ialah ibu dan ayah masih lagi solat di hujung waktu, terutamanya ibu. Jika waktu zohor, hampir jam 4 petang, asar ibu hampir jam 7malam. Akibat keletihan berjalan sehingga larut malam pula menyebabkan ibu sering menunaikan solat subuh sekitar jam 7.30pagi. Saya hanya mampu menggelengkan kepala.

Saya tidak lah kisah sebenarnya jika ibu dan ayah mahu bershopping, melancong, dan makan makanan mewah kerana mereka layak untuk memilikinya setelah bersusah payah membesarkan kami anak – anak mereka. Tapi apa yang menyedihkan saya, mereka sentiasa mengatakan tidak mampu untuk pergi umrah dan haji kerana mereka hanya B40.

Jika mereka mengurangkan sedikit keinginan untuk bershopping, berjalan – jalan dan makan makanan mewah, saya pasti ibu ayah mampu untuk pergi haji. Saya dan adik beradik juga boleh menambah sedikit jumlah kos pergi haji jika ibu dan ayah mahu.

MaIangnya tiada sedikit pun usaha ibu dan ayah untuk mendaftar dan menyimpan untuk pergi haji. Melihatkan ibu saud4ra suami saya pergi haji walaupun hanya bergelar seorang cleaner hospitaI, menambahkan lagi sebak di d4da.

Doakan semoga ibu dan ayah saya beroleh petunjuk Allah, agar meletakkan dunia di tangan, bukan di hati. Terima kasih kerana sudi membaca. – Diba (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Radin Arishah : Bab dorang nak beli barang, nak melancong tu tak jadi masalah sangat. Tapi bab solat lewat tu semoga diberi hidayah. Lagi satu bab asyik memaksa anak – anak bawak berjalan, terutamanya anak yang baru kahwin tu melampau, tak faham boundaries. Nak berjalan pergi je, ramai je orang – orang pencen yang melancong sana sini dengan pasangan masing – masing. Tapi kalau sampai jadi masalah pada orang lain, tu tak patut.

Anggun Ibu : Tt kena faham, ibu bapa pon manusia macam kita. Bermula dari kehidupan muda.. baru tua.. Tiada yang pelik kerana cara pemikiran bermula dari muda bukan tiba – tiba jadi macam tu.. Contoh hoarders, kaki berhutang dan lain – lain.

Perbaiki diri kita dan berdoa untuk pengakhiran yang baik untuk semua yang kita sayang. Kita tak mampu nak ubah. Yang boleh ubah hanya diri sendiri dan our god. Sedangkan isteri nabi nuh dan anaknya tak nak ajaran Allah. Isteri nabi luth pon sama..boleh cari dalam alquran. Bahagia tak susah kalau kembali ke fitrah manusia.. Jom jadi baik.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.