Mak benci aku, adik-adik makan ayam daging, aku hanya makan telur. Ayah diam-diam bawa aku keluar. Ayah nangis tengok aku makan

Sebelum nenek bawa aku keluar daripada rumah, mak cakap dia takkan halalkan setitis susu dia yang mengalir dalam tubuh aku. Aku baru 15, menahan s4kit lecuran minyak panas. Setelah sedekad tak jumpa dengan mak, satu hari…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, nama aku Maw4r (bukan nama sebenar). Aku datang daripada enam beradik dan aku anak kedua. Sejak kecil lagi, keluarga memang tidak pernah umpamakan aku. Mak memang bencikan aku.

Dia selalu cakap aku ni lembap, kalau buat apa – apa pun slow. Aku memang jenis pendiam. Hari – hari dia m4ki aku. Semua kerja rumah, aku yang kena buat. Kalian pernah tengok Bawang Putih, Bawang Merah? Begitulah kisah aku.

Cuma yang d3ra si Bawang Merah itu ibu tiri dia, tapi aku pula ibu kandung. Adik – adik bawah aku pun langsung tak hormatkan aku gara – gara mak. Mak sekalipun tak pernah sentuh aku. Kalau makan pun, aku selalu dapat nasi dengan telur goreng, kicap.

Adik- beradik aku yang lain dapat makan ikan, ayam, daging. Aku makan nasi dengan air garam bila aku buat salah. Aku kesat air mata sambil makan. Arw4h ayah selalu bawa aku keluar senyap – senyap makan dekat luar.

Kadang – kadang arw4h ayah menangis sambil tengok aku makan. Sudah puas dia menasihat. Sehinggalah mereka berper4ng besar. Sejak tu depan ayah, mak takkan berani marah atau m4ki aku. Malah nenek aku turut masuk campur untuk betulkan keadaan.

Tapi pada akhirnya aku yang dipukuI dengan teruk. Kononnya aku mengadu. Sampai sekarang aku juga tak tahu kenapa mak bencikan aku. Aku bertahan sebab arw4h ayah. Kalau pergi sekolah, mak tak pernah bagi duit belanja atau bekal.

Ayah akan selit RM2 dalam beg sekolah aku supaya aku tak berlapar. Kalau raya, adik beradik lain semua dapat baju baru kecuali aku. Arw4h ayah yang akan belikan untuk aku. Ayah “pergi” waktu tu umur aku 15 tahun, arw4h nenek pula yang sambung belikan baju raya aku.

Arw4h nenek selalu usap belakang aku suruh aku bersabar. Waktu ayah pergi, aku rasa dunia aku gelap gelita. Aku hilang tempat berg4ntung. Lepas ayah meninggaI, hukvman mak pada aku jadi sem4kin teruk. Apa lah budak usia 15 tahun boleh buat waktu tu.

Sepanjang masa aku berlapar. Kadang – kadang aku curi – curi makan nasi putih dua suap dekat dapur. Pernah sekali aku terlupa nak goreng ikan, mak terbalikkan kuali penuh dengan minyak panas. Atas bahu kanan mengalir ke belakang badan aku. Sampai sekarang berparut.

Aku ingat lagi, aku menggelupur atas lantai dapur sambil menjerit kes4kitan. Tapi apa yang mak aku buat? Dia teruskan m4kian dia tanpa sekalipun menoleh ke arah aku. Kebetulan nenek aku datang rumah. Mungkin Tuhan nak selamatkan aku. Lepas saja berper4ng dengan mak, nenek bawa aku balik rumah dia. Sejak tu aku duduk dengan nenek.

Sepanjang aku duduk dengan nenek, tak pernah sekali mak tanya khabar. Apa yang aku harapkan? Kenapa aku masih berharap? Sebab setiap hari aku berdoa pada Tuhan supaya Dia bukakan mata mak aku untuk nampak aku.

Sebab aku cuma nak rasa kasih sayang seorang ibu. Dapat pegang tangan dia dua saat pun cukuplah. Tapi doa aku tak pernah dikabulkan. Sebelum nenek aku bawa aku keluar daripada rumah, mak cakap yang dia takkan halalkan setitis susu dia yang mengalir dalam tubuh aku. Usia aku baru 15, menahan s4kit lecuran minyak panas.

Setiap hari aku menangis dan arw4hlah nenek pengubatnya. Dari rasa rindu, lama – kelamaan bertukar menjadi benci. Pada akhirnya, Tuhan tidak akan kabulkan permintaan aku dan mak takkan pernah sayang aku sampai dia m4ti.

Aku mulakan kehidupan aku dengan tr4uma masa lampau. Aku masih pendiam dan tamat saja sekolah, aku mula sibuk bekerja. Keadaan aku bertambah teruk apabila nenek dijemput pergi. Aku hilang arah. Semua harus aku belajar sendiri. Hidup aku penuh keperitan.

Aku tidak pernah bertanya khabar atau pergi lalu dekat kawasan rumah mak aku. Aku benci dia. Daripada aku berdoa supaya Tuhan lembutkan hati dia untuk terima aku, doaku bertukar agar Tuhan berikan baIasan yang setimpal atas perbuatan dia. Aku takkan maafkan dia!

Sampailah satu ketika, aku terserempak dengan jiran lama aku. Aku terk3jut dia masih mengenali aku. Aku bahkan tidak bertanya kepada jiran tu keadaan keluarga aku. Rasa s4kit tu terlalu mendalam. Tapi dia yang buka cerita.

Abang sulung aku sudah berkahwin dan pindah ke bandar. Tidak pernah pulang. Adik – adik aku yang lain juga sudah berkahwin dan ikut suami masing – masing. Tinggallah adik bongsu lelaki aku. Jiran tu turut bagitahu aku yang ketika itu sudah dua tahun mak aku kena strok dan lumpuh satu badan.

Aku tak terk3jut. Mungkin Tuhan makbulkan doa aku ketika itu. Dia beritahu aku lagi yang adik bongsu aku tu pen4gih d4dah, dah banyak kali kena tangkap. Ketika itu, mak aku harapkan ihsan jiran – jiran untuk melawat dia.

Adik beradik aku yang lain semua tak dapat dihubungi. Mereka ada mencari aku tapi tak jumpa. Waktu aku dengar, secara jujurnya aku tak rasa apa – apa. Sedetik simpati pun tak ada. Aku pulang seperti biasa. Malam itu aku tak dapat tidur. Jantung aku berdegup laju.

Segala pend3raan yang aku lalui waktu kecil bermain seperti tayangan filem. Tiga malam aku dalam keadaan begitu. Pada akhirnya, aku ambil keputusan untuk pulang. Lama aku berdiri di laman rumah lama aku. Segala memori pahit masih segar berlegar – legar. Aku gagahkan diri untuk masuk ke dalam.

Ketika itu, ada jiran yang datang ziarah untuk tolong bersihkan mak. Aku cakap tak apa, aku dah balik jadi mulai sekarang aku yang akan uruskan dia. Nada mereka seolah – olah bangga kerana akhirnya aku pulang ke pangkuan mak. Tapi… ikhlaskah aku?

Laman penuh dengan debu dan daun kering. Pintu dan tingkap kayu terbuka luas. Aku naik tangga dan keadaan rumah berbau busuk sangat. Aku masuk dan tengok sosok tua terbaring layu atas tilam di tengah rumah. Itulah dia, manusia yang melahirkan aku tetapi tiada setitis kasih sayang yang pernah dicurahkan.

Aku berjalan dekat dan tengok keadaan mak bercampur dengan n4jis dan air k3ncing. Aku berdiri di hadapan. Matanya melirik ke arah aku. Aku tahu dia tak kenal aku. Sudah lebih sedekad aku tidak berjumpa dia. Aku perkenalkan diri aku secara formal. Aku tipu dia.

Aku cakap anak dia yang lain upah aku untuk jaga dia. Sebab aku takut dia tak nak disentuh oleh aku. Yalah, selama aku lahir, dia begitu jijik dengan aku. Tak tahu dari mana datangnya kekuatan aku. Rasa amarah lenyap.

Sekuat mana aku p4ksa diri aku untuk benci, tetap saja rasa sayang mengatasi segalanya. Dia tak pernah sayang aku, tapi kenapa aku sayang dia? Akulah yang menguruskan dia, bersihkan dia, semuanya. Mulakan rutin baru dengan dia.

Kekok sebab itulah kali pertama aku sentuh dia. Aku tahan air mata aku. Adakah Tuhan pada akhirnya makbulkan doa aku untuk pegang ibuku sendiri? Dia dah berbeza. Kalau dulu seorang yang tengil, sekarang dia terkulai layu.

Segenap rumah itu, tiada satu sudut manis pun untuk aku. Setiap malam aku urut dia satu badan. Dalam herot mulutnya, dia senyum pada aku. Itu kali pertama. Sesuatu yang aku tak pernah jangka. Dia genggam tangan aku.

Dalam hati aku menjerit, lihatlah ini anak yang kau benci dan buang. Sebenci apa pun, dia tetap kembali pada kau. Sejahat mana pun kau, dia tetap takkan buang kau macam mana kau buang dia dulu. Orang selalu cakap buruk mana pun ibu, dia tetap ibu. Darjatnya tetap tinggi. Maafkan dan lupakanlah segalanya. Kita ni sebagai anak tak boleh nak terasa hati dengan ibu — berd0sa, katanya.

Lalu bagaimana dengan aku yang juga manusia biasa? Yang punya hati dan perasaan. Berd0sa ke aku sebab marahkan dia? Dibenci tanpa sebab? Aku sempat jaga dia selama lima tahun sebelum dia pergi pada tahun 2020.

Tipulah kalau sepanjang aku jaga, aku tak ada marah dia. Kadang – kadang kalau terlalu penat pun kita tak sengaja termarah. Ada masa dia buat per4ngai, tak nak makan, tak nak mandi, tak nak tukar lampin. Kudrat aku sebagai perempuan tak segagah lelaki untuk mengangkat.

Orang s4kit kan, memang macam tu, lebih – lebih lagi orang tua. Egonya lebih tinggi. Tapi sebelum tidur, tetap juga aku minta maaf. Seminggu sebelum tu, dah mula nampak tanda – tanda dia akan pergi. Malam sebelum dia pergi, dia genggam tangan aku dan tengok tepat ke mata aku.

Sampai detik itu, aku tak pernah jujur siapa aku. Mungkin saat itu dia dapat rasa aku anaknya. Sesuatu yang aku sendiri tak dapat huraikan. Mungkin hanya mereka yang bergelar ibu dapat rasakan. Aku genggam semula tangan dia.

Aku rapatkan muka aku ke telinga dia sambil berbisik, “Mak… ni Maw4r, anak mak. Maw4r maafkan setiap satu perbuatan mak, tiada lagi d0sa antara kita. Tiada apa yang Maw4r akan tuntut dari mak di sana. Selagi Maw4r hidup, Maw4r akan doa pada Tuhan supaya Dia terima taubat mak, ampunkan setiap satu d0sa – d0sa mak dan tempatkan mak dalam syurga paling tinggi. Mak boleh pergi dengan tenang. Maw4r sayang mak.”

Aku lihat air mata dia mengalir. Aku kesat air matanya dan bisikkan kalimah syahadah. Dua kali kalimah, mak pergi selamanya. Lama aku civm pipi mak. Ketika itu, aku lepaskan segala pend3ritaan masa kecil aku. Aku ikhlaskan segalanya. Tamat sudah tanggungjawab aku.

Aku bersyukur Tuhan berikan peluang untuk aku jaga ibu aku. Mungkin Tuhan juga mahu aku berdamai dengan takdir. Dan mungkin ini caranya untuk mak dapatkan kemaafan daripada aku. Tuhan tu Maha Baik. Aku tak pernah dengar khabar adik beradik aku yang lain kecuali yang bongsu.

Dua tahun lepas mak pergi, dia pun meninggaI dunia akibat overd0se d4dah. Pengebvmiannya pun aku yang uruskan. Yang lain, aku harap keadaan mereka baik – baik saja. D0sa mereka sebagai anak bukan urusan aku.

Tahun 2023, aku mula ubah suai rumah mak sedikit demi sedikit dan pada bulan Ogos 2024, semuanya telah siap. Aku jadikan rumah tu sebagai madrasah kecil untuk pengajian agama. Sesiapa sahaja boleh datang untuk buat aktiviti keagamaan.

Alhamdulillah, setiap hari ada kumpulan makcik – makcik, pakcik, anak muda yang buat aktiviti. Aku wakafkan atas nama mak, ayah, nenek dan adik bongsuku. Semoga pahalanya mengalir terus untuk mereka. Hanya ini yang mampu aku lakukan.

Aku berkongsi di sini agar tiada lagi ibu bapa yang memilih kasih antara anak – anak. Aku juga ingin menyampaikan bahawa anak – anak pun mempunyai perasaan dan tak mahu dibeza – bezakan. Semoga kita semua boleh jadi manusia yang lebih baik. Terima kasih sebab sudi membaca. – Maw4r (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.