“Mak kata isteri kikis duit abang, sebenarnya abang yang kikis duit isteri abang, mak!”

Mak asyik tuduh abang ikut cakap bini. Habis tu takkan abang nak dengar cakap isteri jiran sebeIah? Mak tahu bila abang bagi nafkah dekat isteri, dia senyap – senyap masuk duit nafkah tu dalam akaun tabung haji mak. Kesian dia mak, kesian isteri abang mak.

#Foto sekadar hiasan. Selalu aku dengar mak aku cakap, “mak ada satu saja tapi isteri boleh cari ganti.” Perkara ni disebut bila mak tak puas hati dengan isteri aku. Betul mak, ik4tan d4rah antara mak dengan anak tak akan terputvs sampai akhir hayat.

Tapi mak, tak bermakna isteri yang abang lafazkan akad, bila ada yang tak sempurna, mak nak abang buang macam kertas buruk mak? Senang saja mak tuduh abang asyik dengar cakap bini. Bini apa mak? Dia isteri abang mak.

Perkataan bini tu pon tak sanggup abang nak sebut. Bunyi macam bawah dari kuIi. Wanita yang mak k3ji tu, yang mak benci tu, isteri abang mak. Ibu kepada anak – anak abang, cucu mak. Isteri abang yang selalu hulur abang duit bila tak cukup duit bila mak minta.

Isteri abang yang banyak mengalah demi tunaikan permintaan mak. Isteri abang banyak mengalah mak. Takkan abang nak dengar cakap isteri jiran sebeIah mak? Mesti abang kena dengar pendapat, cadangan, usul isteri abang sendiri.

Dia kan pasangan hidup abang. Macam mak, ayah sentiasa sokong apa yang mak usulkan. Sama saja kan macam tu, ayah dengar cakap isteri dia juga kan mak???? Isteri ayah tu mak abang kan?

Mak kata isteri abang b0mohkan abang sebab tu abang asyik ikut cakap dia kan? Abis takkan ayah tu pon kena b0moh dengan mak sebab abang asyik nampak ayah ikut saja cakap mak. Kalau bantah mak meng4muk kan? Kan mak?

Betul Mak wajib abang taat, tapi mak berd0sa kalau abang ani4ya isteri sendiri. Esok dekat akhir4t abang ditanya mak. Kenapa mak selalu buat abang tersep1t? Serba salah? Nasib abang baik, sebab isteri abang dia mengalah demi sayangkan abang.

Dia tanak abang tersiksa. Dua – dua penting dan wajib di utamakan. Mak ke, isteri ke, dua – dua orang yang penting dalam hidup abang. Mak nak apa mak? Mak nak abang berpisah dengan isteri abang ke mak????

Mak nak abang kep1t bawah ketiak mak saja ke??? Kusut la mak, bila mak hari – hari call semata – mata nak cerita buruk isteri abang. Lama – lama abang em0si juga bila mak kata isteri abang macam – macam.

Abang tak ada mood nak bercakap dengan semua orang. Abang str3ss. Abang jadi m0ody mak. Tempias kena dekat keluarga abang. Kadang – kadang abang rasa semua orang sengaja nak s4kitkan hati abang.

Mak kata isteri abang kikis harta abang. Tu yang mak nampak. Abang kasi mak duit belanja tiap – tiap bulan. Mak bising tak cukup. Sebulan Rm600 mak minta. Abang bagi. Adik – adik abang hulur. Nak puasa lebih abang bagi.

Nak raya abang bagi peruntukkan raya. Mak tau duit kereta abang, isteri abang tolong bayarkan. Servis kereta, tayar kereta empat biji tu isteri abang tukarkan. Road tax kereta dia tolong bayarkan.

Abang yang kikis duit gaji isteri abang mak. Malulah. Duit abang tak cukup. Kot ye pun abang bagi duit dekat isteri abang, janganlah mak pertikaikan. Barang kemas isteri abang ada dekat ar rahnu tu mak. Kerja keluar masuk je.

Bukan abang belikan pun. Isteri abang beli sendiri. Isteri abang beli sebentuk cincin guna duit bonus sendiri pun mak ng4muk. Tohmah isteri abang macam  -macam. Kikis harta anak mak konon. Mak tahu tak, sebelum ni.

Isteri abang kongsi dengan abang yang mak selalu marah dia. Abang tak percaya. Sehinggalah suatu hari isteri abang tunjukkan bukti rakaman perbualan antara mak dengan isteri abang. Sedih abang mak.

Mak guna perkataan mak tak redha kami berkahwin tu. Mak kata isteri abang macam – macam. Depan abang, mak lembut saja kata – kata. Tapi abang ni anak mak. Abang ada hak ke nak marah mak?? D0sakan mak?

Isteri abang menangis mak, dia tahu mak tak suka dia. Mak benci dia. Mak cakap buruk dia. Sampai dia minta abang tukar tempat kerja duduk dengan mak. Biarlah dia PJJ dengan abang. Sampai dia tolak bila abang bagi dia nafkah, dia minta abang bagi dekat mak.

Sebab dia tak nak mak berkata – kata. Isteri tu amanah Allah mak. Abang tetap bagi dekat isteri abang, nafkah bulanan isteri. Tak banyak mak. Nilai segram emas ikut pasaran masa kini.

Diam – diam dia masukkan duit nafkah abang bagi tu dalam akaun tabung haji mak. Yang mak ingat anak – anak mak sumbang tu. Pada hal menantu yang mak selalu k3ji tu yang sumbangkan. Kesian dia mak, kesian isteri abang mak.

Dia nak beli apa – apa pun dia fikir banyak kali. Sebab dia pentingkan keperluan keluarga kami mak. Dah pegang letak balik. Pegang letak balik. Abang perhati je. Abang belikan, dia senyum lebar mak.

Abang nangis malam – malam atas tikar sejadah. Ya Allah ampunkanlah d0saku Ya Allah. Ampunkanlah d0sa ibu bapa ku Ya Allah. Ampunkanlah d0sa isteriku Ya Allah. Permudahkanlah kehidupan kami Ya Allah, Iimpahkanlah kurnia kasih sayangMu dalam keluarga kami Ya Allah.

Abang tahu, jasa mak besarkan abang memang abang tak mampu nak baIas. Tapi mak, mak kena faham. Anak mak ni ada tanggungjawab pada keluarga kecil abang mak. Makan, minum, pakai, keselamatan anak isteri tanggungjawab abang mak.

Elok la PKP ni, bagi ruang dan masa untuk kita semua bertenang. Abang tak pernah lupakan jasa baik mak dan ayah. Hari – hari abang call tanya khabar. Abang str3ss mak, str3ss. – Brader John (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fadzilah Musa : Jangan terus terang! Aku dah lalui benda ni. Akibat terus terang, habis semua musn4h terus akhirnya. Ingat orang tua boleh makan nasihat ke? Akhirnya dapat cop anak derh4ka.

Menantu lagi teruk, tambah dibenci sebab suami beIa isteri. Yang boleh buat, bersabar. Menantu jangan duduk berdua je dengan mentua, jarang – jarang jumpa mertua pun tak pe. Cari alasan macam mana nak jarakkan berjumpa.

Pada masa sama, berdoa. Yang wife pulak, selagi laki anda berada di pihak anda, cukup lah. Mak mertua tak sayang, benci, biarkan je. Ada baIasan baik menanti untuk orang yang sabar.

Ps : Orang sekarang untung ada platform sharing macam ni. Yang dulu – dulu takde ilmu nak hadap, akhirnya hubungan laki bini yang berantakan.

Dilla EizMaira : Ada mak yang tak boleh ditegur langsung. Lagi – lagi kalau yang tegur anak lelaki dia akan cakap isteri yang ajar dan buat anak dia jadi kurang ajar. TT lebih mengenali mak dia sebab tu dia luahkan dia sini.

Walaupun mak dia tak tahu tapi sekurang – kurangnya dia dapat luahkan apa yang terpendam, kurang rasa beban dan berat kat d4da tu. Tak dinafikn wujud mak – mak mertua macam mak tt ni tapi tula, mak kan seorang je.

Isteri boleh dicari ganti maka ramai yang tak mampu nak membeIa dan pert4hankn isteri dari mak sendiri.

Rosjusuziana Jumaat Ali : Menantu baik mentua pulak m0nster. Mentua baik menantu pulak h4ntu. Suami baik isteri tak nak jaga. Isteri baik suami tak nak harga. Ibu bapa baik anak derh4ka, anak baik ibubapa pula jadi baIa.

Begitulah dunia. Selagi hidup bertunjangkan nafsu semata. Semoga encik ini dipermudahkan urusannya dan isteri dibaIas ganjaran yang sewajarnya. Dalam kita rasa covid tu baIa rupanya ada juga hikmahnya.

Hamba Kurang Cerdik : Saya faham apa isteri tuan rasa kerana satu masa dulu, saya juga di situ. Sebagai menantu perempuan, memang kena banyak bersabar dan harus selalu memaafkan.

Airmata tu dah jadi kawan tiap habis solat, ayat seribu dinar tak pernah saya tinggal. Alhamdulillah semua Allah uruskan dengan baik segala perjalanan kita kelak, aamiin

Cikgu Bibi : Bawak mak pergi makan luar berdua. Cerita kat mak semua yg kamu ceritakan dalam ni. Jangan salahkan mak 100%. Kamu juga salah sebab tak pernah beritahu mak semua masalah kamu kan.

Kalau tak sanggup nak cerita, telan aje semua yang mak cakap tu, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maafkan mak, maafkan diri sendiri. Anggap mak membebeI sebab mak tak tahu dan awak tak sanggup nak cerita hal sebenar,