Saya tahu duit simpanan isteri ada 6 angka, setiap bulan saya bagi nafkah 2k. Bila saya minta RM150 dia tak bagi

Saya nak tanya perlu ke saya bagi duit persiapan raya untuk isteri. Sebab hari tu masa saya minta pinjam duit RM150 dia tak nak bagi. Saya minta RM10 pun dia tak nak bagi. Malah saya diherdik sebab minta pinjam duit dari dia. Nasib baik ada seorang gadis baik hati bagi saya pinjam duit.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile saya. Saya nak mohon dapat pendapat dari para pembaca dari page ni. Saya pakai fb fake saya ni. Soalannya, perlu ke saya bagi duit persiapan raya untuk wife saya?

Dia kedekut. Saya ingat nak belikan baju raya untuk anak saya yang berumur 4 tahun saja. Saya tak mau bagi dia duit untuk persiapan raya. Sebab selama saya kahwin duit nafkah cukup saya bagi dan sediakan semua.

Tapi ada satu peristiwa di mana saya dis4mun habis wang dan ic lesen semuanya hilang, dan kad bank pun dikebas. Ketika itu saya pun cuba minta bantuan dari isteri saya. Saya minta pinjam wang RM150.

Untuk guna urusan membuat kad bank, lesen dan kad pengenalan yang baru. Tetapi dia tak bagi satu sen pun malah saya diherdik sebab minta pinjam duit dari dia. Saya cuba untuk minta RM10. Pun dia tak bagi.

Dengan hati yang sedih, dah lah selama kahwin saya tak pernah culas beri dia nafkah. Saya terp4ksa meminjam dari kawan yang tak dikenali di wasap group komuniti. Ramai yang ingin membantu.

Tapi saya cuma mahu RM150 untuk urusan itu. Ada satu h4mba Allah menolong saya. Dia terus PM saya dan mahu bantu saya. Esoknya kami jumpa dan dia ikut saya selesaikan segala urusan itu dia yang bawa kereta.

Saya suka naik moto jer kalau ke mana – mana. Tak sampai 6 jam selesai semua urusan, setelah dapat kad ATM baru, saya dapat keluarkan wang dari bank dan bayar kembali kepada h4mba Allah tersebut.

Tetapi wanita itu menolak wang gantian yang saya guna untuk urusan. Apa yg saya sedih dan terkilan, saya tahu wife saya ada punyai wang simpanan sebanyak 6 angka tapi satu sen pun dia tak mahu tolong saya dalam kesusahan.

Untung Allah temukan saya dengan h4mba Allah yang sudi menbantu saya. Saya tak ada adik beradik. Saya anak yatim piatu sebab tu saya takde tempat nak minta bantuan.

Selama ini saya tak pernah culas bagi nafkah pada isteri saya sebanyak RM2000 sebulan. 1k untuk dia dan 1k untuk barang dapor susu dan lampin pakai buang anak. Yang lain. Rumah. Kereta. Babysitter. Bill – bill, insurans, saving dan 10% gaji untuk ibu saya. Saya selesaikan semuanya.

Kadang – kadang tu baki kat tangan hanya tinggal 4-5 ratus, pernah ada sekali tu kat tangan saya ada RM150 je untuk saya guna pakai kerja minyak moto makan dan minum. Sejak kahwin sekali pun dia tak pernah nak iron kan baju kerja saya.

Sehelai pun tidak selama kami berkahwin 6 tahun. Sekali pun tak pernah ada air segelas tersedia ketika saya pulang dari kerja. Saya yang akan buat sendiri. Kalau baju kotor, dia akan basuh yang dia punya dan baju anak.

Baju saya dibiarkan tak berbasuh. Selalu kalau saya yang basuh, semua kain baju saya, wife dan anak. Saya sidaikan tapi bila dah kering, dia hanya kutip baju dia dan anak saja. Baju saya dibiarkan terg4ntung di ampaian.

Bayangkan kalau 4 hari tak kutip, 4 hari lah kat situ. Saya kutip dan Iipatkan semua. Satu lagi kalau dia bercakap dengan saya, mesti dia akan tinggikan suara, diherdik. Pernah ada kena m4ki tapi cuba kalau dia bersembang atau bercakap dengan orang atau jiran.

Aduhhhh syahdunya. Lembut terserlah keayuan ‘fake’ dia. Sama lah kalau saya balik ke kampungnya. Depan mak bapak dia dan adik beradik dia, lembut jer tapi ayah mentua dan mak mentua perasan semua tu.

Anak mereka pasti mereka tahu. Setiap kali kami nak balik, ayah mentua dan ibu mentua akan peIuk saya dan selalu bisik pada saya, “kamu sabar iya. Mak tahu apa kamu rasa, apa yang jadi.”

Ayah mentua pun selalu bisik, “Jaga anak jaga isteri. Abah tahu anak abah macam mana, kamu sabar. Abah tahu sabar kamu tinggi sebab tu dia ditinggalkan bekas suaminya dulu.”

Itu lah ayat ulangan setiap kali balik kampung isteri. Bab nafkah batin, hak dinafikan selama 3 tahun. Saya mampu bersabar. Saya pun ada khilaf saya sendiri. Berbalik pada h4mba Allah yang bantu saya. Dia masih single.

Tapi kami berhubung setakat itu saja. Dalam hati saya tak pernah terpikir pasal dia. Saya tak mahu curang, saya sayangkan keluarga saya. Harap tahun ni dapat lah isteri berubah.

Saya hanya mampu berdoa selagi nyawa ada dalam jasad. Maafkan saya story panjang. Harap jangan ada yang minta lukis. Selamat Berpuasa.

Komen Warganet :

Nour Muhammad : Kesian awak. Saya juga seorg isteri tanpa anak. Saya ada 3 anak tiri. Bagi saya sendiri saya tak pernah kedekut untuk suami dan juga anak tiri. Banyak juga duit yang saya keluarkan untuk keluarga terutama untuk pergi bercuti atau berjalan.

Saya tak pernah ungkit dan suami pun tak pernah minta hanya saya yang ikhlas untuk berbelanja. Begitu juga dengan anak – anak tiri, kadang – kadang mereka yang belanja dan yang lebihnya adalah saya.

Bagi saya hidup ini singkat perlu toleransi dalam rumahtangga barulah kita boleh capai kebahagiaan. Bagi saya untuk diri tt, berbincanglah dengan isteri kalau tiada penyelesaian ambillah tindakan yang sewajarnya.

Hidup kita singkat sangat dik, carilah kebahagiaan berlandaskan agama. Kalau kau tak bahagia dengan isteri maka keputvsan di tanganmu.

Nur Daa Yang : Emmm kenapa wife macam benci u. Sebab sempurna sangat tanggungjawab tu. Something wrong somewhere. Perempuan ni selalunya benda – benda simple, macam iron baju kalau dia sayang 1 almari dia sanggup seterika kalau dia sayang la.

Walaupun hakik4tnya dia tak suka iron baju. Tapi dalam kes u ni dia macam benci u atau mungkin sebelum ni awak ada buat sesuatu yang dia tak boleh terima. Tak payah laaa h4mba Allah tu.

Saya rasa kalau isteri awak dapat tahu awak puji perempuan ni sebab dia dah tolong awak, dan awak pandang buruk dekat isteri awak sebab tu dia tak nak bantu u. Saya rasa isteri awak bijak la, sebab tu tak bagi pinjam.

Sebab cepat sangat awak buat kesimpulan. Siap boleh senaraikan lagi secara TERPERINCI.

Elyziana Hussin : Tuhan uji kita dalam pelbagai bentuk.. kadangkala kita rasa kita dah buat yg terbaik, tapi ada pada satu sudut paling hujung, ada sedikit khilaf yang tak kita sedar. Muhasabah diri, teruskan berbuat baik..

Caun Qaleef : Paham sangat tu ape yang bro rase tu. Untuk masa akan datang, cuba bro tanya dari hati ke hati. Masih ade perasaan sayang tak wife terhadap bro. Sebab segala perbuatan dia memang menampakkan cuma untuk carik point bagi membuatkan bro yang akan dipersalahkan nanti.

Teddy Chomel : Tt sila buat saving untuk diri sendiri dari sekarang. Ni bini jenis habis dia perah suami dia bila dah tak boleh pakai dia akan buang macam kain buruk. Dah pernah tengok jadi pada saud4ra saya.