Masa awal tu suami janji nak bagi wang hantaran RM10K, tiba – tiba mak dia call saya cakap terIampau mahal sebab saya tak bekerja jadi tak perlu hantaran mahal – mahal. Tapi bila nak dapat menantu kerja cikgu, hantaran sampai RM15K pun mentua senyum. Ada sekali tu kami nak keluar beli cincin tunang, mentua call suami suruh beli cincin bawah RM200 je.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua para pembaca. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah saya.
Maaf kisah saya mungkin agak panjang. Saya berkenalan dengan suami ketika menuntut di universiti. Suami 3 tahun lebih tua dari saya. Jadi kiranya, ketika suami saya dah konvo, saya masih lagi belajar. Untuk dipendekkan cerita, lepas konvo, suami saya terus dapat kerja kerajaan gred 27. Lepas saya konvo, saya masih tak dapat kerja tetap. Cuma dapat kerja secara kontrak.
2 tahun kemudian suami ajak kahwin. Ketika tu saya berat hati nk kawin sebab saya belum ada kerja tetap. Keluarga saya tidak kisah saya nak kawin bila, jadi saya pun tak rushing sangat. Tapi suami saya yang bersungguh ajak saya kawin, dia kata insyaAllah dia mampu sara saya.
Selepas majlis merisik, saya masa tu keluar dengan suami nak beli cincin tunang. Ketika dalam kereta, tiba – tiba mak suami call, mula – mula saya tak cam sangat apa yang mereka bualkan di telefon. Selepas tu baru la suami saya bagitau, mak dia pesan bila cincin yang harga RM200 ke bawah je. Saya masa tu agak terk3jut, ada ke cincin emas murah macam tu. Tahun 2012 kot masa tu. Suami plak jenis ikut je cakap mak dia, habis semua kedai emas kita pergi. Akhirnya kami jumpa yang harga RM300. Tu pun banyak kali mak dia call tanya beli harga berapa.
Masa dah dekat nak kahwin, kontrak kerja saya dah tamat. Masa tu suami janji nak beri RM10K wang hantaran. Saya tak mintak ye, suami yang sebut. Lepas pada tu, tiba – tiba mak dia call saya. Mak dia kata kenapa mahal sangat mintak. RM3k dah cukup.
Lagipun Aina (saya lah tu) tak kerja, jadi buat apa hantaran mahal – mahal.
Allah masa tu saya rasa macam nak cancel kawin. Bukan sebab soal wang hantaran. Tapi nampak sangat mak dia pandang rendah dekat saya sebab saya tak kerja. Kalau dia bagi alasan lain mungkin saya boleh terima lagi. Tapi alasan dia bagi murah sebab saya tak kerja. Dia yang nilai saya begitu.
Masa tu memang saya bincang baik – baik, saya bagitau suami, kita tunda je lah dulu majlis kita. Tunggu saya kerja dulu. Saya tak suka orang pandang saya macam tu sebab saya tak kerja. Tapi suami berkeras nak kahwin jugak, dalam masa yang sama dia nak ikut cakap mak dia. Last – last setelah dinilai suami bagi wang hantaran RM8K. Tu pun mak dia masih membebel.
Lepas kawin kami terus pindah duduk rumah sendiri, satu negeri dengan mertua. Tapi ya ampun, mertua saya tak habis – habis nak control kami. Suami belikan tv, washing machine. Dia marah. Dia kata tinggal berdua je basuh tangan je lah. Peti tak ada pun tak apa . Saya masa tu Allah rimas sangat – sangat. Semua benda dia nak control. Tapi suami saya masih waras. Dia tetap sediakan keperluan saya. Dia kata, selagi dia mampu. Dia sediakan. Sebab dia ambil saya dalam keadaan saya hidup selesa dengan mak saya, jadi dia akan buat perkara yang sama untuk saya.
Lepas kahwin alhamdulillah bunting pelamin. Tapi alahan saya tersangat teruk sampai keluar masuk hospitaI. Masa tu mertua bising kata saya ni ikutkan hati sangat. Dia banding dia zaman dulu siap bercucuk tanam time pregnant. Saya dah malas nak layan sangat masa tu. Badan masing – masing tak sama.
Beberapa bulan kemudian, ketika saya sedang sarat mengandung. Mertua p4ksa saya berniaga. Suruh bantu suami cari duit. Macam – macam disuruhnya. Suruh saya kerja kilang, suruh jual kuih, suruh jual kat pasar malam. Dia tak suka tengok saya bersenang lenang. Padahal masa tu saya ada perniagaan online, tak banyak tapi lebih kurang RM500 sebulan untung. Tapi dia masih tak puas hati, dia kata online tu online, siang – siang buat la kuih berniaga.
Tak boleh la harapkan suami saya. Masalahnya sekarang, suami saya langsung tak suruh saya kerja. Sebab suami saya pun ad side income jual online jugak. Saya rimas sungguh. Tu belum lagi dia ajar barang baby beli yang murah – murah, kedai bundle banyak yang elok – elok katanya. Anak pertamakan, saya mestilah nak sediakan yang terbaik untuk anak saya. Lagipun saya mampu beli yang baru. Saya angguk – angguk je depan mertua, balik rumah saya beli je lah barang yang saya nak, susah apa. Cuma tu lah kena tadah telinga dengar dia punya control.
Sekarang usia perkahwinan kami dah nak masuk 8 tahun, anak saya pun dah nak masuk 3. Mertua tak habis – habis selalu ingatkan suruh saya kerja. Padahal suami saya dah bukak satu kedai ye untuk saya, kedai fotostat sebab rumah kami di kawasan universiti. Memang hari – hari pelajar datang fotostat dan print. Mertua masih tak puas hati, suruh saya buat kuih jual depan kedai. Entahlah, susah nak bercakap dengan orang tak faham.
Saya dah bagitau penat, tak sempat, sebab kedai kami tak ada pekerja lain, saya sorang je. Mana lagi nak fotostat, mana lagi nak jual kuih. Tapi mertua still berkeras dia kata, orang nak berjaya ni kena rajin, kena penat. Tak tahu la berjaya macam mana maksud mertua saya, sebab sekarang ni alhamdulillah semua cukup. Saya tak nak berlebih – lebih dalam mencari rezeki hingga saya terlalu penat dan anak – anak terabai.
Baru – baru ni, adik ipar saya lelaki dua – dua nak kahwin. Sorang engineer nak kahwin dengan cikgu, sorang lagi eksekutif nak kahwin dengan surirumah. Adik – adik beradik ipar saya ni jenis semua macam anak mak, ikut kata mak.
Mula – mula yang engineer nak kahwin. Mertua saya bukan main suka sebab nak kawin dengan cikgu. Seluruh keluarga dip4ksa datang pergi merisik si perempuan ni. Memang mertua layan perempuan tu baik – baik, mintak cara baik penuh beradab. Hantaran RM15k. Mak dia senyum tak kata apa – apa.
Kemudian yang eksekutif nak kahwin dengan surirumah. Perempuan tu baik sangat tapi mertua tak suka sebab tak kerja. Tapi sebab si anak nak sangat, dia pun mintak lah. Dia mintak melalui telefon pun, tak ada pun pergi rumah perempuan merisik bincang baik – baik. Just by phone. Ayah perempuan tu marah lah sebab mintak anak dia dengan sambil lewa. Masa tu situasi tegang. Semua ahli keluarga salahkan mertua sebab tak mintak baik – baik. Kakak mertua kata tak betul cara kau macam tu.
Nak anak dar4 orang, mintak la cara baik. Dia dengan angkuhnya berkata, macam la aku nak sangat menantu tak kerja macam tu. Ramai lagi perempuan lain. Saya yang dengar pun terasa, tapi adik ipar nak jugak. Mertua pun pergi la rumah perempuan pergi meminang.. Tapi tu la, balik je dari rumah perempuan tu, terus dia berkata kat adik ipar, kau jangan nak bagi RM10k hantaran. Bagi RM5k dah cukup, RM3k pun ok. Tak kerja buat apa bagi banyak – banyak.
Sedih saya dengan perangai mertua. Banyak lagi jika ingin di cerita. Belum lagi layanan bila menantu kesayangan balik. Saya ni rasa dah bernanah telinga dengan sikap mertua. Ni suami saya ada nak beli kereta besar sikit sebab ahli keluarga mak1n bertambah, lagipun gaji suami mak1n tinggi dan bisnes kami mak1n ok. Tapi mertua marah, dia kata guna je kereta viva tu. Kete viva, nak pergi bercuti jalan jauh sikit pun kadang – kadang macam tak lepas. So sekarang ni suami saya hold dulu beli kereta sebab nak jaga hati mak dia.
Susah juga duduk dekat – dekat ni. Jauh – jauh bau bunga, dekat – dekat bau t4hi. Kepada semua reader, suatu hari nanti jadi lah mertua yang tak suka jaga tepi kain anak menantu. Sekian.
Komen Warganet :
Izati Zainal : Mental mak mertua kau ni kak, dia kerja ke tak? Suruh la dia pi keluar kerja jugak, kalau memang dia berkerja, kau cakap kat dia “mak bangun sebelum subuh buat kuih, ambik tempahan dengan kawan – kawan kat tempat kerja banyak – banyak, kita nak senang nak berjaya ni kena usaha kena penat mak oiii.. Tak cukup tempahan tu, mak balik kerja petang tu pergi la menjaja kuih – kuih dekat rumah jiran – jiran mak, nak senang kan mak kena usaha mak.
Shida AisyAneeq : Sabarnye sis tapi nasib suami sis seorang yang memahami dan berfikiran waras. Mungkin si ibu mertua tu perlu diberi sedikit teguran. Buruk mane pun dia tetap syurga suami. Semoga sis tabah mengharungi ujian dan dipermudahkan segala urusan.
Eze Azyze : Alhamdulillah suami pandai bahagi dan jaga hati kedua – dua. Memang ada yang macam ni. Especially sebab mereka tua dan ingat cara mereka dulu – dulu saja yang betul. Mungkin tak faham atau saja tak nak faham zaman dah berubah.
Semoga awak tabah mengharungi. Pilihan duduk rumah berbeza tu sangat tepat.
Mariani Aziz : Mertua macam ni kalau anak lelaki dia ditakdirkan meninggaI harus dihaIaunya menantu dan cucu-cucu tu. Nak lagi kalau tt tak ada anak lelaki pulak. Habis diambilnya harta benda yang ada. Orang hati busuk gini dia lebih rela tengok cucu menantu tu merempat bawah jambatan. Elok diingatkan suami tu buat hibah siap – siap. Jangan percaya dengan orang macam ni.
نور عأيشة : Bukan jadi mertua tak suka jaga tepi kain menantu tapi jadi mertua yang layan menantu dengan baik. Kalau tak suka jaga tepi kain karang, langsung tak peduli dengan kehadiran menantu, buat macam menantu tak wujud pulak. Inilah jugak saya pernah bincang dengan makcik saya.
Makcik saya tu anak 10, separuh dah kahwin, separuh lagi tengah belajar. Makcik saya kata, belajar daripada pengalaman orang. Kalau kita tak suka orang buat ke kita, kita jangan buat kat orang lain macam tu nanti. Anyway, makcik saya tu layan menantu sangat baik, layan macam itu anak sendiri. Sampai suami saya pun perasan..