Mak mertua queen control, dia p4ksa aku cuti 2 minggu semata sebab adik ipar nak kahwin. Dia ingat aku kerja apa?

Kami memang terus terang cakap tak boleh. Mulalah semua tarik muka. Sekarang suami pujuk aku guna cuti untuk majlis adik dia. Dia nak tinggalkan aku di kampung suruh tolong maknya. Tapi suami tak cuti pun!

#Foto sekadar hiasan. Luahan ini ditulis setelah aku rasa b0m jiwa terpendam aku dah penuh tinggal tunggu nak meIetup. Aku faham biasa memang mak bapak ni akan ada anak favourite. Tapi kalau sayang atau nak lebihkan yang seorang tu, janganlah pula sampai menyusahkan yang seorang lagi.

Aku ni baru siap masak untuk makan tengahari di rumah mak mertua aku. Aku menantu sulung, berkahwin dengan anak sulung yang semua adik beradiknya lelaki. Aku memang faham dan hadam yang anak kedua keluarga ini bersama isteri dan anaknya adalah yang paling menjadi kesayangan.

Tapi aku tak lah amik hati sebab pada aku ikut kamulah asalkan jangan menyusahkan aku. Aku faham anak kedua, yang aku gelarkan Ipin ni jadi kesayangan sebabnya hampir setiap hujung minggu dia balik kampung. Menjengah orang tua, ajak belanja dan sebagainya.

Walaupun kami semua duduk satu negeri, mereka senang balik sebab isteri Ipin tak bekerja. Kalau Ipin cuti, mereka boleh terus balik kampung. Berbeza dengan aku pula, aku kerja office hour biasa. Tapi suami aku pula bekerja bukan ikut office hour. Sabtu ahad pun dia kerja. Jadinya kami memang akan balik sebulan atau dua bulan sekali.

Aku ni tadi tengah masak lunch untuk semua orang. Dah aku dah setting untuk 10 orang makanlah jumlahnya. Tengah aku dah hampir siap masak, tiba – tiba mak mertua aku suruh masak semula untuk tambah lagi dibagi ke Ipin.

Dia suruh kami singgah rumah Ipin bila nak balik ke bandar kejap lagi. Sudahnya ayam nak dibeli lagi, itu ini semua guna bajet perbelanjaan suami aku. Ok kami terima kalau orang cakap tak apalah bagi keluarga makan.

Laki aku terkedu la. Dalam bank kami ni cuma ada RM50 untuk belanja minyak dan tol balik ke rumah kami sekaligus minyak aku pergi kerja sementara tunggu gaji. Kami ni betul – betul ada RM50 je asbab banyak perbelanjaan dari sebelum raya hingga kini memerIukan suami.

Kami kalau boleh tak nak sentuh langsung em3rgency saving sebab anak kami kerap keluar masuk hospitaI. Dan kami tak nak sentuh langsung duit raya anak sebab kami nak simpan untuk dia belajar nanti. Kami ni hidup memang menanti slip gaji je.

Tapi aku ikutkan lah dengan harapan dan doa ada rezeki lain sebab menangkan hati orang tua. Sungguh aku nak menangis fikir. Lain cerita, hujung tahun ni adik ipar aku nak berkahwin. Majlis sebeIah perempuan dan sebeIah kami beza 1 minggu sahaja. Tapi mak mertua dok p4ksa kami amik cuti dua minggu terus untuk tolong.

Kalaulah nak cuti dua minggu tu semudah itu.. Apa dia fikir kami ni bekerja freelance ke? Kami memang terus terang cakap tak boleh. Kami cuma akan balik Khamis malam tu je. Mulalah semua tarik muka. Company aku ada cuti rehat 5 hari berturut.

Tapi aku dah plan cuti tu aku nak guna untuk ikut keluarga aku bercuti. Aku dah lama tak bercuti. Jadi aku nak pergi masa tu. Sekarang suami aku pujuk 5 hari tu untuk aku guna di majlis adiknya, dia nak tinggalkan aku di kampung suruh tolong maknya.

Aku geram la. Masa adik aku tunang, kami langsung tak balik. Masa tu kami masih duduk di negeri lain. Padahal masa tu aku dah minta cuti sebulan awal. Dan aku dah banyak kali ingatkan suami aku untuk mohon cuti awal sebab aku cuma ada sorang je adik perempuan. Itu ajaIah kali terakhir untuk kami “sambut” pinangan orang. Tapi suami aku tak cuti ye.

Kau bayangkan betapa keciknya hati keluarga aku masa tu. Aku anak sulung. Satu – satunya adik perempuan aku tunang aku tak balik langsung. Majlis kahwin adik perempuan aku tu pulak, aku baru masuk kerja di tempat baru. Jadi aku cuma boleh minta cuti Jumaat, hari sebelum majlis. Aku dah bersyukur.

Aku ingatkan terus balik ke rumah mak bapa aku untuk tolong apa yang patut, walaupun majlisnya di dewan dan gunakan perkhidmatan katering, tapi mestilah nak berkumpul dengan keluarga. MaIangnya suami aku boleh drive balik ke rumah maknya.

Rumah maknya dan rumah keluarga aku cuma 45 minit. Tidur di situ malam dan pagi majlis kami terus ke dewan. Lagak macam tetamu ye. Sedih sangat aku. Last – last aku yang dituduh selfish hanya sebab aku tak nak guna cuti lama aku masa adiknya kahwin?

Majlis itu nanti bukannya jadi majlis yang terakhir. Kalau rasa aku selfish, kau ajelah yang cuti lama, balik membantu. Kenapa aku kena guna cuti aku untuk keluarga kau, sedangkan kau tak pernah cuti untuk majlis keluarga aku? Geramlah! – Bouganville (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Miera Wahab : Jangan beralah! Itu je nasihat saya. Tak perlu nak buat baik sangat dengan keluarga mentua. Jarang diingat peng0rbanan menantu. Yang biasa diingat dan disebut hanyalah per4ngai tak elok menantu dan apabila menantu memilih untuk lebihkan keluarga sendiri. Menantu sentiasa orang luar dalam keluarga mertua. Bergolok gadai macam mana pun untuk keluarga mentua, takkan dikenang.

Norizan Mamat : Salam, cakap mudah saja… “Buat ikut kemampuan…” walaupun boleh sambung, jangan sambung, sambung ayat tu dalam hati sahaja. Cakap ni kat keluarga suami atau suami sendiri. Dia nak dengar atau tidak, itu masalah mereka.

Mereka tak mampu buat besaran, buat kecilan. Tak mampu buat sendiri gotong royong, upah saja katering. Tak mampu semuanya, buat ala kadar semampunya. Bukan p4ksa orang lain dan menyusahkan orang lain. Lagi satu step… abaikan kalau mereka nak kata apa pun.

Buat saja apa yang kita mampu dan rasa nak buat. Contoh pasal beli ayam / lauk untuk anak kesayangan mertua. Abaikan… dia nak bising, sekejap saja. Dia tak mau sayang kita ? Memang kita dah bukan kesayangan, takut apa kan?

Pasal balik kenduri pun, buat keras jer. Kita pun ada keluarga. TETAPI… kalau suami jenis tak reti bahasa.. Itu makcik tak boleh nak tolong. Kat sini, yang paling penting adalah peranan suami. Sebab selalunya suamilah yang paling tak reti nak tolak atau tak reti nak backup kita yang buat isteri s4kit kepala. Take care.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.