Mak mertua suka buat suara sengau bila bercakap dgn baby. Saya takut baby terikut

Dari hari pertama isteri berp4ntang, semua saya yang buat sebab mak mertua suka membawang merayau rumah orang. Tapi bila anak dah umur 3 bulan, isteri suruh saya jauhkan diri dengan baby, dan berikan lebih masa baby pada orang tuanya. Isteri akan buat muka bila mak saya main dengan baby..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Hide profile saya ya. Saya seorang suami yang berusia 28 tahun, isteri 25 tahun dan kami mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 bulan. Begini kisahnya min.

Usia perkahwinan saya baru setahun. Berkawan dengan isteri sebelum nikah selama 7 tahun. Sekarang saya terp4ksa tinggal bersama keluarga mertua. Sebab isteri saya kata tak nak duduk jauh sebab mak ayah dan tua. Adik – adik dia masih kecik.

Segalanya jadi m4kin haru apabila saya dah tinggal sebumbung dengan mereka. Bukan saya tak mampu sediakan tempat tinggal. Tapi isteri saya agak liat bila saya sebut pasal pindah. Jadi saya terp4ksa akur walau saya seorang suami.

Bukan jenis yang berkira saya ni. Orang dalam rumah tersebut semuanya 7 orang. Bayangkan min, kedua – dua orang tua tu dah tak bekerja. Barangan dapur sekali beli memang untuk 7 perut nak isi. Sedangkan saya ni sepatutnya sediakan nafkah untuk isteri dan anak sahaja.

Bukan tak ikhlas, tapi siapa yang ada kat tempat saya dia mesti faham. Belum masuk bab per4ngai masing – masing dalam rumah ni lagi. Ada dua orang adiknya perempuan. Memang tak reti buat kerja rumah. Duduk dalam bilik main handphone 24 jam.

Mak mertua pula, jenis yang suka membawang merayau satu kawasan rumah. Tak reti buat kerja rumah juga. Penyepah dan pengotor. Suka sepah – sepah baju yang dah pakai kat kerusi, lantai. Ayah mertua pula jenis short sikit la orangnya.

Jadi keadaan rumah akan 24 jam bersepah dan kotor. Isteri saya yang mengandung la tiap kali balik kerja mengemas. Dengan saya – saya sekali kena buat. Kemudian baby kami lahir. Mulanya ingat nak berp4ntang di kampung.

Tapi masa tu rentas negeri tak boleh. Jadi terp4ksa berp4ntang kat rumah mertua ni. Bayangkan, dari hari pertama isteri berp4ntang sampai habis, 100% isteri saya berp4ntang atas jagaan saya. Dan bukan seperti yang saya bayangkan harapkan orang tua lebih tahu dan dia akan jaga isteri saya. Rupanya tak.

Tak ambil tahu langsung soal berp4ntang. Sibuk merayau rumah – rumah orang. Akhirnya saya lah jaga baby, dan jaga isteri saya berp4ntang. Sibuk ni search google untuk berp4ntang semua. Sampai jahitan isteri saya terbuka sebab masa tu dia tak tahan tengok rumah yang kotor bersepah, dia pergi mengemas.

Satu kerja lagi nak bersihkan Iuka isteri, mandikan isteri, masakkan untuk isteri, jaga baby lagi. Saya sampai buat keputvsan berhenti kerja supaya dapat buat semua tu. Dan sekarang isteri dah habis p4ntang. Baby pun dah masuk 3 bulan.

Cuma sekarang saya tak faham aturan – aturan isteri saya. Saya disuruh untuk berenggang dengan baby, dan berikan lebih masa baby pada orang tuanya. Saya hairan. Kenapa macam tu. Baiklah. Pagi saya akan mandikan baby, siapkan baby.

Dah siap so saya mcm tak boleh ada masa untuk diluang dengan baby. Saya kena bagi orang tua dia bermain dengan baby. Masalahnya. Mak ayah mertua saya ni kasar dengan baby. Yang mak mertua suka buat suara sengau macam orang c4c4t bila bercakap dengan baby. Saya takut baby terikut.

Serius dorang bergurau memang sangat kasar dengan baby sampai baby saya merengek nak kat saya. Walaupun dia baru 3 bulan tapi dia dah kenal saya dan apa – apa pun memang dengan saya. Jadi bila ada aturan ni, baby dah mula macam start merajuk dengan saya.

Saya menangis minta maaf dengan baby saya cakap, daddy minta maaf daddy terp4ksa ikut aturan dalam rumah ni. Bila dah siang masa dengan orang tua berdua tu, malam pula saya akan lepaskan baby kat isteri saya. Jadi bila je masa saya dengan baby?

Saya cuma boleh mencelah – celah. Dan satu je masa yang saya dapat luang dengan baby ada lah masa dia nak tidur. Sebab memang saya yang akan tidurkan baby. Sebab semua orang dalam rumah ni kuat tidur. Semua tidur dulu.

Saya paling lambat sebab saya akan tidurkan baby. Kejadian ni buat saya rasa luIuh. Dengan family sebeIah saya lagi lah, isteri akan buat muka bila mak saya main dengan baby. Jadi kat sini apa je saya boleh buat. Saya cuma boleh menunggu masa yang sesuai, untuk keluar dari tempat ni bukan. Terima kasih pada yang sudi dengar. Assalam

Komen Warganet :

Roha Adrinna : Pindah… Bincang baik – baik dengan wife dulu. Kalau wife berkeras jugak nak duduk dengan family dia, kau bagi kata dua kat dia. Nak teruskan perkahwinan ini atau macam mana. Orang bila dah kahwin seronok nak tinggal rumah sendiri atau menyewa.

Kalau asyik nak berkepit dengan family jangan kahwin. Ada masa bukan tak boleh balik tengok family. Pujuk wife tu. Dari cerita awak, saya rasa mampu kot hidup berdikari sebab awak pun rajin jaga anak, kemas rumah. Rugi wife tu kalau tak hargai awak sebagai suami.

Saniah Nia : Kau je pindah. Bawak anak sekali. Kalau bini kau tak nak ikut. Pergi mahkamah minta arahan kembali taat. Kalau bini kau masih ingkar, cerai je taIak 3. Dah dia nak sangat duduk dengan mak bapak.

Mazalinda Madis : Patut u cuci otak bini u tu. Masa p4ntang siapa jaga dia? Siapa yang buat Iuka dia terbuka? Siapa yang peduli dengan anak? Sekarang nak suruh u renggang dengan anak maybe niatnya nanti kalau u kuar rumah atau cerai, anak dia boleh ambil..

Hati – hati bro. Guna kuasa ko sebagai suami untuk selamatkan rumahtangga ko juga.. Alasan bini mak ayah dah tua macam tak boleh pakai sebab mak dia masih larat nak membawang dan merayau umah orang lagi..

Ahmad Saidi Zaidi : Kalau saya berada di tempat awak, saya akan guna kuasa veto saya. Terpulanglah pada isteri, kalau nak ikut, ikutlah, kalau tak mau, biarlah dia duduk dengan ibubapanya sampai dia jatuh taIak.

Awak ke suami atau dia yang suami. Bukankah masa diijab dan kabul dulu dah termetri satu perjanjian, satu tanggungjawap pada orang yang menerima nikahnya itu. Yang terima nikahnya itu awak. Bukannya bapanya, bukannya adik beradik dia. Isteri awak kena ikut kehendak awak sebab awak yang terima nikah isteri awak. Jadi sekarang semuanya atas awak yang tentukan hala tuju perkahwinan itu…

Hayati Ayati : Jadi suami ni kena tegas sebagai pemimpin bukan dipimpin. Mak mertua boleh merayau membawang, jadi bukanlah seorang yang uzur. Alasan wife mak ayah dah tua tak boleh diterima. PINDAH bro. Cukup menanggung keluarga yang tak kenang dan menghargai. Wife mempergunakan bro dalam urusan family dia, pindah secepat mungkin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.