Anak2 aku membesar tanpa seorang ibu, bukan sbb isteri aku m4ti / kami bercerai tapi isteri aku dah ketag1h

Semuanya bermula bila isteri mula menjinakkan diri dengan kelas Zumba. Sepatutnya kelas habis pukuI 10 malam tapi 2 – 4 pagi baru sampai rumah. Yang paling teruk, cuti sekolah, hujung minggu, hari raya pun sibuk dengan kelas zumba.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana memberi siaran kepada coretan peribadi saya. Zumba, salahkah aku kerana membenci industri ini sebagai seorang suami? Macam ni lah aku ceritakan, aku mula kenal isteri aku sekitar usia aku menghampiri 30 tahun.

Isteri aku ketika itu hampir sebaya dengan aku. Wanita yang baik, cantik, datang dari keluarga yang baik dan kerjaya dia jugak baik di sektor pendidikan. Dipendekkan cerita, dia sempurna untuk aku pinang dan jadikan isteri serta mama kepada anak – anak yang aku imaginasikan.

Mengenali dia sekadar setahun lebih cukup untuk aku buat keputvsan menikahi dia. Aku akui, aku kahwin agak lewat sebab aku maklum bahawa aku perlu sediakan semuanya sebagai bakal suami dahulu. Rumah aku sediakan, perabot lengkap aku sediakan, kereta untuk kami sorang satu aku sediakan, bibik jugak aku sediakan.

Hari selepas nikah di Selatan (rumah keluarganya) aku junjung isteriku pulang ke rumah kami di Damansara dengan penuh rasa sayang seorang suami ke rumah kami dan kereta yang tersedia untuk isteriku. Tertulis di loh mahfuz, isteriku mengandung terus lepas kahwin, alhamdulilah.

Maka, anak kami lahir, Baby girl. Comel dan cantik macam isteriku. Hidup kami bahagia. Tiada hari yang aku tidak panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana memberi rahmat kebahagiaan kepada aku. Untuk pengetahuan semua, dari sebelum kahwin hingga lepas kahwin, ramai je gadis dari yang muda sampai ke yang mat4ng nak rapat dengan aku, kata diorang personaIity aku diorang suka, walaupun aku tau aku langsung tak handsome.

TAPI, aku teguh dan setia bersama isteri aku bukan sebab aku takut bini tapi aku sayang family aku. Aku pilih untuk setia. Namun, selepas beberapa tahun melayari alam rumahtangga, isteri aku mula terjebak ke dalam satu industry fitness namanya ZUMBA.

Sebagai seorang suami, aku gembira sebab dia dapat luangkan masa dia dengan aktiviti yang menyihatkan. Aku percaya sepenuhnya kepada kesihatan mentaI dari bersukan. So aku support dia b3raktiviti. Apa pakaian untuk Zumba yang dia nak, semua aku belikan.

Baju, seluar, kasut, beg dan accesories zumba aku sediakan untuk isteri tersayang. Aku gembira sebab dapat gembirakan isteri aku. Namun semuanya berubah bila dia start beraktiviti lebih dari masa yang sepatutnya.

Oh ya, pada waktu ini, anak kami dah jadi 2 orang, dua – dua anak perempuan. Siang malam kelas zumba, Hujung minggu zumba, cuti sekolah zumba dan walaupun Hari raya pun tetap ada zumba. Yang paling aku rasa teruk adalah, kelas zumba sejam dua je, tapi balik melangkau pukuI 2 – 3 pagi lepak ramai – ramai dengan kawan zumba kat cafe untuk minum.

Kalau pergi kelas dan balik, sepatutnya pukuI 10pm boleh dah sampai rumah, tapi tak pernah sampai rumah pada pukuI 10pm. Selalunya dia akan balik sekitar 2 – 4 pagi. Benda ini berlaku setiap hari, aku sebagai husband lalui fasa ini selama lebih 5 tahun.

Anak – anak kami membesar tanpa ibu di waktu malam. Aku yang melayan anak – anak waktu makan malam, buat kerja sekolah and bawa mereka masuk tidur tanpa mama diorang for so many years. Mama diorang bukannya m4ti, mama diorang bukannya bercerai dengan papa, mama cuma kaki zumba yang “chr0nic” yang dahuIukan zumba sebelum keluarga.

Untuk makluman, lepas nikah aku buang semua kawan lepak aku dan aku tidak lagi lepak macam zaman bujang. Hidup aku memang sepenuhnya hanya untuk keluarga. Tapi kisah aku tak berhenti dekat sini, sekarang, aku dah malas nak bertekak dan g4duh.

Aku biarkan je isteri aku macam tu. Tapi kali ni, aku tak akan pilih untuk bersama dengan dia lagi. Aku dah PILIH untuk setia untuk masa yang lama. Jadi sekarang, sudah tiba untuk aku PILIH kebahagian untuk diri sendiri dan 2 orang anak aku.

Jadi, jika lepas ini, kalau ada wanita yang datang pada aku macam zaman aku pilih untuk SETIA sebelum – sebelum ini, aku tak akan tahan untuk kenali diorang. Aku bukan mintak isteri aku jadi a superwife atau supermama kepada aku dan anak – anak.

Aku hanya mintak dia jadi seorang isteri yang normal macam isteri orang lain kat luar tu. Mungkin sudah sampai masa untuk aku pandang ke depan dan menilai apa yang perlu untuk diri anak – anak aku. Lagipun mak ayah aku dah tak ade dan abang aku dah migrate ke negara lain, so hidup aku hanya anak – anak je sekarang. Ini sahaja syurga dan w0nderland aku.

Aku nak habiskan confession dengan satu soalan kepada semua pembaca, patut ke aku pilih untuk SETIA lagi atau move on and bukak ruang untuk kenal orang lain?

Komen Warganet :

Nur Amelina Hassan : Tak terlewat rasanya untuk awak ubah cara isteri awak tu. Sebagai suami awak kena tegas dalam menegur tapi dalam masa yang sama terus menusuk ke hati isteri. Bak kata org dulu, tarik rambut dalam tepung, rambut tak putvs, tepung tak berselerak.

Gunakan kuasa awak untuk tarik isteri ke pangkal jalan. Dalam masa yang sama doa dan selalu ajak isteri solat jemaah sama – sama. Selepas solat jemaah tu, luahkan apa yang terbuku dari hati ke hati.

InshaaAllah, selalunya lepas solat jiwa tenang dan bersih. Saat tu mungkin apa yang diluahkan sangat mudah untuk masuk ke hati. Tak perlu rasanya sampai nak cari jalan makan luar.

Tapi jika semua yang saya cakap ni awak dah buat, tapi isteri masih keras kepala awak boleh la guna kuasa veto awak untuk ugvt akan cari isteri baru dan mama baru untuk anak – anak. Tengok apa reaksi isteri.

Selalunya isteri tak suka bila suami cakap nak kawin baru. Cuba macam tu tapi sekadar ugvt je dulu. Kalau tak berhasil juga, awak carikan je madu baru untuk isteri. Baru dia ada akal nak berubah. Semoga urusan awak dipermudahkan. Good luck bro.

Sue Zee : Buat 1 mini gym kat rumah, sediakan equipments yang sesuai. Kalau betul wife tu add1cted dengan zumba, dia ok je berzumba kat rumah sorang – sorang. Tapi kalau dah sedia kan private gym pun still nak berzumba kat luar dengan kawan – kawan juga, itu bukan nak berzumba sangat. Tu nak berjimba namanya.

p/s: Saya dulu sebelum kahwin, add1cted jogging. Hari – hari pergi jogging/walking sorang – sorang kat taman (min 2 jam). Lepas kahwin suami tak halang pun jika saya nak teruskan habit jogging tu tapi saya sendiri yang sedar diri dah bertukar status (isteri orang).

Risau juga kalau boleh timbulkan fitnah jika saya masih buat aktiviti macam zaman single. Jadi solutionnya. Saya sanggup beli equipment (treadmill) dan jogging/walking dalam rumah je.

So far, suami tak halang pun hobi saya dan saya tahu jaga maruah diri dan maruah suami.

Ana Ruhaina : Saya tak setuju kalau cuba nak cari peluang cari yang lain sebelum berusaha untuk betulkan apa yang tak betul dalam rumahtangga.

Tapi kalau dah usaha betulkan yang bengkok tapi masih tak dapat nak luruskan, lepaskan dan bina kehidupan baru. Tak kisahlah nak hidup dengan anak-anak je ke, nak cari yang lain ke, pastikan ia berlaku selepas hubungan suami isteri terlerai. Pengkh1anatan tu sesuatu yang meny4kitkan.

Cece Aisha AJ-Nuttall : Suami baik sangat duk biar ja akan jadi macam ni la, dengan perempuan yang tak ada common sense. Aku pun start exercise time PKP la, mula – mula beli treadmill, hari – hari guna, lepas tu start exercise dancing tapi dancing kat living room je la, setakat 45-50 mins, memang add1cted kalau 2 hari tak buat memang rasa bersalah. Tapi isteri encik ni lebih add1cted pada bersosiaI dari zumba rasanya. MeIampau la kan.

Nisla Alanis Latif : Yang salah bukan zumba, yang salah adalah isteri dan rakan – rakan yang tak hargai kebebasan diberi. Saya instruktur zumba, habis kelas saya balik, saya tak lepak sampai 2 – 3 pagi.

Padahal saya bujang, sapa boleh halang kalau saya nak lepak? Sama juga rakan – rakan saya yang terlibat dalam bidang ini, ada golongan ibu – ibu bahkan nenek juga. Jangan pukuI rata encik.

Tapi memang ada berlaku kes begini di kalangan rakan – rakan saya. Zumba itu cuma alasan. Dia nak keluar sebenarnya. Tak zumba macam mana pun sibuk selfie. Zumba sebagai permit keluar. Bawa berbincang dengan isteri encik elok – elok.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.