Aku saja nak manja2 dengan suami letak kepala dekat bahu dia, sekali tangan dia laju dekat muka aku

Satu hari, suami tanya aku. Katanya buat kali terakhir, aku nak teruskan perkahwinan kami atau tak. Kalau aku tak nak, dia sanggup je nak ceraikan. Dia ingat aku tak sanggup, sekali aku baIas ‘taknak’. Dia terus suruh aku bayar segala deposit rumah dan segala duit renovation masa kami baru kahwin dulu..

#Foto sekadar hiasan. Lepas tu dia suruh aku bayar semua duit deposit rumah yang dia keluarkan dan belanja rumah dalam 10k. Hi semua, aku dengan suami dulu rakan sekerja. Kami tak bercakap sangat melainkan pasal kerja.

Lepas 3 tahun tak jumpa, suami aku try mengorat. Masa tu aku cakap kalau dia betul serius, aku dah malas nak bercinta, aku suruh jumpa mak ayah terus dan kahwin. Dipendekkan cerita sebulan kemudian kami bertunang, lepas 3 bulan terus kahwin.

Aku pun letak hantaran seikhlas hati je. Dalam tempoh tunang laki aku ni baik giIa, sweet sangat, pernah aku kerja outstation dia sanggup datang sebab risau aku kat negeri orang. Memang tipikal lelaki idaman, memang bahagia.

Tapi! lepas dah kahwin keluar semua per4ngai busuk dia. Dia jadi cepat melenting, tak nak bincang dengan aku, semua nak ikut kepala dia. Benda kecik selalu nak marah contohnya kalau aku terlupa nak tutup pintu toilet.

Padahal boleh je dia tolong tutupkan sambil tegur elok – elok tapi dia punya marah macam aku dah buat salah besar. Pernah aku nak bergurau je dengan dia letak muka aku dekat bahu dia, tiba – tiba dia terus Iempang aku sebab dia cakap dia tak suka bergurau macam tu tangan dia laju. Terk3jut giIa.

Dulu masa tempoh tunang elok je luangkan masa tinggalkan game, lepas kahwin aku rasa sunyi sangat balik dari kerja sampai tidur hanya  game tak pun medsos. Aku dah slowtalk, aku cakap aku sunyi, aku ada dia sorang je tapi dia cakap dia ada je kat sebeIah tapi jasad je minda dekat game.

Aku terasa hati giIa, hari – hari macam tu sepanjang kahwin, sekali je dia bawak aku keluar, itupun pergi tengok wayang. Aku ajak keluar, dia tak nak. Sedangkan dia banyak je duit tapi berkira nak keluar untuk create memories.

Kadang – kadang aku doa je aku m4ti, baru dia rasa kehilangan dah dapat isteri yang taat aku sanggup tolak lelaki lain yang nak merisik sebab hargai effort dia sebab aku ingat dia baik. Laki tu aku tak kenal pun, kenal macam tu je.

Aku ingat kahwin dengan laki yang kita kenal, dia baik, boleh bahagia rupanya tak. Dari segi nafkah zahir yang wajib, lelaki aku cukup je bagi. Tempat tinggal dan makan. Tapi komitmen kereta aku, insurans semua aku bayar sendiri.

Masak pun walaupun aku kerja lepas balik aku masak jugak tapi tak dihargai. Orang lain makan elok je tapi sampai dekat laki aku, ada je yg kurang and complain. Bagi dia, mak dia masak paling sedap. Aku fahamlah kalau akupun rasa mak aku masak sedap tapi boleh je jaga hati aku.

Tapi dalam complain makan licin jugak bertambah. Bab kemas rumah memang takde nak tolong semua aku sorang. Aku ada jugak mengadu tolong, sekurang – kurangnya kemas bilik ke tapi tak pernah sekalipun dia nak buat.

Aku pun penat jugak kerja. Lepas kahwin ada la jugak kawan – kawan lelaki aku dm atau pm macam rindu nak lepak ke tanya khabar tapi aku tak baIas pun sebab nak jaga hati dia, walaupun aku tak balas dia tetap meng4muk nak m4ki kawan – kawan aku tapi aku tak bagi sebab bukannya aku baIas pun.

Terus dia meng4muk dengan aku cakap aku lagi sayang kawan aku daripada dia. Cuba kalau kena dekat dia, bila perempuan cantik lalu, sikit pun tak jaga hati aku. Mata melilau tapi kalau laki lain pandang aku, sampai je dekat rumah, dia gunting baju aku.

Dia salahkan baju aku ketat. Dia pernah je cakap mesti aku menyesal kahwin dengan dia sebab per4ngai dia. Aku selalu pilih untuk diam, takkan aku nak cakap ‘ya’ nanti terasa lak tapi bila aku diam dia mula ungkit banyak duit dia habis untuk aku.

Padahal duit yg dia habis memang tanggungjawab dia sebagai suami bayar rumah dan makan. Sejak tu aku dah tak nak pakai duit dia. Kalau pergi beli apa – apa kat luar, aku nak apa – apa, aku beli sendiri pakai duit aku. Ada satu hari dia tanya aku, “ni last i tanya u nak teruskan ke tak hubungan ni kalau u tak nak, i lepaskan.”

Mungkin dia nak per4ngkap aku supaya aku takut. Tapi aku cakap “tak nak teruskan” muka dia terus berubah. Lepas tu dia suruh aku bayar semua duit deposit rumah yang dia keluarkan dan belanja rumah dalam 10k. Aku cakap okay je aku bayar ansur – ansur.

Kemudian tiba – tiba dia nak insaflah, tak nak buat lagiIah. Tapi lepas tu sama je. Part batin, aku tersiksa juga sebab aku nak je hari – hari, tapi laki aku selalu tak larat. Kalau dia dah buat, dia susah nak bangun pergi kerja. Dia akan tolak ajakan aku.

Apa hukvm suami tolak ajakan isteri pula? Aku tak rasa bahagia pun, baru nak masuk setahun kahwin. Apa lagi aku nak kena buat? Aku dah cuba jadi isteri yang baik. Aku banyak berubah dari zaman bujang aku yang suka keluar pergi travel, melepak dengan kawan dan food hvnting, sekarang duduk rumah jaga laki.

Tapi laki tak hargai, aku nak cerai tapi laki aku cakap dia takkan ceraikan aku sampai bila – bila tapi aku sebagai isteri kena hadap per4ngai ntah apa – apa dia. Setakat puaskan n4fsu dia yang 1 min tu lepas tu penat macam 10 jam buat.

Lepas tu aku jadi tunggul hari hari macam tiang kayu yang tak berperasaan. Nasib baik aku kerja, kalau aku tak kerja mesti lagi merana nak hadap mulut dia yang suka ungkit. Aku beli kereta baru dia offer nak bayar half pun aku tak nak, serik dah sejak dia ungkit pasal duit untuk rumah.

Aku cuba nak keluar rumah cari ketenangan atau sewa rumah lain. Bila aku duduk dengan dia bukan aku rasa aku ada  suami tapi dia cakap aku isteri nusyuz selangkah aku keluar rumah. Aku terp4ksa taat je. Apa lagi yang aku boleh buat.

Hari – hari aku berharap dia berubah dan sedar apa yang dia buat dengan mulut jahat dia dan suka guna kuasa suami. Aku penat lama lama aku rasa dah tak ada hati dengan dia.

Komen Warganet :

Mohamat Azali : Pisah je. Isteri da buat terbaik tapi macam – macam alasan si suami ni. Cuba pindah umah buat hal sendiri dan keluar dengan kawan – kawan tengok reaksi dia macam ne. Sapa – sapa pun pk inginkan suami tanggungjawab tapi ungkit apa yang dibuat kat isteri macam apa yang suami nak bantu.

Tanggungjawab nafkah zahir batin isteri diabaikan. Bila mintak marah, kena m4ki dengan suami semua. Kena jaga hati si isteri hargai isteri. Dah takde tanggungjawab suami pada isteri memang elok buat hal sendiri, jangan jadi m4ngsa pend3raan fizikaI dan mentaI.

Nurri Nur : Fasakh je lah. MentaI dengan laki macam tu, boleh jumpa psiki4tri sebab awak terganggu em0si dan mentaI ganggu kesihatan jugak. Alasan tu dah kukuh tuk fasakh, bawa rekod psiki4tri. Nusyuz tu suami kena pergi mahkamah dulu. Mahkamah akan putvskan awak nusyuz atau tidak. Kalau nusyuz pun awak boleh lagi tuntut harga pencarian. Walaupun nafkah awak tak boleh tuntut.

Izati Zainal : Kalau dengan kahwin tu d0sa kita merimbun datang asbab kita asyik meIawan atau jiwa ni asyik member0ntak sebab suami tak berubah, manakala suami jika rasa isteri beban, baik la hidup sendiri. Kita kahwin nak ke syurga bersama tapi kalau dengan kahwin masing – masing kumpul saham d0sa, baik lah hidup sendiri, just my two cent.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.