Mak mertua taw4r diri jaga anak. Pelik, aku ambil anak dari kerja, bau busuk, pelipat berkerak, cuci n4jis pun tak bersih betul-betul

Sebabkan mertua tak jaga anak aku betul – betul aku terp4ksa berhenti kerja. Jadilah aku surirumah tak berguna. Suami aku sedap layan video tak senonoh. Buang air kecil merecik sana sini, air besar pulak tak flush..

#Foto sekadar hiasan. Aku Kicap. Tahun ni dah masuk 40 tahun. Aku surirumah dah 9 tahun. Aku nak cerai. Tapi aku tak ada kerja. Aku dah 3 tahun cari kerja. Interview pun tak dapat. Aku str3ss sangat ni. Dah tak boleh hidup dengan suami yang asyik buat hal.

Aku ada 1st class degree. Pernah kerja sebelum ni di syarik4t well known. Aku berhenti kerja tanpa kerelaan aku. Husband aku suruh jaga anak kat rumah (anak no. 2). Masa tu aku baru habis cuti berpantang. Anak aku mak mertua yang volunteer nak jaga.

Anak aku badan semangat. Debab. Tembam. Comel. Umur 3 bulan dah nak dekat 9kg berat dia. Disebabkan badan yang comel. Mak mertua tak larat mandikan anak aku. Dia just lap badan anak aku. Bila balik kerja, anak aku tak bersih.

Daki sentiasa ada di pelipat – pelipat. N4jis pun tidak dibersihkan dengan betul. Oh ya. Anak aku dijaga oleh mak mertua sekali dengan kakak husband aku. Dia kat rumah tak ada kerja. Jadi aku bagi upah sekali jaga anak aku.

Tapi tula aku sedih. Setiap kali balik kerja anak aku kotor. Mereka tak berani nak mandikan anak aku. Takut jatuh katanya. Aku terp4ksa berhenti kerja dengan 2 minggu notis. Bermulalah aku sebagai surirumah yang menyedihkan.

Aku happy jaga anak aku. Yang sulung dan baby. Penat memang penat. Nak ditakdirkan, bila aku jaga baby. Aku pelik kulit dia selalu biru – biru. Cek doktor, doktor cakap baby aku s4wan dan disahkan ada peny4kit otak.

Aku redha. Aku dah tak pikir nak kerja balik bila anak dah besar sikit sebab anak aku banyak kali keluar masuk hospitaI. Tebuk itu ini. Dipendekkan cerita. Aku dengan penat jaga anak, kemas rumah. Husband aku aku seronok betul layan video tak senonoh dekat office. Banyak kali terkantoi. Pastu merayu maaf kat aku. Sebulan dua buat lagi.

Pergi outstation bukan ingat isteri dengan anak kat rumah. Macam biasa seronok betul dia tengok benda h4ram. Aku cakap, “tengok je mana ada feel. Elok bawak peIacur sekali.” Dia tak appreciate wife dia yang berk0rban untuk anak.

Dia lupa anak dia s4kit. Keperluan aku takde ditunaikan. Pakaian dalam aku longgar atau koyak. Aku jahit sendiri. Apatah nak belikan aku baju baru. Kerja – kerja rumah tak buat. Sepanjang 10 tahun kawen, goreng telur pun tak pernah.

Aku ni takde rehat. S4kit pun takde mc. Dia layan aku macam bibik. Bibik pun ade gaji. Kadang – kadang aku minta RM50 secara kasar. Aku ungkit, aku penat sangat kemas rumah. Mop hari – hari sebab anak aku per4ngai dia suke jilat lantai rumah.

Anak aku tak boleh kena infection. Nanti tr1gger s4kit otak dia. Aku pastikan semua keadaan dia bersih. Husband aku k3ncing tak flush. K3ncing merecik – recik, Ber4k dia pun kadang – kadang dia tak flush. Air paip tak tutup rapat.

Cabinet dapur kalau buka tak tutup balik. Pinggan basuh dia punya sahaja. Itupun berminyak. Buat semua kerja ala kadar. Masuk rumah tak tutup pintu dengaan betul. Sampai ke pagi pintu rumah terbuka sikit atau tak berkunci. Aku ni yang sibuk jaga anak penat sangat!

Masa kovit bermula segalanya. Aku termengandung. Tapi aku gembira ada baby lagi. T4rget aku nak anak 3 orang dari awal kahwin. Tapi anak aku meninggaI sewaktu dilahirkan. Aku macam depr3ss. Dia semua tak reti buat kerja rumah.

Kalini aku b0dohkan dia. Itu tak reti. Ini tak reti. Nak jaga aku masa pantang? Kirim salam jela. Aku nak cerai aje. Kalini dia betul – betul berubah. Dah buat kerja tanpa disuruh. Buang sampah. Masak. Sapu sampah. Mop.

Walaupun dia buat semua tu. Hati aku kosong untuk dia. Aku dah takde perasaan sayang kat dia. Sampaila sekarang ni. 4 tahun selepas kovit. Macam – macam dia beli untuk aku. Minyak wangi. Jam tangan. Dia bagi aku duit belanja rm250 sebulan.

Tapi semua tu aku tak heran. Bila hati m4ti. Susah nak hidupkan balik. Lepas baby aku meninggaI. Aku cari kerja sampai sekarang tak dapat – dapat. Macam mana aku nak cerai kalau duit takda? Rumah dan kereta pun takda.

Dulu masa kerja, aku ade kereta. Tapi trade in untuk beli kereta yang lebih besar, haha. Aku 1 aset pun takda. Macamana aku nak jaga anak – anak aku sekarang? Aku sekarang. Kurang penat dah. Anak – anak dah besar dan boleh berdikari sikit – sikit.

Anak aku yang s4kit pun last operate 3 tahun lepas. Harap janganlah dia s4kit lagi. Suami aku. Sampai sekarang pun per4ngai lalai dia masih ada. Basuh pinggan, tapi masih berminyak dan kesan kopi pun masih ada kat cawan. Aku ni yang kena basuh balik. K3ncing pun bersepah lagi. Penat kan jadi aku?

Dengan tak bercakap dengan orang. Asyik menangis je mengenangkan ketidakberjayaan diri ni. Yang lain, umur dah 40 berkerjaya. Bercuti sana sini. Aku tumpang gembira. Aku sekarang redha. Rasa macam tak perlu hidup lebih baik. Tapi syurgakah aku?

Aku nak kerja. Nak sosiaI. Nak bercakap dengan orang. Nak ada kawan. Nak ada duit sendiri. Tapi tak dapat haha. Aku buat dropship macam – macam. Kadang – kadang dapatla comission sen ke RM1. Tu pun kalau ada orang beli.

Aku juga jual makanan. Post kat group. Takde pun org nak beli haha. Aku suke kerja dengan orang. Bila boss bagi kerja aku buat sebaiknya. Kalau berniaga bukan passion aku. Aku fikir nak lari dari rumah tapi kat bank aku hanya ada RM160 sahaja, hehe..

Yang bulan – bulan husband aku bagi tu? Confirmla guna balik kat dia. Kereta rosak. Belanja anak – anak tak cukup. Tak sampai hati duit tu aku simpan. Jadilah aku surirumah yang menyedihkan. Nak cerai tapi takda duit dan takda kerja haha.

Aku rasa pun aku dah mental. Asyik tertangguh nak jumpa doktor. Nak pergi sendiri takut. Sebab selama aku surirumah ni aku dah develop anx1ety. Rasa takut nak keluar rumah sorang – sorang. Tak tau nak naik apa. Grab pun aku tak pernah tekan.

Nasihat aku. Kalau boleh kerjala. Jangan berhenti jadi surirumah kecuali dah confirm suami kita suami dari syurga. Sekian. – Kicap (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nonie Nuralia : Adik manis.. pertama kena lapangkan hati dahulu dan redha. Bebaskan jiwa kau dari semua kerunsingan dan keresahan duniawi. Kedua jangan terlalu mengharap suami boleh buat semuanya, boleh beri segalanya.. sebab sudah 10 tahun, yang kau hadap itulah kenyataan yang jujur. Ketiga kalau kau tidak mampu melangkah keluar maka belajar terima seadanya apa yang kau ada sekarang. Tiada yang percuma.

Sha Rashid : Kalau nak bercerai, pastikan memang itu yang kita nak.. bukan sekadar nak lepaskan emosi tengah marah je. Get ready nak merangkak dari bawah semula.. get ready nak rasa susah. Cuma bezanya keputusan atas diri sendiri. Kalau rasa mampu.. dipersilakan.. aku sendiri tak bekerja lebih dari 10tahun.. bila habis eddah terus dapat kerja. Terus mula hidup baru.. hati kena kering la.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.