Mak mertua terk3jut bila tahu aku ada anak angkat, siap ‘h1na’ anak aku. Aku nekad nak putvs tapi kena ser4ng

Aku buat keputvsan ambil bayi yang kami jumpa bawah tangga untuk jadi anak angkat. Masa aku pergi jumpa bakal mertua, semuanya orang kuat agama, mereka terk3jut bila tahu aku ada anak angkat, siap tanya status anak aku. Mak mertua ‘h1na’ anak aku sampai aku buat keputvsan untuk putvs. Siap keluar hadis menolak lamaran lelaki soleh..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Ida (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Nor (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Siti (bukan nama sebenar) 29 tahun di Selangor.

Mempunyai 2 orang staff dan 3 orang student practical (setakat ni) dan semuanya perempuan dan bujang. Bila semua staff perempuan, Aku agak berhati – hati untuk minta staff OT or outstation sendirian, selalunya aku atau partners akan temankan.

Kenapa aku tak hire staff lelaki? Ok aku cerita, 2 tahun lepas waktu aku decide untuk buka company, aku ada seorang partner secretary lelaki (since aku, Siti, Nor belum ada lesen secretary) Aku gelarkan Khan. Khan berusia akhir 30an dan sudah 3 kali berkahwin.

Kitorang waktu tu tak kisah tentang isu kahwin 3 ke kahwin rahsia ke sebab bukan laki aku kan.. gitu. Isu bermula bila Khan ni berminat dengan Siti. Siti ni dia cantik dan hot la (body macam Izara AIshah, tak tipu). Siti ni aku kenal sama sekolah menengah dan baik.

Dia tak layan pun Khan ni. Satu hari isteri ketiga Khan datang office meng4muk – ng4muk ser4ng Siti. Katanya Siti ada skandal dengan Khan dan tunjukkan gambar – gambar Siti yang Khan save dalam handphone (Khan download dari socMed Siti).

Siti b3ngang dan dia marahkan Khan dan isterinya. Sebagai penyelesaian kitorang buat keputvsan untuk hentikan Khan. Dan Khan pergi tinggalkan company tanpa meminta maaf pada Siti dan kami semua. Dan sekarang aku dengar dia sudah bercerai dengan isteri kedua dan ketiga serta berkahwin baru dengan budak umur 20 tahun tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Yang aku sedih isteri pertama dia baik sangat, suri rumah dan dia tak pernah tahu suami dia kahwin lain. Isterinya hanya ingat suaminya ada skandal je dan aku masih belum diberi kekuatan untuk berterus terang dengan isterinya.

Kedua, klien aku majoriti lelaki dan ada di antara mereka yang berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama. Macam mana aku tahu, kadang – kadang kalau aku key in belanja ada juga duit keluar ke akaun isteri kedua, atau asyik travel ke negeri ni je.

Bila ditanya rupanya ada isteri lain kat negeri ni. Ataupun bila buat penolakan cukai ada dilampirkan pelepasan tanggungan anak dengan isteri kedua tapi siap bagitahu kami awal – awal masukkan data isteri pertama sahaja.

Tolonglah lelaki, anda dah menjadi suami dan bapa kenapa masih mahu menafikan hak mereka. Tolonglah lebih bertanggungjawab dan berani berterus terang. Ketiga, 2 bulan lepas, staff practical terjumpa baby lelaki kat office.

Office aku ni tingkat 2, bawah office aku tu Watson dan tangga nak naik office aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan office aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco. Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa.

Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukuI 4. Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk office bagitahu ada baby.

Kami yang panik dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa – apa. Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang – kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat office boleh letak kat kotak tu dulu.

Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu. Buat report polis, bawak baby pergi hospitaI untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospitaI risau kalau kami buat – buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah.

Polis datang check cctv office dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun berkerja di Tesco. Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanita berusia 19 tahun. Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok.

Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung. Aku marah, b3ngang semua ada aku tak tahu hukvman pasangan tersebut kena tapi aku buat keputvsan untuk ambil baby iman sebagai anak angkat.

Aku dalam proses untuk menyusukan baby iman. Doakan la aku berjaya jadikan baby iman anak susuan. Dan doakn aku juga berjaya mendidik baby Iman menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin, doakan juga pasangan aku mampu menerima Iman dalam hidup dia. Dan semoga kasih sayang aku pada Iman akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti. -Mommy Iman

Sambungan… Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Ida. Umur 30 tahun dan masih belum berkahwin. 4 bulan lepas aku ada post dekat sini. Dalam confession yang lepas aku ada bagitahu yang aku ada mengambil anak angkat lelaki.

Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Iman anak susuan aku. Terima kesih atas doa pembaca semua. Iman sudah menjangkau usia 8bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Iman. Disebabkan sejak akhir – akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita kurang enak tentang pengasuh, aku mengambil keputvsan menjaga Iman sendiri dengan bantuan adik dan emak.

Aku sekarang berkerja di rumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu. Terima kasih rakan kongsi dan staf yang sangat memahami dan amanah. Semoga mereka dikurniakan kehidupan yang bahagia dan dimurahkan rezeki.

Selain dapat mengikuti perkembangan Iman aku juga dapat meluangkan masa berkualiti dengan mak (wishlist aku setiap tahun sejak aku bekerja). Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun meninggaI dunia.

Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery). Kehadiran Iman dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir – gilir berjaga malam untuk menjaga Iman dan berulang – alik membawa Iman ke kIinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Iman (gigih dia google resepi, tq dik).

Kakak – kakak ipar tidak putvs memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Iman (aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.) Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.

Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak siapa? Siapa ibu bapanya? Anak tak sah taraf ke? Dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saud4ra mara terdekat.

Hari tu keluarga beIah arw4h ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar arw4h Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin dan dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi – lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja.

Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah. Pertemuan pertama diaturkan di rumah aku.

Lelaki tersebut aku gelarkan Hafiz datang bersama ibubapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluarga aku. Ayah Hafiz mutawwif dan ibunya ustazah. Hafiz merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz. Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak – anaknya.

Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak – anak saud4ra jadi mereka tidak tahu kewujudan Iman. Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang ke rumah Hafiz selepas berpuluh kali ibu Hafiz menjemput kami singgah ke rumahnya.

Di situ barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Hafiz jelas berubah mukanya. Dia mula bertanya anak siapa? Bila aku berterus terang tentang Iman, ayat yang keluar dari mulut ibu Hafiz, “Budak tu memanglah suci tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu d4rah daging dia”.

Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je. Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Hafiz mungkin tidak dapat menerima Iman.

Melalui whatsapp aku maklumkan pada Hafiz penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu j0doh dengan yang lebih baik. Esoknya, Pak cik aku datang ke rumah. Dia bising kononnya aku telah memaIukan dia.

Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Hafiz turut menelefon aku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat j0doh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Hafiz sebab aku tak nak Iman terus dik4ta hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam Islam keturunan penting, salah Iman ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik?

Adakah jika kelak Iman menjadi anak soleh dia masih dipandang h1na disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan seseorang. Kepada anakku Iman, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai.

Malah mommy merasanya satu ketenangan bila mana dapat meluangkan banyak masa bersama Iman dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputvsan yang Ida buat. – Mommy Iman

Komen Warganet :

Nina Nuar : Saya ustazah. Tapi saya doa dapat suami yang baik. Tak semesti suami ustaz. Alhamdulillah j0doh saya memang suami yang baik. Betul memang tak pandai mengaji dan lain – lain. Saya tak kisah. Suami saya tak pernah cakap pasal nak ner4ka kan isteri sepanjang 7 tahun kahwin.

Dulu saya ada kawan dengan ustaz. Tapi saya tak suka kata – kata asyik nak menghukvm wanita. Tentang anak tu. Saya faham perasaan awak. Saya pernah kene caci juga sebab selamatkan seorang wanita yang tengah mengandung anak luar nikah.

Saya jaga dia sampai selamat bersalin dan berpantang. Masa tu saya bujang lagi. Sebab ramainya orang yang acah – acah suci ni pandai berfatwa bagai tapi pandai cakap saje, ada ke mereka nak tolong? Saya pun selalu orang pandag ustazah low class.

Sebab memang saya tak pakai tudung labuh. Saya pakai tudung biasa cuma tutup la d4da. Pernah kuar dari kfc, dengan kawan, saya bagi kucing makan sisa ayam kfc, kawan saya sesama ustazah perli – perli saya. Ingat! Dalam al quran Allah kata “sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang paling bertaqwa” Orang bertaqwa tidak semesti ustaz / ustazah. Tok imam. Sesiapa sahaja yang ada ciri taqwa adala orang yang mulia.

Ghazali Ja’afar : Aku lelaki. Pada aku lelaki yang tidak pandai mencari j0doh sendiri ini adalah loser. Dengan per4ngai ibunya lagi. Ingat! Iman tidak boleh diw4risi. Berapa ramai wanita baik sempurna hidup sengsara dengan lelaki serupa soleh.

Benda berlaku depan mata aku sendiri. Masalah orang lebih ilmu agama ini adalah selalu sangka syurga itu milik keturunan mereka. Padahal pend0sa itu lagi syurga menanti. Lupakan. Teruskan hidup anda berbahagia sekarang ini. Jaga Iman dan keluarga sendiri.

Noor FadhiLah Mohd Idris : Kelancangan mulut berbicara adalah cermin Keperibadian diri. Tiada isitilah mulut jahat hati baik. Belum kahwin dah persoalkan, lepas kahwin silap – silap kena c4mpak budak tu atas alasan suami kene patuh cakap mak, isteri kene patuh cakap suami. Pilih orang yang boleh terima iman seikhlasnya.

Teringat saya akan kata – kata seseorang, “ketika kita mula rasa mulia, ketika itulah mulanya kejahatan kita.” Moga confessor terus diberi kesabaran dan ketabahan dalam membesarkan Iman.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.