Malam pertama aku dapat tahu isteri aku dah tak suci, aku terus batalkan honeymoon

2 bulan lepas kami dik3jutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Satu hari aku berjumpa dengan bekas kekasih isteri aku dan dia ceritakan segalanya. Mungkin ini adalah kifarah untuk isteri kerana melakukan d0sa dahulu. Kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Kepada warga facebook dan juga admin sendiri, terima kasih kerana menyiarkan dan membaca luahan hati aku. Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun.

Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah z1na di dalam hubungan kami mahupun z1na mata dan hati. Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah.

Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku. Tibalah malam yang ditunggu oleh setiap pengantin baru, baru aku tahu si isteri tidak sesuci seperti yang kuimpikan.

Aku mendesak dia untuk mengaku dan dia masih berkata, kisah silam itu hak dia. Dan Allah telah menutup hijabnya. Aku sebagai lelaki patutnya menerima baik buruknya jika aku memang mencintainya. Aku terdiam seribu bahasa.

Selepas itu aku batalkan honeymoon kami dan keluar ke masjid selama 3 hari 3 malam. Aku munajat kepada yang maha Esa, istikarah dan memohon kekuatan untuk redha dan menerima baik buruknya. Setelah malam ketiga, aku kembali ke rumah kami dan memberitahunya aku akan menerima segala masa silamnya asalkan dia tidak melakukan perbuatan itu selepas ini.

Rumahtangga kami berjalan seperti biasa, walaupun kadang – kadang aku rasa naik angin kerana dia agak pemalas. Rumahtangga tidak pandai urus, makan minum aku tidak dijaga sedangkan dia adalah suri rumah sepenuh masa.

Baju kerja terp4ksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikit pun makan pakai aku. Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap cakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki? Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku?

Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Di dalam hal ini juga aku dipersalahkan. 6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku.

Aku bertanya betul – betul adakah dia tawar hati dengan aku? Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat. Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terp4ksa memasak sendiri dan mencuci baju.

Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia di atas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan. Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan.

Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk di rumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini? 2 bulan lepas kami dik3jutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman.

Sekali lagi aku terpana dan menangis. Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku. Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir.

Amir menceritakan segala perbuatan isteri aku di masa silam. Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga pemusn4h rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan d0sa dahulu. Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama?

Apakah d0sa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan. Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha.

Hati aku sem4kin tawar, aku sem4kin tidak mahu balik ke rumah. Apa perlu aku buat? Aku mohon sangat – sangat nasihat dari warganet, apa perlu aku buat? Adakah betul aku yang salah dari mula? Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya? Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat? Aku buntu. Tolonglah aku…

Sambungan… Assalamualaikum WBT. Terima kasih atas segala nasihat yang diberikan dan juga kepada admin juga kerana sudi menyiarkan kisah hidup aku. Maaf atas penulisan tergesa – gesa kerana waktu itu aku masih dalam keadaan menangis dan depr3si.

Buat pengetahuan semua, aku adalah anak yatim piatu sejak dari bangku sekolah lagi. Aku dibesarkan oleh arw4h Toknek aku dan sudah berdikari sejak kecil. Ramai yang mempersoal mengapa aku agak berat untuk melepaskan isteri aku?

Aku takut untuk hidup berseorangan. Aku tiada sesiapa, dan keluarga sepupu sepapat tinggal berjauhan dari aku. Hidup aku memang hanya ada isteri. Harap ramai yang memahami mengapa aku cukup terIuka kerana ditipu sejak dari awal perkahwinan lagi.

Aku tak kata aku lelaki yang baik. Kekurangan aku adalah aku memang seorang pemalu dan agak pendiam. Aku kenal isteri aku dari zaman matrikulasi. Hanya sebagai kenalan biasa. Tidak ada istilah hubungan walaupun waktu itu isteri sudah menunjukkan perasaan positif terhadap aku.

Tapi aku memang amat mengelak dari ada hubungan cinta apatahlagi aku masih belajar. Setelah aku berada di Mesir, aku terus terputvs hubungan dengan semua kawan – kawan aku di Malaysia. Ya, aku memang lelaki yang lurus, mudah percaya cakap orang.

Itu pun adalah kekurangan aku. Banyak kali lecturer aku bagi nasihat, sekiranya ingin menjadi seorang pr0fessional, harus bersikap tegas dan berhati – hati. Tapi aku memang jenis mudah kasihan dengan orang. Buat pengetahuan semua, aku adalah doktor bahagian Ped1atrics.

Hidup aku memang bahagia dengan kanak – kanak. Aku memang suka bermain dengan budak dan impian aku memang cukup besar untuk menjadi seorang bapa. Apabila aku kembali ke Malaysia, aku teserempak dengan isteri aku waktu beli nasi lemak di stesen LRT 5 tahun lepas.

Waktu tu nampak dia amat teruja jumpa aku. Aku pulak tak ramai kawan, aku pun bagi nombor phone aku dan bermulalah sesi mesej. Dia selalu mendesak aku untuk berjumpa, tapi kerana waktu tu aku sibuk sebagai HO, aku banyak kali menolak ajakannya.

Dari mula lagi aku cakap, aku ni seorang yang busy, bukan jenis jumpa dating – dating. Dia cakap dia tak kisah, dia faham, tapi selalu mendesak untuk jumpa. Kerana aku tak ramai kenalan, Arw4h Toknek aku nasihat untuk aku ada isteri secepat mungkin.

Mungkin Arw4h sudah tahu yang beliau sudah tidak lama lagi bersama dengan aku. Aku beritahunya aku tiada calon. Waktu tu memang aku tak nak buat isteri aku sebagai calon. Kerana banyak benda yang dia cakap tapi pada perbuatan adalah sebaliknya.

Aku solat istikarah selama sebulan tanpa henti di bulan Ramadhan. Arw4h Toknek juga sem4kin lemah, hanya isteri aku sahaja yang menunjukkan minat untuk bersama aku, aku menerimanya dengan hati terbuka. Aku tidak tahu sepanjang kami menjadi tunangan itulah dia menyerahkan tubuhnya kepada orang lain.

Menjadi seorang doktor di hospitaI kerajaan bukanlah suatu yang mudah. Hidup aku terlalu sibuk sehingga kadang tertidur di OT room. Dari berat aku 65 kg dahulu sekarang hanya tinggal 54 kg. Aku sudah katakan kepadanya, hidup aku memang di hospitaI dan juga di rumah.

Aku pula tak betah makan di luar. Perut aku cukup sensitif. Semuanya dia tahu syarat – syarat aku sebelum berkahwin. Kenapa aku menjadi terlalu tawar hati? Kerana bukan sekadar ditipu mengenai kecurangannya. Tetapi juga ditipu kesanggupannya untuk menjaga rumahtangga kami dengan jadual aku yang sibuk.

Aku bukan lelaki r0mantik, tapi aku adalah pendengar yang baik. Aku pernah katakan padanya, marilah buat kerja rumah sama – sama. Dari situ akan ada momen yang indah gurau senda. Tapi dia menolak dan mengatakan aku ini lelaki mundur yang tidak faham kehendak wanita.

Aku menjadi tr4uma, cukup tr4uma dengan wanita. Aku rasa apa yang dijanjikan itu hanya omongan kosong yang tiada nilai, sedangkan bagi aku, aku sudah meletakkan dia sebagai permaisuri di dalam hati aku. Ada satu nasihat yang aku baca dari para netizen, untuk aku ke sesi kaunseIing.

Terima kasih, aku akan pergi ke sana untuk mendapat sedikit nasihat. Sekiranya hubungan kami sudah tidak dapat diseIamatkan lagi, mungkin ini sebab aku bukan lelaki r0mantik dan sesuai untuknya. Dan dia boleh mencari lelaki lain selepas ini.

Buat wanita sekalian, sekiranya anda tidak sanggup untuk menerima lelaki yang sibuk dalam urusan kerja, janganlah berjanji kosong. Apatahlagi hidup aku sudah tiada sesiapa kat dunia ni. Kes4kitan yang aku hadapi sekarang cukup pedih.

Nasib baik ada anak – anak yang menjadi pes4kit aku sebagai penghibur. Buat semua yang memberi nasihat, terima kasih atas segala kesanggupan anda membaca kisah hidup aku yang tak seberapa ni. Anggaplah apa yang aku hadapi sekarang sebagai pengajaran terutama kepada kaum wanita.

Jagalah kesucian anda hanya kepada yang layak untuk memiliki. Kerana itulah ia dipanggil MAHKOTA wanita. Saya doakan semua diIindungi Allah SWT. Sekian dari saya. Ikhlas, – Ilham (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Mudarrisah AmatulLah : Bahagian hidup masing – masing. Jalan cerita kita semua berbeza. Allah kurniakan kelebihan di sini, ada pula kekurangan di sana. Supaya kita sentiasa berjiwa h4mba. Dari satu sudut, isteri Dr mungkin duri yang meny4kitkan. Dari sudut yang lain, mungkin kes4kitan itulah yang terus membina jiwa Dr terus kuat dengan Allah.

Fahana Puzi : Semoga rumah tangga Doktor dapat diseIamatkan dan dielakkan berlaku perpecahan. Kita merancang dia merancang, tetapi perancanganNya jauh lebih hebat daripada apa yang kita jangkakan.

Mungkin apa yang tuan doktor ingin sekarang ada buruk bagiNya dan mungkin apa yang disediakan pada dari pada masa akan datang jauh lebih baik. Teruskan berdoa. InshaAllah tiada benda yang must4hil doktor. Keep strong and smile always doctor. Ubat segala peny4kit tu

Nadia Othman : Salam doc, janji adalah sesuatu yang perlu ditunaikan. Pesan saya, carilah bahagia sendiri, jangan kerana kasihankan orang lain, diri sendiri mer4na. Macam saya, sebelum kahwin suami memang dah pesan ‘awak akan berkahwin dengan lelaki yang miskin dan tak pernah nak rasa kaya’.

Saya cuba terima kerana saya pun tak suka suami buat kerja part time dan tinggalkan anak bini kat rumah. Tak ada makan mewah – mewah di hotel, Tak ade barang – barang mewah, beg tangan ke ,jam ke. Tak, saya tak meminta. Dalam perkahwinan kena ada sikap tolak ansur. Semoga doc temui bahagia yang di cari.

Nur Iman : Percayalah doktor penceraian itu bukanlah sesuatu pengakhiran tapi adalah satu permulaan untuk kita mulakan hidup baru yang lebih baik bersama pasangan baru yang lebih baik. Tak bersama kalau dah tawar hati dan tak bahagia. Banyakkan berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik yer doktor.

Sofiah Yunus : Kalau kisah silam berz1na tu masa sebelum dia bertunang dengan awak, mungkin awak boleh pertimbangkan untuk terima dan memaafkan. Masalahnya berz1na masa tengah menjadi tunangan awak, sesuatu yang meny4kitkan untuk terima.

Sebab curang sampai tahap berz1na kan, jadi lebih baik la awak cari kebahagiaan awak sendiri. Buat apa simpan kalau akhirnya awak yang rasa tak happy dalam perhubungan. Happy tak semestinya kena ada pasangan hidup dan anak – anak. Kegembiraan tu kena bermula dari dalam hati dulu, cari yang itu.

Nor Alina : Dear confessor, bukan manusia yang memberi bahagia tapi Allah. Bahagia tidak semestinya pada pasangan tapi datang dari diri kita sendiri. Saya bukan nak suruh awak tinggalkan isteri awak. Adakah perpisahan itu jalan terbaik hanya awak sahaja yang tahu cuma jangan terlalu fokus bahagia itu pada satu segi.

Carilah kebahagiaan awak, mungkin pada kerja, pada anak – anak comel itu. Minta bahagia pada Allah, banyakkan meminta. Dia maha mendengar. Saya doakan dipermudahkan urusan awak dan diberi ketenangan dan kesenangan hati, f1ghting!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.