Mak pegang kaki aku tak bagi keluar rumah, aku campak baju2 dekat muka dia luahkan apa yg aku tak puas hati

Malam tu aku ambik keputvsan untuk keluar dari rumah. Mak aku meraung menangis, dia pegang kaki aku tak bagi aku pergi. Aku tepis peIukan mak aku dekat kaki. Aku campak semua kain baju dalam bakul dekat muka mak aku. Aku cakap, “ini semua salah kau!”

#Foto sekadar hiasan. Assalamaualaikum semua. Apa yang aku ceritakan ni adalah kisah aku yang dah tak mampu aku simpan sendiri. M4kin lama aku m4kin s4kit jiwa dan raga. Aku Nadwah. Dan ini adalah nama sebenar aku.

Nadwah tu sebahagian dari nama ibu ayah bagi untuk aku. Anak ketiga, aku ada 2 orang abang dan bawah aku 5 orang adik. Total 8 oranglah adik beradik aku. Mak aku ibu tunggal sejak 12 tahun lalu. Abang aku yang sulong umur 30, kedua 27 tahun.

Kesemua kami tinggal dengan ibu di teratak tinggalan ayah. Apa yang membuat aku menangis hari – hari adalah bila abang – abang dan adik – adik aku bersikap bagai raja dalam rumah. Ya mereka bekerja, begitu juga aku.

Adik – adil aku sekolah menengah 3 orang dan sekolah rendah 2 orang. Semua dah besar – besar belaka. Melepasi usia 10 tahun tu boleh dik4takan besarlah kan. Abang – abang aku kerja 9 – 6 petang, ibu 7 – 3 petang iaitu kerja kilang makanan, aku 12 tengahari – 10 malam. Aku melakukan dua kerja.

Apa yang membuatkan aku s4kit hati adalah adik beradik aku hanya tahu bermain telefon dari yang besar sampai ke yang paling kecil apabila berada di rumah. Itu saja yang mereka buat lepas pulang dari kerja atau sekolah.

Ibu aku kerjanya sangat memenatkan perlu berdiri, mengangkat barang berat – berat. Jadinya bila balik ke rumah dia perlukan rehat. Segala kerja rumah aku la terp4ksa buat. Meskipun aku juga penat yang amat. Benda ni dari aku kecil sampai la ke dewasa tak pernah berubah.

Ibu dan aku umpama orang gaji di rumah. Hari ni cukup seminggu perg4duhan aku dengan ibu dan adik beradik aku, suatu hari aku terlajak tidur sampai jam 9 pagi, menyebabkan aku lupa untuk menjemur kain. Lalu ibu call aku sambil menjerit memanggil aku dan berkata aku anak yang malas. Tahu tido sahaja.

Dah la adik pun tak hantar ke sekolah pagi tadi. Dan ibu perlu menghantarnya. Padahal masih ramai anak – anak ibu yang lain yang boleh diminta tolong. Macam biasa aku juga dipersalahkan. Sebab aku terlalu penat, berjurai air mata aku keluar.

Dan aku tak dapat simpan apa yang aku pendam sekian lama aku bertengkar dengan ibu dalam telefon. Setiap kali aku balik ibu sudah tidur dan macam biasa adik beradik aku mana reti nak tidur lagi ralit dengan telefon masing – masing.

Dan keadaan rumah aku bagai tongkang pecah. Istilah yang boleh aku katakan adalah “kalau aku taku kemas tak kan ada orang lain kemas”. Kerana aku kerja tengahari memang setiap hari aku pastikan rumah bersih sebelum aku pergi kerja.

Bayangkan aku bangun seawal 6 pagi dan non stop buat kerja rumah. Memasak lagi. Aku memang tak de masa untuk betul – betul rehat. Setiba di rumah, aku biarkan semua begitu saja aku hanya uruskan barang aku. Sampai la semalam aku dah fikir masak – masak bahawasanya aku harus pergi untuk kali ni.

Sambil aku membaringkan diri kerana penat aku mendengar suara ibu mengeluh kes4kitan. Satu badan ibu menjadi sejuk dan ibu seolah – olah seperti mahu s4wan. Adik aku di bilik sebeIah ibu masih leka dengan telefon.

Masa ni hati aku s4kit sangat, aku meninggikan suara pada ibu dan menjerit bagai orang giIa. Aku penat!!!!! Sambil capai telefon dan call pak cik aku. Memang sangat tak reti bahasa adik beradik aku yang lain mereka biarkan aku terkapai – kapai dengan ibu. Aku benci mereka!!

Pak cik aku doktor, lepas dia tenangkan ibu dan bagi makan ubat ibu nampak ok. Aku berlalu pergi meninggaIkan ibu dalam bilik sambil menjerit panggil orang lain tengokkan ibu. Ibu aku melayan anak – anak lelaki dan begitu juga adik – adik aku yang lain bagai raja.

Ibulah membasuh baju, menjemur baju, memasak, mengemas rumah, memberus kasut sekolah, walhal seluar jeans atau seluar kerja abang – abang aku pun ibu berus pakai tangan baru letak dalam mesin. Tapi kebanyakan tugas ni dah beralih pada aku sejak aku tinggal di rumah.

Anak – anak ibu jadi macam ni sebab apa? Sebab didikan ibu dari kecik layan mereka bagai raja sanggup jadi h4mba anak – anak. Dan ibu aku ada satu sikap nak semua perfect. Dulu masa aku kecil ibu tak benarkan aku masuk dapur sebab kami orang susah nanti rosak barang – barang memasak ibu nak kena beli lagi.

Kasut sekolah aku berus tak bersih ibu berus balik. Baju aku lipat senget ibu betulalkan semua balik. Sampailah aku dah besar, aku pernah beberapa kali masuk dapur untuk memasak tapi aku dimarahi ibu. Katanya aku akan menjah4namkan benda sahaja.

Bukan menjadi pun aku masak. Sejak dari hari itu aku jadi malas jadi takut untuk memasak. Aku sedih sedih sangat, ibu hanya tahu marah tapi ibu tak pernah nak tunjuk cara buat sesuatu itu dengan betul. Sebab tu aku rasa adik beradik aku yang lain jadi macam ni bila besar.

Aku punya adik bongsu umur 11 tahun. Agak jauh jaraknya dengan aku. Bila dia dah umur 9 – 10 tahun aku ada mintak dia tolong aku sapu ruang tamu sikit, buang sampah. Benda – benda yang senang lagipun adik aku perempuan kot.

Tapi akhirnya aku pula dimarahi ibu. Dia kata budak kecik tak seharusnya buat semua tu. Ni kerja aku sebab aku dah besar. Setiap kali aku balik ibu sudah tidur dan macam biasa adik beradik aku mana reti nak tidur lagi ralit dengan telefon masing – masing.

Dan keadaan rumah aku bagai tongkang pecah. Korang bayangkan perasaan aku sebelum pergi kerja rumah bersih, sinki kosong semua tip top. Tapi bila aku balik kerja dengan penat em0sinya lagi rumah aku h4ncur tak terurus.

Aku dah banyak kali membebeI pasal hal ni pada ibu pada adik beradik aku tapi mereka langsung tak endah perasaan aku. Apa yang aku buat selama ni. Dan kisah hari raya yang sedih untuk aku. Kawan – kawan aku ada buat ziarah raya.

Kami rotate rumah untuk beraya dalam satu hari. Jadinya aku bangun awal bersihkan rumah. Malu sangat kalau orang tahu keadaan sebenar rumah aku. Beraya bermula dari tengahari dan rumah aku yang terakhir. Aku dah pesan siap – siap yang akan ada tetamu datang nanti.

Setibanya di rumah, aku terus menangis. Rumah aku bersepah macam bertahun tinggal. Padahal baru beberapa jam. Aku berasa amat malu bila kawan aku kata “eh, tadi lambat kata kemas rumah. Ni bersepah – sepah ni macam tak kemas je”

Malam tu aku menangis je aku jadi marah pada semua orang. Dan masih segar dalam ingatan yang mak cik aku pun pernah kata benda yang sama. “rumah ni semua budak – besar besar, tapi rumah macam tongkang pecah. Mana pergi anak d4ra?”

Orang tak nampak macam mana penatnya aku setiap hari kemas rumah. Kadang – kadang makan pagi pun tak. Celik – celik mata terus pegang penyapu. Sesungguhnya aku penat. Dan aku rasa sebelum aku jadi giIa aku kena keluar dari zon ni. Biarlah apa nak jadi pada rumah ni.

Sambungan.. Assalamualaikum semua. Ni confession aku kali kedua. Lepas aku post yang first ramai bagi aku kata – kata semangat, ramai jugak nak tahu apa tindakan aku selepas tu. Dah hampir dua bulan berlalu, tapi baru hanya 2 minggu aku di rumah sewa.

Masih lagi di area yang sama dengan rumah aku, sebabnya aku kerja dekat kawasan ni je. So aku tak boleh pergi jauh jauh. Nak dijadikan cerita… Malam aku ambik keputvsan untuk keluar rumah tu semua adik beradik aku ada kat rumah.

Aku terp4ksa keluar malam sebab kawan yang nak hantar aku tu free malam je. Lepas seharian mengurungkan diri, aku tekad nak pergi. Keadaan masa tu aku tak pernah terfikir akan terjadi dalam family aku. Mak aku meraung menangis, dia pegang kaki aku tak bagi aku pergi, abang – abang aku sorang pegang r0tan sorang pegang kayu entah apa – apa, aku dah besar biarkan je aku pergi.

Mereka cakap apa masalah aku sampai nak keluar rumah. Apa yang aku tak puas hati sangat? Kemarahan aku memuncak, sampaikan aku tepis peIukan mak aku dekat kaki. Aku campak semua kain baju dalam bakul dekat muka mak aku, adik beradik aku sambil aku bagitahu semua benda yang aku benci pasal diorang.

Tetiba mak aku bersuara, “mak kerja, kenapa nak salahkan mak?” Dengan nada geram aku baIas, “sebab kau tak pernah nak ajar anak – anak kau buat kerja rumah, kau sanggup jadi h4mba untuk anak – anak kau”. “h4mba apa? apa yang kamu cakap ni? Mak sayang anak – anak mak”. Berderau d4rah aku masa ni.

Tetiba abang aku yang sulong cakap, “selama ni kau takde kami bole je hidup, rumah ni memang macam ni, kau jangan jadi kurang ajar sangat”. “kau duduk la anak beranak kau dalam keadaan rumah sampah macam ni, biar aku keluar dari rumah ni”

“benda kecik pun kau nak kecoh, bukannya kau lahir dalam family pen4gih d4dah, per0mpak, orang jahat”. Tambah abang aku sorang lagi. Semua berg4duh aku tu didengari kawan baik aku yang dah lama tunggu kat luar rumah.

Malam tu dah tak de air mata yang keluar, sebab aku dah penat menangis hari – hari. Aku dah bagitahu elok – elok, aku dah buat jadual kerja masing – masing semua tak jalan. Dan ini je langkah terakhir aku ada. Dalam dua minggu ni duduk di bilik sewa hidup aku tenang setenangnya, cuma sekarang aku terp4ksa pergi kerja naik grab.

Skuter aku tu aku beli loan dari mak, abang aku tak bagi aku bawak sekali. Baju pulak basuh dekat dobi. Mereka seolah nak patahkan kaki aku, tapi aku tekad aku mampu hadapi semua ni. Dengan gaji aku yang tak seberapa ni, tambah tolak, grab, makan, sewa bilik, dan lain – lain.

Aku dah tak mampu nak bagi duit untuk mak. Hanya cukup untuk makan pakai aku. Walau jiwa aku tenang, hari – hari aku mesti menitis air mata ingatkan mak. Macam mana la hari – hari mak jalani tanpa aku. Mak aku tu ada macam – macam peny4kit, aku bimbang dia s4kit bukan sebab peny4kit tu tapi sebab terlalu penat dengan kerja rumah hari – hari.

Sampai ke saat ni, aku masih tak dapat maafkan mak aku dan adik beradik yang lain. Bila mereka salahkan aku. Katanya aku terlalu cerewet, nak rumah bersih sedangkan mereka dah terbiasa tinggal dalam keadaan rumah macam tu. Salah ke aku?

Aku penat dengan umpatan saud4ra mara aku setiap kali mereka datang ke rumah aku begitu jugak jiran tetangga. Belum lagi bila mereka sebarkan ke sana sini. Keesokkan harinya mak ada wasap aku “mak minta maaf”. Satu ni je.

Aku tak reply. Sebelum aku block mak. Aku sedih tapi aku tak boleh.. Dua hari lepas tu adik aku ada wasap pulak, “kau anak derh4ka, pagi malam mak menangis sebab kau. Kalau jadi apa – apa dekat mak ssmpai m4ti aku tak maafkan kau”

Sejak dari tu aku block semua adik beradik aku. Seolah – olah salah tu di bahu aku seorang. Allah. Berat sangat ujian ni. Aku tak tahu sampai bila aku nak macam ni. Korang doakan aku kuat. Kalau apa aku buat ni salah, ajarkan aku jalannya. – Nadwah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fauziahh Baktiar : Saya faham perasaan marah awak. memang tak mudah nak mengemas rumah yang ramai orang dalamnya tapi mengemasnya seorang saja. payah! Wajar awak jadi macam tu sebab awak dah lebih dari limit kesabaran tu.

Tapi jumpa lah dengan mak tu. Kesian beban yang awak tanggung tidak sehebat yang dia tanggung. Dia besarkan korang 12 tahun tanpa ayah korang. Mungkin mak awak ‘terlupa’ yang awak juga ada hati perlu dijaga. Jangan  salahkan mak awak.

Minta maaf dekat mak awak, mungkin selama ni mak awak fikir awak seorang yang berdisiplin dan seorang yang tabah? Mana tahu kan. So mak anggap awak cuma penat biasa dia lupa manusia boleh penat mentaI. Jumpa mak dan cerita baik – baik dekat mak okay. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan berpanjangan.

NurAz Wan : Mula – mula ni, pm mak dan mohon ampun tapi katakan yang awak tak sanggup lagi hadapi keadaan yang sama, bila awak sudah stabil, awak beritahu akan ambil mak jika dia setuju. Kemungkinan besar dia takkan setuju, sebab jiwa dia sudah terbiasa buat kerja dan risaukan anak – anak dia. Satu petanda akhir zaman, ibu melahirkn tuan.

Zuraida Zul : Pertama, perkara yang ko kena buat. Ko kena jumpa mak ko minta maaf walaupun mak ko yang bersalah. Penting kerana apa.. kerana redha mak penting dalam ko menjalani hidup yang akan datang. Jika ko tak buat hidup ko takkan tenang walaupun bilik ko kemas, rumah tak bersepah, dapur ko bersih.. baju tak bertimbun.. percayalah dik

Kedua.. minta izin dengan mak nak duduk luar. Jelaskan ko dah tak tahan hidup dekat rumah mak sebab ko akan bertindak “luar biasa” bila ko str3ss. Biar adik – adik yang lain latih diri mereka sendiri buat kerja rumah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.