Perempuan tu tunjuk resit hotel atas nama suami, mereka buat masa aku tengah p4ntang

Masa aku tengah gurau – gurau dengan suami aku ternampak ada sebentuk cincin di jari manis dia. Aku cabut cincin tu dan aku pakai dekat jari sendiri. Cincin tu aku flush ke dalam jamban dekat office untuk lepaskan rasa marah. Satu hari ada perempuan mesej, dia hantar segala bukti dan gambar terakhir yang buat aku rasa nak tik4m diri sendiri adalah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan luahan hati aku. Semoga ianya dapat menjadi pengajaran dan iktibar buat pembaca semua. Nama aku Mimi (bukan nama sebenar) berusia 36 tahun seorang isteri dan ibu kepada dua orang puteri.

Aku berkahwin di usia 27 tahun dan suami aku muda setahun dari aku. Perkenalan kami sangat singkat, berkenalan di media sosiaI di saat aku sedang kecewa dengan ex aku yang sama – sama belajar di universiti dulu. Aku ambil keputvsan untuk berkahwin memandangkan aku memang sudah bersedia untuk menempuhi fasa seterusnya dalam kehidupan aku.

Alhamdulillah lelaki yang hadir dalam hidup aku ketika itu tepat pada waktunya. Seorang lelaki yang memenuhi citarasa aku, lemah lembut berbicara, bertanggungjawab, berasal dari keluarga yang baik – baik dan seorang yang sedap mata memandang.

Kami bertunang selama setahun dan dalam tempoh itulah usia percintaan kami untuk saling mengenali. Bahagia sungguh aku ditemukan dengan dia dan benarlah kata yang disebut – sebut, Allah hadirkan pelangi dalam hidup kita selepas hujan.

Maka berj0dohlah kami selepas setahun kemudian. Seperti insan lain aku juga bahagia di hari perkahwinan kami. Selepas dua minggu berkahwin dia bawa aku pindah ke rumah sewa pertama kami untuk mulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Rumah tersebut dekat dengan tempat kerja aku senang untuk aku berulang alik pergi dan balik kerja. Hiduplah kami sebagai suami isteri yang bahagia seperti orang lain. Tapi masuk minggu ketiga di awal perkahwinan suami kant0i ada perempuan lain.

Setelah beberapa hari tinggal bersama aku terbaca kiriman mesej di telefon suami dari seseorang, mengucapkan selamat pagi dan secebis kata – kata sayang berbahasakan diri mereka mama dan papa. Gelap seketika dunia aku sebaik terbaca coretan itu, disaat inai masih merah dijari sudah diuji perkara ses4kit ini.

Allah.. menitis air mata aku dan perlahan – lahan aku letak semula henfon suami tanpa menutup peti mesej tersebut dan terus keluar ke tempat kerja disaat suami masih di bilik air tanpa ucapan dan kucupan seperti hari – hari yang baru kami lalui.

Sesampai di office aku terima mesej dari suami mengatakan yang itu adalah mesej girlfrend kawan dia yang tersalah hantar ke henfonnya. Mula berbohong untuk menyelamatkan diri, terserlah keb0dohan dia saat itu. Tapi aku diam.

Dari hari itu, aku mula kenal siapa lelaki yang aku kahwini sedikit demi sedikit dengan redha. Hanya air mata yang menemani hari – hari aku. Aku seorang yang memang tak suka berg4duh bermasam muka sepanjang hidup aku.

Lantaran itu aku hanya berserah pada Allah dan mengambil langkah untuk menarik rambut dalam tepung demi menyelamatkan hubungan yang baru dibina itu. Bermula kisah kant0i yang pertama dan disusuli beberapa episod selepas itu.

Kali kedua kant0i beberapa bulan selepas itu, aku terjumpa henfon spare milik suami dalam kereta, h4ncur luluh hati aku bila dapat tahu yang suami masih lagi tidak berubah dan masih meneruskan per4ngai curang dia di belakang aku.

Tanpa pengetahuan dia, aku c4mpak henfon tu dalam l0ngkang dalam keadaan marah dan hanya mampu menangis tanpa mampu meluahkan amarah sendiri terhadap suami. Selepas tu tak ada pulak dia bertanya tentang henfon tu pada aku.

Aku pun tak marah – marah pada dia, tapi aku ambil langkah perIi – perIi dia setiap masa supaya dia tahu yang aku sedar kecurangan dia pada aku. Kesekian kalinya kant0i lagi bila satu hari dalam kami bergurau senda dan bermanja – manja aku ternampak ada sebentuk cincin di jari manis dia.

Tak pernah aku nampak dia pakai sebelum ni, dalam hati aku bermacam andaian bertalu – talu. Bila aku pegang jari dia aku tahu cincin itu milik perempuan, dan aku terus cabut cincin tu dari jari dia cepat – cepat walaupun dia cuba mengelak tanda tak setuju cincin tu di buka.

Aku cuba masukkan cincin itu ke jari aku sambil memuji cantik cincin tu bila aku pakai. Dan dia akhirnya akur cincin tersebut berada di jari aku tanpa reIa. Hanya hati yang mampu menangis saat itu. Cincin tu aku flush ke dalam jamban dekat office untuk melepaskan rasa amarah aku.

Adakala aku terfikir nak cari siapa perempuan itu tapi tak ada gunanya dan ia bukan penyelesaian masalah aku dengan suami. Semuanya berpunca dari suami aku sendiri. Bertepuk sebeIah tangan tak akan berbunyi. Sehinggalah satu hari aku disahkan hamil dan suami kelihatan sedikit berubah menjadi lebih baik.

Tiada lagi episod kant0i selama tempoh aku mengandung walaupun aku tahu dia masih lagi buat per4ngai tanpa pengetahuan aku. Tak apa lah, aku yakin Allah maha tahu. Aku sendiri tak mahu tahu apa lagi yang dia buat di belakang aku.

Hati terus merintih sendiri hanya air mata menemani tidur malam aku. Sehinggalah anak kami lahir, dia nampak lebih banyak berubah. Banyak perhatian dia untuk aku dan anak kami. Rupanya dia cerita yang dia sudah meningg4Ikan perempuan itu.

Sujud syukur aku pada Allah saat itu. Tapi rupa – rupanya tak lama semua tu. Di usia anak kami 3 tahun, Allah kurniakan rezeki kami mampu membeli sebuah rumah kecil dan sedikit rezeki lain yang membuatkan dia mencadangkan aku berhenti kerja dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak dan rumahtangga kami.

Dan sebagai isteri, aku akur dan taat pada suami. Hiduplah kami di rumah baru di tempat baru. Selepas dua tahun tinggal di rumah baru kami suami kant0i lagi ada perempuan lain. H4ncur luluh hati aku ketika itu. Disaat anak kami membesar dugaan sebegini yang terp4ksa kami lalui.

Untuk kali ini, aku hilang sabar dan dalam amarah aku pulang ke rumah mak abah bersama anak tanpa pengetahuan suami. Dalam tempoh merajuk aku itu banyak kali dia memujuk meminta maaf dan minta diberikan peluang untuk berubah.

Namun ketika itu aku nekad failkan kes dekat mahkamah untuk meleraikan kekusutan hidup kami. Bila perbicaraan berlansung suami tak mahu melepaskan aku dan merayu diberikan peluang untuk berubah. Dan demi anak kami yang masih kecil aku akhirnya mengalah dan memberikan satu peluang untuk dia mencuba lagi.

Kembali lah aku ke rumah kami setelah hampir setahun berpisah tanpa talak. Aku muhasabah diri dan berdoa semoga langkah yang aku ambil kali ni adalah yang terbaik untuk kami. Dan sejak dari itu suami memang banyak berubah.

Aku nampak usaha dia untuk jadi suami dan ayah yang baik buat kami. Masuk usia ke 6 perkahwinan kami, aku buat keputvsan nak ada anak baru untuk dia supaya ada lebih rasa tanggungjawab untuk rumahtangga kami. Dalam tempoh aku mengandungkan anak kedua.

Suami banyak membantu urusan rumahtangga. Aku juga dilayan seperti seorang puteri. Sempat juga merasa bahagia sebagai seorang isteri. Walau jauh disudut hati masih lagi ada kebimbangan kisah lama berulang kembali. Dan aku pasti dia masih lagi dengan tabiat lama dia dan aku hanya mampu berdoa sahaja agar Allah jaga aku.

Kurniakan ketenangan jiwa aku melalui hari – hari bersamanya sebagai seorang isteri. Sepanjang mengandung aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. Biarpun aku tahu ia tidak sempurna dan banyak c4cat ceIa.

Tapi aku tetap cuba demi kebahagiaan rumahtangga kami. Makan pakai dia aku jaga. pergi dan balik kerja disambut dengan peluk cium setiap hari. aku lakukan semua tu demi mengeratkan hubungan kami. Biarpun tidak sempurna sekurangnya aku mencuba.

Cukup masa lahirlah anak kami yang kedua. Aku berp4ntang di kampung rumah mak abah aku agak lama memandangkan aku bersalin secara pembedahan. Suami balik di saat aku melahirkan anak kami, dan kembali bekerja setelah seminggu bercuti.

Maka bermulalah episod bujang suami di rumah kami. Aku di kampung dalam p4ntang bersengkang mata menjaga anak kami. Tapi dia??? Terlalu berat untuk aku kongsikan episod ini. Untuk pembaca di luar sana, bagi yang merancang untuk berkahwin aku nasihatkan, kenali lah siapa pasangan kita.

Ada yang nampak jujur tapi hakik4tnya hanya bertopeng sahaja. Kenali sedalam mungkin pasangan anda. Dan untuk gadis – gadis  yang berhubungan dengan suami orang. Aku nasihatkan JANGAN!! Jangan sesekali meruntuhkan kebahagiaan orang lain.

Kelak nanti akan ada baIasannya. Cari lah lelaki yang sama status seperti kalian. Jangan menyond0l dikebun orang. Kelak nanti yang disondl tak dapat yang dikendong pon berciciran. Lelaki yang berkahwin ni ada yang cuma mahu test market sahaja.

Hanya perempuan murah dan tak bermaru4h sahaja melayan suami orang. Lelaki ni ibarat kucing, dia cuma test skill memancing tetiba dapat ikan, takkan dia tengok saja. Nasib korang baik disunting buat bini no dua, nasib tak baik, hidup la korang dalam kenangan tu sepanjang hidup. Maru4h tergadai masa depan entah ke mana. Semoga jadi pengajaran buat adik – adik di luar sana. #isteriyangdiuji – Mimi

Sambungan : Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana siarkan kisah hidup aku sebelum ni. Terima kasih atas komen – komen dan kata – kata semangat dari kalian sedikit sebanyak buat aku lebih bersemangat untuk teruskan hidup.

Aku dec1de untuk sambung cerita seterusnya dan harap mampu aku habiskan untuk episod kali ini. Maafkan aku jika terlalu panjang luahan untuk kali ini. Isteri yang diuji!!! Yaa… isteri yang diuji itu aku dan aku pasti ramai lagi isteri – isteri lain yang senasib dengan aku di luar sana.

Cuma cara mencari jalan penyelesaian antara kita mungkin tidak sama. Ada yang mampu bertahan dan sebaliknya. Untuk aku, aku sendiri tak pasti, masih di sini aku untuk apa??? Sabar atau cuma satu keb0dohan??? Itu lah yang sering bermain difikiran aku sehingga ke saat ini.

Disaat menaip luahan hati aku untuk kesekian kalinya ini. Terlalu sukar untuk aku jelaskan. Selepas melahirkan anak kedua kami aku berp4ntang di rumah mak abah hampir 6 bulan. Terlalu lama tempohnya bagi aku. Mungkin terlalu singkat bagi suami.

Rumah kami apartment yang memerIukan aku turun naik tangga dan disebabkan itu mak minta aku berehat di kampung sehingga betul – betul sembuh memandangkan aku perlu mengurusan urusan hantar dan jemput anak sulung kami pulang sekolah ketika itu.

Mak risau jika aku terlalu lasak turun naik tangga dengan aktiviti yang menjadi rutin aku bila pulang ke rumah kami nanti. Di kampung aku dijaga mak sebaik mungkin. Terima kasih mak, jasa yang tak mampu aku baIas sehingga ke akhir hayat. (Crying)

Suami cuma pulang selepas sebulan usia anak kedua kami untuk menjenguk aku dan untuk urusan majlis aqiqah serta cukur jambul anak kami. Layanan masih seperti selalu. Air muka dia yang nampak jernih membuatkan aku senang dengan perubahan dari suami selepas episod kant0i yang pernah aku hadap dulu.

Selepas itu suami tidak pulang lagi menjenguk dengan alasan sibuk kerja. Banyak kursus yang dia nak kena attend baik dalam atau luar negara. Maka dalam masa 5 bulan berjauhan itu, kami cuma berhubung melalui wasap chat or video call sahaja.

Aku lalui hari – hari tanpa rasa sangsi dan berfikir yang bukan – bukan tentang suami kerana bagi aku, fikir yang baik – baik maka yang datang juga akan baik – baik. Ternyata aku silap untuk ini. Semasa di kampung suami tanggung segala perbelanjaan aku dan anak – anak.

Soal nafkah memang dia tak pernah culas. Malah adakala dia kirimkan juga duit belanja untuk mak abah aku di kampung. Genap 6 bulan di kampung, suami pulang untuk menjemput kami pulang ke rumah. Menitis air mata mak abah lepaskan aku dan anak – anak balik ke rumah kami.

Kami berpeIukkan seolah – olah aku tak akan pulang lagi ke rumah mereka (crying again). Sebelum pulang ke rumah kami, suami bawa aku dan anak – anak bercuti di sebuah tempat sejuk sebagai reward untuk aku dan anak – anak.

Memandangkan lama sangat kami di kampung terasa lama sudah kami tak holiday seperti selalu. Suami melayan aku dan anak – anak sangat baik. Dan aku akui, dia memang seorang suami dan ayah yang baik, cuma habit dia yang buruk satu tu je dia tak mampu kawal.

Dan habit yang satu itu lah telah membvnvh rasa cinta aku pada dia. Selepas hampir seminggu bercuti, kami pulang ke rumah. Rumah yang terlalu aku rindu. Rindu bilik kami, rindu dapur, rindu ruang aku merempit juga (aku suka menjahit) dan ada satu bilik khas untuk hobi aku itu.

Setelah 4/5 jam men3mpuh perjalanan maka sampailah kami ke destinasi. Masuk saja dalam rumah kami, ada k3jutan dari suami untuk aku perabot rumah bertambah, bilik tidur kami dihias kemas dan rumah sangat bersih dijaga suami.

Dan dia memang seorang yang pembersih. Aku lalui hidup seperti biasa. Cuma anak kecil kami merengek sentiasa bila tidur dalam bilik kami, di katil kami. Sungguh aku tidak terfikir yang bukan – bukan waktu itu. Malah suami juga berjaya melakonkan wataknya dengan sempurna.

Disebabkan anak kecil kami selalu menangis bila waktu malam aku cuba buat solat hajat dan mohon doa agar ditunjukkan apa yang tidak kena dengan bayi kami. Dan disebabkan bayi kami sering menangis juga lah suami minta tidur di bilik berasingan dengan alasan tidurnya terganggu untuk bangun bekerja keesokkan harinya dan aku akur tentang itu.

Sehinggalah satu hari, ada seseorang add aku di facebook. Seseorang yang aku tak kenal, dan tak pernah bersua. Sejenis aku, aku tak akan approve friend request dari orang sembarangan. Dan begitu lah yang terjadi. Jadi aku biarkan sahaja si polan itu.

Sebulan selepas itu, aku terima pesanan ringkas di wasap. Untuk kepastian, aku cuma reply bertanya ” siapa?” Rupanya dari seorang perempuan yang muda manis sopan dari penelitian aku pada gambar di dp profile akaun wasapnya.

Tujuan beliau hanya ingin berkawan. Ouh, lupa aku nak jelaskan, mesti korang tertanya dari mana dia dapat contact nombor aku kan. Aku ada bisnes online, jadi nombor tu memang ada di wall fb aku. Maka berbaIas pesanlah kami melalui wasap tanpa ada rasa curiga dari aku, memandangkan dia juga menunjuk minat dengan barang jualan aku.

Sehinggalah satu hari aku bercerita dengan suami tentang si polan tu. Entah kenapa suami kelihatan gugup dan meminta aku blok perempuan tu di fb dan wasap. Suami cerita yang perempuan tu adalah anak buah dia di tempat kerja yang selalu cuba menarik perhatian dia.

Bila dijelaskan begitu, maka faham lah aku yang perempuan tu adalah scandaI suami walaupon dia cuba berbohong untuk melepaskan diri. Aku menangis depan suami minta dia berterus terang dan seperti selalu, tak ada yg buruk tentang dia.

Masih tetap berbohong dan dia bagitahu aku perempuan tu yang tergiIa – giIakan dia. Per4ng dingin kami agak lama kali ini, ini kerana aku sudah cukup kecewa dengan apa yang dilakukan pada aku. Tapi bila melihat anak sulung kami seolah – olah sedar akan sikap kami yang tidak mesra dan katanya dia tidak seronok bila lihat kami tidak seperti selalu.

Aku sudah hilang kemanjaan, sudah hilang kelembutan, sudah hilang gurau senda, segala – galanya hilang untuk kali ini. Tapi demi anak, aku rendahkan eg0 aku dan cuba buat seperti tiada apa – apa. Biarlah aku s4kit, asal anak – anak gembira.

Bila dengar anak – anak bergelak ketawa bersama bapa mereka. Ia buat aku rasa s4kit itu sedikit terubat, demi mu anak – anak. Berbulan juga hubungan dingin zahir batin terabai dan aku masih bersabar bila dia masih juga tidur berasingan biarpun bayi kami sudah tidak menangis lagi di malam hari.

Dan aku nampak dia lebih selesa tidur sendiri di bilik tetamu. Bila aku bertanya masih alasan sama diguna pakai biarpun jelas di hari cuti pon masih juga dia tidur di bilik tetamu. Sehinggalah satu hari. Aku terima pesanan dari nombor yang tidak aku kenali.

Rupanya itu pesanan dari perempuan sama yang nombornya aku blok dulu. Kali ini lebih serius caranya. Kali ini aku juga lebih serius berbaIas pesan. Segala kata – kata caci m4ki aku berkati – kati aku lepaskan. Marah dengan caci m4ki dari aku, permpuan murahan yang tak bermaru4h itu cuba prov0k aku dengan menghantar gambar – gambar dia dengan suami aku.

Berselfie di dalam kereta kami, menonton wayang bersama semasa aku berp4ntang di kampung dan paling tak diterima akal aku ketika itu ialah, gambar resit hotel tertera nama suami aku. Ketika itu memang buat aku betul – betul terduduk, lemah seolah – olah nyawa terpisah dari jasad.

Terasa pijar di muka mengeletar tangan dan ketika itu aku hanya mampu menangis. Terasa seolah – olah aku m4ti seketika. Dan perempuan itu masih lagi menghantar segala bukti kecurangan suami aku. Gambar terakhir yang buat aku rasa nak tik4m diri sendiri adalah, gambar mereka di bilik tidur kami, di katil peribadi kami, di rumah kami.

Allah, terus aku foward semua bukti itu ke wasap suami dan bertalu – talu mesej mohon ampun maaf dari dia yang aku terima. Aku tak tahu saat itu aku di mana terasa ingin lari jauh – jauh tapi aku ters3pit. Tak sampai hati  meningg4Ikan anak yang masih kecil, masih menyusu.

Yang aku mampu hanya menangis dan berkurung di dalam bilik. Berhari – hari hadap tekanan perasaan seorang diri tanpa mampu meluahkan pada sesiapa pon. Suami masih memujuk dan mohon diberi peluang lagi. Aku h4nyut entah ke mana – mana.

Tak sangka sejauh itu kecurangan suami. Rupanya mereka telah bersama dari tahun 2014 lg ketika aku pulang ke rumah mak abah dan failkan kes untuk bercerai. Kenapa dia tak lepaskan aku dulu jika ini pengakhirannya. Bertitik dari hari itu aku nekad, tak sanggup lagi untuk tinggal di rumah kami.

Aku bawa anak – anak pindah ke rumah lain. Dan aku izinkan suami berkahwin dengan perempuan tu. Memandangkan perempuan murahan tu merayu – rayu mohon diberikan peluang untuk menjadi isteri kedua, aku minta suami bertanggungjawab atas apa yang dia lakukan.

Dengan syarat, lepaskan aku dan izinkan aku pergi bersama anak – anak. Suami mencari rumah lain untuk aku dan anak – anak. Di rumah ini aku lebih tenang. Biarpun tak sehebat rumah lama. Di sana setiap hari aku mampu mendengar laungan azan dan mengikuti kuliah saban hari sambil memasak dan menguruskan rumahtangga.

Tapi kini itu semua tinggal kenangan. Semuanya hanya tinggal air mata dan kes4kitan. Aku bina kekuatan diri di rumah baru. Hanya ALLAH tempat mengadu. Aku tak bercerita dengan sesiapa pun dalam family aku tentang apa yang terjadi kecuali seseorang yang paling aku percaya dan mampu memberi nasihat yang baik – baik untuk aku.

Mak abah tak perlu tahu tentang semua ini. Cukup lah mereka pernah membenci suami aku dulu. Dan bila diberi peluang lagi, diterima mak abah aku rupanya dia tak pernah belajar dari kesilapan dulu. Aku juga tak mahu mak abah susah hati memikirkan tentang aku dan suami.

Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang manusia yang paling dekat dengan aku untuk berkongsi segala duka. Berkurang sedikit rasa sakit itu. Selebihnya hanya Allah tempat bercerita dan mengadu. Kurang sikit rasa s4kit yang terbeban di hati aku.

Suami akhirnya tak mahu berkahwin dengan perempuan murahan itu. Disebabkan itulah perempuan tu cuba prov0k aku dengan harapan dapat musn4hkan ik4tan kami suami isteri agar mudah bagi dia untuk dapatkan suami aku dan suami juga masih mengharapkan aku berikan peluang terakhir untuknya.

Dia mahu bertaubat dan cuba berubah demi rumahtangga kami. Adakala aku rasakan seolah semuanya sudah terlambat. Hati aku sudah h4ncur dan aku sendiri tak tahu ke mana perginya. Tapi setelah berfikir secara m4tang aku buat keputvsan untuk berikan suami peluang terakhir.

S4kit memang s4kit, kalau pemikiran aku singkat sudah pasti kisah kami menjadi viraI terpampang gambar kami dan anak – anak di media sosiaI. Tapi itu bukan cara aku. Dia juga manusia biasa yang banyak c4cat ceIa. Begitu juga aku.

Aku ambil langkah untuk kembali pada ALLAH. Setiap yang berlaku di atas izinnya. Ini bahagian aku dan suami dalam hidup berumah tangga. Demi kesempurnaan hidup anak – anak aku k0rbankan perasaan sendiri. Aku masih sayangkan suami dan rumahtangga kami.

Sesungguhnya 8 tahun ik4tan yang aku pilih ini bukan sekadar suka – suka. Besar impian aku dalam kehidupan berumahtangga saat aku putvskan untuk bergeIar seorang isteri dulu. Memang aku kecewa bila insan yang aku percaya sanggup mengkhi4nati aku yang setia ini.

Tapi biarlah ALLAH yang menilai semuanya. Tiada daya bagi aku sebagai manusia untuk menghukvm. Aku bermuhasabah diri dan aku pilih untuk memaafkan segala kesilapan suami pada aku dan anak – anak. Kami masih tinggal bersama di rumah sewa baru.

Rumah lama sudah selamat terjual berserta dengan isi di dalamnya sekali. Aku nak mulakan hidup baru bersama suami biarpun hakik4tnya sehingga ke hari ini hubungan antara kami masih dingin. Sesekali datang semula kes4kitan itu tapi cepat – cepat aku haIau dengan tahajud adakalanya hanya berteleku di sejadah sudah cukup buat aku tenang.

Meluahkan semua rasa padaNYA. Aku percaya, sesungguhnya di setiap ujian yang DIA berikan itu tak pernah ada yang sia – sia. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Doakan semoga aku dapat balik suami yang aku kenal di awal pertunangan kami dulu.

Buat si penyond0l, jika kamu terbaca ini aku doakan kau juga bertaubat dan kembali pada ALLAH. Setiap tangisan dan rayuan kamu pada aku dan suami bukan tiada beIas dari kami. Anggaplah itu semua baIasan atas apa yang sudah kau lakukan pada aku.

Di dunia sudah dibaIas, diakhir4t nanti kau tunggu saja lah. Buat suami – suami di luar sana, jagalah hubungan dengan isteri. Jika ada kekurangan dia. Sila bawa berbincang bukan pergi meluah dekat perempuan lain. Pergaulan tanpa batasan tidak menjaga iktilat akan menjerumuskan kalian dengan d0sa yang akan memusn4hkan hati banyak orang.

Usah biarkan nafsu mengawal diri kalian. Ingatlah azab Allah itu sangat pedih. Rasa seronok yang kalian nikmati itu hanyalah tipu daya sy4itan untuk menyesatkan kita semua. Maaf jika coretan ini terlalu panjang. Maaf juga jika luahan aku ini membuat teman – teman berem0si.

Aku sekadar berkongsi pengalaman hidup aku untuk dijadikan iktibar untuk kalian di luar sana. Mohon doakan aku terus kuat berju4ng demi rumahtangga yang hampir r0boh ini. Perlu masa yang agak panjang untuk dibaik pulih kembali. #Aku isteri yang diuji – Mimi

Komen Warganet :

Wan Zuraida Wan Ismail : Semoga Allah Iindungi puan dan anak – anak. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki dan bahagiakan puan dan anak – anak. Mohon buat pemeriksaan kesihatan juga nanti.

CikPuan Nabilah : Manusia macam ni tak akan pernah berubah. Dah banyak kali peluang diberi, nanti 20 tahun lagi akan datang, bukan hargai pon peng0rbanan peluang yang diberi. Dan hal yang sama berulang balik. Sampai sanggup berz1na, tak perlu dibuat suami dah. Suami patut bimbing isteri ke syurga. Ini d0sa pahala pon dia tak kenal..

Lily Lily : Kita tidak akan memahami keputvsan yang dibuat seseorang selagi tidak berada dalam situasi itu sendiri. Berat dugaan penulis, mungkin lagi berat untuk dia membuat keputvsan memaafkan. Semoga penulis terus tabah kerana hanya dia yang tahu apa yang terbaik dalam hidupnya.

Nourul Syuhada : Isteri yang diuji, ada isteri diuji suaminya miskin, ada isteri diuji suaminya kaki betina, ada isteri diuji suaminya kaki jvdi, ada isteri diuji suaminya t4ik d4dah. Sama mcm Mimi. Aku pun pikir perceraian sebagai jalan penyelesaian tapi bila direnung mata hitam anak – anak, ujian tu kita akan telan selagi boleh.

Faizal Jamaluddin : Maaf cakap kadang – kadang isteri sendiri yang bagi ruang dan peluang untuk suami berlaku curang lagi dan lagi. Sanggup memperb0dohkan dan diperb0dohkan. Jenis macam ni nasihat lah berbuih mulut pun dia akan kembali kat suami.

Bertimba – timba air mata pun tak guna. Akhirnya balik semula pada suami. Lepas tu berulang – ulang la balik. Sampai sudah. Haaa tep0k.

Nurazmiratul Shazreena : Kuatnya kamu wahai confessor. Kalau aku, memang aku anggap dia dah m4ti dan move on sebab memang patutnya dah kena r3jam sampai m4ti. Setakat scandaI main-  main mata tu memang s4kit hati tapi boleh maafkan lagi.

Tapi bila dah sampai tahap berz1na, memang aku tak boleh terima. Tapi sebab confessor dah buat keputvsan untuk terima semula, harap awak bertabahlah. Jangan difikirkan sangat takut – takut depr3si pulak memakan diri.

Jangan k0rbankan perasaan diri kononnya untuk anak – anak, sedangkan anak – anak sebenarnya boleh rasa bila mak diorang tak happy.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.