Mak selalu mengadu penat, tgn kebas sejak abg kahwin, setiap hari kena masak utk menantu

Kak ipar aku ni sejak PKP langsung tak nak ambik cuti. Aku syak dia tak nak ambil cuti sebab nanti nak kena buat kerja rumah dan masak. Bila balik kerja terus masuk bilik, nanti keluar bila makan malam dah siap masak, setidaknya tolong kupas bawang, susun pinggan mangkuk, ini tiada langsung rasa nak menolong.

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum sebagai pembuka bicara, tujuan aku menulis hanya sekadar luahan yang terpend4m dalam lubuk hati ini. Luahan yang aku simpan dari apa yang aku perhatikan. Tidak sesekali ingin mengaibkan mana – mana pihak.

Sesungguhnya aku juga bukan manusia yang sempurna untuk menilai seseorang. Kisah bermula bila mana abang aku baru saja bernikah dan mereka tinggal sekali dengan kami. Perkara ini langsung tiada masalah kerana bagi aaku rumah akan lebih meriah dengan adanya kehadiran menantu.

Kebiasaannya abang dan kakak ipar akan pergi kerja awal pagi dan pulang antara 6 – 7 petang. Untuk makan malam, biasanya mak akan masak seawal 5.30 petang, aku akan bantu sikit – sikit. Bila kakak ipar balik kerja, dia akan terus ke bilik dan rehat sekejap, selepas itu pergi mandi dan berada di bilik sehingga waktu makan malam (walau tengah tengok mak aku masak).

Rutin ni memang setiap hari berlaku. Bila waktu makan malam, semua dah terhidang baru lah abang dan kakak ipar keluar, kadangkala ada juga lah tolong angkatkan pinggan dan lauk tapi jarang. Pada awalnya aku rasa ok sebab kakak ipar baru masuk dalam keluarga, masih malu.

Tapi sem4kin hari, sem4kin aku lihat mak aku terbeban seperti terp4ksa kena masakkan makan malam mereka setiap hari (jangan cakap aku tak tolong, aku tolong mana yang patut sebab mak jenis yang dia nak juga ada di dapur masak).

Umur mak aku pun dah 50-an. Dia selalu kata kat aku badan dia s4kit – s4kit, penat, tangan rasa kebas. Aku pun bakal berkahwin dan ikut suami, cuma aku rasa kasihan kat mak aku, nanti pasti sendirian buat kerja rumah. Aku satu – satunya perempuan dalam adik beradik.

Dulu jenis kami makan malam seadanya, kadang – kadang maggi, kadang – kadang bungkus makanan, aku pun jenis jarang makan malam. Sekarang setiap hari kena sediakan. Rutin pagi, kebiasaannya selepas solat subuh aku akan menyapu dan mop rumah.

Tapi ada kalanya aku tewas juga dengan rasa mengantuk selepas solat subuh jadi rumah masih bersepah. Kakak ipar selalunya akan bangun, mandi, dan bersiap pergi kerja. Kadang – kadang aku berharap, dia juga bangun lebih awal untuk tolong kemas rumah, sekali sekala.

Aku tak kesah buat semua ini, cuma aku dah mula terfikir bila aku dah berkahwin nanti dan tidak tinggal di rumah ini, mak aku lah sendirian yang akan masak, kemas rumah. Aku dah bagitahu mak aku awal – awal, kalau rasa penat tak payah masak, nanti mereka balik kerja boleh masak.

Seperti biasa mak aku akan kata, “orang penat baru balik kerja, takkan nak masak lagi, kesian’. Malam takbir raya abang dan kakak ipar bermalam di rumah keluarga kakak ipar (rumah dekat ja dengan kami). Mereka ada belikan ayam untuk mak masak, kuih dan minuman botol.

Tapi aku terkilan melihat situasi ini, apa salahnya pulang lebih awal ke rumah, tolong kemas rumah, setidaknya tolong kupas bawang, susun pinggan mangkuk, ini tiada langsung rasa nak menolong. Walau tak sambut raya, tapi juadah raya tetap ada, mak aku sedekahkan masakkan bagi kat rumah nenek aku.

Ada bacaan doa selamat pun hari tu kat rumah, abang dan kakak ipar tiada di rumah, sibuk berbelanja kerana esoknya PKP. Kakak ipar baik tiada masalah, dia pandai tengok apa yang kurang di dapur dan topup. Cuma aku terkilan dia tidak ringan tuIang untuk membantu sedikit dalam buat kerja rumah.

Aku cuma kasihan kan mak aku bila aku tiada nanti. Mak ada meluah dengan aku dia penat. Tapi aku tahu mak takkan tunjuk rasa penat itu depan menantu, sebab mak juga kesian mereka kerja. Harapkan abang aku nak buat kerja rumah, sama juga, pagi bersiap pergi kerja, malam baru balik.

Aku juga perasan kakak ipar tak ambil cuti kerja sejak tinggal di rumah ni, hari – hari dia turun kerja. Masih fikir positif dia ingin mencari duit lebih tak ambil cuti, sebab PKP ni mereka di bayar gaji hari bukan bulanan. Kadang – kadang bila h4sutan sy4itan datang aku terfikir negatif juga, dia tak nak cuti sebab nanti nak kena buat kerja rumah dan masak.

Aku nak minta pendapat pada kalian, apa yang harus aku lakukan. Aku asyik terfikir benda ni sedangkan majlis perkahwinan aku beberapa bulan lagi. Kadang – kadang air mata aku mengalir, aku tahu mak penat. Aku cuma nak mak rehat.

Ini belum lagi bila abang dah ada anak dan mereka pergi kerja, pastinya mak lah yang akan menjaga anak mereka. Bila aku berkahwin nanti, ada masanya aku pun kena k0rbankan untuk berada di rumah mak mentua bila raya. Kakak ipar pun, aku lihat lebih suka bermalam di rumahnya bila perayaan.

Bila aku tak balik, abang dan kakak ipar di rumahnya, mak aku akan kesunyiaan. Nak bawa mak tinggal sekali, aku tahu mak takkan mahu, dia dah suka tinggal kat rumah yang aku belikan untuk dia ni. Aku pun suatu hari akan menjadi menantu dan pendatang baru di rumah orang lain.

Semoga aku juga tidak menggur1s perasaan mentua nanti dan mampu menjadi menantu yang baik. Aku sayang kakak ipar, cuma aku tahu mak penat. – KIRANA (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Sejak bila menantu atau kakak ipar kena amik alih kerja – kerja rumah dan memasak? Sebelum ini dia takde kan. Siapa yang buat? Emak dan awak kan. So buatlah macam biasa. Kalau taknak masak just bagitahu pandai2 – pandai lah diaorg fikir apa nak makan.

Isunya keluarga awak tak didik anak lelaki iaitu abang awak buat kerja – kerja rumah. So kenapa beban tu nak diletakkan atas kakak ipar plak?? Makcik balik umah mertua memang tak buat apa dik. Semua adik beradik dan suami yang buat.

Makcik sumbang kewangan dan bantu mana – mana yang mampu je. Balik rumah mak makcik suami makcik makan tido je. Semua makcik dan adik beradik yang kemas dan siapkan makan minum. Sebab tu kami seronok balik umah mertua masing – masing.

Sebab takde budaya kuIi kan menantu. Mak makcik selalu pesan jangan harapkan orang luar. Anak – anak yang kena pastikan rumah sendiri terurus dan bantu mak ayah sendiri.

Miera Wahab : Nak tahu punca masalah kau tak? Punca utama ialah ABANG kau, bukan kakak ipar. Lepas kahwin patutnya kena bawa isteri tinggal rumah sendiri, bukan menempel lagi kat rumah mak. Ok, kalau niat nak tinggal dengan mak sebab nak tengok – tengokkan mak sebab dah takde sesiapa kat rumah tu, ABANG kau jugak yg kena MULAKAN bantu mak kat dapur dan kemas rumah.

Kalau abang kau dah buat, autom4tik isteri dia akan join sekali. Yelah, takkan suami masuk dapur, dia nak kekal terperap dalam bilik kan? Plus, sebagai ketua keluarga, ABANG kau yang kena sediakan makanan untuk keluarga dia, termasuk mak sekali.  Bukannya mak yang kena sediakan makanan. So, yeah, puncanya ialah ABANG kau, bukan kakak ipar kau.

Siti Najira : Takkan semua nak perfect. Lebih sini, kurang sana. Macam dia ada tolong topapkan barang dapur semua tu. Alahai. Kau je lah tolong masak. Macam banyak sangat masa free tu. Entah – entah kak ipar tu rasa kalau tak makan kang kurang ajar orang dah penat – penat masak. Kalau rasa taknak masak, sebelum dorang balik kerja tu suruh lag singgah mana – mana beli makanan.

Aini Hidayah Abdul Rahim : 1 benda je setel. Abang tu kena bawak kakak ipar tu duduk rumah sendiri. Penat oi bangun awal pagi pergi kerja balik lewat petang pulak. Hadap jem lagi. Kalau larat, masak.. kalau tak larat, order je kat luar.

Apatah lagi kalau nak kena mengemas rumah. Tak salah pun kalau tak buat. Benda ni jadi nampak salah sebab duduk menumpang kat rumah orang. Contohnya dari kaca mata adik ipar yang belum kahwin dan belum rasa penat kerja dan hidup menempek kat rumah mertua.. obviously memang tak selesa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.