Abang dan kak ipar beli kereta mahal harga 150k, tapi setiap bulan tak cukup duit pinjam adik beradik. Mak guna kuasa veto suruh adik beradik bagi duit dekat abang. Sehingalah, kereta tu tangki minyak kosong…
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku dah ada masalah ini dari zaman berzaman lagi, tapi ini kali pertama nak meluah sebab dah terlalu lama memendam rasa. Aku adik beradik ada empat orang dan aku seorang perempuan.
Masalahnya abang sulung aku ini anak kesayangan mak ayah. Itu tak kisahlah, memang aku faham ada kalanya mak ayah ada anak kegemaran mereka. Tetapi masalah aku ialah bila mak ayah suka menyuruh adik beradik yang lain ini memberi duit (pinjam duit tapi tak pernah dapat balik) kepada abang sulung dengan alasan abang sulung banyak bantu masa kami masuk universiti dulu.
Aku faham juga semua itu, sebab kita pun ingat budi orang. Cumanya ada kalanya teruk jugalah nak beri dari RM500, ke RM1,000, ke RM2,000, ke RM3,000, ke jumlah yang tidak terhad dan sesuka hati. Macam dia tak pernah cukup gaji tiap bulan.
Bila tak bagi, mak ayah akan campur tangan, terutama mak aku sambil menangis – nangis kata, “BagiIah kat abang tu, nanti aku m4ti ambillah barang kemas mak tu semua.” Huh? Apa kaitannya, eh? Aku rasa gadai tebus itu dah banyak kali mak aku buat sampai aku malas nak ambil tahu dah.
Rasa geram, tapi bila aku cakap, mak aku kata, “Habis nak buat macam mana, takkan nak biar abang tu masuk penjara,” sebab dah dapat surat peguam untuk kad kredit. Kami pula yang kena. Sebab kami pun ada anak – anak, baru nak bina hidup, gaji pun bukannya besar.
Sekarang ini barulah merasa senang sedikit. Dulu memang berjimat cermat bulan – bulan supaya cukup. Jadi kalau selalu sangat dan tak pernah pulang balik, s4kit jugalah. Sebagai makluman, abang aku ini belanja kasar. Jadi macam sedikit terkilan kalau asyik nak bagi duit tapi dia tak berjimat. Kami pula kena berjimat sebab nak pinjamkan duit padanya.
Alasan mak ayah, “Alah, adik-beradik tak payahlah berkira.” Macam ini gunung pun runtuh, huhu. Abang aku yang nombor dua sampai bercerai sebab abang aku yang nombor dua itu tak berani kata tidak pada abang dia sampai belanja dia sendiri anak beranak tak cukup.
Masalah ini dah berbelas tahun dan sampai aku dan mak ayah tak berapa rapat sebab aku tak setuju dengan cara dorang kendalikan benda ini. Sampai membebankan adik beradik lain dan gunakan kuasa sebagai mak ayah untuk membuat kami yang lain rasa bersalah bila tak nak bagi atau tak boleh bagi.
Memang sekarang aku cuba tak bagi ikut kehendak mak ayah aku. Tapi s4kitlah telinga dengar mak ayah bising, buat kita bersalah pula bila tak bagi. Kekerapan dia tak tentu. Ada kalau seminggu sekali, ada kala banyak kali seminggu, iaitu sesuka hati.
Ada sekali itu minta pinjam kereta sebab kereta dia rosak. Bukan tak nak bagi, tapi takut tak dapat balik. Jadi aku tak bagiIah. Balik kampung, mak aku cakap, “Sampai hati kau ye tak bagi abang kau pinjam kereta.” Aku rasa abang aku ini bukan sebab gaji tak cukup, tapi tak tahu urus duit.
Jadi gaji banyak mana pun, masalah yang sama. Masa anak – anak dia kecil, selalu hantar SMS minta duit pada mak ayah. mesej, “SOS… tak ada duit nak beli susu dan lampin anak.” Dah dekat tengah malam, aku inilah pemandu pergi teman abah masuk duit kat dia. Memang hangin satu badan
Bila kita cakap sesuatu, mak aku kata, “Kau tak ada anak, esok kau ada anak kau tahulah…” Tapi bagusnya dari pengalaman ini, sejak aku kahwin, alhamdulillah tak pernah sekali minta duit dari ayah mak. Sebab selalu terbayang muka mak ayah yang risau bila dapat mesej macam itu dari abang, terkenang cucu dia tak ada susu dan lampin.
Tulah, kalau ada penyelesaian aku amat hargai. Sebab dah tak larat “berper4ng” dengan abang sulung dan mak ayah. Kadang – kadang aku terfikir, kalau mak ayah tak biarkan, tak jadi macam ini. Walaupun abang itu banyak bantu, takkan kena bayar balik sampai macam itu. Kenalah ikut kemampuan.
Tapi abang sulung itu berat pada keluarga, jaga adik – adik sampai besar. Jadi kami yang bawah – bawah ini rasa bersalah sangat kalau dia minta, tak dapat nak bagi. Bagi aku, biar aku tanggung anaknya pula nanti. Barulah adil.
Bukan macam ini caranya kutip tol dan lagi memburukkan keadaan, bila mak ayah pula guna ayat – ayat seperti, “Esok aku m4ti…” bla bla bla. Dari tiga anaknya, dua mak aku bela, pergi sekolah balik sekolah naik kereta. Itu tak masuk antar pergi pusat beli beIah, tuisyen.
Orang tua itu dah umur 75, duduk keder4t antar anak dia pergi balik sekolah. Ajar anak – anak dia, bukan dia nak ambil pembantu rumah satu, letak di kampung. Sekurang – kurangnya boleh tolong mak aku tang cuci baju kemas rumah yang macam tong pecah dek anak – anak dia.
Serius memang aku tak boleh faham. Dia bila kita kata sesuatu, mulalah naik angin sebab dia “abang sulung” dan “mak ayah TAK BOLEH DIBANGKANG.” Isteri dia bekerja sebagai kerani di bank, sama juga. Sorento harga dalam RM150,000.
Masa dia beli itu, perasaan aku ngeri tak usah cakap. Aku duduk pandang abang aku seorang lagi dengan adik aku. Masaklah kita… nanti dia tak cukup duit, kita pula yang kena. Kereta dia pernah kena tarik, abang aku yang nombor dua pergi selesaikan.
Pernah dia pergi rumah abang aku nombor dua dengan tangki kosong, minta abang nombor dua aku isi minyak. Dengan aku, dia tak berani sangat sebab segan dengan suami aku. Lagipun dia tahu aku tak berkenan dengan per4ngai dia. Jadi, dia guna mak dan ayah aku. Kuasa mutlak itu…
Dulu kalau ibu bapa aku campur tangan, aku bagi jugalah. Tapi bila tengok melampau sangat dah, aku kuatkan hati saja. Kata, “Saya tak ada duit, mak…” Apa pendapat korang? Dan apa patut aku buat untuk tangani masalah ini supaya tak derhaka pada mak ayah tapi pada masa sama menghapuskan masalah ini daripada menjadi lebih teruk? Atau sudah terlambat dan buat tidak tahu saja?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.