Mak sangat baik, sayang dengan isteri aku. Satu hari, aku dapat tangkap isteri tengah mengumpat cerita buruk pasal mak aku

Mak layan isteri aku baik sampai hari ini. Bertahun kami kahwin tak pernah dengar mak merungut, komplen tentang kekurangan isteri aku. Tapi aku perasan isteri tak suka dekat mak aku. Dia tak suka kalau aku ajak balik kampung aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t. Nama aku Saiful.. orang panggil Epul. Aku pun tak pasti kenapa pilih nama ni yang pasti bukan nama sebenar lah, dah yang ni ja terlintas dalam kepala aku. Aku anak tunggal.

Selalu dan biasanya orang cakap anak tunggal ni anak MAK. Yaa memang aku anak mak sebab semua tugas dan tanggungjawab atas bahu aku. Tapi sebagai manusia aku ada juga hobi seperti memancing, hiking dan lain – lain.

Setiap kali hujung minggu sabtu atau ahad aku akan pulang ke kampung untuk jenguk mak ayah aku sebab kami tinggal berasingan. Dah jadi kewajipan aku hujung minggu untuk jenguk orang tua sebab aku tak ada adik beradik lain.

Sampai satu masa, tiba lah masa aku berkahwin. Mak aku layan isteri dengan baik hingga sampai hari ini walau dah bertahun kami kahwin tak pernah sekalipun mak aku sebut dan komplen tentang kekurangan isteri aku.

Tak pernah merungut atau mengadu hal yang buruk pasal isteri aku. Mungkin juga sebab dia lah satu – satunya menantu mak aku. Family mertua aku juga semua baik – baik. Kalau ada yang kurang dan perkara yang aku tak suka, cukup aku lihat dan dengar saja tanpa menyebar cerita kepada sesiapa. Tapi lain pula isteri aku.

Ada satu hari aku dapat tahu yang isteri aku ada mengumpat dan cerita buruk pasal mak aku. Sedangkan mak aku tak pernah cakap apa – apa pasal isteri aku. Layan dia lebih daripada anak sendiri. Aku sebagai anak tunggal kadang – kadang tersepit antara mak ayah dan juga isteri. Tapi aku dah cuba jalankan tanggungjawab aku dengan baik.

Cuma kadang – kadang aku rasa bersalah bila terp4ksa menolak permintaan mak aku. Sebab isteri aku tak suka bila kerap balik ke kampung. Bila balik kampung, makan dan lain – lain mak aku atau aku yang sediakan. Kadang – kadang makan di luar. Aku balik kampung cuma nak ziarah mak ayah aku saja.

Dulu aku kerap pulang ke kampung. Sekarang terp4ksa aku selang seli kerana nak jaga hati isteri aku. Aku pernah cakap pada mak.. Satu hari nanti nak pindah kerja di kampung. Tapi mak aku suruh aku pindah ke kampung mertua.

Disebabkan isteri aku pernah cakap dekat aku yang aku ni “anak mak” jadi aku memang takkan dengar cakap mak aku. Kami pernah berg4duh hanya sebab aku ajak balik kampung aku. Aku pun tak tahu di mana kurang dan silapnya.

Tapi aku cuba berlaku adil, bila cuti aku akan ajak balik kampung aku dan kampung mertua. Satu hari aku betul – betul nak marah dan rasa susah terima bila dapat tahu isteri aku mengumpat dan cerita buruk pasal mak aku dengan orang lain. Sedangkan mak aku layan isteri aku lebih pada anak dia sendiri.

Aku tak tahu la apa yang isteri aku tak suka dan marahkan mak aku sampai macam tu sekali. Mungkin sebab aku ni “anak mak” selalu dengar cakap mak. Layan karenah mak aku. Sebab tu isteri aku buat macam tu pada mak aku.

Cuma aku sedih sikit la sebab aku tak pernah mengumpat, mengata family mertua terutama mak dan ayah mertua aku. Kepada wanita yang masih belum berkahwin tu, fikir – fikir lah sama ada sanggup berkahwin dengan “anak mak” atau cari suami yang ramai adik beradik.

Dan kepada “anak lelaki tunggal mak” fikir – fikirkan lah sama ada nak terus membujang jaga mak ayah atau bina rumah tangga. Kalau bakal isteri sanggup terima anak tunggal ada tanggungjawab yang besar, berkahwinlah, jika tidak membujanglah sampai tua. Hehe..

Yang masih bujang moga cepat bertemu jodoh, jodoh yang baik – baik. Doakan rumah tangga aku yang setahun jagung ni bahagia sampai syurga. Moga Allah ampunkan d0sa aku jika ada yang terkurang pada isteri dan mak ayah aku. Aamiin.. – Saiful (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mila Kamila : Mungkin boleh slow talk dengan isteri dan dengar cerita dari pihak dia. Kita ni memang akan sentiasa diuji duduk kat dunia ni. Dapat keluarga mertua elok, tapi isteri plak ada per4ngai kurang elok, kadang – kadang tak diuji dengan kerenah ahli keluarga tapi diuji dengan kesihatan, kadang – kadang diuji dengan kewangan.

Hamisah Abdullah : Kalau tinggal satu daerah balik tiap – tiap minggu tu kira logik. Tapi kalau lain daerah tu dah kira membebankan. Isteri nak juga duduk rilex rumah sendiri hari cuti. Kemas – kemas rumah buat hobi sendiri. Cuba kita dengar dari side isteri pulak. Mesti ada sebab yang munasabah. Dalam ni banyok sangat komen yang negative.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.