Mak tak mengaku ada anak c4cat, siap sorok dari bapak tiri. Sekali anak c4cat bagi ‘sump4han’

Mak boleh cakap dekat bakal suami yang dia takde anak dan sepanjang berkahwin suami mak ingat Amy ni hanya adik ipar yang c4cat. Amy nekad bagitahu bapak tiri sebab tak nak bersubahat. Ketika itulah, mak marah dan h1na Amy yang c4cat. Amy pun dah tak tahan dan telah keluarkan satu sump4han yang akhirnya jadi kenyataan..

#Foto sekadar hiasan. Hi, asalamualaikum semua. Di sini aku hanya nak kongsikan satu cerita sebenar yang terjadi dengan orang terdekat aku. Aku namakan dia Amy. Aku nak kongsi dekat sini supaya dapat ambil pengajaran dan ikhtibar dari tajuk yang aku beri, “Jangan Main – main Dengan Doa Orang Terani4ya.”

Amy ni Iumpuh. Aku tak pernah tahu apa diagn0se peny4kit dia, tapi dia boleh bercakap dan berfikir normal, cuma kaki dan tangan dia tak boleh berfungsi dengan sempurna. Jadi, dia memerIukan jagaan dan bantuan untuk buat hampir kesemua kerja harian.

Semasa bersekolah, aku pernah jaga Amy hampir 2 tahun. Berulang ke rumahnya tiap petang selepas sekolah, memandikan, masak serta membantu dia baring tidur di atas katil sebelum aku balik ke rumah aku. Amy ni anak tak sah taraf.

Ibunya masih hidup, cuma bekerja dan menetap dia luar daerah dengan keluarga baru. Ayah kandungnya, aku pun tak pernah jumpa, cuma dengar kata dari awal mak amy tahu dia mengandung, ayahnya nak bertanggungjawab tapi mak amy tak mahu kerana tak nak kahwin dengan orang tak berapa nak kaya.

Jadi lepas mak Amy ni bersalin, dia jaga amy sampai umur 7 tahun lepas tu tinggal dia dengan nenek dan atoknya. Nenek dan atok Amy dah tua, sebab tu aku tolong jaga Amy dengan sedikit upah. Tapi niat aku lebih kepada nak menolong.

Ketika menjaga Amy, terlalu banyak cerita yang dia luahkan kepada aku. Tentang bagaimana maknya menyiksa dia ketika dia kecil (dia dah boleh ingat). Maknya pernah memasukkan dia ke dalam tong air dan hanya memerhati Amy tenggelam.

Dah macam nyawa – nyawa ikan barula maknya keluarkan dia dari tong air tu. Fuh seram. Mak Amy juga kerap membawa amy berjumpa dengan rakan – rakan lelakinya sambil membuat benda – benda tak senonoh depannya. Astaghfirullahaladzim. Mengucap panjang bila dengar.

Selepas dah tak tahan duduk terperap di kampung, mak Amy tanpa kebenaran neneknya pergi berhijrah ke daerah lain, mencari kerja katanya. Maka tinggallah Amy dengan nenek dan atoknya yang m4kin lama m4kin uzur.

Semasa bekerja, mak Amy merahsiakan statusnya kepada semua orang baru di sekelilingnya. Mengaku bujang sedangkan anak 0KU ditinggal dengan mak bapaknya. Akhirnya mak Amy nak settle down dengan 1 jejaka bujang ni.

Berasal dari daerah jiran. Semasa pulang ke kampung untuk urusan bertunang sampailah berjaya dinikahkan, mak Amy berjaya menutup mulut semua orang dari memberitahu suaminya bahawa Amy tu sebenarnya adalah anaknya.

Suaminya (ayah tiri Amy) cuma maklum Amy ni adik kepada isterinya. Selepas berkahwin, mak Amy ni seolah – olah nak lepas terus dari tanggungjawab menjaga Amy. Lebih teruk ketika sebelum berkahwin. Call dah tak nak angkat, balik kampung pun kalau boleh dielakkan dia akan elak.

Duit keperluan Amy pun langsung tak diberi, apatah lagi bertanya khabar. Jadi Amy ni sampai 1 masa (lebih kurang setahun lepas mak dia kahwin) dia dah tak tahan, tambahan pula dia rasa bersalah bersekongkol menipu. Jadi dia dengan berani call ayah tirinya.

Membuka segala rahsia maknya. Terk3jut beruk ayah tirinya ketika itu. Hampir bercerai, tetapi syukur j0doh masih panjang. Ayah tiri Amy ambil keputvsan untuk memaafkan mak Amy. Tapi mak Amy sangat marah giIa – giIa dengan Amy.

Sanggup pulang ke kampung hanya untuk melunaskan rasa marah kepada Amy. Disump4h seranah Amy dengan perkataan c4cat, tak tahu untung, baik dibunvh masa kecik dan macam – macam lagi. Amy yang selama ni banyak berdiam pun hilang sabar, maka keluarlah ayatnya yang berbunyi, ”aku sump4h, seumur hidup mak.. Anak yang c4cat ni la satu – satunya anak mak di dunia ni!”

Di sinilah isi sebenar confession ni. Kata – kata Amy tu benar – benar menjadi kenyataan. Sepanjang maknya berkahwin dengan ayah tirinya, maknya pernah mengandung sebanyak 9 kali. 9 kali guys. MaIangnya, semua gugur tak lekat – lekat.

Dah try berubat macam – macam, kandungannya memang semuanya jatuh. Sampailah mak Amy ni menopos dan ayah tirinya dah pun meninggaI sekarang. Maka jadilah Amy satu – satunya anak di dunia. Sebab pengalaman Amy ni lah, aku sangat – sangat takut kot – kot ada terani4ya orang secara sengaja ke tak sengaja.

Sebab aku dah pernah tengok macam mana berbisanya doa orang yang terani4ya ni. Sebenarnya kalau nak cerita pend3ritaan yang Amy lalui kerana maknya ada banyak sangat. Tapi tak mampu aku nak taip banyak – banyak.

Cukuplah sampai di sini sahaja, asalkan kita sama – sama dapat mengambil iktibar. Terima kasih kerana membaca. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zanariah Ali : Terima kasih atas perkongsian. Memang betul doa orang yang terani4ya tiada hijab. Berhati – hatilah kita supaya tidak buat ani4ya pada orang atau keluarga sendiri. Jika kita tersalah langkah cepat -cepat mohon maaf. Tiada manusia yang sempurna. Yang penting kita perlu ada kesed4ran. Semoga nasib Amy terbela.

SharifahZulaikha Syd : Benar.. doa – doa orang terani4ya memang Allah makbulkan. Cuma cepat atau lambat saja. Kisah pengalaman sendiri bila mana bos selalu ani4ya pekerja kontrak (aku dan 4 rakan lain). Setiap kali renew kontrak bos akan ugvt berhentikan kami walaupun tak lakukan kesalahan, malah sering cari pasal dengan mencari kesalahan kami.

Setiap kami menangis dalam diam, telan segala ugvtan yang disampaikan, namun terselit doa agar nasib kami dibela dari bos yang zaIim. Allah maha besar, nak dijadikan cerita hujung tahun lepas syarik4t lama memang kecilkan operasi dan bos aku antara orang yang tersenarai untuk diberhentikan.

Mujur waktu itu aku dah dapat kerja di tempat lain. Alhamdulillah dengan rezeki-Nya.. terbukti memang doa aku dan rakan – rakan yang diani4ya bos Allah makbulkan. Aku doakan semoga mereka yang terani4ya dan dizaIimi, Allah makbul dan segerakan doa mereka.. Aminnn.

Noryusma Mhd Yusof : Ucapan kita pun satu doa. Sebab tu lah kalau boleh cakap lah baik – baik terutamanya dengan anak – anak. Pernah dengar orang m4ki hamun anak, lepas tu mengeluh kenapa anak dia tak menjadi macam anak orang lain.

Fatmawati Ahmad : Pernah sekali, Masa belajar dulu seseorang aku anggap sahabat. Sampai hati memaIukan aku. Tak terfikir aku ketika sebut, “Takpe lah. Hari ni hari kamu. Kamu pun akan fail nanti seperti aku.”

Result subjek yang dia biasa score B+, jadi D. Aku yang memang lemah subjek tu, C+. Result tu merosakkan pointer best yang dia pegang selama tu. Sejak tu aku tekad, jangan s4kit hati sesiapa. Kita tak tahu doa siapa yang Allah bagi cash.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.