Mak ugvt dgn ner4ka kalau aku tak bagi duit beribu dekat dia. Aku cari duit dgn buat maksi4t. Saat aku buat d0sa, aku dengar azan

Setiap bulan mak mintak aku duit 4k – 5k. Aku jadi str3ss dan terp4ksa guna jalan maksi4t untuk dapatkan duit. Setiap hari aku rasa berd0sa, sehinggalah satu hari, masa aku tengah buat ‘kerja’, aku dengar azan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Seperti yang kalian baca pada tajuk. Pelacur. Ya! Itulah aku yang dulu. Sangat h1na dan jijiknya aku. Aku bukanlah mahu membuka aib yang Allah tutup. Kalian tidak kenal aku siapa. Aku harap apa yang aku kongsikan ini menjadi iktibar dan menunjukkan bahawa Allah sangatlah baik.

Sekarang aku berumur 25 tahun. Aku hilang mahkota aku pada usia 21 tahun. Selepas aku tamat diploma, aku serabut bila Ibu aku sering minta duit dan berulang kali kata aku anak derh4ka jika tak beri dia apa yang dia nak.

Ujian aku bertimpa – timpa sehingga aku dulu menyoal kewujudan Tuhan. Kenapa aku sering diuji dari kecil. Aku benci Tuhan pada masa tu. Teruknya aku. Aku anggap apalah sangat d0sa z1na aku, dah alang – alang mak aku nak sangat aku masuk ner4ka.

Tapi aku ikut je cakap mak aku, tidak pernah sekali aku naikkan suara dekat dia. Hal rumah, segala bil semua aku perlu tanggung. Pada usia aku 21 tahun, aku mula ada sugar daddy. Kalau kalian nak tahu, kebanyakan sugar daddy di Malaysia sukakan wanita melayu. Kata mereka wanita melayu lebih mudah berbanding cina dan india.

Perkara yang bukan perlu dibanggakan namun malunya kita sebagai wanita melayu. Dan kebanyakan mereka ada juga melayu, suami orang. Mereka anggap “makan luar” ini normal. Bila isteri tak dapat puaskan mereka di atas katil, itu tugas kami puaskan suami mereka.

Dan jika isteri call, mereka jawab.. kata la tengah kerja ke lepak ke.. Kami akan diam je kat sebeIah. Dua tahun aku terjerumus dengan d0sa z1na. Hati aku tak pernah tenang. Setiap hari aku rasa berd0sa. Rasa bersalah dengan isteri mereka yang mereka tak tahu per4ngai sebenar suami.

Setiap kali dengar azan. Aku termenung, sampai bila aku macam ni. Sampai bila nak makan duit h4ram. Sampai bila aku kena ikut kehendak mak aku yang nak ribu riban tiap bulan. Aku nak berubah. Aku nak Allah sayang aku. Biarlah kalau mak nak buang aku dari hidup dia sekalipun, aku nekad nak berubah..

Hidup aku tercari – cari kasih sayang. Hidup aku kosong. Aku nak rasa kemanisan iman. Kemuncak aku betul – betul nak berubah, adalah bila waktu berz1na, aku dengar azan. Aku berhenti. Masa tula aku terdetik, aku tak nak buat macam ni dah.

Start dari situ, aku mula mimpi ki4mat, aku mimpi m4ti. Aku tahu Allah nak bagi aku hidayah. Aku taknak lari dari hidayah Allah. Aku nak Allah ada, peIuk aku h4mba yang h1na ini. Aku Nak Allah pandang aku sebagai h4mba yang taat, Aku nak Allah redha dengan aku.

Aku tinggalkan semua tu, aku berhijrah ke negeri lain. Waktu tu.. memang mak aku marah sangat sebab aku dah stop bagi duit. Mak aku tak pernah tanya aku makan ke tak. Dia tak kisah aku ik4t perut asalkan bagi dia duit.

Jangan tanya ayah aku mana. Mak ayah aku bercerai, ayah aku kahwin lain dan tak ambil tahu tentang aku. Aku mula jaga solat. Aku join usrah, pergi masjid. Aku labuhkan tudung. Tutup aur4t, pakai handsock dan stoking.

Aku nekad nak kejar cinta Allah. Walaupun aku akui, istiqamah tu berat. Macam mana pun, hati aku rasa sunyi. Aku berdoa moga Allah tutup aib aku, beri aku seorang suami yang tak pernah mengugvt aku dengan derh4ka dan ner4ka seperti Ibu aku.

Aku taknak lagi syurga aku pada ibu aku. Aku penat tunaikan segala kehendak dia. Dan tak lama, Allah jawab doa aku. Doa h4mba dia yang banyak d0sa. Aku kenal dengan suami aku masa tu, dia sangat baik yang membuatkan aku tahu aku tak layak untuk jadi isteri dia.

Aku tolak dia 2 kali, tapi dia terus terusan dekati aku. Aku buat solat istikharah minta petunjuk sebelum aku terima dia. Dekat dengan hari perkahwinan, aku takut suami aku tahu aib aku. Aku tak beritahu dia kisah silam aku.

Aku berdoa supaya Allah tutup aib aku dari suami aku. Aku takut sangat. Seminggu berkahwin, aku tak bagi suami aku sentuh aku. Aku tak ready. Tapi dia bersabar. Tak pernah dia p4ksa aku. Dengan kelembutan dia, kasih sayang dia tunjukkan akhirnya aku mengalah.

Aku takut dia terus ceraikan aku. Tapi syukur, Allah tutup aib h4mbanya ini. Dia tak tahu yang aku memang dah tak suci. Dan aku sendiri rasakan malam tu aku memang ada d4ra. Kuasa Allah tutup aib aku. Dalam solat aku menangis, bersyukur kepada Allah jaga perkahwinan aku.

Aku tahu aku bukanlah isteri yang sempurna, aku cuba yang terbaik untuk dia. Aku jaga makan minum dia, aku tak pernah biarkan dia basuh pinggan. Makanan aku hidang depan dia. Rumah sentiasa aku bersihkan walaupun aku penat balik dari kerja. Walaupun kadang – kadang dia ada juga tolong aku bersihkan rumah.

Hal kelambu, aku buat yang terbaik juga.. Sebulan dua je aku tunjuk malu. Aku nak pahala banyak – banyak supaya Allah terus sayang aku. Rahmat Allah sangat luas. Aku tak pernah terfikir aku dapat suami yang baik. Semoga d0sa aku dulu tak turun kepada keturunan aku. D0sa aku terlalu banyak untuk dapat nikmat ni.

Aku malu pada Allah. Jahatnya Aku dulu selalu bersangka buruk pada Allah. Tapi Allah tetap beri aku hidayah, tarik aku kepada Dia. Mak aku pula, m4ki laa aku macam mana pun. Hati aku dah kental. Aku hanya beri dia berapa yang aku ada je.

Aku kerja admin gaji 3k. Aku beri dia seribu tiap bulan.. bukan lagi 4 – 5k macam sebelumnya. Kalau mak aku m4ki aku, suami aku akan back-up hahaha.. Aku tetap sayang mak aku. Jahat – jahat pun dia tetap yang lahirkan aku walaupun hampir setiap hari sebut aku ni derh4ka hanya kerana tak dapat duit.

Buat kalian yang baca, aku nak korang tahu.. Allah sangat baik. Tersangat baik. D0sa kita banyak, tapi Allah Maha Pengampun. Sampai sekarang aku masih dibelenggu d0sa lama. Tapi aku yakin, Allah masih beri aku nyawa untuk aku tebus d0sa aku.

Kalian doakan aku dapat menunaikan umrah ya. Aku nak sangat ke sana. Hidup aku sekarang sangat tenang, masih diuji hebat tapi kali ni.. Allah ada. Allah ada. Aku tak sunyi lagi. Aku tak rasa kosong lagi. Allah dekat. Sampai masa Allah ambil nyawa aku, aku nak hati aku penuh dengan kerinduan kepada Allah dan Rasulllah.

Aku redha Allah Tuhan aku, aku redha Islam agama aku, aku redha Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul aku. Terima kasih, Ya Allah. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Norain Noordin : Mak yang jadikan anak mesin ATM. Tak berhati perut. Tak pernah terfikir ke duit banyak datang dari mana asalkan kenyang perut. Anak jadi m4ngsa. Semoga TT terus istiqamah. Bersyukur sangat dapat suami yang baik.

Sahida Saidin : Sedih. Adik ni terjerumus ke kancah z1na sebab tekanan daripada mak yang sangat materialistik. Ingatlah wahai mak ayah. Anak ladang pahala. Bukan untuk dikerah tenaganya menyara kita bila diusia tua. Syukur TT sedar dan insaf . Moga Allah sentiasa merahm4ti TT dan bahagia hingga syurga. Amin.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.