Mertua datang meng3jut dalam keadaan rumah aku bersepah, anak tak pakai baju. Depan suami aku kena h1na, perli sinis

Anak satu tapi macam ada anak 10. Rumah tak terurus, anak tak terurus, diri sendiri tak terurus. Sepanjang aku bergelar isteri aku banyak kena sindir, kena h1na dan di downgradekan. Ada master tapi tak bekerja..

#Foto sekadar hiasan. Aku Bunna. Aku nak buat satu luahan tentang situasi aku, aku dah buntu dengan kondisi yang menghimpit sampaikan satu tahap aku rasa dah tak mampu nak berfikir macam mana nak selesaikan masalah ni.

Aku dan suami berkahwin dah 4 tahun. Anak pun dah nak masuk 3 tahun. Dari awal kahwin sampai saat ini, sesusah mana pun kondisi kami, kami tetap memilih untuk menyewa rumah asalkan kami ada rumah sendiri dan tak perlu bercampur dengan keluarga aku atau keluarga suami.

Sejak lahirkan anak, kos sara hidup kami m4kin meningkat dan keadaan ini m4kin menekan kerana suami sahaja yang bekerja. Dari awal kahwin suami memang tak kisah aku nak kerja atau tak. Bila anak lahir, suami nekad untuk aku jadi suri rumah yang fokus pada anak, suami dan hal rumah.

Tapi bila mana anak meningkat usia dan kos sara hidup m4kin meningkat semua tu ibarat cakap tak serupa bikin. Apa yang dicakap kebanyakannya ada plot twist sampai kadang – kadang aku rasa suami aku ni tak akan mampu nak pertahankan aku ke apa walaupun dia tahu cerita sebenarnya.

Contohnya, aku ingat lagi masa mak ayah suami datang bermalam di rumah dan mereka menanyakan status aku yang bergelar suri rumah. Masa tu diorang adalah luahkan yang diorang tak berapa setuju dengan keputusan aku disebabkan aku ni ada master.

Diorang rasa kalau aku kerja, baru lah financial keluarga kecik kami akan kukuh. Bab anak pulak diorang pelawa aku untuk serahkan semua urusan anak kat diorang. Bukan aku tak nak ikut apa yang diorang cadangkan sebab sebelum ni pun ada jugak plan macam tu.

Tapi bila aku ingatkan situasi di mana aku terp4ksa pantang dengan family suami, aku jadi agak tak selesa. Yelah, masa aku pantang aku memang jauh dari suami. Suami pulak bukan jenis suka on call, kadang – kadang tu aku yang terp4ksa call dia barulah dia ingat yang isteri dia dan anak dia ada dekat rumah mak ayah dia sedang berpantang so on.

Dia selalu bagi alasan yang dia letih selepas balik bekerja sedangkan masa tu sebenarnya dia sibuk lepak dan main game. Masa aku berpantang rumah mak ayah mertua aku, diorang selalu k0ndem aku itu ini terutama bab jaga anak apa semua.

Tak cukup tu dari masa berpantang tu aku selalu dihujani tentang soalan, “Apa plan lepas ni? Nak kerja mana lepas ni?” padahal masa tu badan aku masih lemah. Berair mata jugaklah masa tu dan husband boleh suruh aku bersabar jer.

Tak sampai sebulan berpantang aku buat keputusan untuk berpantang sendiri sebabkan aku tak selesa bukan takat sebab diorang kaki k0ndem atau tanya pasal kerja. Tapi diorang kadang – kadang tu macam anggap aku manusia yang lansung tak ada privacy, nak susu kan anak pun tak selesa sebab diorang main terjah bilik semata – mata nak ambik cucu padahal anak aku tengah nangis lapar nak susu.

Lepas tu tak mengaku apa yang aku cakap macam diorang lebih tahu dan lebih makan asam garam hidup. Lepas dari kes pantang tu memang hubungan aku dengan family mertua agak dingin terutamanya dengan mak ayah mertua.

Adik beradik, ipar duai setakat ni masih okay lah mungkin sebab diorang pun faham per4ngai mak ayah diorang macam mana kan. Kemudian aku bukan jenis yang suka pendam and makan hati terutama dengan suami, jadi aku memang pilih untuk luahankan segala apa yang aku rasa dari A to Z.

Sepanjang anak membesar adalah banyak kali jugak mak and ayah mertua datang melawat kami. Dan seperti biasa topik dia akan fokus pada aku macam contoh about kerja, about bad things jadi suri rumah, about how aku urus anak aku dan suami, tentang keadaan rumah dan macam – macam lagi.

Kalau tak secara direct pun diorang akan tetap perli – perli aku walaupun depan suami. Aku ingat lagi masa tu anak aku umur setahun 3 bulan masa tu, memang aku ada belikan mainan anak pakai duit yang suami bagi tapi mainan tu pun dari kedai 2 ringgit jer.

Lepas tu masa mak ayah mertua aku datang tu diorang datang meng3jut. Suami tak cakap apa pun pasal tu. Diorang pulak bukan suka berurusan dengan aku, lagi pun diorang akan kata,“ni kan rumah anak kami”. Haaaa… datang – datang jer terus nampak rumah bersepah dengan anak aku tak pakai baju sebab baru lepas mandi dan dia pulak terus sepahkan mainan dia.

Kemudian kat situ jugaklah aku kena sekolahkan. Anak satu tapi macam ada anak 10. Rumah tak terurus, anak tak terurus, diri sendiri tak terurus, haaa tu belum masuk bab suami tau. Jadi sepanjang aku bergelar isteri aku banyak kena sindir, kena h1na dan direndah – rendahkan.

Suami aku pulak jenis cakap dia jer nak betul. Kalau aku luah pasal mak ayah dia apa semua, dia akan terus naik marah. Jadi start tu aku banyak diamkan diri. Tapi m4kin aku diamkan m4kin pulak aku nampak yang dia macam deny yang aku ni isteri dia dan aku ada hak untuk campur tangan urusan keluarga kecik kami walaupun yaaa aku tahu aku tak ada sumbangan dalam bab financial dan sekarang isunya dah jadi m4kin teruk.

Sebabkan suami kerap sangat mintak tolong keluarga dia terutama mak ayah dia, jadi dah macam kewajipan untuk dia ceritakan keadaan keluarga kecik kami termasuk masalah dalam kami. Dia cerita dari side dia so as family member mesti akan ada bias.

Jadinya m4kin keruh lah hubungan aku dengan mak ayah mertua. Dan sekarang, bila mana financial kami m4kin teruk, suami buat keputusan pulak untuk berhenti kerja dan bawak aku duduk dengan mak ayah dia sedangkan dia tahu kondisi ayah aku yang tengah s4kit dan aku ni anak sulung.

Sebelum ni memang adalah sebulan sekali mesti balik lawat ayah dan bermalam semata – mata nak jaga ayah. Memang ye, aku ada adik beradik lain yang jaga ayah, tapi takkan lah aku nak lepas tanggan. Adik beradik lain pun semua dah berkahwin jugak.

Sekarang bila aku tanya, “are you serious with keputusan you?” dan dia sangat – sangat pasti yang dia dah buat keputusan terbaik dengan cara berbincang dulu dengan family members dia sebelum dengar pandangan aku. Bila mana aku tetap cuba tegakkan pandangan aku, sesenang ABC dia p4ksa aku diam sebabkan selama ni aku tak ada sumbangan dari segi financial.

Kadang – kadang aku terfikir jugaklah nak mintak cerai jer sebab aku rasa aku boleh jadi giIa bila duduk dengan orang yang sah – sah tak suka aku. Tapi… tulah, dia mungkin banyak silapnya sebagai suami tapi sepanjang kahwin dia tak pernah lagi pukuI aku, caci m4ki aku, dan bab anak pun tiptop dia jaga A – Z.

Cuma yang aku tak puas hati adalah, kenapa dia tak nak pun bincang dengan aku dulu. Bila dah jadi macam ni, dia p4ksa aku diam so that emosi and keputusan dia tak terganggu. What can i dooo??? – Bunna (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hayyu Borhan : Tak pernah pukuI, tak pernah caci m4ki, jaga anak bagus Semua ni tak melambangkan yang suami tu bagus dan bertanggungjawab. Kerjalah dik.. kumpul duit.. belajar apa yang patut.. siapkan perisai senyap – senyap.

Kalau sampai mak ayah pun masuk campur urusan rumahtangga anak, bila – bila masa je per4ng dunia akan berlaku.. Persiapkan diri, dik.. nanti kalau perlu melangkah, dah boleh terus jalan tanpa berpaling.

Hadila Hashim : Lahh. Memang dia takde physical abvse. Tapi tu pun dah kira mentaI abvse juga. Anak baru setahun lebih ni. Nak hadapi per4ngai suami yang macam tu lama lagi ni. Apa kata awak kerja je. Jauhkan diri dari golongan t0ksik macam tu. Master mesti boleh dapat kerja elok. Kalau suami tak setuju, awak petik jelah nama mertua. Atas cadangan mertua juga.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.