Makcik ajak aku masuk rumah dia yang dah nak roboh tu. Depan rumah makcik, rumah isteri pertama, banglo. Makcik cakap, semua duit sedekah, IC makcik, madu dia pegang

Rumah papan, tangga buat dengan kayu pokok. Bumbung bocor. Macam mana aku nak naik, takut patah. Tingkap tak ada, bilik air di luar. Terk3jut bila aku tahu, rumah madu makcik, isteri pertama, rumah besar banglo. Duit sedekah orang bagi pun, isteri pertama ambik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… aku dan suami tak ada masalah apa, cuma aku simpati dengan seorang makcik ni. Macam ni, pagi tadi kebetulan aku sedang borak dengan jiran. Datang seorang makcik berbaju kurung yang sangat lusuh.

Aku bertanya pada makcik datang dari mana. Jawabnya dari klinik. Aku tanya lagi naik apa, dia jawab jalan kaki. Ya Allah jauh, larat makcik berjalan. Dia senyum saja. Lepas tu makcik tu tanya tahu tak Badrul dah meninggaI? Aku tanya Badrul mana tak kenal.

Dia cakap suami makcik lah meninggaI bulan lepas. Aku tanya s4kit apa. Jawabnya kemaIangan. Mula dia cerita kisah dia, suami dia kemaIangan meninggaI dengan isteri ketiga. Makcik ni isteri kedua. Aku tanya makcik duduk mana. Dia kata tak jauh dari rumah aku.

Aku soal siasat lagi, anak makcik duduk mana. Makcik tak ada anak, kahwin pun dah berumur. Makcik kahwin dengan pakcik tahun 2004. Makcik tak nak kahwin tapi mak makcik carikan juga. Selesai borak, makcik minta diri nak balik, dah nak singgah pasar beli ikan sekejap.

Aku tanya nak balik dengan apa. Makcik naik bas saja. Aku cakap jom aku hantar makcik balik tapi dia menolak, tak nak susahkan aku. Dan makcik tu berjalan terbongkok – bongkok lalu tinggalkan kami. Dua puluh minit macam tu aku siap ambil anak sekolah dengan tak sedap hati dan terharu, aku pergi cari makcik tu di pasar.

Puas aku memusing cari dia, akhirnya jumpa juga. Nasib jumpa sebab memang niat aku nak menolong dia. Tak sampai hati nak biarkan dia naik bas seorang seorang dengan usia tua terbongkok – bongkok, jalan sekejap berhenti rehat di bawah pokok teduhan.

Aku ajak makcik jom aku nak hantar balik. Dia menolak lagi, katanya nak singgah di kedai jahit tu sekejap sebab tadi dia pergi baiki kain baju kurung yang terk0yak. Aku kata tak apa aku sanggup tunggu. Lepas selesai semua, aku tanya nak tengok kain yang makcik baiki. Dia pun buka lah tunjuk pada aku.

Makcik cuma nak jahit tepi saja tapi tukang jahit tu tak buat. Bila nampak makcik pergi dia menyorok. Aku pun hairan kenapa tukang jahit tu tak nak jahit. Rupanya kain yang makcik tu bawa banyak nak baiki, ada yang baju kurung zaman tok nenek kita yang tak guna dah, dah terbakar masih nak baiki dan tampal yang mana berlubang.

Ya Allah lagi bertambah sedih aku ni. Aku cakap tak apalah makcik, nanti aku cari orang yang boleh baiki. Dalam hati aku nak buang kain tu, nak gantikan dengan baju kurung aku yang banyak. Dah jom balik. Dah sampai aku tanya yang mana satu rumah makcik sebab banyak buah rumah ada.

Tu yang belakang sekali rumah makcik. Makcik tu pun pelawa aku naik ke rumahnya. Aku pun serba salah nak naik, maklumlah badan gemuk. Rumah makcik tu sangat usang dan daif. Rumah papan, tangga buat dengan kayu pokok. Bumbung bocor. Macam mana aku nak naik, takut patah. Tingkap tak ada, bilik air di luar. Kalau korang tengok memang kesian, menitis air mata.

Banyak kali makcik tu panggil aku masuk. Aku tak nak dia kecil hati, gagah juga naik perlahan – lahan. Aku borak – borak tanya tu rumah siapa besar cantik macam rumah banglo. Makcik jawab tulah rumah madu makcik, isteri pertama. Yang depan ni rumah isteri ketiga. Yang tu pula rumah anak isteri pertama.

Aku tanya makcik ok ke dengan madu – madu. Dia jawab tak ok pun kena ok juga lah sebab hak orang. Aku tanya makcik makan minum ambil duit mana sejak pakcik meninggaI. Jawab dia duit bantuan kerajaan setiap bulan. Aik tak habis lagi duit bantuan tu. Jimat – jimat katanya. Dia tanya aku bulan depan dapat lagi tak bantuan tu. Aku kata tak tahu lah.

Kalau tak dapat macam mana makcik nak makan minum aku tanya. Makcik tak tahu lah, kalau madu bagi ada lah, tak bagi tak ada lah. Aku cakap makcik kategori w4rga emas dan balu boleh mohon bantuan. Macam mana makcik nak mohon, kad pengenalan pun tak ada, madu pegang semua.

Duit orang derma dan duit suami kemaIangan semua madu makan seorang saja. Rantai dan cincin emas makcik semua dorang ambil. Ya Allah sungguh berat ujian makcik ni. Aku nak bantu aku pun susah. Tadi aku bagi rendang ayam tiga ketul, seronok dia.

Masa aku tengah borak – borak, anak isteri pertama mengendap – ngendap celah tingkap. Hati aku mula risau. Yelah takut nanti makcik ni pula kena dengan dorang. Makcik ni macam kurang sihat tapi sangat baik. Esok aku nak masak pajeri rebung, teringat nak pergi hantar dekat makcik ni tapi aku takut madu dia marah sebab aku tolong dan baik dengan makcik ni. Maklumlah madu tu kalau boleh nak menjatuhkan makcik ni.

Jadi aku nak tanya pendapat korang. Rasanya esok aku pergi akan ada masalah timbul tak. Aku takut makcik tu kena halau dari situ sebab tu tanah arw4h suami dorang. Ni suami dah meninggaI, takut juga dorang halau makcik ni sehelai sepinggang.

Aku nak sangat letak gambar rumah dan wajah makcik ni nak bagi korang tengok, tak berani pula takut madunya ada dalam komuniti ni. Siapa nak bantu makcik ni boleh aku tolong tunjuk lokasi rumahnya. Ada baju baju lagi ok sebab makcik ni tanya aku beli mana baju aku pakai ni cantik, teringin. Esok aku nak cuci baju yang aku pakai ni nak sedekah kat dia. Sedih aku anggap dia macam mak kandung aku. Balik rumah teringat dekat makcik ni. Hint dekat Kedah.

Ulasan Pembaca :

Kasihku Seru : Macam kisah kawan aku. Mak dia bini nombor empat. Bila ayah dah meninggaI, bini – bini dia buat dekat mak kawan aku tu sampai nak giIa. Harta pula diorang kebas habis. Tak guna punya madu.

Karl Sham : Kenapa tak panggil ketua kampung atau wakil rakyat datang tolong. Pasal kad pengenalan tu boleh saja pejabat pendaftaran kata kad pengenalan hilang. Kalau makcik tu dah ada kad pengenalan, terus pergi mohon kebajikan dengan zakat. Lagi elok bawa saja makcik tu duduk dekat rumah kebajikan. Pasal harta arw4h suami makcik boleh pergi amanah raya buat faraid. Bawa sijil mati arw4h.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :