
Daripada s4kit hati, s4kit sebab lelaki, baik aku fikir jalan balas d3ndam. Aku rancang baik saja. Lakonan pun bermula. Aku lepak je main mesej. Depan suami pun aku ligat mesej, siap gelak – gelak. Dia macam tak puas hati. Aku sengaja tinggalkan telefon masa mandi. Dengar suami macam maki orang.
#Foto sekadar hiasan. Hi w4rga FB. Baca pasal suami curang, aku teringat zaman anak baru seorang. Masa tu zaman Facebook hanya pakai laptop atau komputer. Belum ada telefon bimbit. WhatsApp dan WeChat belum wujud zaman tu. Telefon bimbit pun GPRS saja paling canggih masa tu.
Waktu tu aku kerja lagi sebagai jururawat. Anak hantar nursery dekat saja dengan klinik. Masa tu aku jururawat pergigian. Kerja aku Isnin sampai Khamis di sekolah rendah. Jumaat saja ada di klinik OP day. Kalau pergi sekolah kami balik pukuI 4 petang. Kalau Jumaat baru pukuI 5 petang.
Nak dijadikan cerita, waktu tu bulan puasa. Jadi tempat kerja suami diorang balik lagi awal. Kami pula puasa tutup tetap pukuI 4. Dia dulu balik. Masa balik tu aku dengan anak baru sampai. Buka saja pintu aku perasan dia macam kelam kabut nak tutup laptop. Masa tu aku taklah fikir bukan – bukan.
Yelah perjalanan rumah tangga rutin seperti biasa. Pagi bangun kerja, balik masak bersama, kemas rumah. Tengok televisyen malam. Sabtu Ahad aku memang ada, dia pula askar, tengoklah mana jadual dia kalau duty, jadi dia tak adalah.
Akibat kelam kabut tutup laptop, dia tak log keluar. Berhuhu juga aku bila buka laptop. Bukan sengaja nak belek tapi entah kenapa gatal nak membelek. Terk3jut amat aku masa tu. Boleh pula dia mesej gatal dengan bini orang. Sama flat pula tu. Dah lah laki orang tu pula satu tempat kerja dengan dia. Bagus betul.
Baca punya baca, aku mula nak meng4muk saja. Tapi entah kenapa aku lap air mata dan tanya balik. Oi b0dohnya aku. Kerana laki kot air mata keluar. Mak bapak bela bukan suruh siksa nak menangis. Rugi. Daripada k4nser hati sebab masalah macam ni, baik aku fikir jalan balas d3ndam.
Masa tu dia tengok televisyen. Aku cakap, wah baik punya ayat dekat mesej Facebook. Macam orang bujang. Kalau aku pula yang membujang, apa ada hal. Jamu banyak. Mana ada betina cari jantan. Jantan yang cari betina. Belum pernah lagi tengok peIacur tarik jantan keluar rumah dia. Jantan yang datang ke tempat peIacuran.
Suami nampak pelik. Besar biji mata dia tengok laptop terang bahagian mesej. Dia macam gelisah. Situasi dia agak macam kita nak beranak, perut tengah mengeras. Macam tu lah muka suami masa tu. Dia cakap cuba pujuk. Sekadar chat saja. Lagipun kenal.
Aku jawab, okeylah kalau sekadar chat. Kalau macam tu aku nak bawa laptop ni jumpa laki dia. Nak dengar laki orang tu punya jawapan sama tak dengan awak. Dia merayu sangat takut orang berg4duh. Aku tak tahu sejauh mana hubungan diorang, adakah betul sekadar chat atau lebih. Aku serahkan pada Tuhan. Mungkin lebih baik aku tak tahu.
Sejak dari hari tu aku pula berubah. Di tempat kerja aku ni ada seorang jururawat. Muka lawa tapi suara parau dan serak. Kalau dengar tak tengok muka orang ingat jantan. Aku luahkan pada dia. Kami rancang baik saja. Aku tukar nama jururawat tu jadi nama lelaki dalam telefon aku. Lakonan pun bermula.
Aku balik kerja saja bawa nasi bungkus untuk anak. Lepas anak makan aku lepak saja main mesej. Terkopak juga kredit zaman tu. Yelah mesej pun sen. Depan dia pun aku ligat mesej, siap gelak – gelak. Dia macam tak puas hati. Aku sengaja tinggalkan telefon masa mandi. Dengar dia macam maki orang. Okey rancangan berjaya.
Aku tanya kenapa marah – marah, nak sound orang. Aku nak ser4ng awek kau, kau jawab apa. Nak selesaikan jomlah pergi rumah awek kau. Dia diam. Dia merayu supaya aku tak curang. Suruh fikirkan anak. Lelaki lain takkan terima anak tiri dengan baik katanya.
Masa tu aku perah dia cukup – cukup. Nak aku berhenti skandal boleh. Elaun p0tongan isteri yang kau bagi tak cukup. Aku nak separuh daripada gaji kau. Separuh lagi kau guna untuk diri dan anak. Boleh. Dia angguk boleh. Akhir sekali dia bagi kad bank suruh aku jadi kerani gaji dia.
Sejak tu dia berubah. Selalu saja datang ke klinik kalau balik awal. Mandi sama – sama. Banyak perubahan. Paling drastik siap suruh aku jadi suri rumah supaya dapat jaga anak membesar. Sejak jadi suri rumah lagi dia berubah. Aku tengok dia gembira. Balik kerja makan, main dengan anak. Siap bercerita dengan aku.
Baru aku tengok balik kenangan lalu. Ya memang aku sentiasa ada. Hubungan suami isteri pun bagi, anak ada, kerja rumah buat sama – sama. Tapi satu aku lupa dan ia kurang. Masa berborak. Masa meluahkan perasaan. Kerana dah makan, kerja dah buat, waktu balik kerja kami hadap televisyen.
Kadang – kadang televisyen lagi penting. Lepas tu tidur. Lupa untuk komunikasi, bercerita dan berborak manja. Lepas anak kedua lahir, kawan datang melawat. Masa tu baru suami aku ingat suara tu. Kami akui semuanya. Dia pun tak ambil hati. Kalau tak mungkin dia dah jauh hanyut katanya. Setiap ujian mesti ada hadiah terindah. Percayalah.
Ulasan Pembaca :
Adawiyah Hamdan : Bestnya cerita macam ni. Sekurang – kurangnya kita tahu. Kalau kita usaha pertahankan rumah tangga, susah macam mana pun pasti Allah bagi jalan. Yang penting kita sama – sama kena bijak. Terima kasih untuk perkongsian sis.
Maw4r Sha : Bukan saja perancangan yang baik, tapi kerana muhasabah kelemahan lepas rumah tangga. Kita selalu lupa nak jadi isteri yang suami kahwini pada asalnya. Masa bercinta bukan main lagi kita bermanja. Setiap apa kita borak sampai tak ingat siang malam. Tapi bila dah duduk bersama, komunikasi pula dah hilang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.