Aku jumpa resit suami check in hotel bilik 510. Dia bagi alasan jumpa client wanita dekat hotel. Bila aku siasat dia pergi langgan perempuan lorong..

Suami akan marah aku tak kira tempat walaupun kat kedai makan. Aku menangis bila maruah aku jatuh di depan orang ramai. Tapi aku sabar asalkan suami tak curang, biarlah aku kena maki depan orang pun..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Sini aku nak luah dan berkongsi cerita kisah aku bila dah menjadi isteri selama 5 tahun. Perkenalan pada mulanya aku jatuh cinta pandang pertama. Kami masing – masing dah ada perasaan, pada mulanya aku ragu jugak cinta dia tapi usaha dia mendapatkan aku, pandai ambil hati orang tua, ambil berat kat aku.

Bila aku lapar je dia beli makan hantar kat rumah. Sikap dia buat aku jatuh cinta dengan dia. Kejujuran semangat dia, hati aku terpaut. Dia bukanlah lelaki yang kaya berduit, dia cuma bekerja di shopping complex, tapi bukan harta yang aku pandang tapi hati, hanya motor yang dia ada.

Memang kami bahagia, tak pernah ada masalah sehingga kami disatukan. Bermula perjalanan sebagai suami isteri, pada mulanya di awal kami diuji hidup serba kekurangan. Dia cuba untuk meniaga, aku support dia, ikut dia kadang – kadang meniaga jauh, tidur dalam kereta bersama anak yang masih kecil lagi, mandi di tandas.

Tapi aku tak pernah mengeluh, malah kami bahagia. Susah senang biarlah sama – sama. Walaupun ada cakap – cakap suruh aku tinggalkan dia, susahkan hidup aku dan anak – anak. Tapi satu jawapan aku, biarlah, aku terima ujian Allah, aku bersabar dugaan ni, mungkin kesabaran ni Allah bagi ganjaran.

Bak kata di awal kami bersama, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Naik motor hujan panas rempuh. Bila di pertengahan hubungan tu, dia dah berubah sedikit, mesra dengan perempuan – perempuan. Bila aku bersuara dia melenting marah aku tak kira depan orang.

Aku sedih sangat, aku bertahan lagi dan berdoa harap dia berubah. Sepanjang hubungan tu kami kerap jugak bergaduh dan baik balik. Aku bersabar, air mata ni usah cakaplah, dah kering. Kadang – kadang dibiarkan aku menangis tak peduli satu malam sehingga pagi.

Aku anggap semua ni adat berumahtangga, ada masa perlu bergaduh bagi memahami diri masing – masing. Sehingga dia dapat kerja jauh, kami PJJ setahun lebih. Disebabkan aku berpantang dan dia masih stabilkan kewangan untuk kami bersama – sama nanti, ada rumah dan duduk sama.

Siang malam aku jaga anak – anak, aku cuma harapkan mesej dari dia untuk melepaskan rindu. Sebulan hanya 3 kali je berjumpa, kami dah mula senang sikit. Aku selalu rindu sangat dengan dia. Kadang – kadang ada masa aku curiga bila dia lambat reply mesej aku.

Bila aku fikir bukan – bukan, dia marah aku di mesej sampai dia block aku sebab aku mengganggu dia kerja. Aku fikir positif, salah aku terlampau mengada – ngada. Selepas tu aku belajar memahami dia, takkan ganggu dia. Tapi entah kenapa hati aku sentiasa tak sedap.

Sehingga bila dia balik, malam tu dia tidur. Terdetik hati aku nak tengok telefon dia, memang ini yang aku rasa selama ni. Tak pernah salah apa yang aku rasakan. Aku jumpa satu gambar dia dengan staff ofis perempuan dan mesej dengan perempuan kata ajak jumpa, berdua dekat sofa. Agak manja gambar tu.

Aku terus gerak dia, tanya siapa perempuan tu dan mesej perempuan. Dia cuma cakap staff dia je dan mesej tu cuma social life je. Sampai aku suruh dia mengaku lagi, perempuan tu assistant dia. Allah, selama ni dia tak pernah inform dia ada assistant perempuan.

Selama ni dia cuma cakap situ pekerja lelaki je banyak. Alasan dia menipu sebab nak jaga hati aku, so dia menipu. Allahu, aku bagaikan meroyan malam tu jugak. Aku siang malam letih jaga anak – anak, dia sedap mesra dengan betina. Dia terus tampar aku, dia kata aku gila.

Aku menangis sampai pergi di tepi katil, dia boleh sedap tidur tanpa pedulikan aku. Aku tak tidur sampai pagi mengenang apa dia buat. Salah aku ke? Aku langsung tak tahu pun dia ada assistant. Siapa yang tak marah kalau jumpa dalam telefon gambar berdua.

Dah confirm dalam kepala girlfriend. Esok pagi dia pujuk aku. Sebulan lepas tu, dia ajak aku duduk sama. Dia minta maaf pada yang berlaku dan berjanji takkan buat lagi dah. Bila aku duduk sana baru aku tahu ada banyak perempuan. Aku sedih sangat.

Bila kadang – kadang aku tunggu dia kat ofis, aku tengok cara laki aku bercakap dengan mereka, mesra sangat, gurau – gurau. Aku tanya kat dia, cara berbual mesra sangat, kalau boleh kawal kemesraan tu, jaga maruah. Dia cuma cakap dia anggap semua perempuan tu macam adik – adik dia. Sedih aku, aku dilayan kasar tapi dengan perempuan lain mesra je.

Aku tak dapat bayangkan dia dengan assistant tu duduk sama – sama depan komputer sambil laki aku ajar dia. Gambar yang aku tengok tu pun nampak di waktu malam, OT sama – sama. Hanya Allah yang tahu apa laki aku buat di belakang aku. Bersyukur pada Allah kerana makbulkan doa isteri bagi tahu pada suami di saat berjauhan.

Aku sangkakan lepas kejadian tu dia berubah, tapi tak. Tetap jugak mesra dengan perempuan, ada je benda dia nak bergurau dengan perempuan bila jumpa. Kami banyak berg4duh. Dia marah aku tak kira walaupun kat kedai makan. Aku menangis bila maruah aku jatuh di depan orang ramai.

Dia langsung tak hormat aku sebagai isteri. Terlalu banyak sakit hati dari bahagia dalam hidup aku dengan dia. Lepas je gaduh dia selalu berjanji tak buat lagi, lepas tu jadi balik. Aku masih bersabar sebab aku sayangkan dia. Asalkan dia tak curang. Biarlah kena maki depan orang.

Ada masa dia sayangkan aku, ada masa marah tengking. Aku rindukan dia masa perkenalan, rindu sangat yang berusaha dapatkan aku. Aku berdoa dan bersabar dalam hubungan ni. Anggaplah Allah nak duga. Hubungan ni tetap tak ada berubah.

Sehingga di peringkat fasa 5 tahun, aku diuji begitu hebat sangat. Bila aku terjumpa lagi satu mesej dia melanggan pelacur dan cuba di hotel bilik 510. Time tu aku berada di rumah family. Allahu, aku tak sedap hati lepas bangun subuh. Tangan aku ni terus ambil telefon suami.

Ya Allah, kali ni tiada lagi air mata, hanya menunggu dia bangun untuk penjelasan. Bila aku bagitahu apa mesej tu, dia masih mengelak. Dia cakap perempuan tu client, so jumpa dalam bilik. Kenapa tak luar? Bila dia dah nampak aku dah lain, dia jelas.

Dia tak sengaja semua tu. Di dalam Michat la dia jumpa pelacur, belakang aku dia download Michat. Bila aku ada dia uninstall app tu. Aku suruh dia download Michat depan aku. Memang ye dia ada akaun Michat, siap DP solo dan letak status suka bermesra dan dating.

Ada satu friend perempuan, gambar lucah. Kenapa satu je tinggal? Kalau tak kantoi memang dia teruskan curang dia. Allah tu Maha Berkuasa. Doa isteri tu kuat. Aku betul – betul dah tak kuat untuk semua ni. Dah lama sangat aku bersabar tapi tak dihargai. Malah dibalas begini. Lelaki memang tak puas pada satu.

Sedih bila perkahwinan dikhianati. Janji – janji nak hidup sampai tua. Hati aku hancur. Cinta dah hilang, yang tinggal hanya sayang hubungan 5 tahun. Dia merayu melutut, berjanji sumpah mati takkan buat. Kalau dia buat akan jatuh talak tiga atas aku. Dia betul akan berubah dan menyesal.

Dah dua benda tu berlaku. Kepercayaan terhadap dia dah hilang. Hormat aku terhadap suami dah takde. Aku cuba tapi tak boleh. Hati aku terluka sangat. Walaupun aku nampak dia ada perubahan, memang aku maafkan dia tapi nak melupakan memang susah.

Berzina dengan pelacur. Aku sendiri tak pernah dapat duit sebanyak yang dia bagi pelacur. Aku tak kuat. Bila aku seorang aku menangis kenang nasib aku. Aku tak minta apa, aku cuma nak bahagia je. Aku cuma pesan pada dia, kalau bersama tak mungkin aku yang dulu. Aku yang dulu dah mati.

Nak bersama dengan dia pun kadang – kadang dah tawar hati. Aku cuba paksa diri aku untuk mencintai dia, tapi tak boleh. Apa yang ada hanya tanggungjawab. Pada di luar sana, janganlah cinta seseorang begitu dalam. Bila dikhianati orang yang paling kita sayang akan merana seumur hidup.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :