Suami aku cakap, bini orang tu nak jadikan dia adik angkat. Dah tua-tua pun nak beradik kakak angkat. Rupanya dah terangkat sampai check in

Mulanya mesej sekadar kerja. Lama – lama melarat sampai time tak kerja pun nak mesej bergurau senda. Suami aku pernah beritahu yang Anim nak jadikan dia sebagai adik angkat, sebab dia tua 5 tahun. Zaman angkat mengangkat ni zaman sekolah rendah boleh la…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Cerita aku agak panjang sikit, ni pun dah cuba pendekkan. Macam ni ye kalau isteri dah tawar hati, jiwa terasa kosong. Kau letak gula selori pun dalam hati dia tetap akan tawar sampai bila – bila.

Naluri seorang isteri ni 99% tepat sangkaannya. Sejauh mana kau tipu, tetap akan terbongkar juga akhirnya. Hati isteri dekat dengan hati suami, apa yang suami rahsia dalam hati isteri juga dapat merasainya. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi.

Aku dan suami bercinta dari zaman sekolah lagi. Suami aku seorang suami yang baik, anak yang baik, taat pada mak ayah dia, suami yang rajin tolong aku uruskan kerja rumah dan uruskan anak – anak. Suami aku seorang yang penyayang, tak pernah naik tangan bila gaduh, suami yang bertanggungjawab, boleh dikatakan suami yang cukup sempurna di mata aku.

Usia perkahwinan 7 tahun dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Aku seorang surirumah. Kehidupan kami sekeluarga bahagia, walau hidup sederhana. Kalau bergaduh pun hal kecil – kecil, biasalah adat rumahtangga, hingga perkahwinan kami diuji dengan kehadiran orang ke 3.

Biarlah aku namakan perempuan ni Anim (bukan nama sebenar) yang juga isteri orang. Suami aku kerja sebagai pemandu bos dan Anim ni PA pada bos dia. Jadi kerja mereka kena saling berhubung antara 1 sama lain. Aku duk pantau dari awal.

Pada mula ok je, mesej sekadar kerja. Lama – lama melarat sampai time tak kerja pun nak mesej bergurau senda. Aku pernah gaduh teruk dengan suami aku pasal hal ni. Masa ni aku tengah mengandung anak ke 3. Aku cakap kat suami, aku tak suka dia mesra sangat dengan Anim tu, lagipun Anim ni isteri orang, jaga sikit batas pergaulan.

Suami aku cakap aku terlalu cemburu dan dia anggap Anim ni kakak – kakak saja sebab Anim ni lebih tua 5 tahun dari suami aku. Suami aku pernah beritahu yang Anim nak jadikan dia sebagai adik angkat. Aku tak setuju dari awal lagi sebab masing – masing dah berumahtangga.

Zaman angkat mengangkat ni zaman sekolah rendah boleh la. Sekarang dah berkahwin, respect sikit perasaan pasangan masing – masing. Dalam masa yang sama Anim ni berkawan baik dengan aku. Tak sangka kalau tengok dari segi muka baik, pakaian tutup litup sopan je tapi di sebalik tu ada niat nak menghancurkan kebahagiaan aku dan anak – anak.

Menyesal sangat pernah kenal dan berkawan dengan dia. Suami aku selalu sibuk dengan tugas dia dan kadang – kadang kena outstation tinggal aku dan anak – anak. Masa ni aku mengalami alahan mengandung yang sangat teruk sampai masuk hospital.

Jadi suami aku hantar aku balik kampung, katanya di kampung ada mak yang boleh tolong tengok tengokkan aku dan anak – anak sebab dia sibuk. Makin lama hubungan aku dengan suami makin jauh. Aku dapat rasakan suami aku mula berubah.

Dari mula aku mengandung, suami aku jarang nak teman aku checkup perut dan jumpa pakar, sebab kandungan bermasalah. Apa yang aku teringin nak makan semua usaha cari sendiri. Suami aku? Sibuk kejar cinta isteri orang. Masa ni Allah selalu bagi petunjuk kat aku melalui mimpi.

Mimpi muka Anim dan suami aku tengah gelak – gelakkan aku, permainkan aku. Bila terjaga dari mimpi, aku minta petunjuk Allah. Kalau betul depa menganiaya aku, Allah akan tunjuk. Bila aku cerita hal ni kat suami aku, dia cakap aku suka fikir bukan – bukan dan dia setia dengan aku. Setia hanya ungkapan di mulut, di hati?

Ditakdirkan Allah, aku menghadiri mesyuarat di tempat kerja suami aku. Selama jadi isteri tak pernah lagi aku join mesyuarat macam ni tapi gerak hati nak sangat pergi. Masa ni suami aku cakap dia kena outstation bawa bos dia pergi KL 5 hari.

Dia nak hantar aku dan anak – anak balik kampung sebab aku tengah sarat dan tunggu masa je untuk bersalin, tapi aku tak mahu balik kampung. Allah nak tunjuk kat aku, di mesyuarat, bos yang suami aku cakap kena bawa pergi KL tu hadir juga.

Terus terasa tak sedap hati dan bertanya pada kerani di tempat kerja suami aku, betul ke suami aku tugas outstation di KL sebab bos dimaksudkan tu ada. Aku terkejut kerani tu bagitahu yang suami aku sekarang tengah bercuti. Dalam masa sama di mesyuarat tu aku tercari – cari Anim sebab selalu mesyuarat macam tu dia selalu join, bolehlah aku berkawan dengan dia. Tapi tak ada bayangan pun dan dapat tahu Anim juga tengah bercuti.

Macam – macam dengar cerita tak elok pasal suami aku dan Anim berskandal, macam belangkas ke sana sini. Hati ini semakin kuat mengatakan suami aku memang ada hubungan dengan Anim. Sampainya hati diorang mempermainkan aku.

Bila aku dapat tahu suami tengah bercuti dengan Anim di Bandung, hancur berkecai kepercayaan aku selama ni. Aku ingat pergi kerja niat cari rezeki untuk aku dan anak – anak tapi sanggup menduakan aku di belakang. Sanggup suami tinggal aku yang tengah sarat mengandung dengan anak – anak yang masih kecil semata – mata nak berhoneymoon, berseronok dengan isteri orang.

Kebetulan tarikh diorang pergi Indonesia tarikh aku kena jumpa pakar sebab kandungan aku uri berada dekat dengan pintu rahim dan risiko keguguran kehilangan nyawa. Tapi suami aku lebih pilih berseronok dari hal nyawa aku dan bayi dalam perut ni.

Anim ni yang urus segala urusan bercuti diorang sebab dia agent travel ke Indonesia. Lepas kantoi diorang tak habiskan travel dan terus balik ke Malaysia. Terus aku minta cerai sebab aku tak sanggup ditipu. Suami aku minta maaf dan janji takkan sakiti hati aku lagi.

Suami aku tak mengaku ada hubungan dengan Anim dan kata orang pejabat fitnah dia dan Anim. Dia anggap hubungan kakak dan adik, aku tak percaya. Sama la bila aku tanya si Anim, dia pun bagi jawapan yang sama. Tak ada hubungan istimewa.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :