Malam tu skandal aku call. Isteri aku yang angkat. Tenang je dia jawab. Pagi subuh tu, aku terjaga daripada tidur sebab terdengar jeritan dan raungan isteri

Aku dah tak mampu nak berlakon baik lagi, aku terus mengaku tapi aku ego. Sampailah mak ayah aku masuk campur, mereka suruh aku bersumpah dan berjanji atas nama Allah. Malam tu juga aku ambil wuduk walaupun dah berbulan – bulan aku tak solat. Badan aku menggigil…

#Foto sekadar hiasan. Admin mohon hidekan profile. Tq admin sudi siarkan post aku. Assalamualaikum. Coretan ni aku tulis pada waktu pagi. Masa ni cuaca masih hujan gerimis. Sama macam hati aku yang tengah gerimis. Hari ni dah masuk hari keempat aku lalui hari – hari dan detik yang cukup sukar.

Walaupun keadaan dah sedikit reda berbanding awal – awal kejadian, aku tetap bersyukur sebab hari demi hari keadaan nampak makin baik. Cuma apa yang lebih merunsingkan aku sekarang, sedikit demi sedikit aku nampak perubahan pada isteri aku yang tersayang.

Aku tak nafikan, aku yang bersalah dalam hal ni. Ya, aku dah duakan dia di belakang dia sendiri sampai akhirnya dia tahu. Aku masih teringat lagi kejadian pertama tu. Ada satu panggilan masuk ke telefon aku. Isteri aku yang jawab panggilan tersebut.

Memang panggilan tu daripada betina yang aku kenal tu. Dari situlah semua cerita jahat aku mula terbongkar. Isteri aku tanya aku baik – baik siapa perempuan tu, tapi aku tetap nafikan. Malah masa tu isteri aku sempat pesan supaya aku jaga tingkah laku dan dia tak nak aku duakan dia.

Selang sehari selepas kejadian tu, waktu pagi aku terjaga daripada tidur sebab terdengar jeritan dan raungan isteri aku. Aku tanya dia kenapa, tapi dia cuma diam sambil menangis. Di tangan kiri dia aku nampak dia pegang telefon aku.

Masa tu aku dah mula pucat dan takut sebab aku tahu lepas ni semuanya akan terbongkar. Aku masih lagi berlagak macam tak ada apa – apa berlaku. Tapi rupanya dia dah baca semua mesej aku dengan betina tu. Lagi – lagi mesej yang ada panggilan sayang – sayang.

Masa tu aku dah tak boleh nak berlindung lagi dengan lakonan aku. Aku terus terdiam dan terpaku. Isteri aku menangis semahu – mahunya sampai berlaku beberapa perkara yang rasanya kurang sesuai untuk aku ceritakan dekat sini. Aku dah tak mampu nak berlakon baik lagi, jadi aku terus mengaku yang aku memang dah buat silap dan duakan dia. Aku pun cerita tentang perempuan tu kepada dia.

Apa yang aku nampak, isteri aku terus menangis teresak – esak. Aku cuba jelaskan semuanya dan aku akui semua kesalahan aku. Tapi dalam diri aku masa tu masih ada ego. Aku masih rasa aku boleh betulkan keadaan dan semuanya akan kembali macam biasa.

Aku anggap masalah tu terlalu remeh, sampailah kedua – dua ibu bapa aku masuk campur dalam hal ni. Aku dikehendaki bersumpah dan berjanji atas nama Allah yang aku takkan ulang lagi perbuatan tu. Entah kenapa masa tu hati aku masih keras. Tapi jauh dalam lubuk hati, sebenarnya dah mula timbul rasa bersalah.

Malam tu juga aku ambil wuduk walaupun dah berbulan – bulan aku tak solat. Bila aku mula dirikan solat, tiba – tiba badan aku menggigil. Rasa resah, takut dan menyesal datang serentak. Sampai di hujung solat, aku berdoa dan menangis semahu – mahunya.

Masa tu aku betul – betul rasa menyesal dengan semua yang aku dah buat di belakang isteri aku. Lepas selesai solat, aku rasa ada sesuatu yang berubah dalam diri aku. Aku mula nampak dan turut rasa sedih dengan apa yang isteri aku lalui.

Entah macam mana sebelum ni aku langsung tak rasa sedih, walaupun terang – terang aku yang buat salah. Tapi malam tu aku menangis teresak – esak. Aku sujud dan merayu minta maaf di kaki isteri aku. Tapi sayang seribu kali sayang, semuanya dah terlambat.

Aku tengok sendiri macam hati isteri aku dah kosong. Kosong sekosong – kosongnya. Lepas kejadian tu, hari – hari aku tengok wajah dia dan aku sendiri boleh nampak perubahan tu. Dalam masa yang sama aku masih menangis dan merayu.

Tapi isteri aku cuma senyum sinis dan suruh aku bersabar. Aku menyesal sangat – sangat. Selama ni isteri aku yang banyak sanjung aku. Susah senang dia tetap ada dengan aku. Tapi aku tak pernah hargai semua tu. Malah aku lebih pandang perempuan yang baru aku kenal beberapa bulan berbanding isteri aku yang dah lama bersama aku.

Sekarang baru aku sedar. Aku menyesal semahu – mahunya. Aku dah mengaku kesalahan aku dan aku dah berjanji dengan dia yang aku akan berubah. Tapi isteri aku cuma mampu senyum tawar. Yang paling buat aku sakit, bila di belakang aku, aku nampak dia menangis seorang diri.

Sejak hari tu sampailah coretan ni ditulis, aku masih menangis. Sekarang semua yang aku lalui rasa hambar. Rasa menyesal tu datang setiap hari. Aku rindu isteri aku yang dulu. Aku sangat rindu saat – saat manis aku dengan isteri aku.

Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya kembalikan isteri aku seperti dulu. Aku tahu aku tak boleh paksa hati dia. Aku cuma mampu tunggu, berusaha dan berdoa. Rasa macam sampai di sini saja coretan aku. Maaf kalau terlalu panjang. Aku masih tak dapat nak tahan rasa sedih ni.

Aku dah tak ada siapa nak mengadu kecuali Allah. Tujuan aku tulis coretan ni pun sebab aku nak lepaskan segala penyesalan yang dah lama terbuku dalam hati. Aku juga nak pesan kepada pasangan suami isteri di luar sana, jagalah hubungan baik – baik.

Jangan bagi orang luar masuk dan merosakkan rumah tangga yang kita bina. Kadang – kadang kita hanya sedar nilai seseorang bila kita dah hampir kehilangan dia. Kepada isteriku, b minta maaf sebab buat ayang jadi macam ni. Sekarang b betul – betul menyesal.

B tahu b dah lukakan hati ayang terlalu dalam. B cuma minta satu peluang untuk b tebus balik semua kesalahan b. B minta ayang terima b balik macam dulu. Tolonglah ayang, baliklah macam dulu. B rindu ayang yang dulu. B rindu keluarga kita. B cuma mampu berdoa supaya satu hari nanti hati ayang terbuka untuk maafkan b. Sekian saja coretan daripada seorang suami yang sedang menanggung penyesalan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :