Sebelum kahwin isteri mengaku dah tak suci sebab kena paksa. Lepas kahwin aku siasat, rupanya penuh gambar isteri aku dalam FB lelaki..

Alangkah terkejutnya aku bila dapat tahu sepanjang isteri belajar dekat KL, dia selalu keluar dengan jantan ni. Jantan ni senior dia. Yang paling aku marah, jantan ni la yang isteri aku kata dah rosakkan dia.. Aku dah mula fikir, entah – entah suka sama suka. Aku nak jumpa ayah mertua..

#Foto sekadar hiasan. Assalam admin. Tolong hide profile saya. Maaf kalau post saya sedikit panjang. Ceritanya macam ni. Saya kenal dengan isteri saya ni dari zaman sekolah. Dia ni anak yatim, kematian ibu dan ayah dia plak dah kahwin lain.

Kami kenal kat Facebook masa 2018. Kami baru berkahwin 28hb Jan 2026 tahun ni. Dia lepas habis sekolah, dia sambung belajar di KL. Di sana sewaktu semester 2, dia kata dengan saya, kesucian dia telah diragut tanpa rela. Masa tu tahun 2024.

Ok la saya terima dia dengan seadanya. Dia kata dia keluar ramai – ramai dan cakap tak pernah kenal dengan laki tu. Dia pun cakap dia kena paksa. Saya terima la walau macam mana pun dia masa tu. Sampai la saya habis belajar, saya kerja dan kumpul duit untuk menghalalkan hubungan kami ni.

Dalam masa tu saya tengok dia ni macam takde apa – apa benda yang mencurigakan langsung sampai la saya kahwin dengan dia. Masa kahwin ni dia dah sem 5. Lepas sebulan kahwin, kantoi. Masa tu raya ke 3. Dia ada dengan saya. Masa dia tidur, saya check telefon dia.

Ada mesej kawan dia tanya dia kat mana, dia kata tengah sahur malam dengan si jantan siap ada nama ni. Saya pun macam tak percayalah, macam terkejut. Masa malam dia keluar tu, dia kat KL, saya kat kampung. Dia bagitahu saya dia ngantuk dan nak tidur awal. Tapi rupanya keluar jumpa lelaki.

Tapi biasa lah, saya tetap maafkan. Sebab saya fikirkan family. Ayah dia dah berumur 70 tahun dan atok belah ibu dia dah tua 80 tahun, dah amanahkan saya untuk jaga dia walau macam mana pun dia sejak zaman kitorang sekolah lagi. Dia pun kata dia dah menyesal sangat.

Dia cerita lah kat saya yang tu last dia jumpa. Saya rasa kalau tak kantoi, sampai bila – bila dia jumpa jantan tu. Saya maafkan dia sebab dia kata yang jantan tu kawan kepada kawan dia. Kawan dia yang perempuan pun ikut. Dia dah cerita macam tu. Jadi, saya harap dia tak buat lagi.

Tapi pada malam 31 Ogos, dia kat KL dan saya kat kampung. Masa saya tengah periksa FB dia, saya check kat blok list orang yang dia blok. Terjumpa FB si jantan ni. Tuhan Maha Mengetahui. Dia tunjukkan semua. Nama dia saya tahu.

Alangkah terkejutnya saya bila dapat tahu sepanjang dia belajar ni kat KL, dia selalu keluar dengan jantan ni. Jantan ni senior dia. Dari tahun 2024 hingga awal tahun 2026. Dan tak sangka lah yang jantan ni dengan jantan yang dia kata rosakkan dia ni orang yang sama.

Pasal kisah rogol tu saya tak tahu la betul atau tidak, takut je dia buat cerita. Takut dia yang suka – suka bagi je. Memang hancur hati saya masa tengok akaun FB si jantan ni. Selamba je dia upload gambar dia dengan isteri saya peluk – peluk, cium – cium kat tempat awam kat FB dia.

Mesra sungguh. Walaupun tu gambar sebelum kahwin, tapi hati saya memang hancur la. Yang lepas sebulan kahwin tu takde gambar. Jadi saya tak tahu la macam mana isteri saya dengan dia masa tu. Jadi saya ni apa pada dia? Macam dipergunakan pun ada. Diperbodohkan bertahun. Memang hancur hati ni.

Sebab selama saya usaha nak halalkan dia, dia buat kat belakang saya macam tu. Saya tunjuk la gambar – gambar tu kat isteri saya. Jadi saya tanya dia apa yang dia nak sebenarnya. Dia kata hanya sekadar kawan. Hanya untuk suka – suka. Logik ke? Macam tu peluk dan cium.

Saya tanya kenapa terima lamaran saya. Dia cakap saya baik, lain dari yang lain. Dia cinta saya. Kalau cinta saya, kenapa sanggup buat macam tu? Dan pastu saya tanya dia berapa kali pernah tidur dengan dia. Dia cakap sekali je. Masa kena rogol. Saya tanya lagi sekali betul – betul dengan sumpah.

Bila saya suruh sumpah, dia tak berani. Saya dah macam was – was dengan dia sekarang ni. Dah rasa tawar hati. Segala persoalan di fikiran dah terjawab. Pagi esoknya saya terus jumpa ayah mertua saya. Sebab dia wali. Pertama sekali saya cakap saya minta maaf tak bagitahu awal – awal pasal kes rogol 2024 tu.

Saya terus tunjuk gambar isteri saya dengan jantan tu. Ayah dia pun tak sangka dia macam ni. Selama ni dia seorang yang ayah dia percaya. Saya pun tak sampai hati nak cerita lagi detail kat ayah mertua saya. Saya tunggu dia balik cuti panjang ni. Dengan penuh sabar. Hanya Tuhan yang tahu.

Pasal laki tu saya ada add dia, sekarang dia dah blok saya. Belum sempat nak chat dia. Dia dah blok. Lepas tu saya check pakai FB kawan saya, dia dah padam gambar – gambar tu semua. Nasib saya dah save. Terima kasih yang membaca kisah dan luahan hati saya. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya alami sekarang ni. Harap semua dipermudahkan.

Soalan saya: Bila dia balik sini cuti panjang nanti, apa patut saya buat? Patutkah saya bagi peluang kat isteri saya? Isteri saya habis belajar hujung tahun ni dan praktikal kat PD. Patutkah saya ikut dia untuk mengelakkan benda ni berlaku lagi?

Macam mana cara untuk bagi dia insaf sekarang ni? Sebab dulu dia kata insaf dah tapi dia tetap ulang salah dia. Lepas praktikal nanti dia kata nak kerja. Patutkah saya benarkan? Dengan perangai dia macam tu. Apakah tindakan patut saya ambil atas jantan yang rosakkan dia tu? Terima kasih admin.

Komen Netizen:

Haz Rand : Bini tak puas rasa bujang lagi ni. Sebab mudah terpengaruh dengan rakan – rakan lain. Yang bebas ke mana, yang masih belum bersuami. Elok – elakkan perkara yang boleh membuatkan diri dayus. Kita takkan dapat mengubah orang lain selagi dirinya tak mahu berubah. Percayalah. Memang dah susah. Tapi kalau masih sayangkan dia, kerapkan berdoa minta petunjuk Allah. Hanya hidayah Allah je yang mampu mengubahkan isteri awak. Insya-Allah.

Bahieda Baharin : Bukan tak pernah bagi peluang. Dah pernah. Yang perempuan pun macam tak sedar sedar diri. Dah orang terima seadanya, berubah lah. Kes ni agak berat bagi saya. Saya rasa rujuk Pejabat Agama, minta pendapat atau kaunseling apa yang patut encik buat dan buat istikharah. Insya-Allah ada petunjuk. Moga encik diberi kebahagiaan dunia akhirat suatu masa nanti dan moga encik menemui peneman hidup yang sesuai dengan encik.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :