Lepas kahwin, mama pujuk aku dengan isteri pindah duduk sekali. Rupanya senang dia nak spy sebar aib isteri. Bila kami tiada di rumah, mama akan masuk senyap – senyap dalam bilik kami ambil gambar, sebarkan dekat kawan – kawan dia. Kemuncaknya..
#Foto sekadar hiasan. Tolong lah admin siarkan kerana aku hampir jadi giIa. Aku perIukan pendapat. Terutamanya dari ustaz – ustaz. Aku tak faham. Selama aku dibesarkan. Aku selalu baca artikel tentang Mak Mertua tak ngam dengan menantu perempuan. Selama ni aku tak percaya. Bila betul – betul terjadi, aku seperti tidak boleh terima.
Aku anak tunggal lelaki dalam keluarga aku. Dah dua tahun berkahwin, namun tidak dikurniakan cahaya mata lagi. Mama dan abah aku adalah anggota polis. Namun setelah kahwin, mama berhenti kerja dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa.
Mama amat menyanjung tinggi pada Pegawai – Pegawai polis, lebih – lebih lagi yang memiliki gelaran Dato dan Datin. Masa mula mula berkahwin, mama memujuk untuk tinggal bersamanya memandangkan aku masih belum tamat Masters.
Dia kata kejap je, nanti dah stabil nak pindah. Pindah lah. Oh ya, aku kahwin semasa aku sedang menghabiskan Masters, dan tidak ada kerja tetap lagi. Tapi jangan salah faham ya, semua duit kahwin semua aku dan isteri kumpul sejak dari sekolah lagi. Kami bercinta dari zaman sekolah.
Kerana memikirkan aku tak habis Master lagi, aku pun memujuk isteriku untuk tinggal bersama dengan mama dan abah sementara aku mengukuhkan kewangan. Isteri aku tidak mempunyai kerja tetap, tapi dia sangat berbakat dalam bisnes. Duit kahwin yang dia sumbangkan semua berpunca dari bisnes dia.
Isteri aku menjual pelbagai barang dan sememangnya dah t4rget untuk terus berbisnes. Sebab itu aku yakin untuk berkahwin walaupun tidak mempunyai kerja tetap lagi. Duit selepas kahwin pun ada kami kumpul. Tidak lah banyak, tapi ku kira 10k itu cukup untuk makan pakai berdua.
Isteri aku ada degree dalam bidang Kejuruteraan. Tapi entah macam mana dia boleh terminat sangat dengan bisnes. Jadi dia tidak langsung mencari pekerjaan, sebaliknya fokus dalam bisnes. Pada awal perkahwinan. Semuanya okay lagi. Namun semuanya jadi serba tak kena apabila aku membuat keputvsan untuk ikut isteriku dalam bidang perniagaan.
Isteri aku membuatkan aku berminat dengan bisnes. Dia boleh kerja ikut masa dia. Tapi dia pernah nasihatkan aku bahawa jika berniaga, memang akan susah pada awalnya. Namun jika konsisten dan tidak cepat tamak serta sabar, akan membuahkan hasil yang lumayan.
Mama aku ingin aku mencari kerja tetap. Jika aku tidak mahu kerja dalam bidang aku, dia mahu aku menjadi Pegawai Polis. Katanya, jika aku jadi pegawai. Semua orang akan hormat, lagi – lagi di tempat kecil seperti Ipoh ini. Di sinilah ceritanya bermula.
Mama aku memang marah yang amat setelah mendengar keputvsan aku untuk berniaga. Hubungan kami mula renggang. Terutamanya hubungan isteri dan Mama aku. Mama aku menyebarkan berita bahawa lepas kahwin anak lelaki tunggalnya ikut cakap isteri sahaja.
Tidak mahu dengar kata – katanya. Mama mula mencari salah isteri aku. Ada je yang tak kena. Menantu pemalas lah. Selalu meIawan lah. Padahal ketika isteri aku di rumah, dia memang fokus dengan bisnesnya dan ada je bantu siang – siang bawang ke kalau kakak masak.
Pada mulanya, isteri aku boleh tahan. Tapi lama kelamaan, mama aku m4kin banyak menabur fitnah pada isteri aku. Dia ceritakan pada kawan – kawan dia, pada abah aku, pada kakak – kakak aku tentang keburukan isteri aku yang tidak betul.
Bila kami tiada di rumah, sehingga tahap mama aku masuk ke bilik kami dan tangkap gambar bilik dan sebarkan pada kawan – kawannya. Dia lihat bakul baju kotor penuh. Sebar bahawa menantunya pemalas tidak basuh baju.
Aku mengaku. Isteri aku tidak sempurna. Dia tidak dibesarkan oleh wanita bergelar mak. Maka dia memang lompong dari segi pengurusan rumah. Isteri aku tidak pandai masak sangat. Isteri aku bukan jenis basuh baju hari – hari, dia akan tunggu dah penuh bakul baru akan basuh.
Aku tidak ada masalah dengan itu. Langsung tidak pula aku complain. Tetapi mama aku asyik mencari kesalahan. Isteri aku memang tidak berbakat dalam ”dunia suri rumah tangga“. Tapi dia sangat rajin dalam berkerja walaupun hanya berkerja sendiri.
Kadang – kadang isteri aku perlu tidur 3/4 pagi demi siapkan tempahan. Maka kadang – kadang dia tak mampu untuk bangun awal pagi. Tapi aku faham. Tidak langsung aku marah kerana faham. Isteri aku juga tidak mahir memasak kerana dia hidup bersama babahnya.
Sepanjang dia hidup, keluarga isteri aku memang makan di luar sahaja, bila masuk sekolah menengah sampai lah ijazah, isteri aku duduk di asrama. Maka isteri aku tidak didedahkan dengan dunia dapur. Namun aku juga tidak ada masalah kerana aku bukan cerewet tentang makan.
Tapi di depan isteri aku, mama tidak pernah complain kepadanya. Tapi dia akan mengumpat isteri aku kepada kawan – kawan jirannya. Banyak cerita cerita fitnah mama tabur pada isteri aku. Macam macam cerita dia buat supaya isteri aku nampak seperti pemalas dan teruk.
Hampir 1 taman perumahan ingatkan isteri aku sangat teruk walhal sama saja dengan semua wanita. Isteri aku juga seorang manusia, ada masa malas. Ada masa rajin. Mama aku juga bukanlah rajin mana. Rajin mengumpat adalah.
Memasak pun jarang. Selepas masak memang sinki ditinggalkan begitu. Basuh baju pun jarang sekali mama aku buat. Biasanya aku dan kakak – kakak aku akan buat. Tapi tidak pula kami complain. Abah pun tidak complain.
Kemuncaknya adalah bila aku membuat keputvsan untuk berpindah rumah. Menyewa di luar. Aku kasihankan isteri aku. Serba tak kena di rumah mertua sendiri. Tak boleh jadi sendiri, bak kata omputeh – fake. Asyik menghadap fitnah mama aku. Betapa kuatnya em0si dia yang bergelar isteri.
Kini bisnes aku sem4kin stabiI. Bisnes yang aku usahakan dengan isteri. Cuma mama masih kekal dengan per4ngainya. Tak pernah rasa diri sendiri salah. Semua benda di sekeliling dia akan kutuk. Sekarang mama masih aktif mengumpat tentang isteri aku pada jiran – jiran.
Aku dianggap sebagai anak derh4ka, kononnya kerana aku asyik dengar kata – kata isteri walhal semuanya adalah dari keputvsan aku sendiri. Isteri aku? Isteri aku digeIar sebagai menantu derh4ka. Walhal yang banyak kena fitnah, adalah isteri aku.
Isteri aku kini sudah pandai memasak. Sejak ada dapur sendiri, isteri aku rajin eksperimen masak. Walaupun dulu banyak tak jadi, tapi sungguh aku tak kisah kerana aku tidak cerewet. Sampai sekarang hubungan kami masih renggang.
Mama tidak pernah angkat call aku. MembaIas mesej aku. Tapi aku masih mengirim duit buatnya walau dia hebahkan dia tidak perIukan duit aku (walaupun sebenarnya dia guna juga). Jadi aku nak bertanya pada pembaca sekalian. Derh4kakah aku dan isteri aku? Apa yang harus aku lakukan. Apakah hukvm nya ? Mohon pencerahan. Aku buntu !!!! – Amat – Anak Tunggal Lelaki
Komen W4rganet :
Puan Zuera : Kesiannya.. Sabarnya isteri encik dan dia sangat bertuah mempunyai suami yang memahami isteri, pindah rumah untuk keselesaan isteri.. Semoga ibu encik dibukakan hati untuk menerima korang suami isteri, dia sedih sebab encik tak ikut katanya untuk jadi polis.
Asalkan encik hormatkan ibu dan jalankan tanggungjawab anak sudah la.. Ibu encik masih tak dapat terima hakik4t untuk berkongsi anak lelaki tunggal nya dengan orang lain.. Sabar.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.