Mama dan nenek menangis mengadu per4ngai kak ipar macam h4ntu sampai aku kena berhenti belajar

Bayaran bulanan kereta, roadtax kereta abang aku, semua aku yang bayar termasuk duit minyak. Tapi kak ipar suka hati je bawak pergi berjalan, bercuti sana – sini. Aku pun pelik mana dia dapat duit. Sehinggalah satu hari, kak ipar sorok kunci kereta dari aku..

#Foto sekadar hiasan. Salam, terima kasih admin sebab dah siarkan confession aku ni. Maaf kalau confession aku nie agak panjang dan agak terbuka. Tapi sebenarnya aku takda niat nak buka aib sesiapa, aku cuma tak tahu nak mengadu dan luah dengan siapa dan aku harap cerita aku ni boleh dijadikan pengajaran buat orang kat luar sana.

Aku ni dulu sebenarnya seorang student kat salah sebuah universiti kat pantai timur. Tapi lepas apa yang terjadi pada keluarga aku, mama aku buat keputvsan untuk berhentikan aku dari belajar dan suruh aku cari kerja. Sedih memang sedih, yelah sebab time tu dah sem 4 nak masuk sem 5, aku berhenti belajar macam tu je.

Rasa selama 4 sem aku belajar tu sia – sia je. M4kin sedih bila terkenangkan kawan – kawan semua dapat sambung sampai grad. Kadang – kadang aku terfikir kenapa mesti aku? Sedangkan aku pun ada cita – cita sendiri, nak merasa jugak pakai jubah, naik pentas ambil sijil.

Mesti mama aku bangga tapi apa yang aku boleh buat selain akur dengan keadaan keluarga aku sekarang. Mesti ramai yang tertanya kenapa aku kena berhenti belajarkan? Hurm, aku sebenarnya tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni cuma apa yang aku nampak semua ni terjadi berpunca dari abang aku sendiri.

Untuk pengetahuan korang, aku ada seorang abang, seorang kakak ipar dan mama. Ayah? Ayah aku dah lama meninggaI sejak aku kecil lagi. Sejak arw4h ayah meninggaI kononnya tugas sebagai ketua keluarga tu lepas pada abang aku la tapi hanya angan – angan kosong sahaja!

Kenapa aku cakap hanya angan – angan? Okey eh, abang aku ni dah kahwin dalam 2 tahun lebih macam tu. Sejak dia kahwin dia langsung tak bekerja! Kerja dia setiap hari cuma makan, tidur, makan, tidur. Tidur pagi bangun petang, malam jadi burung h4ntu!

Solat jangan cakaplah. Walau dah ada anak pun dia masih dengan per4ngai s3tan dia tu. Isteri dia pun sama. Boleh dik4takan per4ngai abang dengan kakak ipar aku ni sama je. 2×5 . Sama – sama pemalas. Jadi, macam mana nak jadi ketua keluarga macam tu?

Abang dengan kakak ipar tinggal serumah dengan aku dan mama. Kakak ipar aku ni bila mama aku minta tolong buat kerja rumah mesti dia akan member0ntak. Paling buat aku menyampah, bila mama tanya dia, dia boleh buat b0doh je macam mama tengah bercakap dengan meja makan!

Lepas tu, kalau mama mintak tolong dia kemas rumah ke atau buat kerja – kerja rumah dia boleh lepak atas sofa sambil makan kacang lepas tu tak endahkan apa yang mama aku suruh! Kalau aku jadi mama aku pun terasa dapat menantu macam tu.

Kerja tak buat tapi boleh lagi makan kacang sambil layan drama! Sump4h mendidih aku tengok per4ngai dia. Dah la tu buat mama aku ni macam h4mba abdi dia je. Makan mama yang masak, kain baju dia mama yang basuhkan, malah pakaian dalam dorang pun mama aku yang cuci!

Aku sendiri pun tak tahu apa nak jadi dengan dorang laki bini tu. Kalau aku kata anak derh4ka karang marah, kata aku ni kurang ajar. Jadi, aku diam jelah. Bayangkan ye, kalau aku dengan mama balik kampung ke atau tidur rumah sed4ra, sebelum pergi tu kami akan pastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas.

Pinggan, mangkuk, meja makan, dapur, ruangtamu sehinggalah ke bilik kami akan pastikan kemas. Tapi bila aku dengan mama balik semula ke rumah, hanya Allah je yang tahu betapa teruknya rumah! Nak cakap rumah bujang bukan rumah bujang, nak cakap kandang lembu pun lagi teruk rumah ni dari kandang lembu aku rasa.

Dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, sinki bertakung penuh dengan sisa makanan, toilet tak flush dengan lantai berminyaknya lagi, ruang tamu bersepah. Hm senang cerita memang kotor lah! Aku pun tak faham macam mana dorang boleh hidup dalam rumah yang mengalahkan kandang lembu tu!

Lagi satu masalah kakak ipar aku ni dia suka menjeling dan tarik muka. Tak kira la dengan mama aku ke, aku ke, nenek aku pun dia selamber je jeling lepas tu tarik muka! Kalau tarik muka, jeling je takpe ni sampai nak hentak – hentak kaki, hempas semua barang konon nak protes sebab mama mintak tolong dia buat kerja rumah.

What? Seriously aku ada kakak ipar macam tu? Sangat teruk! Tak lawa takpe lagi ni sampai tak hormat mama aku memang buat aku panas. Sampaikan satu saat nenek dengan mama aku mengadu yang dorang terasa dengan sikap kakak ipar aku tu.

Mengadu je takpe weh, tapi kalau sampai menangis? Aku pun buntu macam mana nak tolong betulkan per4ngai abang dengan kakak ipar aku ni. Aku fikir aku ni anak bongsu je kalau aku lagi tua dari dia memang pen4mpar aku ni dah lama singgah kat pipi dia tu.

Silap – silap ikutkan hati ni nak je aku halau dorang berdua keluar dari rumah ni. Biar dorang belajar berdikari sikit. Tapi aku sedar, aku tak boleh salahkan kakak ipar aku je sebab abang aku sendiri pun memang teruk! Macam mana nak dapat isteri yang baik kalau suaminya pun terukkan?

Jadi, disebabkan abang aku sendiri pun tak kerja, segala keperluan dia, isteri dia dan anak dia semua aku dengan mama yang terp4ksa tanggung. Korang bayangkan, mama aku cuma baby sitter je. Itu pun cuma jaga sorang baby.

Sorang boleh dapat berapa je. Tak lebih Rm400 beb! Tak lebih! Tambah pulak aku yang hanya hidup dengan menggunakan sijil SPM yang cukup – cukup makan ni. Dulu ada simpanan bolehlah aku belajar tapi lepas abang buat per4ngai macam ni semua duit simpanan habis sampai aku terp4ksa berhenti belajar!

Aku dahlah kerja biasa – biasa je. Bukan tak bersyukur cuma aku tak boleh terima kalau abang aku teruskan per4ngai s3tan dia tu! Duduk pulak kat tengah – tengah bandar memang tak cukup! Nak bagi mama lagi, nak bayar sewa rumah lagi, nak bayar kereta abang aku lagi.

Oh ye, abang aku dulu pernah kerja sebelum dia kahwin. Masa dia kerja dia ada beli kereta tapi semenjak dia kahwin, bila dah pergi honeymoon, start cuti panjang dia cakap dia malas nak kerja. Kau ghase? Tak ke rasa nak bagi sebijik kat muka dia?

Abang aku pernah cakap dia tak suka kerja bawah orang. Kalau boleh dia nak ada bisnes sendiri, jadi bos, goyang kaki dapat duit. Tapi masalahnya, bila mak sed4ra aku nak tolong salurkan modal untuk buka bisnes sendiri dia taknak.

Dia tolak mentah – mentah. Dia kata dia masih ada kudrat lagi nak usaha sendiri cari modal. Masa dia cakap macam tu aku gelak je, rasa nak munt4h pun ada. Hakik4tnya sampai sekarang masih sama. Takda hasil! Sump4h weh aku geram giIa bila tengok dorang laki bini.

Tengok macam tak ada pedoman hidup langsung! Kadang – kadang aku terfikir, lebih baik m4ti daripada menyusahkan mama bela anak dan menantu macam dorang. Pasal kes kereta pulak, dah lah bulan – bulan aku yang bayar, roadtax semua aku yang settlekan, lepas tu boleh pulak kakak ipar aku ni pakai sesuka hati dia.

Macam kereta tu bapak dia punya pulak! Yes, memang kereta tu atas nama suami dia tapi atleast mintak izin dengan aku dulu sebelum nak guna sebab aku yang bayar jadi aku pun ada hak! Kalau setakat pakai kereta nak pergi keluar bandar, balik kampung ke takpe aku tak kisah ni nak pakai kereta tu untuk lepak dengan kawan – kawan, siap bawak pergi vacation memang panaslah jawabnya.

Ye weh dia pergi vacation! Entah dari mana dia dapat duit pun aku taktahu. Part ni takpa lagi. Part dia sampai sorok kunci tak boleh blah. Agak – agaklah aku dah kerja penat – penat cari duit untuk bayar kereta tu dia boleh buat macam aku ni takda hak langsung atas kereta tu?

Anak dia pulak mama yang jaga. Walaupun dorang ada kat rumah pun mama yang kena jaga. Anak dia menangis ke, nak susu ke, nak mandi ke atau s4kit sekalipun, semua mama yang buatkan. Aku rasa dorang nie cuma pandai buat anak je tapi jaga anak langsung tak pandai!

Aku bila tenung je muka anak dorang mesti aku menangis. Sedih bila mengenangkan kenapa la anak yang tak berd0sa ni dapat mak ayah macam abang dengan kakak ipar aku ni. Langsung tak kisah pasal anak dia! Lagi satu masalah, abang aku ni per0kok tegar.

Hampir setiap hari mintak duit kat mama aku untuk beli r0kok! Aku tengok dia mintak duit aku rasa macam nak bakar je dia hidup – hidup macam mana dia bakar r0kok tu. Aku dah banyak kali pesan kat mama aku jangan bagi muka, jangan bagi langsung duit kat abang.

Biar je dia tapi biasalah hati seorang ibu kalau anak dah mintak duit takkan tak bagi pulak kan? Tapi aku yang pedih. Aku kerja, bagi duit tu pada mama supaya mama guna untuk diri dia sendiri tapi mama bagi pada abang pulak.

Sebab apa? Sebab r0kok? Aku menangis cari duit, dia senang – senang je mintak! Walaupun layanan mama aku terhadap abang dan kakak ipar aku tu nampak baik je tapi hakik4tnya dia banyak makan hati. Mama selalu mengadu kat aku pasal per4ngai akak ipar yang tak reti hormat dia.

Sampai satu tahap mama aku menangis ! Ye, mama aku menangis sebab seorang anak dan menantu yang per4ngai macam h4ntu! Korang cuba bayangkanlah, aku dengan mama kerja gaji tak seberapa terp4ksa tanggung dorang laki bini pulak?

Tu belum campur kos untuk anak dorang lagi. Hurm.. Apalah nasib aku dengan mama dapat abang dan anak macam tu. Sekarang ni aku cuma tunggu masa je. Bila aku rasa nak meIetup, memang laki bini tu aku h3ntam cukup – cukup. Abang tak abang siapa salah gua Iibas!

Jadi, kepada lelaki yang dah berkahwin tolonglah jalankan tanggungjawab korang sehabis baik. Jangan abaikan sebab sekali korang abaikan, korang akan k0rbankan masa depan orang lain jugak. Kepada kaum hawa pulak, bagi yang dah berkahwin tolong respect dan hormat mak dan keluarga mentua.

Walaupun mak mentua tu hanya mak mentua tapi ingatlah dialah wanita yang telah melahirkan suami korang. Tanpa mak mentua korang tu mungkin korang pun takkan berkahwin dan takkan merasa ada zuriat sendiri! – Adik Bongsu

Komen Warganet :

Tiya Smilove : Erm… camne nak cakap eh? Mama kau buat silap besar sebab mintak kau berhenti belajar. Sejenis pelik. Sebab kalau mak – mak lain, nak anak dorang belajar tinggi. Agaknya dulu mama kau ni favor abang kau kot?

Tipikal makcik – makcik punya mindsetting. Harapan tinggi menggunung kononnya anak lelaki ni diharapkan membela nasib keluarga, anak perempuan pula hidupnya berakhir di dapur. Penyudahnya kau jadi m4ngsa menanggung biawak hidup.

Aku rasa kau dah boleh start angkat kaki ajak mak kau duduk rumah lain. Lantaklah dorang anak – beranak nak makan apa. Berkeras sikit. Silap – silap nanti, kalau abang kau ada anak lagi pastu anak – anak dia masuk sekolah pun kau yang kena tanggung. Jadi, apa yang tinggal untuk diri kau?

Farah Ibrahim : Adoiii dik, jangan la lembut sangat. Pergi bayar semua buat ape.. mak ,nenek, h4ng kena la main peranan. Kalau duk dengar je smpai bila – bila dia buat camtu. Kalau h4ng baca ni pon, sekadar baca, tak jalan la.

Bertindak la demi masa depan hang (simpan duit) dan masa depan mak h4ng. Biarlah di akhir – akhir sisa hidup mak bapak kita gembira bukan makan hati. Menyesal kemudian takde guna dik.

Farah Adibah Ibrahim : Saya rasa, apa yang orang – orang komen, mesti confessor ni pernah terfikir. Benda tu semua common sense. Persoalannya kenapa dia tak buat. Saya tak rasa confessor b0doh ke ape tapi dia ada satu kelemahan, iaitu mak dia.

Abang dia maybe m4nipulate mak dia, guna ugvtan – ugvtan em0si yang menyebabkan mak dia still biarkan perbuatan anak dia. Confessor yang sayang sangat dengan mak dia melakukan peng0rbanan untuk mak dia, bukan untuk abang dia.

So the crux here is how to convince the mother to take action. Walaupun confessor boleh sangat – sangat move on, takkan dia nak tinggalkan mak dia. Jadi saya tak rasa dia b0doh tapi saya lihat peng0rbanan yang besar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.