Majlis kahwin belum buat lagi tapi mak dan tunang duk berebut duit hasil salam kaut

Awal – awal lagi mak cakap nak ambil duit salam kaut masa majlis nanti. Tapi bila tunang dapat tahu, dia tak puas hati. Dia suruh saya mintak duit tu dari mak. Sebab bagi dia, dia dah bagi hantaran, jadi duit salam kaut tu ada hak dia.

#Foto sekadar hiasan. Hai semua pembaca, sebab sekarang ramai confess pasal masalah keluarga dan mak ayah. Hari ni saya nak confess pasal kisah saya. Jadi sebenarnya saya datang dari keluarga yang bermasalah. Mak ayah bercerai sejak saya baru dilahirkan.

Saya 2 beradik sahaja. Sebabkan penceraian ini mak saya kena s4kit mer0yan. Kami dibuang keluarga kedua – dua beIah pihak. Hidup dipulaukan. Biasalah stigma tipikal masyarakat bila bercerai perempuan yang akan disalahkan.

Kami masih duduk dengan atuk dan nenek sebeIah mak tapi susah. Kami dipulaukan, dipandang h1na. Double standard. Baik macam mana pon kami masih dipandang lekeh. Contohnya masa saya dapat 5A UPSR, masih datuk saya banggakan cucunya yang tiada A langsung.

Mak saya juga mata duitan. Terbaca juga confession tentang mak mata duitan tu. Mak saya lebih kurang macam tu, tak pernah bagi duit belanja sepanjang saya masuk asrama dan universiti. Saya bayar duit yuran sekolah dan buku – buku guna duit biasiswa.

Masa saya nak minta biasiswa ni pon berendam air mata. Sebab walaupon mak saya ibu tunggal, gaji mak saya cukup untuk tanggung keperluan kami 2 beradik. Masa tu cikgu saya bagitahu ramai lagi pelajar yang lagi susah. Nak tak nak saya terp4ksa cerita masalah keluarga saya jadi cikgu setuju untuk proses biasiswa saya.

Masa di universiti saya pernah tak balik rumah setahun sebab merajuk. Saya ni jarang minta duit pada mak saya sebab dah tahu kalau minta pon tak dapat. Jadi kalau saya minta tu memang tengah terdesak. Waktu ni seminggu saya makan kentang rebus sahaja sampai lidah rasa getah kentang tu tak hilang – hilang.

Lepas tu saya minta mak saya bagi RM50. Kemudian minggu depannya saya minta lagi. Mak saya cakap minggu lepas dah bagi RM50. Bayangkan. Duduk di universiti dengan belanja RM50 boleh tahan sampai bila. Dan RM50 itu lah sahaja duit yang dia pernah beri sepanjang saya masuk universiti.

Rasa macam tak logikkan ada mak macam ni? Tapi percayalah ni betul – betul berlaku. Pasal ini sahaja saya berg4duh besar. Masa ni saya memang kuat member0ntak. Kalau marah memang meng4muk betul – betul.

Saya ambil keputvsan tak nak balik rumah langsung. Mak saya datang ke universiti cari saya, jumpa kaunselor. Tapi saya lari duduk kat masjid. Sampai mak saya balik rumah. Bila saya dah lega saya jumpa kaunselor. Rupanya mak saya menipu bagitahu kaunselor tu yang mak ada bank in duit setiap bulan rm300 ke saya.

Mak saya takde alasan untuk tak beri saya duit sebab lebih dari cukup gaji mak saya dan saya seorang je yang masih belajar masa tu. Saya bersump4h depan kaunselor yang mak saya tak pernah beri saya duit sepanjang saya di universiti dan saya berani tunjukkan bank statement pada kaunselor.

Tapi takde siapa percaya saya masa tu. Kaunselor tu sebeIahkan mak saya walaupon selepas saya dah tunjukkan bank statement. Apa yang kaunselor tu nasihat saya masa tu kena taat pada mak, saya anak derh4ka dan bla..bla..bla.. masa ni saya sangat – sangat marah!

Saya betul – betul benci mak saya dan semua orang keIiling saya. Saya rasa nak berhenti study. Saya ponteng kelas. Saya dizaman kejatuhan. P0inter amat – amat teruk masa ni. Saya depr3si. Bila saya cerita pada kawan – kawan semua menjauhkan diri.

Sama persepsi diorang dengan kaunselor tu. Mana ada mak yang akan buat anak sendiri macam tu. Tak logik kan? Jadi macam mana saya bertahan? Saya minta zakat. Masa minta ni pon sepatutnya saya tak layak sebab gaji mak saya tinggi dan saya sorang je belajar.

Tapi nasib baik ustaz tu lembut hati. Dia luluskan permohonan saya. Saya kerja part time dalam universiti sebab takde kenderaan tapi gaji saya selalu masuk lambat. Kadang 2 bulan masih tak masuk. Gaji pon tak banyak. RM2.50 je sejam.

Sehari kerja 4 jam dapat lah RM10. Tapi bukan hari – hari saya boleh kerja. Kadang – kadang ada kelas, group meeting sebagainya. Dipendekkan cerita, saya bangkit perlahan – lahan, cari kawan baru. Saya berjaya grad lewat setahun sebab repeat banyak paper.

Lepas konvo, alhamdulillah saya terus dapat kerja walaupon pointer saya teruk tak sampai 2.5. Kemudian ada seorang lelaki melamar saya untuk jadi kan isteri, kami bertunang. Semasa buat persediaan berkahwin mak saya minta katering untuk 1000 orang dan katering tu dia yang buat pilihan.

Duit hantaran pon tak cukup untuk bayar katering tu. Mak saya macam biasa tak nak keluarkan duit langsung untuk majlis tu. Dia kata kalau saya tak dengar cakap dia tak payah kahwin dan dia tak nak uruskan majlis saya.

Biar saya buat sorang. Macam – macamlah yang mak saya cakap sampai dia ungkit air susu semua. Mak saya juga dah cakap awal – awal akan ambil semua duit salam kaut selepas majlis nanti. Saya dah malas nak berg4duh sebab kalau berg4duh macam – macam lagi ayat mak saya yang akan keluar.

Mak saya tu orang melaka so paham – paham je la. Saya cerita pada tunang saya. Yang menambah burukkan lagi keadaan adalah bila tunang saya tak puas hati dengan mak saya dan suruh saya minta duit salam kaut tu pada mak saya.

Suruh saya confirmkan betul – betul duit salam kaut tu nanti dapat pada siapa. Sebab bagi dia, dia dah bagi hantaran jadi duit salam kaut tu ada hak dia. H4ncurnya hati saya masa ni.. lepas berg4duh dengan mak saya tunang saya tambah lagi beban saya.

Dalam situasi ni saya kena tambah lagi duit untuk majlis sebab nak ikut kehendak mak saya. Ditambah pula kena melayan ketidakpuasan hati tunang saya pasal duit salam kaut yang tak seberapa dan yang belum ada pon lagi.

Majlisnya pon belum lagi. Dia asyik bangkitkan isu ni walaupun saya dah tak kisah pasal duit salam tu. Takkan nak berg4duh pasal duit salam pula. Kalau ikutkan yang sepatutnya tak puas hati tu saya. Jadi saya m4kin rimas sebab kitorang asyik g4duh pasal benda ni.

Entahlah, saya usaha untuk realisasikan majlis kahwin tu. Walaupun mak saya yang macam – macam. Saya pernah uji tunang saya. Saya bagitahu dia saya tak cukup duit untuk beli baju nikah. Dia bagitahu saya yang dia cuma ada duit untuk beli baju nikah dia sahaja.

Sebelum buat keputvsan bertunang dia ada tunjuk pada saya duit hantaran dah cukup dan dia ada lebihan simpanan untuk lepas kahwin. Jadi selepas bertunang dia dah tak perlu kumpul duit untuk kahwin. Cuma kumpul persediaan lepas kahwin nanti.

Saya yang perlu kumpul lagi duit. Entah lah, setahu saya kain baju nikah ni pihak lelaki bagi masa hantaran tunang untuk pihak perempuan buat baju masa majlis nikah. Lagipon berapa sangatlah harga baju nikah kalau beli yang dah siap tu.

Dan sepanjang saya kenal dia, baju nikah ni je yang saya pernah minta dia belikan. Sebelum – sebelum ni keluar makan dan tengok wayang pon gilir – gilir bayar. Dan sekarang saya dah pun selamat putvskan pertunangan dengan dia.

Dan lagi, saya 2 beradik. Saya ada seorang abang. Sebabkan keluarga saya hidup dipulaukan ditambah dengan keadaan mak saya macam tu. Dia aIami depr3si mungkin. Dia drop out degree, mula balik dari diploma. Abang saya orangnya pandai.

Tapi sayang. Sekarang tak mampu bekerja sebab keadaan minda dia tak sesuai. Dia selalu rasa orang kat tempat kerja tak suka dia, cakap dia giIa. Kadang – kadang saya borak – borak dengan mak saya pon dia ingat saya cakap pasal dia.

Sekarang dia selalu cari g4duh dengan saya. Kadang – kadang, masa pagi saya bersiap nak pergi kerja dia cari pasal dengan saya. Tu belum kalau saya terserempak dengan dia dalam rumah ni, dia panggil saya “giIa”. Bayangkan hari – hari setiap kali dia nampak saya.

Tapi saya masih boleh bersabar. Saya ni seorang yang happy go lucky. Kat tempat kerja orang takkan tahu masalah saya aIami. Alhamdulillah tempat kerja saya persekitaran sangat positif. Sekarang umur saya pon dah 28 tahun.

Dah lebih tenang. Lebih redha. Terima keadaan mak dan abang saya macam tu. Saya macam orang lain. Masih bagi duit belanja bulan – bulan pada mak saya. Layan mak saya dengan baik macam takde apa yang berlaku. Orang luar tak akan perasan pon masalah keluarga saya.

Sekarang dah tak ade rasa marah pada mak saya. Saya terima Allah dah tetapkan bahagian saya macam ni. Belajar redha apa yang Allah dah tetapkan untuk saya. Hari ini mak saya boleh cerita pada orang saya anak yang baik.

Saya dengar sendiri. Terharu. Mak saya ni bukan jenis boleh cerita yang baik – baik pasal orang termasuklah saya. Memang tak pernah mak saya puji saya sebelum ni. Ada je yang tak kena pada dia. Saya ni dibesarkan dalam keadaan sentiasa member0ntak, tak dengar cakap, selalu meIawan, selalu tak puas hati.

Berg4duh dengan mak saya tu biasa. Tapi sekarang saya rasa puas. Lepas confession ni tersiar mungkin akan ada beberapa orang yang tahu ini kisah saya. Sebab kawan saya pon follower confession ni. – Sri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Afifah Sumayyah Mohmad Nawawi : Kesian mak awak, patut yang menanggung nafkah belajar anak anak apa semua tu si ayah. Ayah awak hidup lagi kan. Patutnya mak awak lama dah kena Iawan bab nafkah ni dekat mahkamah.

Tapi tulah pelik juga mak yang kedekut dengan anak sendiri ni, tapi ada juga mak yang berdend4m dengan bekas suami tapi dih4mbur pada anak padahal itu pun anak kandung dia juga. Bertabahlah confessor. Semoga Allah hantar orang yang baik – baik untuk bimbing awak, aamin.

Labu Joe : Tunang dah penat kumpul duit hantaran, suruh dia bagi duit baju lagi. Memang nak jadi suami, tapi takkan semua nak dibeban pada tunang tu. Ikut Islam majlis beIah perempuan, ayah perempuan yang kena tanggung bukan tanggungjwab lelaki.

Selepas kahwin tanggungjwab lelaki lagi besar nak sara isteri. Jangan bebankan semua pada lelaki, tunang tu dah bagitau ada kumpul duit untuk persediaan lepas kawin. Itu menunjukkan dia dah bersedia, cuma silap dia nak duit salam kaut.

Pada saya ada salah lelaki tu, ada salah pada confessor. Ramai komen salahkan lelaki hanya kerana tak nak beli baju tapi tak nampak usaha dia kumpul duit hantran yang beribu – ribu.

Liza Johari : Tabahnya hatimu sis, kita senasib walau latar belakang tak serupa. Akak h4rung hidup yang penuh cab4ran dari kecil hingga hati ini kadang – kadang jadi macam batu. Yang tak pernah lalui kesukaran hidup usah kita kongsi kedukaan kita kerana tak mungkin mereka memahaminya.

Hanya yang lalui kesusahan sahaja yang memahami. Semoga sis terus berbahagia dengan ibu sis. Kita insan tak sempurna, ibu kita dan adik beradik kita pun tak sempurna, hanya Allah yang Maha Sempurna.

Ha Limah : Rasanya duit salam kaut tu ibu bapa kot yang lebih layak. Sebab kebanyakan tetamu adalah kalangan kawan ibu bapa. Bila ibu bapa pergi kenduri kahwin kawan, selalunya diorang bagi salam kaut dekat tuan rumah.

Jadi, bila kenduri kahwin rumah sendiri, kawan ibu bapa akan baIas balik salam kaut tu. Berapa sangatla total duit salam kaut. Kalau 1000xrm5 secara purata. Tu pun kalau sorang bagi rm5. Zaman sekarang ni angpau kosong pun orang sanggup bagi. Tak ada kena mengena la nak bagi si tunang sebab salam kaut tu bukan masa kenduri beIah laki. Ni pada pendapat saya jela.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.