Petang sebelum ibu sampai, suami bawa aku ke taman. Tiba2 dia cakap “Aku bebaskan kau”

Petang itu aku balik seperti biasa. Tapi entah bagaimana aku boleh tertidur di sofa. “Pang”.. Bunyi kuat berserta rasa s4kit yang amat sangat dapat aku rasa di seluruh muka. Rupa – rupanya suami baharu sahaja men4mpar (melibas) aku dengan sejadah tepat ke mukaku. Aku terpinga – pinga..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin siarkan. Aku jarang sangat baca confession – confession ni tapi sejak dua menjak ni banyak yang naik dalam wall aku. Dan ini pertama kali aku menulis. Aku mohon maaf terlebih dahulu andainya tulisan aku tidak kemas dan agak panjang.

Kisah bertahun – tahun dan aku bukan pencerita yang baik. Aku Roopleen ( bukan nama sebenar). Aku nak kongsikan pula kisah aku sebab banyak terbaca tentang kisah maIang wanita bergelar isteri. Mungkin lebih berat atau sebaliknya.

Aku tulis 2 siri untuk membezakan fasa maIang dan pernah maIang itu. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Semasa belajar di peringkat sarjana muda, aku ada seorang kawan lelaki yang sama hobi. Dalam confession ni aku namakan dia L.

Kami berkawan biasa sahaja dan hanya berjumpa di gelanggang volleyball setiap hari setiap petang selepas kuliah. Masa itu kami atlet universiti untuk masum. Rasa hebat dengan tanggungjawab membawa nama universiti bila bertanding.

Waktu itu aku masih muda dan sentiasa bersemangat dalam apa sahaja aktiviti harian. Aku juga pelajar yang aktif dalam kepimpinan. Boleh kata aku tiada masa berseronok di luar seperti lepak mahu pun tengok wayang. 4 tahun belajar dimaksimumkan sepenuhnya dengan menimba pelbagai ilmu dan kemahiran.

Bercinta? Haha… tiada siapa sudi bercinta dengan aku. Aku hitam, hanya pakai t-shirt, seluar jeans, tudung bawal dan sneakers setiap hari. Sedangkan kawan – kawan sekuliah yang lain mengikuti fesyen yang trending masa itu.

Ada apa dengan L? Dia seorang yang baik dan kami akrab. Kami bersukan bersama – sama sepanjang 4 tahun itu. Semasa di tahun akhir aku mula ada hati dengannya kerana sudah kenal hati budi masing – masing (bukan sebab dari mata jatuh ke hati).

Sejak itu aku selalu berdoa agar dia juga merasakan perasaan yang sama dengan aku. Tapi hari – hari berlalu dengan pantas sehinggalah tiba minggu – minggu terakhir sebelum kami dihantar praktikal ke kampung halaman masing – masing.

L tidak sedikit pun menunjukkan rasa sedih berpisah dan akan mengikuti haluan masing – masing. Praktikal aku pun bermula. Rasa seronok berada dekat dengan keluarga dan berkenalan dengan rakan – rakan baru di tempat kerja.

Setiap ilmu yang dipelajari selama ini dimanfaatkan sepenuhnya. Di satu hari yang sibuk, aku menerima teks dari seseorang yang tidak dikenali. Katanya dia mahu berkawan dengan aku. Sungguh – sungguh. Aku yang “free” masa itu tiada halangan untuk menerimanya.

Waktu itu aku berfikir mungkin sudah tiba masanya untuk aku membuka hati setelah percubaan pertama sebelum ini tidak berjaya. Perkenalan kami cukup mudah. Kami hanya bercakap melalui teks dan call selama 2 bulan sebelum merancang untuk bertemu.

Dia memilih untuk bertemu time hari raya dan terus berkenalan dengan keluarga aku. Aku sangat bersyukur ditemukan dengan seorang lelaki yang cukup “gentleman”. Aku namakan dia sebagai M. Selepas pertemuan itu, M ingin menyunting aku sebagai suri hatinya.

Aku setuju dan terpik4t dengan caranya. Cukup tertib dan menghorm4ti orang tua. Aku lihat ibu bapa aku pun cukup senang dengannya dan gembira bakal bermenantukan dia. Maka bulan ketiga perkenalan kami dikukuhkan lagi dengan ik4tan pertunangan.

Bulan November, hari konvokesyen yang dinantikan tiba. Aku tercari – cari kelibat L, kawan sepengajian untuk aku ceritakan berita gembira. Setelah L mendapat tahu aku akan bertunang, riak mukanya berubah dan matanya berkaca – kaca.

“Kenapa terlalu awal?…” Ayat itu hingga hari ni aku tidak pernah lupa. Meski sudah 10 tahun berlalu. Rupa – rupanya selama belajar bersamanya aku tidak bertepuk sebeIah tangan. Tapi kenapa L terlalu susah untuk berterus terang?

Hingga saat ini aku pun tidak faham. Mungkin pembaca lelaki boleh berkongsi jawapan. Aku dan L menerima hakik4t bahawa kami ditakdirkan hanya sebagai kawan. Kami berjanji untuk mengejar impian hidup masing – masing.

Aku bersyukur pernah mengenalinya. Tidak dinafikan masa itu aku masih menyayangi L tetapi aku tidak mahu meIukakan M, menghampakan keluarga yang tidak sabar melihat aku memiliki keluarga sendiri satu hari nanti, aku akur dan tetapkan hati bahawa M adalah masa depan dan L adalah kenangan.

Pertunangan kami tidak lama. 3 bulan sahaja. Secara matem4tiknya, aku sah bergelar isteri kepada M selepas 6 bulan dari saat mula kenal. Alhamdulillah… masa itu aku rasa cukup bahagia dan bertuah. Aku yang tidak pernah bercinta di zaman belajar tetapi cepat bertemu j0doh.

Rezeki aku pun Allah murahkan dan aku dapat kerja yang tetap dan gaji yang berpatutan. Minggu pertama bergelar isteri semuanya berjalan lancar. 3 hari pertama kami di rumah orang tua aku dan 2 hari seterunya di rumah mertua.

Mujurlah rumah orang tua kami tidak jauh. Hanya dipisahkan beberapa puluh kilometer sahaja. Cuti aku tinggal berbaki sehari dan kami harus pulang ke negeri di mana aku bertugas. M belum ada pekerjaan tetap dan dia tiada halangan untuk mengikuti aku.

Aku pun sudah membuat pelbagai perancangan untuk membantunya mendapat pekerjaan yang baik sesuai dengan kelayakan yang dia miliki. Segalanya dirancang dengan teliti dan M seorang yang sangat terbuka dan suka bertukar – tukar pendapat.

Sebagai pasangan baru berkahwin, rumah sewa kami kosong dan cuma ada perkara – perkara yang asas. Aku tidak kisah sangat kerana itu lumrah. Aku mula membiasakan diri hidup berdua tinggal serumah dengan orang baharu.

Memanglah agak kekok tapi mahu tidak mahu mesti membiasakan diri. Segala – galanya harus dikongsi. Sejak berkahwin aku tidak dibenarkan memandu kereta sendiri ke tempat kerja meskipun kereta itu adalah kereta yang aku beli sendiri.

Katanya itu tanggungjawabnya dan dia rasa aku lebih selamat jika dia yang menghantar. Aku tidak pernah membantah. Dia juga menyuruh aku berhenti bersukan sama sekali, sedangkan dia tahu kemahiran aku sangat diperIukan untuk melatih pasukan – pasukan volleyball di bawah seliaan aku.

Aku sebagai seorang isteri yang taat, aku turuti segala peraturannya. Aku menjadi individu yang baharu mengikut acuan suami aku, M. Perasaan sedih aku buang jauh – jauh. Bagi aku dengan menuruti segala kehendaknya adalah satu peng0rbanan yang menjanjikan kebahagiaan.

Dalam tempoh itu juga, pelbagai pekerjaan aku sarankan untuk M. Dia juga memiliki ijazah sarjana muda seperti aku tetapi sikapnya yang terlalu memilih membuatkan semua cadangan aku tidak membawa apa – apa makna.

Dia kelihatan sibuk di luar. Katanya dia mencari kerja, bertemu kawan dan ada 1001 temuduga perlu dihadiri. Aku percaya 100% akan kata – katanya. Malah kesetiaan dan kepercayaan aku padanya hingga ke tahap aku izinkan dia memegang semua kad bank aku – atas permintaanya juga.

Aku turut membuat loan di bank untuk menampung keperluan dan kehendaknya. Aku tidak pernah berkira malah rasa puas dapat berbakti padanya. Tanpa aku sedar aku telah menjerut diri aku sendiri dan membiarkan M terus menguasai segala – galanya.

Hari berlalu pantas, kerja aku pun sem4kin menc4bar. Seharian bekerja sememangnya meletihkan. Petang itu aku balik seperti biasa. Tapi entah bagaimana aku boleh tertidur di sofa. “Pang”.. Bunyi kuat beserta rasa s4kit yang amat sangat dapat aku rasa di seluruh muka.

Rupa – rupanya M baharu sahaja men4mpar (melibas)ku dengan sejadah tepat ke muka aku. Dengan nada keras dia katakan bahawa sudah masuk waktu maghrib. Aku terpinga – pinga tidak mengerti mengapa M tergamak k3jutkan aku dengan cara begitu.

Besar sangatkah kesalahan aku? Sejak saat itu bermulalah pend3ritaan aku. M menunjukkan belangnya yang sebenar. Dia tidak seperti yang aku kenal dulu. Benarlah kata orang, time bercinta segalanya indah. M melakukan pend3raan mentaI dan fizikaIke atas aku.

Aku merasakan rumah tidak ubah seperti ner4ka. Solat berjemaah hanya bertahan bulan pertama perkahwinan. Selepas itu aku tidak pernah nampak dia solat. Aku pun perasan dia tidak pernah menyentuh Quran apatahkan lagi mengaji bersama aku.

Pernah beberapa kali aku mengajaknya tapi alasan yang dia beri sama sahaja – nanti. Hari – hari yang berlalu bagai mimpi ng3ri buat aku. Aku tak tahu esok apa yang akan aku dapat – pen4mpar, penumbvk, sep4k ter4jang.

Aku rasakan aku mula mengalami tekanan jiwa dan mentaI yang kuat. Aku hanya mampu diam membatu. Hati aku benar – benar h4ncur. Hanya kepada Allah sahaja tempat aku mengadu dan menceritakan hidup aku. Aku sedar Allah sedang menguji aku.

M sem4kin dayus. Dia mengambil 90% gaji aku. Dapur tak berasap. Duit bekal  aku bawa ke tempat kerja cuma seringgit dua. Aku selalunya berlapar. Mujur rakan  -rakan senior aku selalu bawa “pot-luck” dan rajin berkongsi resepi masakan mereka.

Masa itulah aku dapat menjamah makanan lebih dari biasa. Ya aku memiliki badan ramping dan langsing seperti yang diidamkan ramai wanita. Bukan kerana aku mengamalkan pemakanan yang sihat tetapi aku kurang makan.

Adakalanya aku tertawa sendiri kerana ramai yang bertanya petua melangsingkan badan. Mereka lihat aku kuat makan. Aku jawab dengan berseloroh – aku bekas atlet. Di tempat kerjalah aku merasa sedikit tenang meskipun aku tidak pernah kongsikan masalah yang sedang melanda hidup aku.

Aku cukup menjaga prestasi kerja dan penampilan aku. Aku adalah antara staf ikon dan sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang setiap kali penilaian dibuat. Tapi tiada seorang pun tahu di sebalik senyuman yang aku ukir setiap hari bila berdepan dengan rakan – rakan sekerja.

Bukan itu sahaja, malah aku diangkat sebagai motivator dalam kalangan rakan  -rakan yang rapat dengan aku. Demikian juga keluarga aku di kampung, aku tidak pernah mengadu tentang masalah aku. Aku cuma mengkhabarkan yang kami baik – baik sahaja.

Mungkin masa itu aku boleh dik4takan b0doh dan eg0. Cuba menafikan kenyataan. Menelan segala kepahitan seorang diri. Namun sekuat mana pun aku cuba sembunyikan pend3ritaan aku tapi kuat lagi gerak hati ibu aku. Dia menelefon aku dan memberitahu bahawa dia akan datang menjenguk kami.

Meskipun belum dikurniakan cucu tapi ibu aku ingin meluangkan masa seminggu dua di rumah kami. Ibu aku seorang pesara dan tidak boleh duduk diam. Aku memberitahu M. Dia sangat marah dan menuduh aku mengadu domba kepada keluarga aku.

Sekali lagi aku terima tumbvkan dan sep4kan. Kalau ikutkan hati aku memang ingin membaIas setiap pukuIannya. Aku tahu aku bukan seorang yang lemah tapi kerana masih menghorm4tinya aku redha dan terus bersabar dan berdoa agar satu hari nanti semua ini akan berakhir.

Aku mahu menang dikemudian hari. Kerana itu aku harus bersabar dan bertenang. Mungkin ini adalah kesan latihan kekuatan fizikaI dan mentaI yang pernah aku lalui sebelum ini. Hari Selasa, ibu aku dalam perjalanan menuju ke tempat aku mencari rezeki.

Ibu dijangka sampai lewat petang. Aku pula di office berasa resah memikirkan apa yang bakal berlaku. Telefon aku berdering, M menelefon aku menyuruh aku keluar sekejap. Aku lihat jam di dinding menunjukkan baru pukuI 10.28 pagi.

Setelah aku duduk di sebeIah M, dia memandu memecut laju jauh keluar dari bandar. Sepanjang perjalanan itu kami senyap. Aku pula bermonolog sendiri. Lamunan aku terhenti serentak dengan M menekan brek memberhentikan kereta.

Kami berada di sebuah taman di mana kami pernah duduk bersantai di awal – awal perkahwinan kami 3 tahun dulu. Lalu bermulalah kata – kata h1na dilemparkan kepada aku. M menuduh aku bersosiaI di office kerana itu dia bertindak memukuI aku.

Katanya aku tidak pernah senyum di rumah tetapi dia perhatikan aku bergelak ketawa dengan rakan – rakan sekerja aku. Dia s4kit hati melihat aku. Aku yang sememangnya sudah tawar hati hanya membisu. “Aku bebaskan kau”.

Aku tersentak dan seakan – akan tidak percaya dengan apa yang baharu sahaja aku dengar. M melafazkan kata – kata yang menyebabkan runtvhnya sebuah masjid. Dengan tidak semen a- mena pipiku terasa hangat dan basah.

Begitu mudah M mendapatkan aku dan begitu mudah juga dia melepaskan aku. Aku rasa masa seakan – akan terhenti seketika. Jantung aku pun rasa tidak berdegup. Aku “blank” tapi bukan seperti seorang yang putvs cinta.

Otak aku ligat berfikir, untuk apa aku harus hidup bersamanya selama beberapa tahun ini? Untuk mencari bahagia? Tapi apa yang aku dapat hanyalah d3rita. Ya semangnya aku tidak pernah rasa diri aku dan setiap peng0rbanan aku dihargai.

Aku ikhlas menerima M dalam hidup aku. Aku terima dia dalam keadaan dia tiada pendapatan tetap. Aku tidak meletakkan apa – apa syarat malah hantaran aku pun tidak sampai 6 ribu. Aku k0rbankan semua impian dan cita – cita aku demi dirinya.

Tapi sayangnya M benar-benar mensia – siakan aku. M meninggaIkan aku di taman itu dan meminta aku memandu sendiri ke mana saja aku mahu. Rumah atau office. Katanya aku tidak akan melihat dia lagi buat selama – lamanya.

Sebelum dia melangkah, entah bagaimana aku dapat satu kekuatan luar biasa. Aku ucapkan “terima kasih…” dengan air mata yang tidak mahu berhenti mengalir. Sebuah kereta Honda muncul menjemputnya setelah dia selesai membuat panggiIan telefon.

Aku hanya mampu memerhati sehingga kereta itu hilang dari pandangan aku. Aku memilih untuk memandu terus ke rumah. Aku mahu sambut kehadiran ibu aku dan aku mahu tunjukkan bahawa aku seorang yang kuat. Masa itu, aku berasa amat – amat bersyukur kerana akhirnya aku dapat melihat siapa yang benar – benar menyayangi aku.

Sambung… Aku sambung lagi. Terima kasih admin.. Setibanya ibu aku di rumah, dia terus membuka bekalan bahan mentah yang dibawa dari kampung. Ibuku menyediakan makan malam dan banyak bercerita tentang kenakalan anak – anak buah aku yang baru berusia 5 dan 7 tahun.

Ibu aku sedikit pun tidak bertanya khabar aku dan tidak bertanya mana M. Mungkin juga jam baru menunjukkan jam 6 petang. Malam itu, kami berdua makan bersama. Menikm4ti masakan ibu membuatkan aku tidak dapat menahan kesedihan.

Aku menangis di meja makan. Ibu memarahi aku. Meminta aku habiskan makan malam terlebih dahulu dan cerita masalah aku kemudian. Keputvsan sudah dibuat berdasarkan beberapa siri perbincangan bersama keluarga.

Aku tekad untuk memohon pindah ke kampung halaman. Aku mahu tinggal bersama keluarga aku. Dalam konsep peper4ngan, bila kita lemah kita kena berundur. Bukan untuk mengalah tetapi untuk membina semula kekuatan diri, mempersiapkan diri untuk c4baran yang lebih besar.

Begitulah yang aku fikirkan. Aku sudah bersedia untuk kembali ke kampung halaman, sedia berdepan dengan fitnah dan t0hmahan. Sungguh kesian perempuan seperti aku. Terp4ksa memikul bebanan tuduhan dan menerima persepsi orang – orang sekeliling.

Bila berlaku penceraian, jandalah yang terlihat h1na. Setelah beberapa kali percubaan memohon pindah akhirnya aku berjaya apabila aku lampirkan laporan polis dan hospitaI. Masa itu juga aku baru tersedar betapa teruknya kehidupan yang aku lalui sebelum ini.

Apabila berurusan di mahkamah, aku baru mendapat tahu bahawa aku telah menempuhi keg4nasan rumahtangga. Timbul keinsafan, berapa ramai lagi yang seperti aku. Yang masih melaluinya dan berapa ramai yang sudah melepasinya.

Minggu pertama di kampung, aku diberi cuti seminggu. Untuk mengurus perpindahan dan tempoh bertenang. Dalam minggu yang sama, tiba – tiba kelibat M muncul di depan pintu rumah orang tua aku. Orang tua aku melayannya seperti tiada apa – apa yang berlaku.

Orang tua aku cukup tenang dan professional. Aku pula tidak melibatkan diri dalam pertemuan itu. Rasanya empat hari berturut – turut M datang ke rumah. Dia mahu rujuk dan menyesali perbuatannya. Dia berjanji akan berubah menjadi lebih baik.

Katanya dia tiada niat melafazkan cerai di luar mahkamah. Bermacam – macam janji ditabur dan berbaldi – baldi air matanya tumpah di hadapan aku dan orang tua aku. Aku memberitahunya, aku tidak akan kembali kepadanya.

Sebabnya aku sudah puas dan rasa cukup masa bersamanya. Aku memaafkannya dan minta dia jangan mem4ksa aku untuk menerimanya semula. Jika benar – benar ikhlas ingin melihat aku bahagia, M harus menjauhi aku.

Alhamdulillah.. dia tidak pernah lagi muncul malah hebatnya dia sehinggakan nafkah dalam tempoh eddah dan tuntutan penceraian pun dia tidak beri hingga hari ini. Aku biarkan sahaja. Untuk melupakan sejarah pahit, aku memutvskan untuk fokus dengan kerjaya sepenuhnya.

Kerja lebih masa sudah menjadi rutin aku. Aku menjadi perhatian majikan dan seringkali diberi tanggungjawab untuk mengurus projek – projek besar. Hal ini menimbulkan ketidaksenangan beberapa orang di office baru aku.

Lucu tapi itulah yang berlaku. Tidak sedar sudah enam tahun berlalu. Sudah banyak peningkatan aku capai. Aku bukan lagi staf biasa. Aku sudah dinaikkan pangkat dan ekonomi aku sem4kin kukuh. Dalam kesibukan enam tahun itu, aku tidak pernah terfikir untuk mengenali mana – mana lelaki.

Aku juga mendaftar menjadi pelajar sarjana dengan mode penyelidikan separuh masa. Bekerja sambil belajar. Aku diberi tempoh tiga tahun menyiapkan sarjana aku. Alhamdulillah berkat ketekunan aku berjaya siapkan dalam tempoh dua tahun sahaja. Sama seperti pelajar sepenuh masa.

Sepanjang belajar, aku juga menjadi orang kepercayaan penyelia aku. Dalam ramai – ramai pelajar yang dia ada, aku jugalah yang dia pilih menjadi pembantu penyelidik (RA). Aku student part time dan bekerja. Sepatutnya tidak boleh menjadi RA.

Tapi atas sebab – sebab tertentu syarat itu dilonggarkan. Siapa sangka, aku dibayar gaji beribu untuk melengkapkan penyelidikan dan pengajian aku. Rezeki Allah amat luas. Pada mulanya aku berfikir kewangan aku akan terjejas kerana harus membayar yuran pengajian dan menampung kos perjalanan serta penyelidikan.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin itu adalah antara hikmah kerana aku pernah berk0rban wang ringgit untuk M. Aku tidak membuang masa, setelah disahkan lulus viva voce oleh senat, aku meneruskan pengajian aku di peringkat PhD.

Memiliki PhD adalah cita – cita aku sejak di bangku sekolah menengah lagi. Pernah terkubvr seketika dek kerana M tidak mengizinkan aku melanjutkan pengajian. Waktu itu aku akur dan menganggap cita – cita hanyalah angan – angan di zaman kanak – kanak mahu pun remaja.

Seperti kebanyakan orang, cita – cita bukan sesuatu untuk dikejar dan dicapai. Sekadar disebut berulang – ulang. Kini aku sedang berehat selepas melalui proses “data collection” yang memeritkan. Aku berehat seketika untuk sebulan dua.

Itulah sebabnya aku ada masa membaca confession orang lain dan menulis confession diri sendiri. Biasanya aku akan “hilang” dan hidup dalam dunia sendiri. Sudah 10 tahun perpisahan aku dengan M berlalu. Perpisahan itu meskipun perit tetapi banyak yang aku pelajari.

Ada rakan yang bertanya, tidak mahukah aku cari pengganti. Dengan pantas aku katakan – tidak. Namun setiap kali soalan itu diutarakan, setiap kali itulah terlintas difikiran aku susuk tubuh seorang lelaki yang aku kenali semasa aku membentangkan kertas penyelidikan sarjana aku di Amsterdam dalam satu konferens antarabangsa beberapa tahun yang lalu.

Hanya aku dan dia (N) mewakili Malaysia waktu itu. Kami tidak banyak bercakap sepanjang konferens berlangsung. N hadir dalam sesi pembentangan aku dan juga sebaliknya. Kami bertukar nombor telefon. Tidak banyak yang kami boleh bualkan kerana kami belajar di universiti berbeza.

Bidang kami berbeza. Metodologi kajian berbeza. Falsafah pun berbeza. Pada mulanya aku menyangka perkenalan kami cuma bertahan sebulan dua. Tidak sangka pula tahun ini sudah masuk tahun ketiga kami berwhatsapps.

Kami bercakap hanya untuk bertanyakan progress pengajian masing – masing. Secara purata sebulan sekali dan dia yang akan memulakan text. Dia juga melanjutkan pengajian ke peringkat PhD setahun lewat dari aku. Aku tidak merasakan apa – apa yang istimewa dalam tempoh dua tahun yang pertama.

Tetapi sejak tahun lalu, sejak pertemuan kedua kami di dalam konferens dalam negara yang sengaja kami rancang hadiri bersama aku mula syok sendiri. Kenapa? Sebab katanya dia masih single. Dia memang benar – benar single.

Bukan suami orang yang berpura – pura single. Sekian lamanya aku tidak memandang lelaki akhirnya hati aku terbuka untuk mahu mencuba. Tapi N tidak pernah bercakap soal peribadi. Dia seorang yang sangat serius dalam setiap perbincangan kami sehingga adakalanya kami berdebat tentang ilmu falsafah yang sememangnya sukar difahami oleh kebanyakan pelajar PhD.

Dia juga tidak pernah bertanya sama ada aku single atau isteri orang. Mungkin itu tidak penting untuk dia tahu. Dalam masa yang sama aku rasa sem4kin ingin mengenalinya, ingin rapat dengannya dan jika diizinkan tuhan, aku mahu dialah yang menjadi teman hidup aku.

Aku tidak mahu mengenali sesiapa lagi selepasnya. Cuma ada beberapa persoalan aku tidak mampu jawab. N tua beberapa tahun dari aku. Kenapa dia tidak berkahwin? Dia memiliki kerjaya dan pendidikan yang bagus. Rupa paras yang menarik, tinggi, tidak gemuk, tidak kurus, tidak jahiI, dan tidak mer0kok. Huh! Full package!

Biasanya lelaki sepertinya sudah lama jadi suami orang. Tapi kenapa dia tidak? Lelaki tidak sama dengan perempuan. Secara literalnya, sem4kin tinggi dan hebat kerjaya dan pendidikan seorang lelaki sem4kin senanglah dia cari perempuan untuk dijadikan isteri.

Tapi perempuan? Sem4kin sukar dan lelaki takkan pandang. Agaknya takut dengan nilai hantaran dan mungkin takut kalau isteri terlebih pandai. Ini antara risik0 yang aku akan hadapi. Dalam diam aku selalu berdoa untuknya.

Kejayaan, kesihatan dan kebahagiannya. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya. Allah lah yang membolak – balikkan hati manusia. Aku seorang calon doktor falsafah, sudah mampu membahas serba sedikit teori – teori sedia ada tapi soal hati dan perasaan aku tidak ubah seperti seorang bayi yang baru belajar merangkak.

Aku tidak mampu membicarakannya. Pun begitu aku mula rasa bahagia. Betapa luasnya ilmuMU ya Allah… – Aku Roopleen…. bukan nama sebenar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.