Mama kerja doktor, semua gaji mama bagi dekat ayah. Mama pakai baju buruk tak bertukar, tapi bapa boleh bercinta dengan pekerja dia dekat pajabat

Mama menangis – nangis minta nak baju kerja baru sebab dia pakai baju kerja dia dah 5 tahun tapi ayah tak bagi duit. Ada satu hari tu mama aku beli barang dapur, dia bayar guna kad, kad ditolak, try lagi satu kad, kad ditolak. Sebaik kad lagi satu valid. Baru mama sedar…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thank you admin kalau cerita aku disiarkan. Semalam aku nangis sepanjang malam lepas sembang dengan mama aku pukuI 1 pagi. Aku umur 19 tahun. Mama and baba dah bercerai sejak aku berumur 12 tahun.

Semalam aku baru tau semua rahsia yang bapak aku pernah buat dekat mama aku. Selama ni aku tak rasa apa apa sebab kitorang 6 adik beradik walaupun ibubapa aku dah bercerai, tapi masih dapat kasih sayang secukupnya dan mama dan bapak masih boleh bercakap macam biasa.

Mama baba baik sangat. Banyak tolong kitorang kalau ada masalah. Duit tak pernah kedekut. Kalau outstation mesti tinggal duit. Selalu bawa makan. Aku happy sangat, serious aku happy. Aku sayang giIa keluarga aku. Cuma dalam aku happy tu tak sangka ada yang pernah s4kit dulu.

Diorang kahwin masa mama aku umur 26 tahun, bapak aku 27 tahun. Ketika itu mama aku baru lepas habis practical and dah mula jadi doktor. Bagi mama aku, bapak aku tu segala – galanya. Biasalah isteri. Kalau pergi pasar, isteri akan beli apa yang suami suka makan.

Tapi kalau suami pergi pasar, dia beli apa dia nak je. Jadi bila mula kahwin, gaji mama aku semua dia bagi kat bapak aku. Sesen pun dia tak pegang duit gaji dia. Jadi bapak aku yang selesaikan duit bil rumah, duit belanja anak – anak, duit kereta, duit segala hutang.

Mula – mula tu okay, bapak aku buat kerja dia. Tapi dia punya kedekut tu sampai mama aku nak beli baju baru pun dia tak bagi. Mama aku pernah nangis minta nak baju kerja baru sebab dia pakai baju kerja dia dah 5 tahun. Gaji doktor weh mama aku cakap, gaji pertama dah dapat RM 4000 – RM 5000. Tapi nak beli baju kerja baru tak dapat!

Lepas dah 14 tahun kahwin macam tu jugak, bapak aku ada perempuan lain and perempuan tu budak office dia sendiri. Masa ni mama aku tengah mengandungkan abang aku. Entah macam mana mama aku jumpa perempuan tu dan cakap terus terang.

Akhirnya perempuan tu tinggalkan bapak aku. Korang nak tahu tak, bapak aku konon kemurungan tak makan nasi sebab putvs dengan perempuan tu padahal isteri kat rumah tengah mengandung. Perempuan tu akhirnya keluar dari office tu dengan ada lagi dua kawan dia yang baik dengan mama aku.

Tapi cerita tak habis kat situ. Tahun 2012, bapak aku buat per4ngai lagi bercinta dengan budak office dia. Bapak aku boss kan, padahal naikkan perniagaan dia pakai duit gaji mak aku juga, tak sedar diri. Waktu ni mama aku cakap dengan bapak aku, ni dah kali kedua and akan jadi lebih teruk, kalau nak teruskan, teruskan.

Mama aku dah penat, kalau orang dah tak nak kita buat apa mama aku nak merayu lagi kan? Cukup sekali. MaIangnya bapak aku tak kesah pun and teruskan berscandaI dengan janda office dia tu. Masa ni banyak sangat perubahan bapak aku.

Mama aku habis kerja pukuI 2 petang, pukuI 5 – 6 petang baru bapak aku ambil. Kadang – kadang bapak aku hantar kakak aku pergi sekolah, lepas tu gayut dekat handphone dengan janda tu, bila mama aku nak cepat, nak pergi kIinik, call tak dapat. Padahal ntah – ntah beli handphone pun guna duit mama aku.

Mama aku penat, setiap kali g4duh, mesti bapak aku yang menang. Sepanjang tahun 2014, diorang g4duh, akhirnya nanti mesti mama aku yang akan kalah dan rasa bersalah dengan ayah aku. Apa – apa mama aku cakap, ada je dia nak tepis, lepas tu Iawan.

Jadi mula tahun 2015 and 2016, mama aku dah malas g4duh and biar je bapak aku nak buat apa. Masa dua tahun ni banyak benda yang mak aku baru sedar. Ada satu hari tu mama aku beli barang dapur, dia bayar guna kad, kad ditolak.

Mama aku try lagi satu kad, kad ditolak. Sebaik kad lagi satu valid. Waktu tu mama aku dah risau sebab kad dia semua kena tolak sebab hutang dah banyak sangat. Mama aku mula check balik semua hutang dia dan sump4h mak aku terk3jut giIa dan tak tau nak buat apa.

Hutang banyak, simpanan takde padahal mama aku doktor patutnya dah ada boleh ada kehidupan yang serba mewah tapi tak mak aku masih pakai baju kerja yang sama. Tahun 2017 mama aku dah tekad untuk pegang duit gaji dia sendiri.

Bapak aku perasan sebab mak aku dah stop bagi duit gaji. Dia marah, dia kata macam mana dia nak bayar duit rumah, duit hutang kereta semua, padahal semua tu tanggungjawab dia bukan mama aku. Mama aku mula bayar semua hutang yang bapak aku dah buat.

Mama aku jual semua rantai gelang emas dia, menangis mama aku cerita ke aku. Aku pun nangis sama. Mama aku berjaya habiskan hutang banyak – banyak tu lepas 4 tahun macam tu. Waktu ni aku kecil lagi jadi aku tak terasa dipinggirkan ke apa, tapi kakak abang aku terasa.

Bapak aku sebok dengan betina tu, mama aku cari duit nak bayar hutang. Oh bapak aku dah kahwin dengan perempuan tu tahun 2017 macam tu rasanya. Tahun 2019, mama baba cerai. Itu pun lepas naik turun mahkamah banyak kali sebab bapak aku taknak lepaskan mama aku.

Tahun 2021, alhamdulillah mama kahwin dengan lelaki lain. Dan sekarang 2026 aku dah umur 19 tahun. Mama aku dah tak s4kit hati, bapak aku walaupun macam tu masih bagi anak – anak duit, bayar duit yuran anak – anak. Aku tak rasa kurang kasih sayang atau tak cukup makan ke apa.

Mama aku pun dah maafkan bapak aku, dan dah berbaik dengan bini bapak aku. Adik beradik aku semua dah boleh terima bapak tiri aku dengan hati yang terbuka. Bila dengar cerita mama aku semalam, sump4h aku sedih giIa sampai aku rasa tak nak kahwin.

Mama aku kuat dan aku tak macam mama aku. Aku mungkin mer0yan dan letak r4cun tikus kat makanan laki aku nauzubillah. Aku tak nak bagi pengajaran, aku rasa korang semua tau apa pengajaran dia. Aku cuma nak bapak aku tau yang aku serius sedih dengan apa dia buat. Hormat aku pada dia takkan aku lupa.

Tapi tengok mama aku nangis semalam aku betul – betul terkesan. Aku tau benda yang lepas biarkan berlalu, aku tak dend4m pun. Aku cuma terkesan. Terima kasih yang sudi baca. – Od

Ulana pembaca :

Irma Hazwanis : Tak, apesal mama awak bagi gaji kat bapak awak? Sepatutnya, gaji dia hak dia, bayar – bayar tu semua tanggungjawab suami. Isteri nak tolong boleh, tapi bukan semuanya jadi bebanan isteri. Hurm, apa – apa pun benda dah jadi, masing – masing pun dah happy. Semoga awak dapat pasangan yang betul – betul bertanggungjawab.

Sal Fa Rina : Saya ada kenal sorang suami yang pegang kad bank isteri. Isteri langsung tak reti nak keluarkan duit daripada ATM. Masa hayatnya, dia uruskan segala – galanya. Selepas meninggaI, isteri terk3jut sebab harta yang ditinggalkan terlalu banyak. Tapi dia 1 dalam sejuta. Sampai sekarang budi baiknya masih disebut – sebut isteri dan ipar duai. Walau anak – anak suruh maknya kahwin lain, tetap tiada pengganti dalam hati si isteri

Tiin We’en : Benda yang aku tak akan buat pun, bagi semua gaji dekat suami? Belanja, bagi hadiah ok la. Tapi bagi SEMUA gaji is a BIG NO NO ladiess. Tanggungjawab suami cari nafkah. Apa para suami nak jawab depan Allah esok – esok, sedangkan tubuh badan sihat, punya upaya tapi menghabiskan duit isteri?? Sangat memalukan!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :