Suami jadi depress, hanya makan tidur dan termenung sebab dia tak dapat panggiIan kerja. Suami berubah jadi baran, aku dah ready nak lari tiba-tiba

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Rupanya suami ambik barang terlarang. Aku drive ke pejabat agama dan meraung sekuatnya dalam kereta. Aku packing semua baju aku dalam bag, dalam kotak. Semua dokumen sijil nikah, kad nikah dan dokumen penting aku bawa bersama. Aku cek tiket, cek hotel. Tiba – tiba..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Terima kasih sebab share cerita aku. Umur 30-an berkahwin hampir 8 tahun, tak mempunyai zuriat. Zuriat bukan alasan utama untuk aku tak rasa bahagia. Cukup wang, bahagia, makan, pakai, Alhamdulillah.

Tapi panas yang orang sangka ke petang, adakala disusuli hujan di tengah hari. Benar, aku diuji dengan ujian yang aku rasa tiada wanita yang inginkannya. Suami aku jobless. Tiada panggiIan dari company membuatnya berada dalam fasa ‘depression’ atau murung. Kronik? Barangkali ya sebab melibatkan orang sekeliling.

Aku sebagai isteri orang yang paling banyak terkena tempias. Berbekalkan semangat yang positif, apa pun yang negatif dalam kepala aku cepat – cepat aku tukarkan pada positif. Bulan berganti bulan. Segala kata semangat aku berikan pada suami.

Tapi masih sama. Tidur, bangun, termenung. Dari manusia biasa bertukar jadi seorang yang panas baran. Allah, s4kitnya untuk aku ingat satu persatu. Peritnya hidup dilalui aku. Tumbvk? Sep4k ter4jang? Maki hamun. Segala kata cacian makian adalah makanan aku hari – hari.

Tubuh aku lebam, leher aku dicekik, aku ditampar bila tersilap k3jut tidur, aku dibaling apa yang ada di depannya kerana lambat masak. Tersilap cakap, wayar telefon dilibas berkali – kali sehingga berbirat. Sumpah, waktu aku taip cerita ni ibarat aku dibawa kembali ke masa lalu aku.

Setiap tarikh, masa, sentiasa terbayang dalam kepala. Setiap bulan 4 hingga 5 kali aku lari tidur di hotel. Sebab aku tak tahan dipukuI. Tragedi kemuncak bila dia kantoi ambil d4dah. Ya Tuhan, ujian apakah ni. Dengan tiada anak, suami jobless, ambil d4dah, untuk apa aku bertahan.

Aku sehabis daya sembunyi perkara ni dari family. Tapi lambat laun, Allah tunjuk kebenaran. Satu persatu Allah tunjuk dan buka untuk aku. Pernah aku drive ke pejabat agama dan meraung sekuatnya dalam kereta. Kenapa aku yang Allah pilih untuk uji begini? Kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain?

Aku cek in hotel, solat dengan keadaan badan yang s4kit dipukuI, aku tahajud, aku solat hajat, aku nekad untuk memilih perceraian. Walaupun aku sayang pada rumah tangga serta suami, aku bertahan bertahun lamanya, aku banyak mengalah selama kami hidup, aku siang malam berusaha cari duit untuk tampung hutang dia, tanpa aku merungut.

Setiap kali birthday dan anniversary aku cuba gembirakan dia walau hati aku menangis. Aku rasa s4kit, mental aku koyak, kalau diundur masa aku takkan pilih untuk jadi diri aku. Aku rasa perjuangan aku bakal terhenti setelah aku berjuang pertahankan rumah tangga umpama ner4ka, aibnya aku tak pernah buka pada sesiapa pun.

Pada family aku, walau adik beradik sehabis daya untuk korek untuk aku buka cerita, tapi aku tetap cakap aku okey. Kawan baik aku dapat hidu sekalipun, aku pilih untuk berdiam diri. Di Facebook, aku berlagak aku sentiasa gembira, aku sentiasa memotivasikan orang lain, hakikatnya aku d3rita. Aku senyum, aku ketawa bila orang ketawa, aku makan tapi umpama pasir yang aku telan.

Hampir dua tahun aku tak tidur sekatil, aku tidur sorang terkontang kanting. Suami? Hidup dengan dunianya. Bila aku bangun, baru dia tidur. Bersama? Sebulan sekali pun belum tentu.” dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya tu), sedang kamu tak mengetahuinya” (Al Baqarah: 216)

“Demi menyelamatkanmu daripada orang yang salah, Allah mematahkan hatimu…” Bila aku rujuk ayat ni, aku bermonolog. Mungkin ni jalan terbaik untuk aku. Aku nekad memilih perceraian. Mungkin ni yang terbaik untuk aku. Aku tahu s4kit bagi aku untuk tempuhi, tapi aku redha jodoh aku bakal terhenti di sini.

Aku penat, aku letih. Aku packing semua baju aku dalam bag, dalam kotak. Semua dokumen sijil nikah, kad nikah dan dokumen penting aku bawa bersama. Aku cek tiket, cek hotel, untuk aku bawa diri selama seminggu sebelum aku teruskan prosedur perceraian.

Allah Maha Kuasa. Di saat aku menyerah kalah di penghujung, rupanya Dia punya rencana yang sangat indah. Di saat aku terduduk menyerah, Dia bangkitkan aku kembali. Allah takkan uji di luar kemampuan hambaNya. Aku tak tahu di mana titik mulanya. Allah dengar dan makbul doa aku. Aku seperti dapat suami aku kembali. Suami aku berkali – kali mohon maaf.

Mohon ampun setiap kali aku bangkit dari tidur. Setiap hari, waktu subuh dia dah ke surau. Tiap kali maghrib dan isyak mengikuti kuliah. Suami dengan sendiri berdaftar kelas agama. Setiap kali aku badan lenguh, tanpa disuruh dia urut. TerIuka tangan, dia sapukan ubat. Malam – malam dia pastikan masuk tidur bersama aku.

Bila keluar bersama, masuk waktu solat, terus cari masjid berdekatan. Malam – malam jika tak ke kuliah, dia berusaha menjadi imam untuk solat berjemaah. Walaupun surah dibaca ada salah, aku tetap puji dan tegur dengan cara halus. Aku mengalami tr4uma pada bunyi yang kuat, bunyi hempasan, bunyi pukulan akibat dari keganasan rumah tangga kami.

Sekarang suami sedaya upaya untuk buang tr4uma dengan bawa aku tempat tenang, selalu berzikir, bawak beriadah dan buat aku happy. Kalau keluar tiap malam, dia cari gelandangan untuk beri duit atau makanan. Tiap kali makan di rumah atau kedai, dia tetap nak suapkan.

Bukan aku nak cakap kami romantik, tapi aku rasa macam mimpi. Tiap kali aku bangun tidur, aku rasa macam betul ke hidup aku macam ni. Allah baik sangat. Sampai aku rasa hebatnya hadiah yang Allah ganti pada aku. Lebih hebat dari aku idamkan.

Lebih baik dari apa aku impikan dari seorang suami. Rupanya selangkah aku pilih untuk kalah, untuk tersungkur, rupanya ni takdir hidup aku. Untuk wanita di luar sana, hidup ni satu pilihan. Bahagia tu kita yang pilih. Dan d3rita tu jua kita yang pilih. Kita berhak memilih.

Mungkin ada sesetengah orang cakap aku b0doh, bertahan di waktu dipukuI, disep4k, diter4jang, dih1na, dimaki. Diludah depan muka sekalipun. Tapi aku ambil di sisi, tu satu kifarah buat aku. Mungkin aku bukan isteri sempurna, sehingga begitu sekali layanannya kepada aku.

Aku berusaha mencari dan menutup kekurangan aku. Aku kembali pada fitrah, pada Allah jua aku kembali memohon petunjuk. Serahkan segalanya pada Allah di saat kita tak punya apa – apa lagi untuk berharap. Doakan rumah tangga kami semoga terus kekal bahagia dan diberi rezeki zuriat.

Aku doakan wanita di luar sana terus bahagia, andai ada yang berduka, kecewa dan bersedih, semoga diberi ketabahan dan kesabaran serta diberi jalan untuk keluar dari masalah ni. Aamiin ya rabb. Wanita bersyukur dan bahagia

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.