Masa aku lahir, abah kahwin semula dengan bekas isteri. Kasihan abah..

Bila bekas isteri abah dapat tahu abah kahwin dengan mak, dia merayu – rayu nak balik dekat abah. Sampailah saat mak lahirkan aku, akhirnya abah kahwin semula dengan bekas isteri. Mak redha je tapi kasihan sangat dekat abah. Abah jadi seorang yang b0ros. Setiap dua bulan membeli kereta baru, telefon baru, jam baru. Sehinggalah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Saya bukanlah pakar dalam bidang penulisan jadi saya minta maaf awal – awal atas segala kekurangan dalam penulisan ini. Sedikit pengenalan diri saya, nama saya Farah  berasal dari Taiping Perak.

Saya yakin mesti ada juga di kalangan pembaca melalui situasi yang sama dengan saya. Sebenarnya saya cuma nak share serba sikit cerita berkenaan famili saya di sini. Okay, refer back to tajuk yang saya tulis diatas ialah “Kasihan Abah”.

Ya ! Kasihan abah saya. Sebab? Sebab dia berpoIigami. Huhuhu saya percaya lebih dari 60% orang melayu terutama perempuan mesti memang p4ntang dengar poIigami kan? Kenapa pula saya tulis kasihan abah? Jeng jeng jeng..

Okay cukup kot intro tu, abah saya berkahwin dua. Mak saya adalah isteri kedua abah. Tapi ooopsss jangan kecam dulu ye. Cuba dengar apa yang saya nak ceritakan dulu ye. Abah saya berkahwin dengan isteri pertamanya dan bercerai.

Saya simpulkan sebab mereka bercerai ialah berpunca dari isteri pertamanya ini saya dengar sendiri dari mulut abah sebab abah memang banyak share dengan saya kisah kehidupannya. Selepas mereka bercerai abah pulang ke kampung halamannya iaitu Taiping (sebelum itu abah bekerja di Johor) kononnya untuk memulakan kehidupan baru.

Abah mulanya bekerja dengan kawan lamanya di kedai tayar sebagai seorang runner pada masa itu. Walaupun perkahwinan pertama abah gagal, tapi abah tak pernah lupakan tanggungjawab beliau kepada anak – anaknya.

Abah mempunyai 2 orang anak hasil hubungan beliau dengan isteri pertama. Namun selepas tiga tahun abah menduda, abah terjumpa j0doh yang baru iaitu mak saya. Mulanya mak hanyalah pelanggan di kedai abah bekerja tetapi dah kalau j0doh nak ke mana kan.

Mereka pun berkahwin walaupun pada awalnya mak tak setuju sebab tahu abah ada janda dan anak – anak. Mak tak mahu digeIar per4mpas mahupun abah dah explain macam – macam yang beliau dah move on dengan isteri pertama beliau.

Cerita menjadi lagi rumit bila isteri pertama tahu yang abah bakal berkahwin dan apalagi mula lah bermacam – macam t4ktik untuk mengg0da abah semula sampailah ke tahap merayu – rayu di rumah bekas mertuanya yang dia dah menyesal dan akan berubah dan abah macam biasa masih tidak mengubah keputvsannya untuk menikahi mak.

Jadi tanggal 5 Februari 1992 abah pun kahwin dengan mak dan mereka hidup bahagia tetapi bekas isterinya masih lagi tidak mengalah lagi – lagi bila tahu yang abah sudah mempunyai anak hasil perkahwinan yang terbarunya ini.

Bermacam – macam cara yang beliau gunakan termasuklah perbuatan yang memang salah di sisi agama kita. Selepas saya lahir, masih lagi hari – hari datang ke tempat kerja abah, mengganggu dan terus mengg0da abah tapi kali ni beliau menggunakan alasan anak dengan mengatakan ketiga – tiga anaknya perIukan kasih sayang abah.

Dipendekkan cerita, abah pun berkahwin semula dengan jandanya. Boleh bayangkan perasaan mak pada ketika itu? Tapi mak chill je sebab mak kata tak apalah, kesian anak – anak abah. Tambahan cerita, saya dan mak mengaIami bermacam – macam jenis gangguan sehinggalah selepas mak pulang dari mengerjakan haji.

Alhamdulillah setelah iu, gangguan sem4kin berkurangan dan jarang sekali berlaku. Okay selepas beberapa tahun abah bekerja sebagai seorang runner, abah menjadi seorang usahawan. Alhamdulillah daripada pendapatan RM800 sebulan abah berjaya menjadi seorang usahawan yang pendapatannya cecah RM30,000 sebulan malah ada masa lebih dari nilai itu.

Akan tetapi abah h4nyut, h4nyut dengan kemewahan yang diberikan. Abah menjadi seorang yang boros. Setiap dua bulan membeli kereta baharu, telefon baharu, jam baharu, dan banyak lagi. tapi abah lupa. abah Ieka dengan tanggungjawabnya.

Tetapi yang anehnya tanggungjawab terhadap mak sahaja. Abah cuma memberi mak nafkah sebulan RM1000. Itulah wang belanja mak dan kami anak – anak. Itulah wang untuk membayar pinjaman rumah (RM1700 sebulan), itulah wang untuk beli barang dapur.

Cuba bayangkan cukup ke? tapi mak diam. Mak sabar. Mana mak dapat duit nak c0ver semua tu? Okay jap. Sebenarnya mak saya masih juga bekerja sebagai seorang penjawat awam di JPJ Taiping. Umurnya 52 tahun.

Kenapa tak tolong abah? Eh! Rupanya mak dah c0ver abah dah lama. Sejak dari awal perkahwinan lagi rupanya. Rumah, bil – bil dan segala cukai semua mak yang Iunaskan. Abah. hmmm kesian… abah kerja untuk siapa? ya untuk isteri pertamanya.

Akibat sifat b0ros abah sampai tidak beringat langsung yang berniaga ini ada naik turunnya bisnes abah mer0sot semasa umur abah 45 tahun. Abah menggunakan semua wang syarik4tnya untuk membayar hutang – hutang dan tak lain tak bukan, mak juga menjadi tempat sasaran untuk abah meminjam wang.

Mak mereIakan atas dasar kasihan. Mak meneruskan kehidupan seperti biasa dan abah menukar pr0fesion pekerjaannya iaitu menjadi pemandu teksi. Sekarang usia abah dah 59 tahun bermakna sudah 8 tahun abah di jalan sebagai pemandu teksi.

Ya Allah kasihannya Abah! Umur dah senja tapi masih bekerja bagi menyara familynya. Anak – anak mana? 4 daripada anak – anak abah sudah bekerja termasuklah saya. Tiap bulan tanpa missed saya akan hantar wang buat abah RM500 dan mak RM800.

Kenapa mak banyak lagi? Banyak tanggungan mak yang perlu mak selesaikan. Sorry mak, adik tak boleh tolong mak banyak hanya dari segi bil – bil bulanan mak. Abah? Hm. wang yang diberikan abah sepatutnya cukup untuk abah gunakan untuk wang belanja.

Yelah, mak dah tanggung segala – galanya tapi kenapa abah kena kerja? Sebab isteri pertama bukan yang pertamanya. Isteri pertamanya tidak bekerja tetapi belanjanya mengalahkan anak hartawan. Sampai saya dan mak pelik kerana seminggu dua kali minta wang belanja harian.

Alasannya nak beli makan. Wang belanja dapur pun seminggu sekali minta. Pelik kan? Kalau tak dapat wang beliau akan mula mem4ki abah dengan macam – macam perkataan dan ajaibnya abah hanya hulurkan seperti lembu dicucvk hidungnya.

Jadi kesimpulannya, kasihan abah. Perkara ini dah menjadi norma dalam kehidupan kami sekeluarga. Rasanya yang paling kasihan adalah mak bukanlah abah. So apa pendapat kalian? Kalau saya mungkin dah angkat kaki. tetapi mak? Hmmm

Saya rasa saya akan share lagi jika berkesempatan. sebenarnya saya kasihan akan situasi abah atas faktor umurnya, kawan – kawan seumurnya banyak yang sudah berehat bersama keluarga atau melancong.

Cerita yang saya karang ini bukanlah perkongsian sepenuhnya. Banyak cerita yang tidak diceritakan dengan lebih lanjut tetapi inilah tujuan saya menulis. Hanya untuk berkongsi kepada anda semua tentang cerita keluaga saya. Terima kasih! – Farah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Man Huda : Kesian jugak tapi bawak la ayah pergi berubat perubatan Islam. Kalau dulu ayah pernah menjadi tegas untuk menikahi mak awak walaupon dig0da dan dirayu oleh bekas isteri dia, tapi sekarang dia jadi lelaki yang hanya mengikut telunjuk isteri tanpa dibantah.

Risaunya ada sesuatu yang menganggu ayah. Semoga mak confessor terus kuat bertahan. Kalau nak dibubarkan pernikahan terpulang kepada mak confessor.

Rosmaliza Yusoff : Tak apa la dik, banyak pahala mak kamu. D0sa ayah kamu pada mak kamu tu biar Allah yang baIas. Mak kamu redha dengan ujian Allah tu, Allah angkat darjat dia. Semoga mak kamu berbahagia di akhir4t kelak.

Kesian juga kat ayah kamu banyak soalan kat akhir4t kelak. Semoga kamu terus berbakti pada mak ayah kamu. Kamu pun terima tempias dia nanti di akhir4t kelak. Doa banyak – banyak sebab doa orang terani4ya ni selalu tiada hijab, Minta yang elok – elok, jangan pernah simpan dend4m sebab dend4m tu makan diri sendiri.

Azrienna Abdullah : As a single mom myself dah dekat 11 tahun, anak – anak pun dah bujang – bujang belaka. Bila baca kisah – kisah macam ni, rasanya lebih rela single sampai bila – bila dariapada tanggung biawak hidup. Tak dinafikan ada yang bahagia dengan sejarah perkahwinan macam di atas tapi boleh buat case report kot sebab jarang dapat.

CPangaok Zaman : Kasihan abah?? Takde nya kasihan abah. Kasihan emak! Kalau tak ada emak confessor, rasa rasa boleh tak abah tu berjaya pada waktu itu? Kalau kata cinta, kenapa nak Iukakan hati mak dengan kahwini janda dia balik?

Pastu segala bil – bil emak confessor settle kan sendiri? Masa berduit tak beringat sekarang dah pokai, siapa yang c0ver? Salah tajuk. Emak confessor tu dijadikan sebagai banker!

Nuyu Ismail : Lain macam takut dia dengan mak tiri awak tu. Sesuatu sangat. Andai kata abah awak da kene nasik k4ngkang ke ape ke, banyak – banyak la doa dan usaha la sesuatu untuk pulihkan dan sedarkan mak tiri awak.
Umur masing – masing da senja, sangat la tak baik buat benda – benda macam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.