Masa aku tengah mandi, aku nampak kelibat lelaki berbaju melayu siap bertanjak. Kami berpandangan

Aku cepat – cepat berlari ke pintu bilik untuk keluar. Tapi bila aku capai je tombol pintu, aku dengar suara perempuan mengekek mengiIai macam sangat – sangat gembira kat telinga aku, ayat  dia, “Mesti kau ingat dah terlepas kan. Hiiiiiiiiii.. belum lahhhhh!” Bila aku toleh, aku nampak diri aku terbaring lagi kat katil..

#Foto sekadar hiasan. Hi dan assalamualaikum. Lama rasanya tak menulis di sini. Sebelum ni tulisan aku kesemuanya tentang reality yang tak ramai percaya. Tapi kali ini, aku pilih kisah reality yang sebenarnya dan kisah tersembunyi yang kemungkinan besar lagi ramai tak akan percaya.

Tak mengapa jika tak percaya. Aku dulu pun sama, tak percaya. Sehingga aku sendiri berkenalan dengan “mereka”. Aku kenalkan diri sebagai Seri Melati, berusia 32 tahun, alhamdulillah belum ditemukan jodoh dan diberi masa untuk berbakti pada orang tua dan diri sendiri.

Kisah Dua Alam. Itu yang nak aku nukilkan di sini sebelum aku lupa apa yang terjadi sepanjang 20 tahun lepas. Aku bersahabat dengan mereka, aku melihat mereka, yang baik, yang jahat, yang buruk, yang cantik. Semuanya.

Entah kenapa semua tertarik untuk rapat dengan aku. Kata beberapa orang ustaz, bila seseorang sudah pernah disih1r, aura badannya sudah terkoyak dan senang dihampiri makhluk halus. Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti.

Ada juga yang mengatakan hijab aku tersingkap jadi aku boleh melihat mereka. Aku tak nak cerita kisah sih1r, kisah rumah ditabur tanah kubuur, botol kaca berkain kuning semua. Aku cuma nak kongsi kisah aku dan alam sana.

Pertama kali aku lihat dengan mata kepala aku sendiri waktu mandi. Usia aku 11 atau 12 tahun barangkali. Mandi waktu senja dan tandas di luar rumah, aku nampak seorang lelaki dewasa tapi rendah sahaja orangnya, bertanjak dan berbaju melayu seluar singkat berwarna hitam sedang memerhati.

Jarak aku dengan dia cuma kurang 5 meter, pandangan dia sampai hari ni aku ingat. Berdiri gah bak pahIawan, tersisip kemas keris yang dia pegang. Lama aku dan dia berpandangan dan bila aku toleh sekejap ke tempat lain, dia hilang. Sampai sekarang dia tak pernah muncul.

Banyak sangat siri kejadian yang terjadi di tempat tempat yang berbeza, aku hilang rentak, mana dulu mahu aku mulakan. Jadi aku pilih bilik aku. Bilik yang pernah jadi tempat paling selamat untuk aku, cave aku. Tapi sekarang aku berkongsi dengan mereka. Ya, mereka. Sebab ramai.

Urutan cerita aku berkaitan bilik ini mungkin tidak sequential, macam aku cakap, aku lost track.

1. Kakak Cantik di Hujung Katil. Aku ingat pernah sekali, waktu tengahari, mungkin sekitar 2014 – 2016, aku dan family semua melepak depan TV di ruang tamu dan aku masuk bilik untuk berehat. Katil aku waktu tu di sebeIah kiri pintu bilik.

Jadi bila aku buka pintu bilik, aku nampak seorang perempuan, berbaju cantik warna putih, ala putih sutera, berambut panjang, duduk di hujung sebeIah kiri katil aku. Aku dapat rasa dia cantik, jangan tanya macam mana, I just kinda feel so.

Tapi dia cuma menunduk sahaja dan aku tak rasa sebarang bad vibes tapi terk3jut lah jugak, jadi aku tutup balik pintu bilik, tak jadi masuk. Aku lupa siapa yang tanya aku kenapa, aku cuma jawab, “takde apa, ada ‘orang’ dalam bilik. Kejap lagi lah masuk”. Ni time menaip aku rasa macam dia kat belakang je tengah memerhati, rasa semacam, but not bad vibes.

2. Makhluk Hitam di Sisi Katil. Lepas terIampau banyak sangat siri gangguan yang aku kena, mak ayah aku buat keputvsan untuk renovate seluruh bilik aku. Semua almari 6 pintu, katil double bed, meja solek semua dibuang dan diberi pada orang.

Ada ustaz minta ditukarkan suasana bilik sebagai salah satu ikhtiar. Jadi katil aku dari double dah jadi single. Pernah awal – awal dulu aku terjaga dan aku nampak lelaki berbadan hitam sepenuhnya seolah memerhati aku tengah tidur.

Dia sedikit membongkok ke depan. Aku terk3jut tak tau nak cakap apa, tapi kejap je lepas tu hilang. Ingatan aku pun dah kabur – kabur sedikit. Kali terakhir aku nampak lelaki ni tahun lepas waktu aku s4kit teruk, aku di KL, rumah sewa aku kat sana. Rumah family aku di Terengganu.

Di KL, aku selalu tidur di sofa sahaja dan pernah satu malam entah dari mana aku jumpa jarum patah di dapur. Aku tak fikir panjang, terus pegang je dan hantar gambar melalui Whatsapp dekat ayah aku dan dia sedih sebab aku dah terpegang benda tu.

Adik aku dari Bangi rasanya terus datang cepat – cepat dan dia cakap “lain macam rasa rumah ni” dan dia terus sejukkan balik. Adik – adik aku semua alhamdulillah boleh rukyahkan sendiri sikit – sikit. Bila aku nak tidur malam tu, aku perasan adik aku duduk je kat sofa belakang kepala aku.

Esoknya aku tanya, “Angah, kau nampak tak benda hitam yang berdiri lepas tu m4kin menunduk ke arah aku semalam?” dan dia jawab “Agak – agak kau kenapa aku tunggu je kat kepala kau sampai kau tertidur?”. Yang tu, aku rasa macam tak sedap hati sangat. Rasa benda tu makhluk yang sangat – sangat jahat. Adik aku dah rukyahkan jarum tu dan buang ke sungai malam yang sama. Selebihnya dia tak nak cerita.

3. Berteman si Kacak dari Sana. Aku tak pernah tau yang aku berhubungan dengan lelaki di ‘sana’ selama bertahun – tahun. Pada aku, semua yang aku alami cuma mimpi yang sangat hampir dengan realiti. Semua bermula dengan mimpi aku jumpa dengan seorang lelaki berbaju Melayu lama, seluar singkat, warna coklat lembut, tinggi, berkulit cerah dan rambut cecah bahu.

Aku mimpi jumpa dia di tepi sungai dan dia berikan sesuatu, seingat aku batu permata cincin. Pesannya, “jaga elok – elok..” dan aku terima. Start dari situ aku selalu mimpi dia datang, ajak berjalan – jalan kat kawasan gunung atau bukit. Sunyi. Sejuk. Hijau.

Kadangkala cuma berjalan sahaja. Dan kadang kala dia datang, menyentuh aku selayaknya seorang suami menyentuh isterinya. Tapi sekali lagi, waktu tu, pada aku, itu mungkin mimpi, bila bangun aku akan mandi wajib dan kehidupan aku diteruskan macam biasa.

Sampai lah satu hari, ada seorang pengamal perubatan Islam ni dijemput ke rumah aku, sebab mak aku selalu s4kit – s4kit tapi bila pergi kIinik, hospitaI, semua cakap ok takde s4kit apa. Aku pun tak ambil pusing sangat. Aku cuma terpandang ustaz tu hujung mata sahaja bila aku melintas ruang tamu untuk ke bilik dan aku nampak ustaz tu pandang aku.

Selepas beberapa hari lepas tu mak aku ajak aku masuk bilik, kunci pintu dan tanya aku ada mimpi yang pelik – pelik ke, so aku bagitau mak aku. Dia terduduk dan raup muka dia dan istighfar berkali – kali. Dia tanya kenapa aku tak pernah cerita, aku pun pelik, takkan aku mimpi pun kena bagitau.

Bila aku tanya mak aku kenapa, mak aku bagitau ustaz yang datang hari tu bagitau abah, “anak kau s4kit, teruk.” Aku pun blur. Apa yang s4kitnya. Lelaki dari sana, aku namakan “Riyadh” sahaja, aku taknak mention nama dia.

Dia cukup sensitif, bila aku sebut sahaja nama dia, aku akan rasa ada hembusan di leher, atau tangan aku rasa sejuk atau tangan aku rasa dipegang. Senang cerita, aku rasa berteman. Mula dari situ Riyadh sangat cepat marah.

Peribadi Riyadh yang aku kenal adalah seorang yang sangat lembut bicaranya. Bila aku marah, dia akan ingatkan aku supaya banyakkan bersabar, istighfar, tak baik marah – marah katanya. Tapi bila ada yang masuk campur antara aku dengan dia, aku nampak amarah dan kekecewaan Riyadh.

Aku berubat dengan ramai ustaz tapi tak seorang pun mampu halang atau sembuhkan aku sepenuhnya. Pak Usu aku sendiri pernah cakap, apa yang kita ikhtiarkan ini cuma akan menjarakkan dia, bukan buat dia hilang terus.

Kadangkala aku nampak dia memerhati dari jauh, tak lagi dekat tapi bila dah lama, dah kembali macam biasa. Satu lagi hal, sebelum ke kisah seterusnya. Aku mention yang mak ayah aku tukar semua coordination dan renovate keseluruhan bilik aku kan, katil bilik aku ni queen bed. Aku tak kongsi bilik aku dengan manusia lain.

Pernah satu kali aku baring untuk tidur, selalunya di sebeIah kanan katil, aku nampak dengan jelas di mata aku, sebeIah kiri katil aku berkeluk dalam seolah ada yang baru duduk lepas aku baring. Tapi sebab aku tau itu Riyadh, aku senyum dan cuma cakap, ‘tidurlah, jangan ganggu saya ye’.

Kata orang, bila ada berkaitan dengan makhluk dari alam lain, jodoh susah nak dekat, kawan tak ramai. Dan betul, sangat – sangat aku akui. Pernah seorang lelaki yang aku sangkakan boleh jadi kawan baik aku ceritakan yang dia mimpi ada seorang lelaki datang marah – marah dia sebab berkawan dengan aku.

Bila aku tanya fizikaI dia macam mana, aku tau tu Riyadh. Rupanya lelaki tu tak sesungguhnya nak berkawan, cuma mengisi masa lapang dan mengambil kesempatan wang sahaja. Riyadh pernah cakap, dia akan lepaskan aku bila dia yakin aku dah jumpa lelaki yang betul – betul akan jaga aku.

Aku sedih bila dia cakap macam tu, sebab aku rasakan dia pun sama sedih. Macam mana aku tau yang berkomunikasi tu Riyadh dan bukannya diri aku, otak atau halusinasi sendiri? Entah, perasaannya lain. Aku tak tau nak gambarkan macam mana tapi aku tau aku bercakap dengan mereka.

4. Sleep ParaIysis. Dulu zaman remaja aku cukup takut bila dimomokkan dengan kisah kena tindih dengan h4ntu. H4ntu menurut Kaum Melayu, dari segi bahasanya adalah merujuk kepada makhluk yang tidak kelihatan.

Sengaja aku highlightkan sebab ramai yang cakap ‘mana ada h4ntu kat dunia ni’. Secara tak langsung tidakkah mereka menolak isi kandungan al Quran yang menyatakan dunia ni juga dihuni oleh makhluk ghaib yang idak kelihatan di mata kasar manusia melainkan jika diizinkan Nya?

Ok back to kisah tindih ni. Aku selalu kena dan aku selalu salahkan si h4ntu jahat ni tapi bila m4kin lama aku dah matang, aku p4ksa diri aku untuk percaya yang adalah dalam istilah sains yang dipanggil Sleep ParaIysis.

Sampai lah satu tahap bila selalu sangat aku kena aku mula tertanya – tanya, betul ke Sleep ParaIysis? Reason behind it was that 95% of my sleep paraIysis occurred only in my room. M4kin lama m4kin teruk. Awalnya bila baca ayat Qursi, terus terlepas dan boleh gerak, aku cepat – cepat pusingkan badan ke posisi lain – ni petua abah aku.

Tapi berkali – kali lepas tu bila kena, memang m4kin menjadi – jadi usikannya. Aku baca ayat Qursi dah tunggang terbalik. Kadang – kadang dah tahap aku azankan dalam hati baru terlepas, bila terlepas aku cepat – cepat berlari ke pintu bilik untuk keluar sebab ada extreme bad vibes yang aku sense.

Tapi bila aku capai je tombol pintu, aku dengar suara perempuan mengekek mengiIai macam sangat – sangat gembira kat telinga aku, ayat common dia, “Mesti kau ingat dah terlepas kan. Hiiiiiiiiii.. belum lahhhhh!” dan bila aku toleh aku nampak diri aku terbaring lagi kat katil.

Dan banyak kali jadi hingga dah satu tahap waktu tu fikir aku ni dah giIa ke apa. Dia tu pulak asyik la duk mengekek ketawa tak habis – habis. Dah puas sakat aku 3 – 4 kali tu baru dia lepaskan, merangkak aku keluar dari bilik, rebah depan pintu bilik. S4kit – s4kit satu badan.

Dan kejadian ni berulang – ulang setiap kali aku tidur di bilik sendiri. Entah apa yang jaki sangat dengan aku pun entahlah perempuan tu. S4kit badan seolah – olah baru lepas demam urat. Kemudian aku buat keputvsan aku taknak lagi tidur dalam bilik ni, siang atau malam.

Walaupun aku terlelap sekejap pun akan kena. Yang peliknya, cuma dalam bilik aku je. Bila aku pergi bercuti mana mana seorang diri, takde pulak perempuan sewel ni ikut kacau aku. Sebab tu sekarang tempat tidur aku kat ruang tamu, bentang toto.

Ini lagi teruk jadinya bila nak tidur malam selalu dengar suara orang atau beruk mendengus marah “huhhhhhh!!”. Aku dah biasa, jadi aku dek kan aje. Pernah jugak aku terjaga hampir pukuI 3 pagi, aku bukak mata aku nampak ada makhluk berbulu halus, umur macam budak – budak, bertinggung sebeIah aku duk ralit memerhati je.

Aku tarik nafas panjang – panjang lepas tu terus je lantak kau lah. Duduk situ diam – diam sudah. Tak jadi nak ke tandas, aku tarik selimut, sambung tidur. Aku yakin aku tak berhalusinasi sebab ahli keluarga aku yang lain pun dengar kadang – kadang yang mendengus marah tu. Dan makhluk yang mencangkung tu pun bila aku bagitau mak aku dia rilek je senyum, tau dahh. Selalu dah nampak katanya. LOL.

5. Sahabat Garang dari Sana. Ni kejadian ni yang baru je berlaku. Kalau tak salah aku akhir tahun lepas. Aku s4kit teruk tahun lepas dan aku memang nak menyendiri, jadi aku tidur dalam bilik, berkurung 24 jam dalam bilik.

Tapi aku tak tidur atas katil, aku masih bentang toto kat bawah. Aku tidur dengan posisi mengiring sebeIah kanan, muka dan badan aku hadap kiblat. Tiba – tiba aku rasa pinggang aku kena cuit, aku memang jenis penggeli, jadi aku sedar.

Kemudian aku dengar suara lelaki, “Assalamualakum, saya Qadir. Saya nak bersahabat dengan awak”. Aku pun macam, yelah okay kan aje. Nama Qadir tu bukan nama sebenar, aku kurang gemar sebut nama betul. Sama macam Riyadh, sebut nama dia seolah – olah panggil dia ke sini.

Ni pun kepala aku dah s4kit macam nak pecah rasanya. Qadir ni agak berbeza dari Riyadh. Pemarah, garang, over protective. Selalunya sebelum rumah aku kena simbah air kapur / tanah kubuur atau ada kejadian – kejadian mistik, Qadir akan datang bagitau dahulu. Dia pesan, berjaga – jaga.

Dia cukup marah sebab abah aku jenis nak berubat bagi sihat je, tak perlu nak pulang balik apa jenis sih1r yang orang hantar. Selalu yang kena, aku. Sebab yang hantar sih1r tu tahu kekuatan dan kelemahan abah aku, aku.

Tapi abah aku tetap cakap, “belum tentu kalau kita pulangkan balik tu nanti sama dengan apa yang dia hantar. Mungkin orang tu hantar pada kita, kena kaki so kaki kita sahaja yang tempang, tapi kalau kita pulangkan balik, kalau kena kepala dia macam mana? Terus m4ti, jenuh nak merangkak cari nanti. Banyakkan bersabar”

Tapi macam aku cakap, Qadir sangat pemarah orangnya. Pernah disebutkan sejenis ‘rawatan’ pada aku dan dia minta aku sampaikan pada abah . Katanya abah tahu. Jadi aku tanya abah, “Abah, Qadir pesan suruh abah gunakan cara Yasin XXXX”.

Aku nampak muka abah aku terk3jut sebab dia tak pernah share pasal ni, katanya tu antara amalan untuk pulang balik apa yang di’hantar’ orang dan dia pernah belajar dari guru agama dia tapi tak diamalkan. Qadir tau apa yang abah aku tau tapi aku tak tau.

Abah aku cukup kurang berkenan dengan Qadir dan pernah abah aku marah – marah dan halau Qadir pergi. Abah aku tak nampak, tapi aku nampak Qadir ada di ruang tamu rumah aku, dia tersenyum dan jalan keluar. Aku nampak muka dia sangat – sangat kecewa. Tapi aku tau dia masih ada, dia masih berpesan jika ada musibah mendatang.

Cukup sekadar di sini dahulu, sekadar sebahagian dari kisah hidup aku. Banyak lagi kisah beruk merah di bilik air, perempuan cantik ajar aku menari, betulkan bacaan tajwid Quran aku, perempuan buaikan anak di tengah tengah ward hospitaI, perempuan baju koyak rabak rambut kusut masai di hujung bilik aku di ward.. banyak.

Sangat banyak. Tapi tak mengapa, cukup kisah di bilik ini sahaja dahulu aku kongsikan. Maafkan coretan panjang aku. Aku sunyi, tiada tempat bercerita. Kecam sikit – sikit dah la ye, aku hati tisu tak tahan kecaman. Jaga diri. Salam, – Seri Melati (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hasmidah Sail : Hebat akak. Saya dulu 1 orang jak dari alam sana nak berkawan. Tu pun ndak lama lah. Sebab saya takut terpengaruh. Terp4ksa berubat supaya si dia Pergi jauh. Dorang ni sebenarnya bagus tapi kalau kita terlalu rapat. Lama kelamaan Kita jadi hanyut.

Ntahh lah susah mau explain kan macam mana, saya pun dulu pernah nampak macam – macam tapi alhamdulilah sudah berubat dan ditutup mata hijab saya. Dan kalau bab – bab Pasal Alam sana tu kan. Saya takut betul mau cerita sama siapa – siapa mengenai kampung dan bentuk dorang. Sebab dulu pernah dibagi pesan supaya rahsiakan. Apa – apapun semoga akak cepat sembuh dan terlepas dari benda – benda ni.

Mariam Mohamad : Hi tt, apa yang berlaku antara kau dan riyadh, pernah berlaku pada kawan aku. Cumanya, kawan aku dia offer rantai leher sebagai hadiah untuk menjadikan kawan aku tu isteri. Tapi kawan aku tak terima dan mahkluk tu ada berdekatan dengan dia memerhati sehinggalah dia selamat nikah. Baru mahkluk tu hilang.

Cerita kedua. Dia mimpi lembu berwarna hitam yang besar. Setinggi atap rumah yang offer dia untuk bersahabat baik. Tapi, kawan saya tolak dengan cara baik. Tapi, lembu dia cakap dengan dia “aku nak kau tau, kalau kau ada masalah atau apa – apa, aku ada je dekat sekeliling kau.” Dia cakap dengan aku, dia tak terima sebab, “sebaik – baik jin adalah sejahat – jahat manusia.” Scary kan?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?