Roomate sepahkan pad kotor, aku ambik kepit depan pintu bilik dia. Spender sepah, aku kepit dekat tingkat siap ‘nota’

Ada la sorang hakak ni yang suka sepahkan pad yang dah digunakan. Towel bau tangki najiis tapi boleh pulak dibiar berkibar kat tempat jemur baju yang dah dibasuh. Penghuni lain sorang pun tak berani tegur. Korang nak tahu apa aku buat kat hakak cantik luar rumah tapi busuk dalam rumah ni? Haaaaa! 

#Foto sekadar hiasan. Memandangkan banyak confessions yang aku baca berkaitan dengan housemate pengotor ni, aku pun nak jugaklah berkongsi pengalaman aku handle spesies manusia macam ni. Aku merupakan penuntut di salah sebuh universiti tempatan dan boleh dik4takan pembaca setia page ni.

Ok berbalik pada kes housemate ni, sebelum ni aku pernah duduk menyewa bilik kat KL. Waktu tu aku baru habis belajar dan sementara tunggu grad plan nak kerja la kejap untuk cari pengalaman. Jadi dapat satu bilik ni. Total dalam rumah ada dalam 4 orang. Rumah apartment 3 bilik.

Aku sorang je yang lain dari yang lain sebab aku sorang je kerja office hour. Yang lain semua kerja shift. Maksudnya, aku cuti sabtu ahad dan yang lain – lain rotation. Kat dalam rumah tu aku yang paling muda. Jadi aku ingatkan hakak – hakak kat rumah tu matang – matang belaka. Tapi ya ampun!

Ada la sorang hakak ni yang suka sepahkan pad yang dah digunakan. Suka bela lipas dalam mug sebab lepas minum main taruk kat bawah meja atau kerusi. Towel bau tangki najiis tapi boleh pulak dibiar berkibar kat tempat jemur baju yang dah dibasuh.

Hakak yang lain yang lagi lama duduk dengan dia tu pun tak berani nak tegur. Kemonn!! Ikutkan hati nak je keluar dari rumah tu sebab Senah tertipu! Ingatkan rumah cantik bersih suci murni sebab ada peraturan bagai. Nan hadoo!

Tapi bila fikir duit pun nan hadoo, maka terp4ksa duduklah dulu. Kalau dia keluar dating kemain wangi oii! Duit berkepuk tapi tak reti manage diri. Umur pun dah 3 series. Dah la sm0ke. Tapi bila aku pindah duduk situ dia tak akan sm0ke dalam rumah.

Aku tipu aku ada asma. Tapi tak asma pun boleh jadi asma kalau dah sehari sampai dua kotak. Dia telan asap dia takpe la jugak. Jadi korang nak tahu apa aku buat kat hakak cantik luar rumah tapi busuk dalam rumah ni?

Haaaaa! Kalau aku jumpa ‘used pad’ dalam toilet, aku ambik pakai penyepit baju tu pastu letak depan pintu bilik dia. Padan la muka siapa yang terpijak. Aku tau lah dia punya sebab setiap kali period confirm mintak pad kat kitorang!

Kalau jumpa mug atau pinggan tak basuh, aku letak depan tv sekali dengan milo perisa lipas kat dalam mug tu. Nak termunt4h aku! Kalau jumpa spender sepah, aku gantung kat tingkap pastu ada sticky note, “sotong kering untuk dilelong. Aku tahu siapa punya. Jangan sampai aku post kat boyfriend kau”.

Seriously uollss, aku siap beli disposable glove untuk menjalankan misi aku. Selain dari tu, kalau toilet dia tak cuci (kitorang cuci ikut jadual) aku akan volunteer jadi tukang cuci tapi cuci pakai shampoo dia sampai tinggal suku botol.

Pastu kalau jemur baju tak reti nak angkat, aku akan jemur kain lap yang basah atas baju dia yang dah kering kejung tu. Apa lagi ek? Haaa kalau barang makanan dalam peti sejuk atau dekat dapur, aku akan letak labels contoh macam, “ubat guguurkan kandungan”, “ubat kuat skandal aku” “kepala kambing”, “whiskas homemade”, “air penawar buasir”. “siapa makan tanpa izin, mak ko ijoo”.

Mujarab woihh! Dia tak sentuh pun. Tau pulak geli! Lagipun aku pakai bekas yang tak transparent. Banyak lagi kerja k3jam yang aku buat kat hakak tu. Ya, aku tahu aku baru je duduk ngan dorang tapi sampai bila dorang nak hidup macam tu?

Dah la memasing dah tua. Sekurang – kurangnya aku ajar dorang sebelum dorang kahwin. Lagipun aku dah bayar sewa, aku ada hak lah kan? Dah cakap bebel tak nak dengar, kena pakai cara k3jam la. Tapi berkat kek3jaman aku, per4ngai dia slowly berubah.

Takde dah mug atau pinggan kotor kat sinki. Toilet pun dorang siap beli yang air freshener lagi. Tong sampah pun macam baru beli. Nama aku pun dari Senah jadi Rosmah. Ehh bukan Rosmah, Mak Tiri. Yang penting hati mau keras beb.

Mula – mula memang dia marah and protes siap sindir. Aku sound je terus, “kitorang nak duduk ngan manusia. Bukan tikus”. Nasib baik hakak – hakak yang elok per4ngai nak back up aku. Dorang pun penat dengan per4ngai hakak tu.

Umur dah 3 series tapi berkerak. Tu yang malas nak layan dah. Tapi takkan sanggup duduk serumah dengan pengotor macam tu? Bukan kita yang kena keluar dari rumah tu. Pengotor – pengotor sekalian alam yang kena keluar.

Pergi la buat page fb persatuan housemate pengotor. Boleh cari partner sama – sama nak ternak tikus. Aku just share pengalaman aku je. Memang k3jam and ann0ying. Tapi sampai bila??? Kadang – kadang manusia ni kau kena ajar dia baru nak sedar.

Kalau kau tak kisah kau yang s4kit hati kan? Takkan kau nak jadi baik sorang – sorang. Teringat ayat confessor, “kau nak masuk syurga sorang – sorang ke?” Jadi baik pun beringat lah. Kau mengadu mengeluh tapi tak ambik tindakan tak guna.

Yes memang ada housemate yang hati kering tak makan saman. Kau bakorr je dia tu. Senang! Ehh gurau je! Tak payah jaga hati orang kalau hati sendiri terIuka. Sayaaaanggg aku kau Iukaaa… – Senah

Komen Warganet :

Zarith Aizreen Ameera Zulkarnain : Dulu masa study pernah dapat roommate kos AD bahagian fashion.. fashion okk?? So sape yang tak pernah duduk dengan dia kompom cakap dia cantik giIa bak putri dari kayangan. Dia kalau ade class pagi pukuI 8 pukuI 6 lebih dah ade depan cermin dah.

Aku taktau dia make up guna ape. Pakai simen gamaknya nak bagi kering dulu. Hari – hari member tunggu bawah block jerit – jerit panggil dia. Tak jugak siapnya.. yang paling tak boleh blah dahla ade masalah bau badan.

Ketibus (ketiak busuk) baju – baju dia kitar semula. Sebab selalu tengok dia basuh baju 1 bulan tu sekali je. Macam mane aku tau? Sebab dia jenis jemur baju dalam bilik. Setiap kali dia basuh baju kompom aku tido bilik member aku sebab bau pekong.

Aku taktau dia pakai sabun ape.. Takda bau sabun wehhh. Pernah nampak dia korek bakul baju kotor dia amik baju then dia bau pastu spray perfume.. eeee choii.. Pastu makan meggi simpan bawah katil. Memang aku buangla cite dia.

Kasut busuk dia bawak masuk dalam bilik tu aku amik letak dalam loker dia tapi kalau pegi class perghh dia la yang paling cantik.. Sekarang ni taktau ape kabar dia. Dah berubah ke belom.. sape la jadi laki dia tu.

Wan Aidanuranis : Untunggle duk umah sewa ada jadual basuh tandas. Bukan apa.. saya duk kat mana – mana umah sewa pun, memang saya je yang tukang basuh tandas. Dalam 4 buah rumah sewa sebab saya suka tukar – tukar umah sewa sebab faktor kerjaya. Bila dah kahwin, suami amik alih basuh tandas sebab kita memang tak sempat nak basuh tandas sebab anak nak kita ada depan mata dia je..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?