Masa dekat kolej kawan aku ni pembersih sangat. Bertahun kami tak jumpa, terk3jut tengok rumah kotor, melekit, bau hancing..

Dia jemput kami duduk di sofa, tapi sofanya penuh dengan sisa makanan dan sangatlah kotor. Lantai melekit dan berbau hancing. Aku perhati sekeliling rumahnya..

#Foto sekadar hiasan. Pendek dan ringka je luahan aku ni. Hi semua… Nama aku Hanaara, belum berkahwin berusia awalan 30. Freelancer and menyewa bilik di pinggir kota. Ye, aku belum berkahwin jadi aku belum faham keadaan isi rumah dari segi kebersihan. Tapi, bukankah bersih itu pilihan?

Sebab semua manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan masa 24 jam yang sama. Tak lebih, tak kurang. Latar belakang family aku, mak aku ni jenis pembersih. Cara dia sapu rumah 4x sehari WAJIB guna penyapu, blower, vacuum dan mop dalam satu sesi mengemas.

Dapur dan toilet tempat paling sensitif ye, kalau boleh setiap pagi dia buat kerja majlis perband4ran dekat luar rumah iaitu, sapu jalan, cuci longkang dan lain – lain. Senang kata, sekeliling mak aku ni mesti bersih sebersihnya.

Jadi hidup dalam circle ni, mendidik aku membesar dengan kebersihan itu kewajipan. Bilik aku kalau sepah sikit – sikit, memang kena tiaw habis – habis. Nak dijadikan cerita, baru – baru ni aku melawat kawan zaman degree aku dekat Ipoh sana.

Dah lama tak jumpa, alang – alang nak ke Ipoh aku bagitahu  Sunflower (perempuan) dua hari awal. Yang aku akan datang ziarah dia lah. Sunflower ni dulu zaman degree merupakan roomate aku lah, waktu tu kita orang berdua je dalam bilik hostel tu.

Sunflower jenis pembersih, semua lah dia nak kemas. Aku pon jadi selesa dengan Sunflower, sebab sekepala dalam hal kebersihan. Lepas habis study, Sunflower pon berkahwin. Waktu Sunflower kahwin, aku lah pengapit pengiring dia.

Terk3jut aku bila ke rumah mak ayah Sunflower, sangatlah kotor dan bersepah. Lagi – lagi hari majlis, alamak tuan.. Jem aku bila tengok rumah esok nak majlis, harini bersepah. Bukan sepah sebab kenduri tau, pokoknya memang bersepah dengan isi rumah, macam berhabuk tebal, kotak – kotak recycle, toilet berlumut, dan berbau hapak.

Aku tak amik kisah sangat time tu, aku tolong kemas mana yang mampu dan ketara, biar sedap mata memandang sikit. Dan aku husnuzon je lah, mungkin Sunflower ni jenis pembersih kut, rumah mak ayah dia je macam ni. MUNGKIN.

Lepas Sunflower kahwin, dia pindah Ipoh, memang tak pernah berjumpa dah kami. Sekarang dah anak 2 dah pon. Lebih kurang 7 tahun dah dia kahwin. Ok berbalik pada cerita aku melawat Sunflower. Kitaorang memang excited nak jumpa sebab dah lama sangat tak jumpa kan.

Dan masa tu aku pergi ke Ipoh dengan teman lelaki aku yang 10 kali ganda pembersih daripada mak aku. Dua hari aku mesej Sunflower, update dia perjalanan aku akan datang dan tanya dia siap – siap kalau mengganggulah aku nak ziarah kan.

Sebab dia ada anak kecik dan berbisnes jugak. Alhamdulilah, dia okay je sebab nak jumpa sama. Pada hari kejadian, sesampainya aku depan rumah Sunflower. Dia senyum depan pagar dan aku happy sangat sebab lama tak jumpa dia. Rindu beb.

Waktu dalam kereta, bf aku cakap dia tak nak masuk sebab segan. Sunflower dah jemput masuk kan, aku pon pujuk dia cakap, suami dia ada kat dalam, jom masuk sebab Sunflower okay. Bf aku pon setuju lah walaupon dia agak tak selesa ke rumah orang yang dia tak kenal, salah aku jugak patut biar dia dalam kereta je. Hmmm.

Tak ku sangka, bukan nak mengata tapi aku terk3jut dan tak tahu nak react macam mana. Bagai singapura dilanggar todak, rumah Sunflower sangat kotor dan berbau. Aku malu nak tengok muka bf aku, sebab aku kenal dia macam mana.

Sunflower jemput kitorang duduk di sofa, tapi sofanya penuh dengan sisa makanan dan sangatlah kotor. Lantai melekit dan berbau hancing. Sunflower konon – konon mengemas dan menggalas sofanya dengan alas dan jemput kami duduk. Aku perhati sekeliling rumahnya, Sunflower sekarang bukan lah pembersih seperti di hostel dulu.

Paling terasa, suaminya langsung tak bersemuka untuk tegur tetamu. Suami Sunflower dengan aku berkawan rapat juga sebelum mereka berkahwin. Apatah lagi, bf aku duduk dan langsung tak bersuara, aku boleh rasa ketidakselesaan dia.

Sedih aku waktu tu, sebab aku tak mengharap dapat layanan tiptop sebagai tetamu. Tapi kenapa Sunflower tak langsung mengemas sedikit sebelum kami sampai ke rumahnya. Walhal, 15 minit sebelum ke rumahnya, kami singgah untuk menjamu selera selepas perjalanan yang panjang supaya tidak membebankan tuan rumah.

Dan 15 minit tu aku dah update pada Sunflower aku akan sampai. Kenapa tak kemas sikit pon, sedangkan Sunflower tahu aku dan bf aku akan datang melawat. Orang kata, masuk rumah orang jangan judge. Ye betul, tapi kalau aku ke rumahnya secara tiba – tiba mungkin aku fahamlah, tak sempat nak kemas.

Kan dah dua hari awal, aku dah bagitahu akan datang. Tak ada istilah Sunflower lupa, sebab dia sedia maklum berkali – kali aku akan datang. Sepanjang perjalanan pun, Sunflower tetap bertanya dah sampai belum. Aku sedih sebab terasa macam ziarah ini tidak dihargai selepas bertahun lamanya. Dan aku malu dengan bf aku jugak, sebab bab kebersihan memang zero tolerance.

Kebersihan ini pilihan dan tiada alasan untuk mengatakan tak ada masa untuk mengemas. Kalau tak ada tetamu, lain la cerita kan sebab hidup berkeluarga dengan anak kecil memang menc4bar. Tapi bila dah sedia maklum tetamu akan datang, aku rasa siapa pun akan kemas rumah sebab segan dan tahu adab layan tetamu.

Kalau bersepah toys ke buku – buku ke tak apa lagi. Tapi sisa makanan? Adoi tuan… Ni bukan tak ada masa, ni malas namanya. Datang dari jauh, tapi tak dihidangkan air, masih okay lagi bagi aku sebab aku memang tak akan minum pon kalau rumahnya sebegitu rupa.

Aku tak tahu lah apa komen korang, tapi yang pasti kebersihan ni benda yang penting dalam agama kita pun. Ada je orang kaya tapi pengotor, orang miskin tapi pembersih. Its all about individual kan. Dah la, tu je aku nak share. Sebab aku sampai sekarang masih terfikir, kenapa Sunflower tak kemas sikit pun? Hhhmmmm.. – Hanaara (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nuzaa Zamar : Dulu kan sis, saya ni pembersih yg teramat sangat. Habuk pun saya tak izinkan melekat pada kediaman saya walau seminit. Itulah ibaratnya. Pastu bila saya kahwin, saya ada anak. Anak – anak suka buat sepah, buat kotor.

Saya sangat lah str3ss dengan keadaan tu. Tapi saya baca itulah learning process anak – anak. Jadi saya berdamai dengan keadaan. Bila anak – anak dah tidur, baru saya kemas, sapu dan lap lantai. Itulah rutin harian saya.

Tapi biasanya saya kalau nak terima tetamu, saya akan sorok toys anak – anak, bersih rumah sebersih – bersihnya, bukak semua pintu dan tingkap untuk pengud4raan. Pesan kat anak – anak jangan sepah, kawan mama papa nak datang, sekejap je, nanti kita main semula. Alhamdulillah, setakat ni diorang masih faham.

Murshida Fuad : Aku pun pembersih sampai orang meluat dengan tahap kebersihan aku walau aku tak pernah suruh orang bersihkan apa apa aku buat ja semuanya. Tapi taklah aku nak judge orang apatah lagi terasa sebab dia tak kemas rumah. You just do not know how tiring it is having small kids, nak manage business lagi, menyapu dan mop 50 kali pun belum tentu nanti tak kotor lagi.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.