
Masa suami aku s4kit, kakak dia pinjam kereta 2 bulan. Bila dipulangkan, kereta dah jah4nam. Minyak hitam tak tukar, tayar botak, bunyi sana sini. Separuh duit SOCSO suami habis sebab kereta tu. Separuh lagi, adik beradik suami datang, nak pinjam 3 ribu, nak buat beli laptop, nak buat bayar bil..
#Foto sekadar hiasan. Aku berkahwin dah lebih lima tahun. Sepanjang tempoh tu, hubungan aku dengan suami sebenarnya elok, tak ada masalah besar pun. Kami jarang berg4duh, kalau ada pun cuma hal kecil yang cepat selesai. Masalah sebenar bukan antara aku dengan suami, tapi dengan keluarga dia.
Itulah yang buat aku makin lama makin penat, makin sabar sampai rasa sabar aku dah nak habis. Aku jenis tak suka cerita buruk pasal keluarga sendiri, apatah lagi keluarga suami. Tapi bila terlalu lama dipendam, akhirnya meIetup juga.
Macam – macam tomahan yang aku dengar daripada family dia pasal aku. Ada yang kata aku jahat, ada yang kata aku kikis harta suami, ada yang kata aku control suami. Sedangkan kalau aku betul – betul jahat, aku takkan jaga anak dia, aku takkan ambil peduli adik beradik dia.
Masa aku dalam pantang anak kedua, suami aku kemaIangan. Kaki dengan tangan dia patah. Dua bulan lebih dia tak boleh bangun langsung. Baring atas katil sahaja. Nak ke tandas tak boleh, nak makan minum kena disuap, mandi pun semua aku uruskan atas katil.
Masa tu anak sulung aku baru umur dua tahun. Baby pula baru lahir. Tak ada sesiapa tolong aku. Aku dalam pantang, badan s4kit – s4kit, emosi pun tak stabil. Tapi aku tetap buat semua tu ikhlas sebab aku tahu itu tanggungjawab aku sebagai isteri dan sebagai ibu.
Siang malam aku uruskan suami. Kadang – kadang aku tidur duduk, kadang – kadang aku menangis sorang – sorang dalam bilik air sebab penat sangat. Tapi aku tak pernah mengeluh depan suami. Aku telan semua sebab aku sayang dia.
Lepas suami sihat, walaupun bertongkat – tongkat dia gagahkan diri uruskan SOCSO. Sebulan lepas tu duit keluar, dapatlah lebih kurang enam belas ribu. Masa tu tiga bulan suami tak kerja. Duit kereta tertunggak, sewa rumah tertunggak. Hutang kami memang keliling pinggang.
Dalam masa yang sama, suami bagi kakak dia pinjam kereta. Dua bulan orang guna kereta tu. Bila dipulangkan, kereta dah jah4nam. Minyak hitam tak tukar, tayar botak, bunyi sana sini. Akhirnya suami terp4ksa trade in kereta dengan kereta lain.
Satu sen pun tak dapat daripada kereta lama sebab belum habis bayar. Suami pula tambah duit lapan ribu. Jadi baki duit SOCSO tinggal lapan ribu sahaja. Masa tu adik beradik dia mula datang. Seorang nak pinjam tiga ribu, seorang lagi nak pinjam dua ribu. Aku dalam hati dah risau.
Kalau suami bagi, macam mana kami nak bayar hutang, macam mana nak beli susu anak, lampin anak, barang dapur semua. Suami tak bagi seorang pun. Dari situ mula keluar suara – suara tak puas hati. Setiap hari ada sahaja mesej masuk dalam telefon suami. Minta duit, nak beli laptop, nak pinjam bayar bil, nak minta belanja. Setiap hari.
Aku tak pernah marah suami kalau dia nak bagi mak atau adik dia duit. Kadang – kadang aku sendiri yang suruh. Aku sayang mak mentua aku, aku hormat dia macam mak aku sendiri. Setiap kali raya, aku tak pernah lupa bagi adik – adik perempuan suami duit beli baju.
Setiap minggu aku bagi belanja sekolah. Tapi semua kebaikan tu langsung tak diingat. Gaji suami cuma seribu. Itu sahaja nak tampung sewa rumah kami, sewa rumah mak dia, sewa rumah adik dia yang tengah belajar. Aku tak kisah, aku reda sebab itu tanggungjawab dia. Tapi janganlah setiap hari minta duit, pinjam duit, seolah – olah kami ni mesin duit.
Aku sampai sanggup ambil upah urut orang, jual barang online, semata – mata nak cukupkan perbelanjaan bulanan. Mereka pula tahu minta dan dapat. Kata pinjam, tapi bayar lambat. Bila ditanya, ajak berg4duh pula. Satu hari aku terbaca mesej daripada mak dia dalam telefon suami.
Mak dia nak minta duit bayar bil. Masa tu suami tengah tidur. Aku yang dah terlalu penat emosi, aku tulis satu status di Facebook. “Ya Allah, macam mana nak cakap lagi. Mungkin mereka ingat duit kami ni melambak – lambak.” Tak sangka kakak suami tangkap layar status tu dan hantar dalam kumpulan WhatsApp family mereka.
Lepas tu semua hentam aku. Dari mak dia sampai adik paling bongsu. Mereka kata aku kurang ajar, biadab, tak hormat orang tua. Aku yang dah lama pendam, terus luahkan semua. Aku cakap kami ni bukan cop duit, kami pun ada anak nak tanggung, ada hutang nak bayar.
Seorang kakak suami paling tak puas hati, terus keluarkan suami aku dari kumpulan WhatsApp family. Lepas tu makin rancaklah mereka mengutuk aku. Kata aku kikis harta suami, control suami, tunggu insurans keluar lepas tu aku lari, mata duitan, suami aku dayus.
Aku tak tahu semua tu sampai satu ipar aku yang baik hati tunjukkan semua mesej dalam kumpulan tu. Aku baca satu – satu, tangan menggigil, d4da sesak. Aku tahan lagi. Aku tak bercakap dengan kakak suami. Aku tak mahu jumpa muka dia.
Tapi dia masih mesej suami aku. Dia kata suami aku dayus, sayang bini mulut puaka, biarkan mak diperlakukan macam tu. Dia suruh suami aku ceraikan aku. Petang tu suami balik kerja, dia cerita semua. Aku terus cakap. “Aku ada buat apa kat mak kau. Aku ada maki ke, aku ada pukuI ke. Kalau macam ni, cerai je aku. Ambil anak – anak. Aku tak nak hidup macam ni.”
Suami tak nak ceraikan aku. Dia diam, dia tahu aku terlalu penat. Setengah m4ti aku tolong suami menyimpan. Nak cukupkan perbelanjaan setiap bulan. Tapi bila ada duit sikit, semua datang nak pinjam. Bila kami susah, tak ada siapa tanya.
Kadang – kadang aku rasa, bila kami nak hidup senang. Bila kami nak rasa duit tu betul – betul milik keluarga kecil kami. Pantang dengar orang ada duit, mesti nak pinjam. Tapi bila nak bayar, kita pula yang macam pengemis. Aku tak minta keluarga suami tolong kami.
Aku cuma minta faham. Jangan jadikan kami tempat berg4ntung setiap masa. Kami pun ada kehidupan, ada anak, ada tanggungjawab. Aku masih cuba bertahan. Demi suami, demi anak – anak. Tapi jauh dalam hati, aku sendiri tak tahu sampai bila aku mampu jadi kuat.
Komen Netizen :
Puan Nino : Siannya adik, mesti berserabut kepala hadap per4ngai ipar – ipar macam ni. Akak yang baca pun rasa rimas. Macam ni dik, benda yang lepas tu dah tak payah nak ingat sangat. Adik pandang ke depan. Memandangkan adik dah tahu per4ngai masing – masing macam tu, adik kena pandai buat b0doh sikit.
Maksud akak, kalau ada lebihan apa – apa jangan ditunjuk dan jangan dihebohkan sebab nanti buka ruang untuk mereka datang meminjam lagi. Adik buat gaya sama macam mereka. Sebelum mereka buka mulut, adik buka mulut dulu nak pinjam duit. Tapi dik, kalau adik ada lebih dan ada yang betul – betul memerIukan, contoh macam nak beli makanan atau peralatan belajar anak – anak, tak salah kalau adik nak bersedekah.
Rizal Rodzuan : Biasalah kaki pau dalam keluarga, kawan – kawan dan sebagainya. Tapi yang suami kau kena bijak sikit. Masa tak ada duit tak ada siapa nak tolong, bila dah ada duit semua pakat nak pau. Jangan layan sangat, balas balik. Tapi akhirnya tetap duit suami kau juga kan, kau boleh nasihat sahaja lepas ni jangan pula menyesal.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.