
Aku dengan suami kerja tak sama shift. Masa aku balik kerja malam, aku perasan ada satu getah rambut yang bukan aku punya. Aku tanya suami, dia kata aku yang punya. Dekat tempat kerja, aku sengaja update status…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Tolong rahsiakan nama dan identiti aku ye. Aku nak kongsikan pengalaman aku dengan bekas suami aku. Aku pernah berkahwin 3 tahun lepas, Disember 2023. Aku bernikah dengan lelaki yang sangat aku cintai. Aku bercinta dengan dia 4 tahun sebelum mendirikan rumah tangga.
Masa bercinta, kerap juga dia curang belakang aku, bukan dengan seorang perempuan tapi lebih dari 5 perempuan. Tapi aku tetap maafkan dia kerana terlalu cintakan dia. Dia berubah dan berjanji takkan curangi aku lagi dan takkan buat aku terluka lagi sebab masa tu aku dah nekad nak tinggalkan dia.
Dia betul – betul berubah masa tu dan kami bahagia macam pasangan lain yang tengah bercinta. Kami ambil keputusan untuk bernikah atas sebab desakan keluarga. Akhirnya kami bernikah pada Disember 2023. Masa dia lafaz akad tu, akulah wanita paling bahagia sebab aku rasa aku dah menang memiliki dia di antara perempuan – perempuan yang pernah datang dalam hubungan kami dulu.
Di awal 3 bulan pertama, kami bahagia sangat dan kami melalui kehidupan sebagai suami isteri seperti biasa. Aku bekerja dan dia ada perniagaan kecil – kecilan sendiri. Waktu bekerja kami tak sama. Pada satu hari, dia tak kerja dan aku kerja balik malam.
Setibanya aku di rumah, aku dapati ada getah rambut perempuan di tepi tempat tidur kami. Bila aku tanya dia, dengan tenang dia jawab tu getah rambut aku. Kita perempuan, kita kenal barang kita. Aku diamkan diri lepas kejadian tu sebab takut kena pukuI lagi.
Esoknya aku pergi kerja tapi dia masih tidur dan tak larat nak pergi kerja katanya. Aku malas nak g4duh, aku pergi kerja macam biasa. Masa aku di tempat kerja, aku ada update satu status di Facebook, “instinct isteri tak pernah salah”. Dia call aku dan meng4muk tak tentu pasal.
Aku takut dia datang tempat kerja aku, jadi aku lari menyorok dekat Port Dickson, rumah kawan aku yang perempuan. Lama juga aku dekat sana, 5 hari. Selama 5 hari tu, dia tak cari aku langsung. Selama 5 hari tu juga kawan – kawan aku bagitahu aku yang mereka nampak suami aku dengan perempuan lain. Allahuakbar! Allahuakbar! Memang betul kalau takde bukti jangan percaya, tapi ni semua dok hantar gambar dekat aku sebagai bukti.
Setelah aku dipujuk oleh mama, kakak dan kawan – kawan, aku ambil keputusan untuk balik ke KL semula. Setibanya aku di KL, aku dijemput oleh kawan baik aku di TBS. Masa dalam kereta dengan kawan aku, Miss S, aku cerita semua masalah aku.
Masa tu dia ajak aku lepak kedai makan sebelah Ampang Point untuk teruskan bercerita, tapi disebabkan aku penat, aku minta dia hantar aku balik ke rumah mama, bukan rumah suami. Masa aku sampai rumah mama, aku tertidur mungkin sebab penat menangis mengenangkan nasib.
Tiba – tiba telefon aku bunyi, rupanya Miss S yang call. Dia cakap rugi aku tak ikut dia pergi makan dekat tempat yang dia ajak tadi, sebelah Ampang Point. Dia kata pucuk dicita ulam mendatang. Suami aku dengan perempuan lain! Allahuakbar! Luluh hati aku dengar. Aku call suami aku, dia tak angkat. Aku call perempuan tu tapi guna nombor mama dan…
Apa yang sangat membuatkan hati aku h4ncur berder4i, suami aku yang angkat telefon tu! Aku sempat curi nombor perempuan tu sebelum aku lari sebab perempuan tu WhatsApp suami aku malam – malam cakap rindu. Suami aku terk3jut sebab aku tahu dia ada dengan perempuan tu. Dia sempat juga cakap, “hebat kawan – kawan kau sampaikan berita”.
Lepas dari tu, aku buat keputusan untuk minta cerai. Tapi suami aku ada datang jumpa aku dekat rumah mama aku untuk pulihkan balik rumah tangga kami. Masa nak pujuk aku tu, bertalu – talu telefon dia berbunyi dan yang call dia tu adalah perempuan tu, Ina. Masa tu pun hati aku bertambahlah s4kit.
Aku keraskan hati aku untuk tak memaafkan dia. Aku pergi pejabat agama untuk failkan fasakh. Selama proses tu berjalan, dia tak pernah beri kerjasama. Pejabat agama pun cuba untuk pujuk aku tarik balik permohonan cerai tu sebab usia perkahwinan kami tak sampai 6 bulan pun masa tu.
Tapi nak buat macam mana, dah jodoh sampai takat tu je kan. Lama juga proses perceraian aku dengan bekas suami berjalan. Aku failkan cerai bulan April 2024 dan kes kami selesai bulan Ogos 2025. Alhamdulillah, akhirnya aku dilepaskan.
Sekarang bekas suami dah pun bernikah dengan perempuan tu, tapi bernikah di Thailand dan mempunyai 2 cahaya mata. Sehingga sekarang dia masih mengganggu aku dan memujuk aku agar terima dia kembali. Aku rimas, aku dah ada kehidupan sendiri dan bakal mendirikan masjid yang baru dengan lelaki yang jauh lebih baik dari dia.
Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.