Aku kahwin dengan duda tua dah pencen tapi kuat merajuk. Kalau aku tegur dia suka main jvdi, dia akan menyorok lari rumah anak dia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami nak kerja goyang kaki dan makan duit jvdi je. Bila merajuk, berhari – hari dia lari tinggalkan aku duduk rumah anaknya. Menyorok konon. Sampai anak pun bersekongkol sama. Rahsia, tak nak bagitahu ayah dia kat mana. Bermulalah episod anak tiri tak suka dekat emak tiri.

#Foto sekadar hiasn. Salam semua. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku. Tolong hide Facebook aku. Bila dinihari macam ni macam – macam idea timbul. Mata pun tak boleh nak pejam. Fikiran entah ke mana. Cuma di sini je aku dapat luahkan rasa sedih aku selain Allah.

InsyaAllah, aku tahu admin amanah orangnya dan boleh simpan rahsia aku. Kisahnya begini. Aku telah mendirikan rumah tangga dengan seorang duda kem4tian isteri. Sebelum kami berkahwin, macam – macam masalah timbul, terutama untuk mewalikan aku sebab ayah sudah meninggaI, manakala adik beradik tak bersetuju aku berkahwin lagi sebab tr4uma atas pernikahan aku dahulu yang bercerai fasakh.

Tapi aku bernikah lagi sebab tak nak gangguan yang datang dari bekas suami yang nak aku rujuk semula. Aku banyak kali bagi peluang supaya bekas suami berubah. Tapi sia – sia. Akhirnya aku berkahwin lain supaya bekas suami tak ganggu aku lagi. Oleh kerana jodoh kuat, akhirnya aku dan suami bernikah.

Masalah yang aku hadapi, suami aku ni kuat sangat merajuk. Dahulu kami berniaga. Bila tak ramai orang, dia cepat putus asa. Sudahnya kami berhenti berniaga bila suami terjebak dengan jvdi online. Maklumlah, nak cepat kaya. Alasan dia dah tak larat nak bekerja sebab dah berumur.

Kalau boleh, nak goyang kaki pergi travel satu dunia dengan duit h4ram tu. Macam tulah angan – angan dia tiap – tiap hari. Kadang – kadang aku nak gelak pun ada. Kesian lagiIah. Sebab suami ni dah berumur. Kalau kerja kerajaan tu dah pencen pun.

Tapi yelah, jiwa muda. Kahwin pula dengan aku beza sepuluh tahun, lagiIah lupa kot diri dah di hujung senja. Yelah, aku tak salahkan dia sebab masa dia muda dulu dia dah penat bertungkus lumus bekerja, tapi hidup tak senang pun. Nak buat macam mana kan, tu semua percaturan hidup yang Allah dah aturkan.Cuma kita kena redha.

Tak semestinya bila anak ramai ni boleh jadi aset bila kita dah tua. Bila masing – masing dah berkahwin, semua sibuk dengan kehidupan berkeluarga. Jadi peng0rbanan si ayah tiada makna lagi. Bila suami aku selalu buat per4ngai, aku akan tegur. Yalah, untuk kebaikan kami juga. Tapi suami aku ni memang ego. Dia tak boleh terima.

Bila merajuk, berhari – hari lari tinggalkan aku pergi duduk kat rumah anaknya. Menyorok konon. Sampai anak dia pun bersekongkol sama. Rahsia, tak nak bagitahu ayah dia kat mana. Buat aku jadi serba salah. M4ti akal dengan per4ngai suami.

Bermulalah episod anak tiri tak suka dekat emak tiri. Selalulah anak – anak suami yang tak kahwin lagi tu duduk mer0yan kat Facebook, kata aku rampas kasih sayang ayah diorang. Helo, tolong ya. Aku kahwin dengan ayah awak semua masa tu memang emak awak dah takde.

Aku memang jaga sangat ayah awak tu. Tak pernah abaikan dia. Cuma kalau per4ngai tak elok dia tu macam berjvdi ke, tolonglah nasihat. Jangan biarkan. Hormat kat ayah biarlah bertempat. Tak salah menegur untuk kebaikan. Kadang – kadang aku fed uplah. Rasa nak move on je tinggalkan suami ni. Biar dia cari isteri yang lebih baik dari aku. Aku ni tak cukup baik kot.

Selama ni dia tak payah susah susah nak jaga anak tiri sebab anak aku, dari yang besar umur 20 tahun hingga yang nak ambil SPM, semua dah pandai berdikari cari duit poket sendiri. Suami tak payah susah susah nak tanggung. Cuma bagi nafkah kat aku je. Tu pun tak sampai RM300 sebulan.

Suami aku tak punya harta. Cuma ada tulang empat kerat je. Sudah – sudahlah, buanglah ego tu. Selagi ada yang sayang, berubahlah. Baru – baru ni aku tegur lagi dia. Cuba nasihat, jangan berjvdi lagi. Sudahlah kan, dia pun dah senja. Dia marah aku. Lepas tu merajuk. Aku WhatsApp pun dia tak layan. Call aku lagiIah tak. Pertahankan ego dia konon. Isteri tak boleh tegur suami.

Sampai bila ya? Sampai aku dah putus asa. Mentang – mentanglah hati aku selembut kapas. Begini dia buat dekat aku. Waktu kita tak berg4duh memang sweet sangat. Tapi bila berg4duh, Allahu, sampai anak awak pun main peranan. Bila awak buat per4ngai kebudakan gitu, anak awak pun jadi benci kat saya.

Wahai anak – anak tiriku, jikalau kalian boleh jaga ayah kalian tu, ambiklah. Ibu tirimu ni rela andai perpisahan tu yang kau pinta. Biarlah ibu tirimu ni mengalah, berk0rban perasaan. Wahai suamiku, sesungguhnya isterimu ni ingin mencari jalan ke jannah. Tapi mampukah dia, duhai suamiku? Cuma engkau yang tahu arah tujumu.

Wahai kalian, doakanlah supaya suami aku berubah ke arah kebaikan. Bila kita sudah menegur dengan lidah tak berkesan, mungkin dengan doa kalian yang tulus ikhlas akan dimakbulkan. Siapa tahu, bukan? Doakan jodoh aku berkekalan. Aamiin.

Komen netizen :

Ana Jazmina : Cakap dekat suami, kalau bertungkus lumus macam mana pun tapi membelakangkan Tuhan, memanglah tak akan senang. Lepas tu terjebak pula dengan jvdi yang memang dah d0sa bagi orang Islam. Bawa bawalah bertaubat.

Untuk akak pula, nak dapat pasangan yang baik dan bagus kena banyak mohon pada Ilahi. Dekatkan diri pada Tuhan. Ubah diri kita dulu, baru orang sekeliling akan berubah. Semoga tabah menghadapi ujian. Tuhan menguji mengikut kemampuan h4mba-Nya. Yakin dengan Tuhan, ikut perintah-Nya, beramal apa yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. InsyaAllah semua akan baik.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.