Masa kecik, mak ayah aku sibuk kerja. Mereka tinggalkan aku dengan bibik. Mak tak pernah peluk aku, bibik selalu peluk aku, bibik datang sekolah ambik report card.

Masa aku 4 tahun, bibik tinggalkan aku dan lari ikut teman lelaki. Aku menangis sampai tertidur. Malam baru ayah balik. Lepas tu dapat bibik baru, umur 8 tahun, dia kata nak beli kelapa. Dia kunci pintu, aku main sorang diri dalam rumah. Mak ayah balik malam tu, rupanya banyak barang kena curi, almari bibik kosong…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Thanks admin jika kisah saya disiarkan. Dah lama jadi silent reader di page ni. Boleh panggil saya Mai (bukan nama sebenar). Saya yakin setiap orang ada impian masing – masing. Ada kemahuan masing – masing.

Setiap orang lalui jalan yang tidak sama, pengalaman yang berbeza – beza. Saya sudah berkahwin, ada anak 3 orang. Sepasang kembar perempuan. 1 lelaki. Sekarang dah masuk musim cuti sekolah, banyaklah kenduri kendara kan. Ini lah masa nak jumpa semua saud4ra mara. Dah 6 tahun saya cuba untuk jawab soalan,

“Kenapa tak kerja?”

“Cukup ke belanja anak?”

“Tolong lah suami cari duit”

“Tak takut ke kena tinggal suami?”

Dan macam – macam lagi. Walaupun saya jawab dengan baik, tetap juga mem4ksa dan memerli status saya sebagai stay at home mom. Saya tak pernah sia – siakan ijazah saya, walaupun saya sudah tak kerja sebagai pharmacist.

Saya anggap itu satu ilmu perubatan yang boleh saya apply untuk diri dan keluarga. Saya dibesarkan bibik semenjak masih bayi. Ibu dan ayah keluar kerja. Kadang – kadang pergi outstation ke singapore, vietnam. Tinggalkan saya dan abang saya kepada bibik.

Masa saya 4 tahun, abang saya umur 12 tahun lebih suka duduk dengan makcik. Dia ada kawan sebaya dia. Masa tu, bibik tinggalkan saya dan lari ikut teman lelaki. Saya menangis sekuat hati, tertidur sampai ayah balik malam tu. Meng4muk ayah waktu tu.

Lepas tu dapat bibik baru, umur 8 tahun, bibik kata nak pergi beli kelapa. Dia kunci pintu, saya main sorang – sorang dalam rumah. Lepas ibu ayah balik malam tu, berlaku kekecohan banyak barang mereka kena curi, almari bibik kosong.

Saya masa tu baru sedar yang saya kena tinggal tapi ibu ayah tetap upah bibik baru. Bibik baru, bibik yang paling saya sayang, selalu peIuk saya. Ibu saya tak pernah peIuk semenjak dari saya kecil. Bibik tidur dengan saya, main dengan saya, simpan rahsia saya, masak untuk saya, datang sekolah masa saya bertanding public speaking atau ambil report card.

Bila saya s4kit, dia lah yang jaga saya. Bagi saya, bibik itulah ibu, bibik itulah ayah. Ibu ayah kandung? Bayang pun tak ada. Abang? Sibuk memberontak meIawan ibu ayah, buat perkara – perkara tak elok. Masa saya 14 tahun, ibu ayah stop kontrak bibik tu.

Mereka kata saya dah besar, boleh jaga diri sendiri. Semenjak tu semua urusan diri, sekolah, rumah, saya buat sendiri. Masa saya nak tunang, ibu ayah kata mereka sibuk. Suruh keluarga pihak lelaki sarung je cincin tanpa ibu ayah.

Ya, saya seorang diri di rumah bertunang tanpa ibu ayah. Tarikh, dan urusan kahwin saya decide sendiri. Masa nikah, ayah datang jadi wali. Lepas tu ayah terus pergi kerja. Tak apa, saya faham. Ibu ayah tak mahu ada keluarga, jadi saya bina keluarga sendiri.

Sejujurnya, benda ni beri kesan supaya saya kuat. BagiIah saya 1 billion sekalipun, saya tak akan dan tak mahu orang lain jaga anak – anak saya. Tapi orang lain, saud4ra sebaya saya tak faham. Mereka anggap saya tak sensitif dengan perasaan mereka yang ibu bekerja.

Saya tak pernah berkata buruk tentang ibu bekerja. Buat sajaIah apa mereka mahu, keinginan dia dengan saya kan tidak sama? Perbelanjaan harian, ya, kami sekadar cukup makan. Selalu saja keluar jalan – jalan ke tempat yang tak perlu pakai duit banyak.

Itupun, kami dah bahagia. Rumah kami kecil, 2 bilik. Berbeza dengan rumah ibu ayah. Walaupun ibu ayah dan saud4ra selalu pandang rendah rumah kami, ada retak sikit, sempit. Tapi kami anak beranak selesa dengan rumah kami. Inilah syurga kami..

Saya selalu pesan kepada anak – anak, biarlah dinding rumah retak.. janganlah keluarga kita yang retak. Orang mungkin tak faham tapi jika mereka ada di tempat saya dibesarkan. Mungkin mereka akan faham. Suami saya ada insurans dan simpan setiap bulan sejumlah amaun di akaun saya sekiranya berlaku apa – apa padanya.

Sekiranya dia tinggalkan saya, modal sudah saya simpan untuk buka gerai. Hasil kerja masa bujang. Kalau buka gerai, boleh bawa anak – anak saya sekali. Tak mahu mereka dijaga orang lain. Itu, sekiranya KALAU suami tiba – tiba pergi.

Tapi bukanlah niat untuk terus tidak bekerja. InsyaAllah selepas anak remaja, saya akan mula bekerja semula. Cuma saya tidak mahu ketika mereka masih kecil. Itu saja, maaf kalau saya ada menyinggung perasaan mana – mana pihak.

Sejujurnya, saya tak mahu apa yang saya lalui, akan dilalui juga oleh anak – anak. Ibu ayah saya hanyalah satu bayangan ‘orang asing’. Bagaikan hampir saja tidak wujud, perasaan ditinggalkan seorang diri di rumah.. sunyi.

Saya bernasib baik kerana masih berada di landasan yang betul. Tapi abang, dia sudah jauh terpesong.. alk0hol dan r0kok bagaikan makanan harian. SPM tidak ada disebabkan berhenti sekolah masa member0ntak pada ibu ayah.

Perempuan – perempuan dia ratah setiap hari bagai makan ayam goreng. Kalau kami terserempak, tidak ada sepatah yang keluar. Masing – masing buat hal sendiri, sedih. Setiap ramadan dan hari raya mesti sedih tapi saya dah ada keluarga sendiri, keluarga mertua, kepada merekalah saya menumpang kasih dan ini lah sebab kenapa saya berkeras untuk tidak tinggalkan anak – anak.

Saya harap sangat mereka faham, tapi tak mungkin saya dapat cerita pada setiap seorang panjang begini. Cerita saya ni biasa saja, tetapi ia menjawab kenapa sesetengah orang pilih duduk di rumah.. – Mai (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norizan Mamat : Salam, tahniah ada pendirian sendiri dan ada persediaan. Jangan bimbang dengan kata – kata orang. Mulut orang, semuanya ada yang tak kena. Makcik ada maid 6 tahun. Maid yang sama. Maid yang baik.

Anak panggil maid bonda. Hehehe.. Sabor jer la. Selepas 6 tahun, maid berhenti. Masa tu gaji dah sikit. Tak apa, peluang bersama anak banyak. Kalau tak, selaluuu tinggalkan anak. Sesekali anak tanya, kenapa kita tak kaya banyak duit macam dulu?

Dulu kita selalu bercuti pi hotel sana sini. Makcik tanya semula mereka. Apa yang lebih penting. Duit yang banyak tetapi mama tak /jarang ada kat rumah atau kita hidup seperti sekarang, tetapi mama sentiasa ada. Mereka nak mama! Hehehe…

So, peduli bila orang kata, kenapa belajar tinggi tapi tak pi dapat naik pangkat atau itu dan ini. Bukan tak boleh capai, tapi, apa yang lebih penting ? Kita yang decide sendiri. Makcik ok jer siapa tak kerja asalkan ada persediaan.

Tak mahu one day, dibiar terkontang kanteng, anak pula melarat. Lelaki, masa ok, otak kat kepala. Masa tak ok, otak turun ke lutut. Apa pun, sesambil dok jadi ibu, tambah la ilmu seperti masak dan menjahit, kan?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

 

Kongsi Artikel Ini :