
Isteri buang kawan – kawan Facebook aku sesuka hati. Dia periksa mesej aku dan mula syak aku buat sesuatu di belakang dia. Aku memang tak curang langsung. Satu hari, aku rasa nak buat perubahan. Aku balik rumah terus vacuum karpet, lap habuk dekat TV. Isteri tengok aku dari dapur…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Sebelum tu biar aku cerita sikit latar belakang diri aku dengan isteri aku supaya kau boleh bayangkan jalan cerita perkahwinan aku. Aku ni membesar dalam keadaan rumah tangga porak peranda.
Aku dijaga oleh seseorang yang tak berkaitan dengan aku dan selalu jadi m4ngsa lepas geram mereka. Mak bapak aku tak boleh buat apa sebab mereka sibuk kerja dan bila mereka ada di rumah, mereka penat. Bila aku cakap dekat bapak aku, bukan dia nak tolong atau sekurang – kurangnya ambil tahu, tapi dia pun sebat aku.
Yang prihatin cuma mak aku saja, tapi mak aku pun tak boleh buat apa sebab dia penat dengan kerja. Hidup aku jadi m4kin teruk bila ibu bapa aku bercerai. Tinggal aku, adik aku dan penjaga saja di rumah. Bapak aku sibuk dengan isteri baru dan mak aku pergi ke luar negara bawak hati yang Iuka.
Masa aku umur 13 tahun, aku kena jumpa doktor psikiatri sebab tekanan perasaan. Tapi zaman tu mana ada istilah kemurungan ni. Doktor kata aku tekanan melampau. Aku pendam saja sampai umur aku 17 tahun. Masa umur 17 tahun memang dah tak tahan, aku tinggalkan rumah.
Sekolah pun aku tak habiskan. Masa tu aku tak sabar nak keluar, bukan sebab aku dah bersedia dengan dunia luar, tapi sebab aku nak cari tempat yang selamat. Tempat yang tak ada orang boleh s4kiti aku. Jadi mengembaralah aku mencari tempat perlindungan yang aku selalu bayangkan.
Aku banyak kerja dalam bidang hotel. Dari situ aku tingkatkan kemahiran komunikasi dan aku belajar bahasa Inggeris betul – betul. Alhamdulillah, rupanya aku ni bijak juga, haha. Isteri aku pula beberapa tahun lebih tua dari aku, min. Aku memang minat perempuan yang lebih berusia macam ni.
Dia pun banyak kisah hidup juga, cuma bezanya dengan aku, dia datang dari keluarga berpendidikan. Bapak dia doktor. Adik beradik dia kebanyakan ada kerjaya atau ada perniagaan. Lepas tamat pengajian, dia jadi setiausaha dengan kontraktor pembersihan yang selalu dapat tender kerajaan.
Dari setiausaha, dia buka syarikat sendiri dan jadi kontraktor. Masa tu dia dah kahwin dan ada dua orang anak. Jadi dia dah rasa duduk di puncak, pegang tender berjuta – juta. Tapi disebabkan sibuk dengan kerja, rumah tangga jadi bersepah dan akhirnya dia bercerai. Katanya bekas suami dia ada teman wanita lain.
Aku pula bukanlah jahat tahap melampau. Lepas aku keluar rumah dan mula masuk bidang hotel, masa tu sekitar tahun 1998. Aku mengaku aku jadi liar sikit. Aku cari hiburan untuk lupakan tekanan perasaan aku. Aku layan bila ada benda – benda tu, tapi aku masih ada batas.
Benda yang aku tak berani sentuh ialah perempuan dan hal yang berkaitan orang lain. Aku tak mencuri atau menganiaya orang. Aku hidup dalam dunia aku sendiri. Aku tak minat nak layan perempuan sebab bagi aku perempuan ni tak semuanya baik.
Aku jauhkan diri dari perempuan. Bertahun aku hidup macam tu. Dari satu hotel ke satu hotel dan dari satu tempat ke satu tempat aku pindah. Pernah ada teman wanita masa ni tapi tak kekal. Hidup aku banyak solo saja. Oh ya, lepas tiga ke empat tahun baru aku hubungi balik mak aku. Masa ni aku dah umur 20-an, haha. Rindu mak masa tu.
PERKENALAN. Masa tu lepas kovit. Aku datang majlis hari jadi kawan aku. Ada makan – makan dan karaoke. Aku pun layan saja. Masa tu lah aku nampak seorang akak ni memang kena dengan cita rasa aku. Tapi aku masih sedar diri. Aku tegur – tegur dia, tapi aku tak letak harapan apa – apa sebab bagi aku dia ni sembilan per sepuluh dan aku lima per sepuluh.
Jadi masa tu aku tak minta nombor telefon dia. Kami duet menyanyi, lepas tu sembang – sembang saja. Lepas dua minggu, kami terjumpa balik dan borak lama. Sembang macam – macam. Masa tu baru ada rasa hubungan. Kami tukar nombor telefon dan berhubung setiap hari. Bagi aku, dia seorang yang tegas, bukan garang. Bila aku tahu latar belakang hidup dia, baru aku faham kenapa. Dia dulu bos, jadi per4ngai bossy tu tetap ada, haha.
PINDAH. Lepas tiga bulan kami berhubung, tiba – tiba dia ajak aku pindah masuk apartmen dia. Aku dalam dilema. Aku pula dah lama hidup solo, jadi aku pun pindah duduk dengan dia. Tapi dalam hati aku masih ingat halal dan h4ram. Tak lama lepas pindah masuk tu, aku cakap dekat dia yang aku tak nak hidup macam ni. Aku takut. Jadi aku ajaklah dia nikah. Dia pun setuju. Tak lama lepas tu kami bernikah. Dari kenal sampai nikah tu mungkin tak sampai setahun.
RUPA SEBENAR. Tahun pertama tu baru aku nampak rupa sebenar dia,. Sebelum nikah aku tak nampak. Dia mula periksa telefon aku, tanya siapa kawan – kawan Facebook aku, mula buang kawan – kawan Facebook aku sesuka hati. Dia periksa mesej aku dan mula syak aku buat sesuatu di belakang dia. Padahal aku memang tak ada orang lain. Sejujurnya aku bukan kaki perempuan.
Kalau dia fikir aku mer0kok ke, memang aku mengaku. Tapi macam mana aku nak mengaku benda yang aku tak buat. Tekanan perasaan aku datang balik. Susah rupanya nak yakinkan dia yang semua kawan Facebook aku cuma kawan, tak ada yang lebih. Aku tak letak kunci pada telefon aku, aku bagi dia bebas periksa bila – bila masa. Tapi dia masih fikir aku berhubung dengan perempuan di luar. Dari aku berg4duh, baik aku pendam.
BELAJAR JADI SUAMI. Disebabkan hari – hari berg4duh, aku jadi penat. Jadi satu hari tu aku undur diri dan analisa situasi aku. Bila aku perhati betul – betul, ini bukan sebab media sosiaI aku atau siapa kawan Facebook aku, atau aku kunci atau tak kunci telefon aku.
Bila aku tengok balik, aku nampak isteri aku ni balik kerja terus ke dapur. Dia defrost makanan, lepas tu masak. Sambil masak dia menyapu, lepas tu kutip baju kotor dalam bilik dan masukkan dalam mesin basuh. Lepas tu dia cari mop dan baldi, kemudian dia ke dapur balik tengok masakan.
Tiba – tiba dia str3ss seorang diri, haha. Aku pula bila balik kerja terus ngadap televisyen dan on aircond, lepak kejap sambil main telefon. Bagi aku, kita rehat sekejap, baru sambung buat apa yang patut. Tapi isteri aku tak setuju. Dia lagi suka buat semua sampai siap, baru rehat. Oh, macam tu rupanya. Kalau aku masih main telefon, dia mula fikir aku tengah mesej perempuan lain. Baru aku faham. Macam ni rupanya cara perempuan berfikir, haha.
PERUBAHAN. Hampir setahun perkahwinan kami macam tu. Balik kerja nak rehat sekejap pun kena marah. Lepas tu kena tuduh ada perempuan lain. Penat aku jelaskan sampai telefon tak berkunci pun dia tak puas hati. Jadi aku cuba pendekatan lain. Aku buat – buat sibuk.
Satu hari lepas balik kerja, aku ubah rutin aku. Isteri aku pergi kerja awal sejam dari aku dan balik pun awal dari aku. Jadi biasanya bila dia balik, dia sibuk di dapur dan kemas rumah. Hari tu lepas aku park kereta, aku terus masuk rumah dan tolong dia vakum carpet. Lepas tu aku capai kain pengelap dan lap habuk dekat televisyen. Dia dari dapur perhati saja, haha. Baru dia tahu siapa aku. Dia ingat aku tak pandai lap habuk, haha.
RUTIN BARU. Sejak hari tu aku teruskan rutin tu. Lepas balik kerja, aku vakum carpet walaupun tak kotor. Aku lap habuk dekat televisyen, almari dan ruang tamu. Sikit – sikit aku mula mop lantai dan basuh tandas. Sambil dia di dapur, aku buat saja apa yang boleh nampak.
Kalau aku nampak baju tak basuh, aku masukkan dalam mesin. Kalau aku rasa lantai melekit, aku mop. Bila hari – hari buat, aku jadi ketagih, haha. Sampai kipas berhabuk sikit pun aku tak boleh tengok. Masa ni memang banyak perubahan pada isteri aku.
Dia dah tak marah – marah tak tentu pasal, lebih tenang dan mula ikut apa yang aku nak. Sejujurnya kami suami isteri nampak macam obses dengan mengemas rumah. Aku dah mula merebak keluar rumah, nak tanam pokok bunga dalam pasu cantik depan rumah dan buat taman kecil dekat belakang. Aku layan saja isteri aku. Sekarang kami ada minat yang sama. Jadi rutin kami pun berubah.
SINAR BAHAGIA. Masuk tahun kedua, rutin aku sebagai suami makin bertambah. Aku dah mula faham, sebagai suami perkara pertama kena tahu ialah tak ada istilah penat. Penat campak jauh – jauh. Selagi ada tenaga, kena bangun dan jalankan tanggungjawab suami. Tak ada alasan penat, haha.
Balik kerja aku buat apa yang patut di rumah supaya isteri aku boleh fokus pada masak dan kemas dapur. Basuh baju memang dah jadi tugas aku dan dia dah mula relax. Kami belum ada anak lagi. Hari Sabtu aku akan bawa kereta isteri aku cuci dan isi minyak penuh.
Penyelenggaraan dan servis memang aku yang uruskan, sama macam kereta aku. Hari Ahad pula waktu bersama. Masa ni memang aku dah tak ada kawan luar lagi, min. Isteri aku sajaIah kawan susah senang aku. Alhamdulillah aku bahagia. Sebagai suami, mesti ada jalan nak takluk isteri masing – masing. Okey min, nanti aku sambung dengan lebih terperinci macam mana aku layan isteri aku dan apa rahsia yang aku sembunyikan dari dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.