
Saya seronok sebab tercapai juga impian nak naik pelamin walaupun sudah lewat awal 40-an. Tak sangka suami rujuk semula dengan bekas isteri. Dan sekarang baru 3 bulan kami kahwin, suami dah hilangkan diri. Dia kata, kalau saya nak terus jadi isteri, dia akan sediakan surat perjanjian..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga FB yang budiman serta admin yang baik hati kerana sudi menyiarkan kisah saya ini. Tidak tahu dari mana hendak bermula. Izinkan saya mulakan dengan sedikit nasihat sebagai peringatan buat kaum wanita yang masih bujang atau yang kembali single di luar sana.
Jika pada awal perkenalan seseorang itu sudah memulakan hubungan dengan penipuan, ingatlah sebaik – baiknya sebelum meneruskannya kerana ia mungkin akan membawa masalah di kemudian hari. Namun begitu, kita juga tidak boleh menafikan bahawa setiap orang mempunyai rezeki dan ujian masing – masing.
Ada juga yang tetap berpeluang untuk bahagia walaupun bermula dengan kekurangan. Alhamdulillah. Bagi diri saya, semua itu sebenarnya adalah petunjuk awal yang saya tidak sedari. Suami berpura – pura sebagai seorang duda, sedangkan hakikatnya masih mempunyai isteri.
Apabila kebenaran itu saya ketahui, saya memutuskan hubungan dengannya. Namun tidak lama kemudian, dia memujuk saya kembali dengan alasan bahawa hubungan dia dan isterinya memang sudah retak dan hanya menunggu perpisahan.
Akhirnya, Dia membawa ayah dan ibu tirinya berjumpa ibu saya untuk membincangkan perkahwinan kami. Ibu saya tidak banyak bertanya kerana melihat kesungguhannya membawa keluarga dan kerana dia mengatakan bahawa dia sudah mahu berpisah dengan isterinya. Keluarga saya menyambut baik hasrat tersebut dan kami pun dinikahkan.
Alhamdulillah, tercapai juga impian saya untuk naik pelamin walaupun usia saya sudah lewat awal 40-an. Bagi saya, dialah lelaki yang saya dambakan setelah sekian lama mencari cinta. Saya sangat bahagia apabila Allah menghadirkan seorang suami dalam hidup saya.
Namun, dalam kebahagiaan itu, hadir pula berita yang meruntun hati. Dia memberitahu bahawa dia terp4ksa rujuk kembali dengan ex dia kerana desakan ibunya demi anak – anak. Pada mulanya saya sangat tersentap, namun saya cuba memujuk hati untuk reda dengan harapan dia mampu berlaku adil.
Katanya, wife dia tidak mengetahui bahawa dia telah berkahwin baharu. Saya pasrah dan menceritakan perkara ini kepada ibu saya. Dalam nada pasrah juga, ibu berpesan bahawa ini sudah menjadi takdir dan rezeki saya. Jika bermadu, maka perlu pandai membawa diri dan banyak bersabar.
Walaupun saya tahu, hati seorang ibu mana yang tidak sedih apabila anak baru berkahwin sudah diuji dengan keadaan sebegini. Alhamdulillah, saya masih boleh menerima kerana kami menjalani hubungan jarak jauh. Saya berada di utara, suami di selatan, dan wife dia di barat.
Pada awalnya semuanya berjalan mengikut jadual. Dia datang mengunjungi saya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Tiada perkara yang mencurigakan, namun sedikit demi sedikit sikap panas barannya mula kelihatan. Kesalahan kecil sudah cukup membuatkan dia marah sehingga air mata saya bergenang.
Perkara remeh pun boleh menjadi isu. Saya menjadi buntu. Kadangkala dia cepat marah, dan ada ketika saya juga hilang sabar. Allahu, sedihnya hati. Saya tertanya-tanya, adakah begini rasanya perkahwinan? Lebih banyak makan hati daripada rasa bahagia.
Usia perkahwinan kami kini memasuki bulan ketiga, namun kekerapan salah faham semakin menjadi – jadi, sama ada melalui WhatsApp atau perbualan telefon. Perkara kecil pun akan dijadikan isu. Kata – katanya sering meny4kitkan hati, dan sedikit pun dia tidak menjaga perasaan saya apabila marah. Kasar tutur katanya dan perit untuk saya dengar.
Bertambah s4kit hati saya dan terdetik di hati, mengapakah ujian ini yang saya perlu hadapi. Selama ini saya hanya membaca kisah seperti ini di sosial media, dan hari ini saya sendiri merasai betapa beratnya ujian seorang isteri. Kini sudah hampir sebulan suami saya menghilangkan diri.
Saya tidak pasti sama ada dia berada di selatan atau di barat, tetapi yang pasti dia tidak bersama saya. Semuanya bermula daripada salah faham seperti biasa di WhatsApp. Perbalahan berlarutan, dia terasa dan saya juga terasa. Mana tidaknya, mudah sahaja dia menyebut mahu “menyelesaikan” hubungan.
Saya sangat faham kerana ketika dia baran, dia sering bercakap mengikut perasaan. Mudah benar baginya untuk meninggalkan dan berbicara soal perpisahan. Pernah juga dia mengatakan melalui telefon, jika saya sudah tidak suka kepadanya, saya boleh pergi dan dia boleh melepaskan. Mudah sungguh baginya sebagai seorang suami. Sedihnya hati saya, sudah lebih sebulan mesej dan panggiIan saya tidak dijawab.
Ada satu hari dia membalas mesej WhatsApp saya dan menyatakan bahawa dia s4kit hati serta tidak dapat menerima kata – kata saya yang dianggap mengh1na dirinya. Antaranya berkaitan isu dia mudah menyebut soal penyelesaian hubungan, dan ketika itu saya menjawab, “baik, boleh sahaja”.
Katanya dia terasa terc4bar. Dia juga menyatakan bahawa saya tidak tahu bersyukur dengan apa yang dia berikan dan menyuruh saya mencari orang lain yang lebih sesuai. Isu kewangan juga turut dibangkitkan. Sebagai seorang isteri, saya sangat sedih.
Saya akui ketika sama – sama marah, emosi sukar dikawal. Saya sudah memohon maaf atas kesalahan saya dan merayu agar dia kembali kepada saya. Namun dia masih mendiamkan diri sehinggalah minggu lalu saya sekali lagi mengalah dan menghantar mesej.
Alhamdulillah, ada balasan, tetapi katanya jika saya mahu kekal sebagai isterinya, ia bersyarat. Dia akan menyediakan satu surat jika kami masih mahu meneruskan hubungan sebagai suami isteri. Mesej itu membuatkan saya semakin tersentap dan sedih. Wajarkah begitu?
Apakah kesalahan saya terlalu besar sehingga saya perlu menanggung semuanya seorang diri? Dia juga mengatakan bahawa dia akan kembali kepada saya apabila sampai masanya, tetapi saya tidak dibenarkan bertanya bila. Aduhai, apakah yang patut saya lakukan? Saya sangat sedih dengan nasib diri saya. Mengapa begini jalan hidup saya? Mohon berikan kata – kata positif sahaja dan jangan mengecam. Hati saya sangat rapuh ketika ini. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Komen netizen :
Rita Zahara Rita : Kesian, tapi itulah. Dari awal dah tahu lelaki itu penipu, tetap nak percaya juga. Kalau nak hidup dengan tenang – tenang, baiklah hidup single daripada ada lelaki macam itu.
Mazilah Md Yusof Mazilah Md Yusof : Betul. Kita perempuan kurang faham, sangat tertipu. Kalau dah tahu dia menipu, lebih baik angkat kaki. Tak perlu teruskan biarpun sudah berumah tangga. Cari jalan terbaik, pisah cara baik. Banyak lagi lelaki yang baik – baik di luar sana.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.